Dulu suami yang tak bagi saya kerja kononnya terlalu sayangkan saya dan suruh jaga anak 4 orang. Sekarang bila kantoi curang, saya jumpa pakaian dalam wanita lain suami h1na saya sebab tak bekerja..
#Foto sekadar hiasan. Hidup saya ni tak ubah macam burung dalam sangkar, diberi makan kita makan, diberi minum kita minum, dan bila depan khalayak kita akan dipanggil dengan pelbagai nama manja demi menunjukkan kecantikan kita kepada tetamu yang hadir. Itulah ibarat hidup saya dari dulu hingga kini.
Orang lain setelah berkahwin boleh hidup dalam rumahtangga sendiri, tak kira lah sama ada rumah itu kecil atau besar, tak kisahlah asalkan kita usahakan dan bina sendiri. Tetapi berbeza dengan kehidupan saya. Saya nama je sudah berkahwin ada suami, tetapi hidup saya agak berlain, suami tempat lain isteri tempat lain.
Terus terang saya cerita agaknya tak sampai dua tahun saya dapat merasa hidup sebagai suami isteri berdua dalam sebuah rumah, hidup dangan aman bahagia. Tetapi selepas melahirkan anak pertama, saya disuruh duduk dengan keluarga mertua nun di utara, tujuannya untuk menjaga saya semasa dalam pantang.
Fikirkan cadangan yang baik kerana ada orang boleh jaga saya semasa dalam pantang saya setuju. Al maklum baru beranak sulung mana ada ilmu jaga anak pertama jadi sebelum bersalin saya duduk rumah mertua. Memang lah awalnya seronok ada orang. Maklum duduk rumah besar, ada pembantu lagi.
Tetapi saya tak sangka kita fikir suami kita buat cadangan baik tapi kita taktahu dalam hatinya tersemat niat putar alam untuk kepentingan dan keseronokannya sendiri. Memang lah awalnya saya tak tahu, tapi berapa lama nak sorok, akhirnya terbongkar juga.’
Masalah saya bermula sejak saya disuruh duduk dengan emaknya, alasannya ada orang boleh jaga anak tak menyusahkan saya yang masih muda lagi. Sebenarnya saya kahwin awal baru 20 tahun sedangkan suami lebih 30 tahun.
Jadi alasannya, sayangkan saya maka lebih baik duduk rumah emaknya, janjinya akan balik setiap minggu, dan tunggu lepas anak besar sikit, saya terp4ksa akur. Lagipun mertua pun baik, pandai pulak pujuk duduk lagi.
Sementara tunggu anak besar sikit saya hamil lagi. Demikianlah keadaanya hingga saya dapat 4 orang anak, janji nak bawa balik duduk KL semuanya palsu. Janji tinggal janji. Pernah juga saya merajuk, lari balik rumah emak saya, dia datang pujuk akan tunaikan permintaan saya, akhirnya sabar lagi dalam pada itu anak pun nak bersekolah.
Sekali lagi saya terik4t tak boleh ikut duduk KL duduk rumah sendiri. Alasan suami kalau dok KL banyak kena keluar duit. Kena sewa rumah besar, siapkan perabot lagi, perabot ruang tamu, ruang bilik, tambah tambah lagi kat dapur semua kena duit.
Jadi lebih baik dok rumah emak, hidup saya lebih selesa. Suami mengaku akan sediakan apa saja keperluan peribadi saya, duit pakaian dan sebagainya. Kata suami dia izinkan saya datang sesekali ke KL jika ada jemputan kahwin, majlis majlis Istimewa keluarga semasa cuti sekolah anak anak, asalkan mendapat keizinannya.
Sebenarnya beberapa kali saya merajuk dengan suami terutama bila saya dapat berita tentang dia ada hubungan dengan wanita lain. Saya tak kata suami saya baik dan ulamak sangat. Tetapi lelaki tetap lelaki sentiasa ingin mencuba kemampuan diri terutama dengan wanita cantik atau wanita yang menggoda lelaki.
Jika ada pertandingan seumpama ini suami saya pasti terper4ngkap. Namun saya tak salahkan wanita itu seratus peratus. Sebab bila Wanita itu melihat suami kita tak berteman tentulah dia cuba menggoda. Sebab dia fikirkan suami kita bujang ke, duda ke.
