Maka aku ‘terdoa’ agar sekiranya memang suami dah terlanjur mohon tunjukkan bukti dengan cara, “bagi suamiku terlibat dengan kemaIangan jalanraya tapi janganlah hingga ced3ra teruk.” Bukan sekali aku berdoa tapi banyak kali. Seminggu selepas itu suami aku kemaIangan!
#Foto sekadar hiasan. Salam and salam sejahtera. Nama aku Maya awal 40-an dan suami pun sebaya. Aku berpendidikan bidang agama (ijazah) manakala suami perpendidikan SPM, itu pun gagal. Aku tidak kisah pun sebab suka sama suka dan dia pun sangat bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.
Sudah 17 tahun kami berkahwin dan bahagia dikurnia 8 orang anak yang kini meningkat remaja. Pada 10 tahun lepas suami aku pernah ke luar negara bersama rakannya atas urusan buat bisnes. Itulah kali pertama kami berjauhan.
Suami aku jenis agak lurus dan naif. Ketika itu aku agak keberatan melepaskan suami untuk pergi kerana kenaifan suami aku tu. Aku risau rakan bisnesnya mengajak dan mempengaruhi suami ke arah bukan – bukan ketika ke luar negara sebab mestilah sambil jalan – jalan.
Setelah 3 hari, dia pun balik ke Malaysia. Kami suami jenis aktif s3ks sebenarnya. Aku cuba bersangka baik apabila suami tidak pun meminta untuk bersama. Aku anggap suami letih. Tapi selepas sehari, dia ada minta bersama namun aku dapati kuantiti dan kepekatan ‘hasilnya’ bukan seperti telah tersimpan dan terpendam beberapa hari.
Malah jangkamasa permainan juga sedikit lama. Jika lama terpendam biasanya proses lebih cepat. (Maaf part ni terp4ksa detail agar kalian faham situasi). Maka sejak itu aku tak dapat elak dari syak bukan – bukan. Aku bertanya samada temannya ada membawanya berhibur contohnya ke kelab malam dan. (Sebab mereka ke negara selatan)
Suami menceritakan rakannya memang ada membawanya ke pusat karaoke dan ada perempuan – perempuan duduk di sebeIah mereka. Katanya dia tidak mahu dan takut situasi dan suasana itu kerana tidak pernah lakukan hal sedemikian, lalu suami keluar menunggu di luar sahaja.
Aku anggukkan sahaja tanda percaya. Aku melihat suami seperti sedikit gelabah. Selang 2-3 tahun bila aku teringat aku tanya lagi kisah itu. Sedikit berbeza jalan ceritanya. Katanya dia tak masuk langsung pusat karaoke tu namun terus pulang ke hotel. Aku anggukkan sahaja namun m4kin rasa tidak percaya.
Setelah 5-6 tahun aku tanya lagi dan lagi pada tahun ke 7-8. Sebenarnya aku bertanya beberapa kali setiap selang beberapa tahun kerana pada minggu pertama suami pulang, akibat syak yang tinggi namun tidak sanggup mendesak suami agar jujur adakah dia terlibat bermaksi4t hingga membawa ke z1na (sebab tak ada bukti pun nak tuduh).
Maka aku terberdoa pada Allah agar sekiranya memang dia dah terlanjur mohon tunjukkan bukti dengan cara, “bagi suamiku terlibat dengan kemaIangan jalanraya tapi janganlah hingga ced3ra teruk”. Bukan sekali aku berdoa tapi banyak kali.
Seminggu selepas itu suami aku kemaIangan! Otak aku berpinar kerana auto kaitkan dengan doa aku mungkin makbul. Namun kerana terlalu sibuk mengurus anak – anak dan biznes online makan aku kadang – kadang ingat kadang – kadang lupa dengan isu suami itu.
Hinggalah semalam tahun ke 10, tiba – tiba aku terfikir lalu bertanya pada suami berterus terang. Pada aku, dulu suami aku boleh cuba berdalih. Tapi kali ni aku yakin dia akan berterus terang sebab dia sangat jujur dalam banyak perkara sejak berhijrah kepada gaya hidup yang lebih Islamic.
MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah sekarang bukan seperti dahulu tidak kisah soal solat, baca quran pun tak tahu dan kuat mer0kok. Sekarang dia sangat menjaga solat awal waktu, rajin solat sunat, rajin menambah ilmu agama, struggle belajar baca quran dari tidak reti baca langsung sampai lancar malah dia boleh ikut baca sekali tanpa melihat mushaf jika mendengar alunan quran.
Dia memang rajin baca quran dan berulang – ulang menjadikan makanan hariannya. Aku yang background agama pun tak sekuat dia istiqamah maintain melekat dengan Quran. Dia juga sudah beberapa tahun berhenti mer0kok demi keluarga dan takut d0sa (dia berpegang kepada hukvm mer0kok itu h4ram).
Aku rasa tiba masanya bertanya tentang isu tu sebab baru sedar. Aku pun cakap pada suami. Tersentak dia kerana kisah 10 tahun lalu aku tanya. Aku berterus terang padanya tentang doa kemaIangan dulu. Dia terperanjat namun kelu.
“Jika abang tak lakukan maka akulah yang berd0sa selama 10 tahun kerana menuduh dan berburuk sangka dengan abang dan aku harus memohon maaf pada abang. Namun jika abang memang lakukan maka abanglah yang berd0sa dan harus memohon maaf pada aku.
Abangkan tahu, d0sa dengan Allah DIA boleh ampunkan. Tapi d0sa dengan manusia, kena mohon maaf padanya. Allah tidak ampunkan melainkan kita mohon maaf pada orang yang kita ani4nyai. Khi4nat atau curang itu adalah pengani4nyaan”.
Tanpa banyak masa diambil, suami mengaku dan bersungguh – sungguh mohon maaf. Katanya selama 10 tahun hidupnya rasa bersalah dan ketakutan setiap kali aku bertanya tentang berkaraoke ketika trip ke luar negara tu dahulu.
Dan mengaku sejak kemaIangan tu dia rasa insaf sebab ikutkan cara kemaIangan yang dahsyat, ajaiblah dia selamat dengan ced3ra ringan. Aku tenang sahaja sebab benda ni aku dah syak 10 tahun lamanya. Cuma tunggu nak dia mengaku dan mohon maaf. Tunggu untuk aku buat keputvsan nak maafkan atau tidak.
Aku simpati dengannya sebenarnya. Sebab aku pun yakin dia dah bertaubat. Cuma aku sekarang jauhkan diri darinya sebab tetap ada rasa kecewa dan geli. Walaupun dah bertaubat dan sudah terlalu lama tapi membayangkan pernah bersama dengan perempuan lain, aku rasa tak sedia untuk disentuhnya lagi. Aku perIukan masa.
Aku tanya suami, macam mana aku nak hidup dengan orang yang sepatutnya dihukvm r3jam sampai m4ti? Nak tak kita pergi ke Acheh sebab dengar cerita kat sana melaksanakan hukvm hudud. Bayangkan beratnya d0sa berz1na untuk yang dah kahwin, dihukvm r3jam sampai nyawa ditarik. M4ti. Allahuakbar….
Terpaku, ternganga suami. Dia kata nak cari ustaz untuk bertanyakan perihal hukvman ke atasnya. Katanya sekali itulah sahaja dia kecundang. Dia bukan lelaki liar, sangat pemalu dengan perempuan. Suami kelihatan sugul sepanjang hari.
Aku cakap juga, apa kata kita berpisah (cerai) dulu. Nanti kita kahwin semula apabila saya bersedia terima abang seadanya. Mula hidup baru. Tapi bila membayangkan jika dah cerai, tapi untuk kahwin semula tup tup bukan jodoh lagi.. Aku rasa risau.
Maka aku tahu aku pun sayangkannya. Suami kata dia sangat sayangkan aku. Dia tak sanggup kehilangan aku. Aku sebenarnya keliru nak maafkannya dengan mudah atau macam mana. Aku mohon doa agar diberikan kami hidayah dan tunjukkan jalan.
