Dari sebelum bercerai ibu ayah mertua serta adik ipar 0KU duduk dengan kami. Tapi selepas suami kahwin dengan bekas kekasihnya dan ceraikan saya, dia terus hilang. Apabila saya balik ke kampung banyak pula mulut – mulut s0ngsang yang mengapi – apikan saya…
#Foto sekadar hiasan. Saya Maria berumur 44 tahun dan telah diceraikan sejak 2 tahun yang lalu kerana suami beralih arah kepada kekasih lama yang kononnya sanggup menunggunya sejak zaman persekolahan lagi.
Sejak diceraikan suami, saya yang menanggung kehidupan keluarga. Bukan itu sahaja, saya juga yang menanggung kehidupan bekas ayah dan ibu mentua yang tinggal di dalam rumah itu, selain adik ipar yang mengaIami masalah penglihatan.
Kami membeli rumah itu sejak 10 tahun lalu. Ansuran bulanan saya yang bayar sejak bertahun yang lalu. Anak – anak kami sudah besar, masing – masing berumur 18 tahun, 16 tahun dan yang bongsu 13 tahun.
Anak – anak memang di peringkat remaja, semuanya memerIukan duit bagi tujuan pembelajaran mereka. Yang sulung sudah masuk ke kolej, yang kedua akan menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) manakala yang kecil masih lagi bersekolah.
Adik ipar saya pula memerIukan perbelanjaan untuk ke sekolah khas, manakala ayah dan ibu mentua pula sudah uzur. Namun, saya masih bernasib baik kerana mereka berdua ini tidak menyusahkan saya kerana masih larat untuk berjalan dan menguruskan diri sendiri.
Kalau terlantar di katil susah juga kerana memerIukan orang untuk menjaga mereka. Dek asyik memikirkan bebanan kewangan menyebabkan saya diser4ng d4rah tinggi dan dimasukkan ke dalam wad untuk berehat.
Biarpun begitu, saya tidak sesekali menyifatkan bekas ayah dan ibu mentua serta adik ipar yang tinggal bersama membebankan, cuma agak terkilan dengan sikap bekas suami yang langsung tiada perasaan untuk menjenguk mereka.
Bukan itu sahaja, nafkah untuk anak – anak dan orang tua itu pun tidak pernah dihulurkan. Kini segala – galanya saya yang uruskan dari soal duit rumah, belajar, makan sehinggalah bab perubatan.
Kehidupan saya agak terhimpit setelah bercerai. Ada yang mengatakan kepada saya kenapa bermurah hati untuk menanggung ayah dan ibu mentua serta adik ipar, sedangkan anak kandungnya selepas kahwin hilang lenyap tanpa berita.
Habis tu saya menjawab, saya hendak buat apa, tak akan nak suruh mereka keluar dari rumah sedangkan mereka sendiri tiada tempat berg4ntung lain. Hendak harap kepada anak yang seorang itu, entah ke mana hilang.
Ibu dan ayah sendiri pun tidak dijenguk. Inikan pula hendak menghantar duit. Memang saya yang suruh mentua tinggal bersama sejak awal perkahwinan kami kerana di kampung mereka tinggal berdua dan tiada siapa yang menjenguk.
Di samping itu, dapat juga mereka melihat anak – anak ketika kami berdua pergi kerja. Ayah dan ibu mentua baik orangnya. Kami juga hidup dengan gembira.
Adik ipar itu pula bekas suami saya masukkan ke kelas khas untuk belajar tulisan braille. Ketika itu dia yang akan hantar dan ambil adik di Brickfield, namun setelah bercerai, saya tiada masa hendak hantar dia kerana saya sendiri tidak pandai memandu.
Bukan itu sahaja, kereta saya pun sudah diambil suami, menyebabkan sukar untuk ke mana – mana. Ketika bekas suami ingin beristeri lagi, ayah dan ibu mertua juga tidak merestui.
Malah, mereka menyuruh suami saya memikirkan mengenai peng0rbanan yang saya lakukan selama ini tetapi tidak diendahkan. Tatkala suami saya beristeri baharu, saya rasa sangat sedih dan putvs harap.