Sebenarnya memang suami kita yang suka mencari kesempatan seperti ini. Dia suka menggoda dan digoda. Kali pertama suami saya menggoda seorang ibu tunggal dengan 2 anak, tak sampai setahun kesnya terbongkar bila bekas suami wanita itu tuduh isterinya ada kekasih sebab itu dia ambil anak anaknya dan wanita tak layak jaga anak anak sebab tak bermaruah.
Akhirnya suami saya terp4ksa lepaskan wanita tersebut sebab takut terlibat dan takut terbongkar pada saya dan keluarganya. Selepas beberapa tahun kemudian ada kawan beritahu, dia ternampak suami kita sedang shopping beli kuih raya dan keperluan dapur di pasar raya.
Bukan dia seorang saja yang nampak, ada kawan lain pun beritahu cerita yang sama. Takkan saya tak percaya lagi, tentu per4ng berlaku dalam telefon. Alasan suami, saya suka dengar berita palsu dan suka dengar hasutan orang yang suka tengok rumah tangga orang pecah beIah.
Akibatnya raya tahun tu saya lari balik beraya rumah emak saya, biasanya mesti beraya rumah mertua dulu, lepas 3 hari baru balik jumpa emak saya. Saya lari balik bawak anak bongsu kesayangan mertua saya. Memang kecoh.
Sekali lagi drama pujuk memujuk berlaku. Emak saya nasihatkan baliklah pada suami demi anak – anak, jangan h4ncurkan masa depan mereka kerana sifat cemburu saya yang takda bukti cuma dengar cakap orang ni. Kata emak lagi, boleh kah saya hidup sendiri nak jaga anak – anak kalau tak ada suami, sebab saya tak ada kerja.
Ketika itulah baru saya terfikir nak cari kerja, tapi siapa dan syarik4t mana nak ambil saya kerja kalau umur pun dah lebih 30 tahun. Sekali lagi saya menyerah, kembali pada suami demi anak – anak. Sebenarnya saya bukan buat tuduhan setiap kali saya dibenarkan datang ke KL, saya akan jumpa banyak benda – benda terlarang yang tak sempat disorokkan oleh suami.
Saya pernah jumpa baju dalam dan seluar dalam wanita, lipstick, bulu mata, kerongsang, bedak dan banyak lagi tapi suami tak pernah mengaku. Alasannya mudah, dia tak tahu, jadi sapa boleh percaya. Tetapi biasalah kalau orang lelaki memang pakar berjanji, kali ini sekali lagi suami kita terper4ngkap bercinta dengan seorang balu bergelar artis ada dua anak. Kali ini dia tak dapat berbohong.
Ketika itu tak putus – putus rakan rakan hantarkan gambar dia dengan artis tersebut, walaupun dalam gambar itu bukan suami saya seorang, ada ramai lagi orang lain tetapi dalam kata lain apa hubungan dia dengan artis tersebut. Hinggakan dia boleh ikut artis tersebut dalam banyak majlis sedangkan kerjanya tak terlibat langsung dengan artis?
Per4ng kami kali ini memang hebat, suami salahkan saya berfikiran suntuk sebab terlalu cemburu dan inilah kesannya kalau wanita tak bekerja, duduk rumah tunggu fitnah orang, suka gossip suka dengar cerita orang. Katanya kalau saya bekerja tentu per4ngai saya tak seburuk ini.
Dia mula mengutuk saya kerana tak bekerja. Sedangkan dulu dia tak benarkan saya bekerja. Memang per4ng kami menjadi – jadi, tapi saya mengaku saya tak berani melangkah kaki keluar rumah. Amaran emak saya, saya bukan muda lagi dan anak – anak sem4kin dewasa, mereka pasti tidak mahu ikut saya ditakdirkan kami bercerai sebab mereka dah biasa hidup senang mewah tentu mereka tidak mahu bersusah payah hidup dengan saya.
Tambahan saya tak bekerja, tidak ada sumber kewangan jadi macam mana mereka hendak hidup. Mereka pasti ikut ayah mereka, jadi sabarlah. Jadi itulah jalan mudah yang terp4ksa diambil walaupun saya sendiri tahu hidup suami saya sentiasa bergandingan dengan d0sa dan maksi4t.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.