Nak dijadikan cerita, tadi aku buat ulangkaji pendidikan Islam (PI) untuk anak aku. Aku selak random buku teks PI sekolahnya. Tajuk terbuka ialah bab akhlak : Disebabkan aku nak ajar anak, maka aku baca dan terangkan kuat macam cikgu mengajarlah.
Suami memang akan join dengar sekali kalau aku anar – anak PI sebab dia suka tambah ilmu agama yang dia abaikan masa zaman sekolah. Kebetulan pula tajuk akhlak PI tu tentang akhlak mulia memaafkan dan meminta maaf. (Tajuknya PEMAAF MELUNAKKAN HATI-Form 3, page 186)
Aku agak terkedu sebab jelas – jelas ada dalil naqli dari Quran dan hadis tentang galakan kemaafan. Dalam keadaan aku tidak sedia memaafkan suami, aku terp4ksa juga menyampaikan ilmu tanpa bias. Aku baca sambil diri sendiri cuba mendidik hati.
Aku baca kuat dalil – dalil ini:
‘……dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada taqwa…’ – Albaqarah : 237
‘..orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan’ – Ali Imran :134
Hadis nabi pula : Kasihlah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi dan maafkanlah kesalahan manusia nescaya kamu akan diampunkan Allah.. -Riwayat Ahmad-
Selesai baca, aku tidak dapat menahan kepalaku dari menoleh ke arah suami sambil terlemparkan senyuman yang manis. Suami membaIas senyumanku tapi aku ada sedikit eg0 lalu cepat – cepat tunduk pandang buku terus mengajar anak.
Entahlah… Aku perIukan masa walaupun aku tahu sebenarnya aku dah yakin aku patut maafkan dia. Aku menulis ni pun dah lewat malam jam 3.39 pagi. Tadi kat tiktok lalu viral cik ponti. Aku ni penakut, nampaknya terp4ksalah tidur peIuk suami. Harap dia tak sedarlah. Terima kasih sudi baca… – Maya (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nur Hela : Nampak tak sebenarnya semua ini hanyalah permainan otak. Lepas laki awak balik dari kejadian tu, 10 tahun rilek je awak hidup macam biasa dengan dia walaupun dalam hati ada syak wasangka. Tapi lepas je laki awak bukak mulut, terus jadi tawar hati sampai dah tak nampak taubat yang laki awak buat.
Eh yang selama 10 tahun tu awak tak geli plak ? Kenapa tunggu sampai 10 tahun? Saya bukan nak bekap suami awak. Dia dah berz1na, yes dia memang ceIaka. Tapi dia dah taubat kan. Awak sendiri nampak perubahan dia.
Tak paham lah saya awak ni. Simpan nanah sampai 10 tahun pastu bila nanah tu dah kering elok eh dia t0reh pulak.
Munirah Mokhtar : Puan, dont be too harsh on yourself. Puan sudah cukup baik seadanya. Kalau wanita lain di tempat puan mungkin dari awal lagi sudah bergegar rumahtangga. Puan ambil lah masa selama mana pun untuk memaafkan. Tak perlu tergesa – gesa. Kesalahan suami bukan ringan. Kalau rasa tak nak maafkan pun tak apa. Maaf itu hak puan. Terpulang pada diri puan sendiri. Take your time as long as you want.
Amalina MN : Memaafkan mungkin lebih baik. Kalau keluarga puan sekarang lebih baik dari dahulu dan suami bertaubat, mungkin boleh bagi peluang kedua. But saya hormat perasaan puan bila rasa kecewa ditipu. Puan ambil masa ya. cuma rugi la kan, haha.
Kalau terus mengelak dengan suami. Umur kite semua tak lama pun puan. hehe. Cherish the moment k. At the end of the day, we are just humans. Saya doakan yang terbaik untuk puan and suami ya. Semoga Allah jaga. aamiin..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.