Lepas ayah kahwin dua, hidup ayah huru-hara. Duit sentiasa tak cukup, dan paling ibu kesian, ayah s4kit..

Hari ayah berada di Kedah, ibu dapat panggiIan dari ayah. Ibu angkat tapi yang kedengaran hanya suara ayah berbual dengan seorang wanita. Sekali lagi ibu dapat panggiIan dari ayah. Ibu dah tak sedap hati. Ujian ibu tak habis di situ..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kisah ini ringkas tentang hidup aku. Hanya secebis dari duka yang aku lalui. Masuk tahun ini usia ibu aku menginjak 57 tahun. Bila aku lihat wajah ibu ada garisan halus menghiasi wajah cantik itu.

Garisan halus itulah bukti betapa kuatnya ibu melalui segala ujian hidup yang mendatang. Penat lelah dia membesarkan kami tiga beradik. Demi Allah ibu sangat kuat, dari kecil ibu hidup susah namun susahnya ketika itu mendatangkan kebahagiaan tapi saat ibu menikahi Walid.

Susah ibu waktu itu mendatangkan Iuka di hati ibu. Ibu cerita pada aku, di awal usia perkahwinan mereka.. Hari – hari ibu akan makan taugeh sebab sayur itu paling murah dikala itu dan tidur ibu hanya berlapikkan toto nipis.

Tapi ibu kata dia sanggup hidup susah sebab dia percaya satu hari nanti Walid akan senangkan ibu. Namun kepercayaan ibu dih4ncur ranapkan oleh Walid. Bila Walid senang, ibu diduakan berkali – kali, curang. Setiap malam ibu tidur ditemani air mata.

Ibu sabar… Ibu maafkan Walid sehinggalah satu hari ibu perasan per4ngai Walid lain sangat dan Walid kerap keluar outstation. Ibu angkat tangan dan berdoa supaya Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Doa orang terani4ya memang tiada hijab. Doa ibu dimakbulkan oleh Allah.

Hari Walid berada di Kedah, ibu dapat panggiIan dari Walid. Ibu angkat tapi yang kedengaran hanya suara Walid berbual dengan seorang wanita. Ibu cuba fikir positif dan dia letak telefon. Sekali lagi ibu dapat panggiIan dari Walid dan sekali lagi ibu dengar Walid berbual dengan seorang wanita.

Ibu dah tak sedap hati.. Ibu letak telefon dan dia telefon Walid semula. Berkali – kali ibu menyoal Walid dan akhirnya Walid mengaku yang wanita itu adalah isteri kedua Walid. Hati ibu r3muk. Ibu menangis meraung semahunya.

Aku yang menyaksikan semua turut menangis bila aku melihat keadaan ibu begitu. Walid balik ke rumah dan cuba berbincang dengan ibu namun hati ibu dah tak dapat menerima. Dia menuntut perpisahan tapi entah bagaimana sampai ke hari ini Walid tak nak lepaskan ibu.

Bila aku tanya perihal perasaan ibu terhadap Walid. Ibu kata sayang ibu terhadap Walid dah lama m4ti, yang tinggal hanya simpati. Kenapa ibu bersimpati? Sebab selepas ibu dapat tahu Walid bernikah dua, hidup Walid huru hara.

Duit sentiasa tak cukup dan Walid ditimpakan penykit. Ketika ini aku memang yakin baIasan Allah itu benar. Hubungan Walid dengan kami adik beradik pun renggang. Kakak sulung paling marah dengan Walid sehinggakan dia cakap tak nak Walid jadi wali untuk pernikahan dia nanti.

Aku pula sebagai anak kedua cuba bersikap neutral. Marah tetap marah tapi untuk apa aku menambahkan minyak dalam api yang masih membara. Manakala adik lelaki aku yang OKU turut menjarakkan diri dari Walid. Dia seolah – olah memahami apa yang berlaku dalam keluarga kecil kami.

Tapi ujian ibu tak habis di situ. Kenapa aku cakap macam tu sebab aku lah ujian ibu yang seterusnya. Allah uji kesabaran ibu melalui aku. Aku m4ngsa nafsu serakah lelaki durjana dan dah berkali – kali aku cuba untuk tamatkan riwayat sendiri.

Boleh dik4takan aku kerap masuk em3rgency disebabkan aku percubaan untuk unaIive kan diri aku. Tiap kali aku masuk red zone.. Ibulah orang pertama yang datang kepada aku. Menangis untuk aku. Pegang tangan aku dan tunggu aku dengan penuh sabar. Bibir dia tak berhenti berdoa untuk keselamatan aku.

Dan dikala aku dimasukkan ke wad psiki4tri. Boleh diktakan hari – hari ibu akan telefon wad untuk tanya perihal keadaan aku. Hari – hari tanpa gagal. Kuatkan ibu? Ketika aku mencoret luahan ini, air mata aku tak berhenti turun.

Rasa bersalah pada ibu kerana membuat hari tuanya penuh dengan air mata. Maafkan kak ngah ibu. Kalian.. Doakan ibu saya dikurniakan syurga tanpa hisab Dialah malaik4t dan dialah syurga saya. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Bonda Daiyan : Janganlah awak terfikir untuk tarik nyawa sendiri sebab seorang ibu, kekuatan dia adalah anak – anak dia. Bila anak dia tak ada, dia akan lemah. Suami buat salah, dia tak kisah. Tapi bila dia kehilangan anak – anak, hilang satu jiwa dia.

Semoga awak kuat semangat dan hiduplah untuk Allah dan ibu awak. Orang sekeliling hanya boleh kata kesian sahaja, tapi yang menghadapi adalah awak. Semoga awak terus kuat dan dilindungi oleh Allah.

Izza Azlina : Allah adikkk… jadikan ibu sebagai sumber kekuatan at least kita hidup untuk membahagiakan syurga kita. Saya doakan si pelaku h4ncur hidupnya!!! Dan dapat baIasan di dunia juga akhir4t. Be strong dik, teruskan rawatan sampai betul – betul dapat redha dan kuat.

Ida Sharida : Semoga Allah permudahkan segala urusan ibu awak dan juga awak, dik. Semoga awak kuat mengharungi liku hidup. Nasihat akak, teruskan berdoa, kerana Allah ada. Dia akan menjawab segala doa adik, walaupun bukan sekarang tapi pasti nanti. Jaga diri, sayangi diri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.