Aku bagaikan menumpang di rumah sendiri. Abang ipar siap ajak kawan2 datang rumah aku untuk lepak

Lepas 6 bulan kahwin, ibu mentua datang bermalam bersama adik – adik ipar. Ingatkan hanya sekejap rupa – rupanya mereka nak tinggal terus dekat rumah kami. Bermulalah episod menumpang rumah sendiri. Satu hari kami balik tengok tombol pintu bilik kami telah bertukar. Terk3jut kami dengar alasan dari adik ipar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca.Menumpang di rumah sendiri ni merupakan luahan hati dan perasaan aku yang lama tersimpan. Aku dah 2 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan aku.

6 bulan pertama semuanya seperti biasa. Buat pengetahuan semua, sebelum kahwin lagi suami dah beli rumah dan segala kelengkapan rumah untuk aku. Serba lengkap. Masuk goyang kaki je. Itu cerita 6 bulan pertama.

Selepas 6 bulan, ibu mertua aku datang menziarahi kami berdua. Sempatla bermalam di rumah kami. Aku ok je org tua nak datang melawat dan bermalam. Tapi, lepas kisah bermalam tu, tiba – tiba ibu mertua datang lagi untuk bermalam.

Kali ni siap dengan adik – adik ipar aku yang lain. Aku ingatkan bermalam sehari dua je, tapi m4kin lama macam dah tak nak balik je. Memandangkan rumah aku ni besar, banyak bilik. Adik – adik ipar tidur di setiap bilik yang ada.

Tinggal satu bilik kosong je. Mula – mula tu aku tak kisahlah nak bermalam sekejap di rumah kami. Tapi bila dah lama sangat, aku naik gelisah. Bukan apa, aku bekerja.

Bila balik rumah dan tengok rumah bersepah tunggang – langgang, angin juga satu badan ni. Pinggan mangkuk, cawan, kuali semua tak berbasuh lepas digunakan. Belum lagi sambal ke lauk bersepah sana sini tak berlap.

Masa tu, hanya Allah yang tahu betapa s4kitnya mata ni tengok. Aku ada lah selidik sampai bila ibu mertua dan adik – adik ipar aku nak duduk sini. Rupanya, diorang nak duduk sampai bila – bila.

Sebab katanya lagi jimat perbelanjaan duduk satu rumah. Rumah diorang duduk selama ni, diorang dah pun sewakan pada orang lain. Gugur jantung aku masa dapat tahu berita tu.

Aku pula, takkan la nak halau kan dari rumah tu. Aku masih cuba berbaik sangka. Tapi bila tengok keadaan rumah yang sem4kin teruk, belum lagi segala makan minum kami di tentukan oleh ibu mertua.

Walaupun aku yang nak masak, menu ditentukan ibu mertua. Suami pula perlu menanggung lebih perbelanjaan sampaikan tiada wang simpanan. Tak habis setakat tu, ibu mertua aku ni jenis suka berjalan ke sana sini.

Jadi dia suka la guna kereta suami setiap hujung minggu untuk dia berjalan sana sini. Dah kami berdua nak keluar kena guna motor atau Grab je. Duit minyak, suami yang isi. Tapi dia habiskan.

Kami langsung tak diberi peluang untuk mengisi masa berdua pada hujung minggu. Disebabkan tu, kami suami isteri selalu berg4duh. Alhamdulillah suami mengerti dan faham situasi aku.

Tapi dia pun tersepit antara isteri dan emak sendiri. Yang aku pelik, ibu mertua aku ni tak ada pula buat per4ngai macam ni dekat rumah abang ipar aku.

Abang ipar aku pula, sejak – sejak ibu mertua aku dah duduk rumah kami, rajin juga tidur rumah kami setiap hujung minggu. So semua bilik kat rumah ni, dah penuh la dengan keluarga suami.

Bukan itu sahaja, abang ipar rajin ajak kawan – kawannya datang melepak di rumah kami. Atas alasan, kami belum mempunyai anak. Kami sebenarnya tidak bersedia mempunyai anak kerana keadaan rumah yang menekan kami.

Yela, sejak keluarga mertua tinggal di rumah kami, kami umpama menyewa sebuah bilik. Banyak barang di bilik kami. Kalau ada anak nanti, mana pula nak letak barang – barang anak.

Suami perasan perubahan aku yang mula marah – marah, str3ss dan banyak diamkan diri serta selalu keletihan. Jadi dia ambil inisiatif untuk sewa rumah lain untuk kami berdua.

Tapi disebabkan komitmen suami sudah terlalu tinggi, kami terp4ksa menyewa flat kecil sahaja. Alhamdulillah. Walaupun menyewa rumah kecil, kami bahagia.

Kadang – kadang hujung minggu, baru kami balik bermalam di rumah sendiri.  Yelah, rumah itu masih lagi rumah suamiku. Dan bilik kami masih seperti dulu.

Beberapa bulan berlalu, adik iparku telah pun berkahwin. Aku fikir, lepas berkahwin dia akan keluar mencari rumah sewa untuk keselesaan isterinya. Sangkaan ku meleset sama sekali.

Dia bawa isterinya tinggal di rumah itu atas alasan komitmen hidup yang terlalu tinggi. Entah apa yang tinggi sedangkan dia hanya mempunyai motor sahaja. Satu hari, kami pulang ke rumah suami.