Saya sedih memikirkan peng0rbanan yang dilakukan selama ini. Saya yang berjawatan agak besar dan berpendapatan tinggi daripada bekas suami menyebabkan selama ini dia tak dibebankan dengan masalah kewangan dan pembayaran hutang.
Segala – galanya saya yang uruskan. Cuma saya berharap agar dia setia dengan saya dan memberi sedikit gajinya kepada ayah dan ibu serta adiknya sebagai tanda berkat. Tetapi kebaikan saya dibaIas sebegini rupa.
Setiap hari selepas bercerai saya akan keluar rumah pagi lagi kerana perlu menaiki dua buah bas ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Sebelum itu saya perlu berjalan kaki keluar ke hentian bas, agak jauh juga.
Risau juga saya kalau terserempak dengan per4gut, namun saya cekalkan hati dan selalu berdoa agar selamat pergi dan balik. Apabila balik ke rumah pun hari sudah malam.
Paginya saya bangun awal untuk masak makanan bagi memudahkan ibu mentua saya memanaskan lauk itu untuk makanan sekeluarga sepeninggalan saya bekerja kerana dia sudah tidak larat hendak berdiri lama memasak.
Semuanya saya buat sehinggakan saya rasakan tiada lagi masa untuk saya. Setelah suami pergi dan menceraikan saya, ayah dan ibunya juga berasa sangat sedih. Malah mereka berasakan menyusahkan kehidupan saya kerana terp4ksa pula menyara kehidupan mereka.
Namun saya menegaskan, mereka tidak membebankan dan saya rasa lebih selamat apabila mereka berada bersama saya. Sekurang – kurangnya anak – anak saya ada orang yang menjaga.
Namun, apabila saya balik ke kampung banyak pula mulut – mulut s0ngsang yang mengapi – apikan saya. Mereka tidak faham kenapa saya perlu menyusahkan diri membeIa keluarga bekas suami sedangkan anak kandungnya sendiri (bekas suami) tidak mengendahkan mereka.
Saya hanya mampu memekakkan telinga. Mujurlah ibu dan ayah saya faham dan mereka mahu saya terus menjaga mentua. Kata mereka, biarlah kita merasa sedikit susah mudah – mudahan mendapat kurnia pahala yang meIimpah ruah daripada Allah.
Perkongsian yang dibuat oleh Maria mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Agak menarik kisah yang dikongsikan kerana begitu mulianya seorang menantu yang terus menjaga ‘bekas’ mertua malah bersama seorang adik ipar yang merupakan seorang 0KU.
Komen Warganet :
Fetriyah Ahmad : Allah, baiknya puan Maria. Tapi apa yang saya nampak dekat sini bagaimana ibu bapa Puan Maria berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang insan yang berhati mulia.
Rasanya kalau orang lain, setakat berjumpa tanya khabar itu mungkin lah. Ini sampai jaga, duduk sekali dan sara makan minum dengan s4kit lagi. Itu memang saIute sangat. Semoga Puan Maria terus dimurahkan rezeki.
Fauzana : Tak boleh harap betul ada anak lelaki tapi lari ikut perempuan. Ini lah dia bila jumpa j0doh yang salah. Kalau isteri baru tu baik, mesti dia dah nasihat suruh lelaki tu pergi jumpa dan beIa mak ayah kandung sendiri.
Ini tidak ditinggalnya pada bekas isteri. Dah la duit kat mak bapak tak bagi, apalagi untuk nafkah anak – anak. Ke laut! Semoga puan terus kuat, dan anak – anak dapat lihat betapa mulianya puan dan dapat baIas segala jasa puan bila mereka dah bekerja nanti.
Khloe Prta : Mesti mertua sayang sangat dekat TT sebab sanggup jaga mereka. Tak dinafikan mesti akan rasa serba salah dan rasa membebankan bekas menantu.
Apa – apa pun apa yang TT lakukan adalah perkara yang mulia, insyAllah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Selain TT, ibu bapa kandung TT juga terbaik sebab izinkan TT berbakti kepada keluarga bekas suami.
Kepada bekas suami tu, berseronoklah sekarang, ingat sampai masa kita semua akan tua. Anak – anak sedang lihat apa yang berlaku. Jangan nanti bila dah tua, keseorangan, mengadu anak lupa orang tua sedangkan masa muda berseronok dengan bini muda.