Satu hari tu barang aku, hadiah nak bagi orang terkoyak, memang tu kerja mertua, sebab tak ada orang lain kat rumah tu. Boleh mertua cakap tu kerja kucing. Tiap kali balik jumpa tudung, cermin mata dia kat bilik kami..
Assalamualaikum hai semua. Saja nak meluahkan perasaan dekat sini, saya ni dah berumahtangga selama 10 tahun usia perkahwinan kami.
Selama kahwin ni jugalah kami duduk bersama mak mertua. Biasalah diawal awal perkahwinan tu mestilah semuanya indahkan.
Diawal perkahwinan dulu mak mertua saya siap bagitahu dekat saya, buatlah macam rumah sendiri. Memang happy la rasa diterima.
Tapi tu lah ada seperkara lagi siap beritahu saya gelang batal air sembahyang tu cukup lah pakai sampai bila-bila tak payah beli lagi. Korang rasa? Kat situ aku dah terkejut juga. Kiranya awal awal dah warning tak boleh beli barang kemas dah lepas ni.
Mak mertua ni dah pergi haji, sembahyang tak tinggal, memang keluarga diaorang ni alim lah tapi suami tak berapa alim sangat, biasa-biasa je..
Cuma ada 1 perkara dulu berlaku tau, masa tu aku belum kerja lagi diawal perkahwinan, kami keluarlah petang-petang tengok kalau-kalau ada kerja kosong dimana-mana,
Semasa balik tu terkejut kenapa lampu bilik kami terang sedang kan masa keluar tu tak bukak lampu, rupa-rupanye mak mertua buat sportcheck..
Memang dari situ tiap kali kami tak ada rumah dia akan masuk bilik kami, 1 hari tu barang aku hadiah nak bagi orang terkoyak, memang tu kerja mertua, sebab tak ada orang lain kat rumah tu,
Boleh mertua cakap tu kerja kucing, suami tegur jangan usik barang orang, memang masa tu aku dengan suami tengah gaduh kecil. Balik tengok barang aku macam tu. Sape tak geram..
Selama ni aku diam je walau aku tahu selalu mertua masuk bilik masa kami kerja sebab tiap kali balik jumpa tudung, cermin mata dia kat bilik kami, mungkin dia terlupa..
Aku ni jenis tak boleh simpan mesti nak tanya depan-depan, sampailah berlarutan selama perkahwinan kami tu mertua suka masuk bilik,
Bile masa aku beli macam-macam, pakai baju baru tudung baru suka perli-perli, sampai ke tahap dia cerita kat anak perempuannya yang aku habiskan duit anak dia.
Mertua aku ni jenis orangnya berjimat tapi jimat tak kena tempat lebih kepada kedekutlah senang cakap, jenis berkira sampai lauk tak ada kat rumah pun dia buat tak tahu, tak ada tolong langsung, aku kesian kat suami sebab dia keje sorang sorang.
Selepas kami ada anak sorang saya terus berhenti kerja, saya dan mertua pernah gaduh juga sebab benda kecik je, mertua suka perli-perli cakap belakang, aku tanya balik..
Tapi silap dia tapi tak nak mengalah tetap nampak salah saya juga. Puas dah saya makan hati, cerita kat suami pun tetap dia bela mak dia..
Sampai satu tahap tu saya dah cukup sabar dengan semua ni. Dapat mertua yang jenis mulut cakap lepas, tak boleh ditegur dan tak terima teguran orang.
Saya dihina, dikata salah pilihan anak dia, Allah maha adil tunjuk ape yang dia cakap tu jadi pada anak dia..
Tapi masih tak insaf, ape yang saya boleh cakap serah segalanya pada Allah..
Pesanan saya untuk semua dekat bau taik, jauh bau wangi, biar banyak rumah jangan serumah..
Tak semua indah duduk serumah dengan mertua ni, jika dipertemukan dengan mertua yang baik hargai. Tapi nasib saya sebalik nye, hanya Allah yang tahu..
Mohon doakan untuk saya semoga kuat, sebenarnye saya dah tak kuat untuk bertahan ape yang saya fikir nak pulangkan balik anak dia pada mak nye. Sebab mak nye macam ni anaknye macam tu.
Saya dah penat jaga hati orang..
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Nadirah : Sama macam saya tapi bezanya pak mertua yang macam tu. Setahun je saya duduk sekali, pastu saya pindah cukuplah setahun je tak mampu nk tahan lama lama. Suami anak tunggal, org bercakap jugalah masa pindah tu sebab family suami semuanya duduk kat area situ je, banyak yang mengata. Sekarang duduk sendiri tapi jarak 2 minit je jalan kaki hahaha asalkan dpt pindah cukuplah. Jadi pindahlah yee, yang mana baru nak kahwin tu pun duduk lah sendiri walaupun suami anak tunggal.
Rosilawati Binti Mohamed : Perkara perkara macam ni kalau sebelum nak kawin tu kena putuskan. Sebab kalau sebelum kawin tu mereka akur, ikut je. Sebagai mertua ,akak cakap siap siap masa berbincang antara 2 keluarga tu. Minta bakal menantu cari rumah sewa sebelum berkahwin walaupun bakal besan kata boleh je tinggal dengan mereka dan walaupun rumah yang anak beli ada tempoh setahun untuk siap. Kita kenal anak kita tapi masa tu sebutlah sebab nanti kami mudah nak datang ziarah anak menantu.
Norain Noordin : Mengapa sekarang baru nak buat confession? Mengapa tunggu sampai 10 tahun? Mengapa 10 tahun tak pindah-pindah? Ternyata suami TT anak emak. Memang tak boleh bertolak ansur kalau anak emak ni. Menyampah. Tolonglah gaduh sampai pindah keluar.