Alangkah terk3jutnya kami kerana tombol pintu bilik kami telah pun bertukar. Dan adik ipar serta isteri telah pun berpindah ke bilik kami. Bila kami bertanya, mereka semua kata kami dah tak layak duduk bilik tu lagi kerana kami telah pun menyewa rumah lain.

Sedangkan segala kelengkapan dalam bilik tersebut adalah milik kami yang membeli dengan duit titik peluh kami sendiri. Adik ipar dan isteri senang – senang je halau kami.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pulang ke rumah suami. Lebih banyak menghabiskan masa di rumah sewa kami. Ziarah ibu mertua sekali – sekala dan sekejap sahaja tidak sampai 1 jam.

Saya tahu, ada silap juga kami kerana tidak bersuara. Tapi keluarga mertua tidak sepatutnya memperlakukan kami sebegitu memandangkan suami yang membeli rumah dan menanggung perbelanjaan rumah tersebut.

Kini, saya sedang menguruskan pembelian rumah kedua atas nama saya untuk keselesaan keluarga. Saya berharap keluarga mertua sedar akan kesilapan mereka. – Madam J

Komen Warganet :

Umi Ali : Hebat ujian kamu dan suami. Saya berfikiran, ujian dengan mertua adalah ujian terbesar dalam rumah tangga. Kamu adalah insan – insan terpilih. Semoga terus tabah dengan ujian Allah.

1. Saya cadangkan suami berterus terang pada ibu dan jual rumah itu. Maklumkan komitmen yang tak mampu ditanggung. Jangan difikir ibu akan berkecil hati, itu lebih baik dari terus makan hati dan hilang keberkatan. Cakap dengan baik. Doa Allah mudahkan.

2. Ibu wajib membesarkan anak – anak kerana itu amanah dan tanggungjawab dari Allah. Ibu yang baik tidak akan menuntut hak utk anak – anak baIas jasa mereka, jika ibu benar – benar faham.

Adapun, berlaku baik pada ibubapa adalah akhlak terpuji yang dituntut tapi tidaklah sampai membebankan. Kamu ada hujah, untuk suami tidak benarkan mahram tinggal sebumbung dengan kamu. Berkata benarlah walaupun pahit. Semoga bertemu jalan terbaik.

Juhaida Niza : Ni bukan tahap kene pijak kepala dah ni, macam dah kene lompat – lompat atas kepala je pulak. Sabarnya la suami isteri, pert4hankan lah hak sendiri.

Jangan ingat dengan terus berdiam diri mak mertua dan ipar duai tu boleh faham sendiri. Jualkan je la rumah tu beli rumah lain, dah beli rumah lain nanti jangan diulang perkara yang sama semula. Belajar dari pengalaman.

Haniz Hanim : I nak suggest supaya suami berhenti bayar loan rumah tersebut supaya rumah tersebut dilelong. I tahu option ni akan burukkan nama suami tapi kalau nak jual rumah tu takut nanti g4duh dengan mak mertua, kekonon sengaja nak halau.

Kalau kena lelong bukan ‘sengaja’ halau, tapi terp4ksa sebab bank own the property. Kekalkan duduk di rumah flat tersebut untuk setahun dua selepas rumah dilelong.

Kumpul duit utk clearkan nama kat bank dan then belilah rumah baru. Share 2 nama pun tak apa. Dan make sure keluarga mertua tu tak tahu yang anda beli rumah baru tu kat mana. Kalau mertua nak datang melawat, sila melawat di rumah flat anda.

Mungkin mertua awak pindah ke rumah suami awak sebab tak tahan nak tanggung adik – adik ipar awak yang m4kin meIampau, nak semuanya ditanggung walapun sudah berkahwin.

Dan dengan kuasa veto sebagai ibu, dia tahu suami awak tak akan meIawan kehendak dia. Dan orang tua ni kalau kita tegur nanti dia benci menantu pulak sebab dia ingat menantu yang hasut anak lelaki dia untuk meIawan kehendak dia.

CompIicated. Bersabarlah sis. Ada hikmah semua ni terjadi. Yang penting berusaha dapatkan hak awak semua. good luck!

Nur Ain Umar : Bertegas la dalam apa pun, suami adalah ketua keluarga, ketua yang merencana segala bentuk hal. Isteri adalah pendamping dalam erti kata lain menyokong dan memberi khidmat nasihat.

Pert4hankan hak, buat la perjumpaan keluarga. Bertegas dalam berbicara namun santun budi bahasa. Insyallah mereka akan faham dan akan malu sendiri nanti..

Saba Ayub : Sebenarnya ramai yang kena macam ni tapi ambil langkah berdiam diri. Tak mampu nak bersuara, kesian sis. Kej4m sungguh per4ngai keluarga mertua, mujur suami pulak baik dan memahami kerana ibu mertua rasa dia layak dihorm4ti maka dia rasa boleh buat apa saja atas harta anak lelakinya.

Sampai ipar – ipar dia angkut tinggal sekali. Tak hormat barang dan privasi anak menantu. Sis dan suami berbincang la dengan mertua dan ipar apa yang patut. Mereka jenis yang tak faham istilah menumpang, setakat ibu mertua tak salah tinggal dengan anak menantu tapi bukan sampai buat macam kita pulak yang menumpang mereka.