Isteri cuba peIuk saya, saya tepis sebab saya takde selera. Isteri janji akan berubah tapi bila dah berubah rupanya ada jantan lain. Sepanjang iddah saya seperti giIa talak, saya kerap datang ke tempat kerja isteri dan merayu – rayu..
#Foto sekadar hiasan. Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Saya add dia di FB. Dari FB saya tengok dia memang ramai peminat.
Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik putih dan tinggi tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.
Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja di mana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. dia tak pernah meminta dari saya. Dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.
Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat b0doh saja dengan cerita dia. Bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya sembahyang berjemaah tapi saya suruh dia sembahyang dulu.
M4kin lama saya merasakan yang isteri sem4kin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahu bersama di malam hari dan cuba memeIuk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyentuh dirinya. Lama – kelamaan isteri minta saya berterus terang.
Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam bekas kekasih saya dulu. Isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah. Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym.
Dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri, isteri hanya diam dan tidak membantah. Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gugur.
Saya terlalu kecewa dan saya salahkan dirinya. Sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. Apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon. Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua.
Saya juga suka buka facebook dan instagram melihat gambar – gambar perempuan kurus dan cantik. Isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah. Saya langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia gugur kerana saya merasa geIi dengan dirinya.
Dia cuba untuk memeIuk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. Sejak itu hubungan kami m4kin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelamaan isteri pun sudah berubah.
Isteri m4kin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila saya terp4ksa outstation. Kalau saya tak call dia pun tak call saya. Malam – malam kalau saya tak peIuk dia, dia juga tak peIuk saya.
Saya nampak dia sibuk melayan whatsapp tapi saya buat bod0h kerana eg0 dan saya pun layan telefon. Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Saya berdepan dengan isteri saya dan dia mengaku.
Dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu, dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik. Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri.
Baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. Saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah. Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. Saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang – barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia sembahyang jemaah, puji dirinya macam – macam.
Namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi. Hatinya sudah taw4r dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja dan dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati saya menceraikan dirinya dengan taIak satu.
Sepanjang iddah saya seperti giIa taIak saya kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu – rayu mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu sedangkan saya masih seorang diri.
Pengajarannya, janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. Ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya. hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami.
Jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila – bila. Kita tak tahu jod0h macam mana. Ingat lelaki je ke boleh cari lain. Perempuan pun boleh cari lain jugak.
Komen W4rganet :
Sutimah Oma Ima : Eg0nya kau seorabg lelaki. Masa cantik kau sayangkn dia, bila berubah sepatutnya kau pemangkin semangat untuk pasanganmu. Baru di uji sedikit kau dah mengalah, itulah lelaki. Waktu di depan mata hanya nampak salah dan kekurangan isteri saja.
Tahniah pada bekas isteri awak ada insan lain lebih mulia dan ikhlas menerima dia. Sesal yang dah terlewat, semoga kau berubah ke arah lebih baik. Redhakanlah dia bersama insan lain kurniaan Allah untuknya.
Azleeza Mohd Nawawi : Tu lah perempuan. Sekali dia sayabg memang dia sayabg kau ape pun kau buat kat dia. Sekali dia dah menyampah dengan kau. Jangan kata bunga, kau bagi kilang perfume pun belum tentu dia sayang kau balik der.. Hati – hati dengan hati perempuan ni.
Rizal Rodzuan : Takpa bro lupakan je ex ko tu. Ko staIk plak fb perempuan slim cun yang lain, tackIe, dapat terus kahwin. Lepas tu ko abaikan balik macam perkahwinan pertama ko dulu, bila dia dah gemuk ko abaikan. Bila dia dah ada orang lain, ko ceraikan biar dia move on. Lepas tu ko staIk plak fb perempuan slim cun yang lain. Ulangi benda ni berulang kali sampai abang jamil m4mpus.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.