
Masa arw4h meninggaI, mereka terus pergi ke pejabat SOCSO dan letak nama nenek sebagai penjaga. Mereka dapat duit 600 sebulan, sedangkan budak tu aku yang jaga. Anak tiri dah 18 tahun, masing – masing datang mulut manis. Ajak balik kampung, janji manis, kata rindu dan kata ambil berat. Bukan sikit duit dalam KWSP tu…
#Foto sekadar hiasan. Suami aku seorang duda dan ada seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. Bekas isteri dia dulu berkahwin lain selepas bercerai, tetapi tak lama kemudian meninggaI dunia. Masa itu, anak suami aku masih kecil. Anak suami aku dihantar balik ke kampung dan disuruh tinggal dengan mak kepada arw4h ibu dia.
Selepas arw4h meninggaI, barulah suami aku ambil tanggungjawab penuh jaga anak itu. Waktu itu pula, perkahwinan aku dengan suami baru masuk tahun pertama. Sejak umur lapan tahun sampai sekarang, anak tiri aku tinggal bersama aku.
Aku yang uruskan makan minum, pakaian, sekolah, sakit demam, yuran, dan semua keperluan asas dia. Aku anggap dia macam anak sendiri sebab aku yang besarkan dia dari kecil. Alhamdulillah hubungan kami baik dan dia hormat kami sebagai ibu bapa.
Masalahnya, keluarga sebelah arw4h ibu anak ini agak t0ksik. Terutamanya bab duit. Memang mata duitan. Salah satu sebab perkahwinan suami aku dulu berakhir pun sebab duit dia banyak habis untuk keluarga sebelah bekas isteri. Mak mertua arw4h jenis yang suka kalau menantu bawa berjalan, bercuti, makan luar, siap angkut satu keluarga.
Kalau keluar, boleh jadi dua buah kereta, dan suami aku yang kena belanja semua. Dari minyak, tol, makan minum, semuanya. Sekarang ini anak sudah berumur 18 tahun dan layak untuk keluarkan duit KWSP arw4h mak dia. Jumlahnya pula bukan sedikit, mencecah lebih kurang RM150,000 lebih sebab arw4h dulu bekerja sebagai pegawai bank.
Bila duit itu dah boleh dikeluarkan, keluarga sebelah sana mula hubungi suami aku. Mereka suruh biar pihak mereka yang uruskan semua hal berkaitan duit itu. Aku jadi pelik. Bapak budak ini masih hidup, masih ada, dan orang yang membela serta menyara anak ini dari kecil sampai sekarang. Kenapa pula keluarga sebelah sana yang nak uruskan?
Suami aku sendiri tahu dia memang tak ada bahagian dalam faraid duit itu. Dia tak tuntut pun. Dia cuma nak uruskan sebagai bapa dan pastikan hak anak dia terjaga. Selama ini pun, sejak arw4h mak anak ini meninggaI, keluarga sebelah sana yang makan duit SOCSO anak itu.
Setiap bulan dapat sekitar RM500 ke RM600, tetapi satu sen pun tak pernah diberi kepada cucu mereka. Dari cucu umur lapan tahun sampailah sekarang. Masa arw4h meninggaI, mereka terus pergi ke pejabat SOCSO dan letak nama nenek sebagai penjaga, jadi nenek yang terima duit bulanan itu.
Suami aku tak kisah sangat pasal duit SOCSO sebab dia tahu per4ngai mereka. Ikutkan, suami aku boleh sahaja tukar nama penjaga kepada nama sendiri sebab dia yang jaga anak ini sepenuhnya. Tapi dia malas nak berg4duh dan memilih untuk bersabar.
Sekarang bila duit KWSP pula nak dikeluarkan, mereka mula berubah per4ngai. Anak tiri aku mula dapat mesej, ajakan balik kampung, janji manis, kata rindu dan kata ambil berat. Mak saud4ra pun tiba – tiba baik. Selama ini tak ambil tahu pun, balik kampung pun setahun sekali dua sahaja. Tapi sejak anak dah umur 18 tahun, layanan mereka jadi lain macam.
Aku nampak jelas mereka nak duit itu. Tambah pula dalam keluarga sebelah sana ada dua orang pak saud4ra yang terlibat dengan d4dah. Sekarang ini pula mereka mula mesej anak tiri aku, cakap elok – elok, pujuk sana sini. Baik itu ada makna. Mereka tahu anak ini bakal pegang duit besar.
Suami aku pula cakap, biarlah duit itu duit anak, dia pandai – pandai urus sendiri. Aku tak setuju. Aku cakap dengan suami, budak baru 18 tahun, belum matang sepenuhnya, mana boleh pegang ratus ribu tanpa pemantauan. Bapak kena pantau, kena tahu perbelanjaan, kena minta izin kalau nak guna untuk perkara besar. Bukan lepas tangan macam itu sahaja.
Aku nasihatkan suami supaya tetap uruskan proses faraid dengan betul melalui Amanah Raya. Nenek akan dapat bahagian dia, tak ada siapa nafikan. Kami tak ambil hak sesiapa. Tapi biar ikut saluran betul dan bukannya dikerjakan sesuka hati oleh keluarga yang jelas ada niat lain.
Aku cuma nak tahu pendapat orang. Patut ke keluarga sebelah nenek berani suruh bapak kandung serah urusan kepada mereka, sedangkan bapak itu pegawai bank dan aku sendiri seorang cikgu. Kami faham undang – undang, kami jelas tentang hak faraid, dan kami tak tamak.
Kami tahu suami sebagai bapak memang tak ada hak ke atas duit itu. Tapi sebagai penjaga dan bapa, dia berhak pantau supaya duit anak itu tak disalahgunakan. Apa yang aku kongsi ini hanyalah realiti tentang ketamakan manusia terhadap duit anak yatim, walaupun itu cucu sendiri.
Panjang lagi kalau nak cerita per4ngai mereka tentang duit. Ini cuma sedikit yang aku luahkan. Aku kongsikan di sini sebab aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah hadap benda macam ini. Cuba korang komen sikit, bagi pandangan masing masing.
Komen Netizen :
Anonymous participant 415 : Kalau ikut kefahaman cerita ini, anak tersebut ialah penama 100 peratus duit KWSP arw4h mak dia. Jadi, anak itu hanyalah pentadbir duit tersebut dan bukan bermaksud 100 peratus duit itu hak mutlak anak. Jadi, jika ada keluarga sebelah sana yang menuntut, maka kena melalui proses faraid.
Setelah faraid selesai, aku pasti keluarga belah sana akan cuba kikis duit anak itu. Jadi, untuk bahagian anak tersebut, buka akaun KWSP atas nama dia dan masukkan balik duit itu ke dalam KWSP. Dengan cara ini, memang sah duit tak boleh dibawa keluar ikut suka.
Tinggalkan hanya sebahagian sahaja untuk simpanan kegunaan belajar atau berkahwin. Kenapa tak labur beli rumah atau emas? Sebab dua benda ini senang dicairkan untuk dapat duit. Selagi duit itu ada di luar, selagi itulah keluarga belah sana akan himpit anak tersebut.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.