Lepas kahwin kami hanya makan sekali sehari je

Aku terp4ksa juga kerja sebab dah tak tahan lapar sebab duit tak ada. Suami walaupun ada ijazah tapi gaji setakat SPM. Bila aku suruh cari kerja lain, dia kata dia sibuk tak sempat memohon. Aku plak sekarang ni buat sampai tiga kerja. Yang aku risaukan, bulan depan anak aku dah 6 bulan. Sekarang kami makan pun sekali sehari macam mana anak aku nak makan nanti…

#Foto sekadar hiasan. Aku BongBee, Melayu muslimah, berusia 30-an. Sudah berkahwin dan beranak satu. Hidup memang alhamdulillah tampak indah. Tapi sekarang tengah melalui perit. Ini sekadar meluah perasaan cara sembunyi. Nak jaga a1b keluarga dan juga melegakan hati sendiri.

Sejak kahwin dan beranak, amat kerap makan sehari sekali. Untuk sarapan tak makan. Tengahari roti inti telur goreng. Dua keping. Malam ada rezeki dapat makan nasi dengan ayam.

Aku kerja kedai runcit masa baby 5 bulan. Sebelum itu kerja di bandar, kemudian berhenti kerja sebab nak bersalin.

Kerja sepuluh jam sehari, hujung minggu kerja, satu hari off tengah minggu. Aku terp4ksa sebab dah tak tahan lapar duit tak ada dan kesian suami kerja sorang.

Dek sibuk kerja, kurang makan.. susu badan pun tak keluar. Asalnya tanggung kos taska dan lampin. Sekarang tambah kos susu.

Gaji sendiri ada tapi kos tanggungan meningkat. Suami kerja gaji SPM. Walau ada ijazah. Pakai kereta lama dah habis bayar, duduk flat tingkat 4.

Dari baru kahwin, hamil, sampai aku beranak duduk menapak naik turun bawa anak bawa barang dapur. Aku penat. Rumah bocor dan sinki rosak. Tutup mata sebab nak murah. Perabot paling mewah, tilam tebal. Beli pakai duit sendiri masa hamil 3 bulan. Sebab s4kit sangat belakang tidur atas toto.

Anak umur masuk 6 bulan. Tak lama lagi boleh makan. Kitorang pun tak cukup makan, macam mana nak bagi anak makan.

That’s it. Aku kesian anak aku dan diri kitorang sendiri. Aku tukar tempat kerja. Gaji double dari suami aku. Aku ada tiga kerja sekarang.

Ajak pindah rumah ada lif. Tak Iarat bawa anak m4kin besar, barang dapur semua. Rumah baru kos dua kali ganda rumah flat yang lama. Tapi bawah seribu sewa. Okay kan.

Aku bayar separuh, suami separuh. Kos anak dan dapur 80% duit aku. Suami hulur kalau dah kering sangat. Biasa seminggu lebih sebelum gaji.

Apa kesimpulan cerita aku? Aku rasa aku dah banyak berk0rban untuk suami dan keluarga. Aku nak dia usaha cari kerja lain, dapat gaji lagi besar.. Sebab aku nak makan nasi tiga kali sehari. Sebab aku nak anak aku makan elok, tiga kali sehari juga.

Aku tak minta baju baru, perabot, kasut, kereta, emas dan sebagainya. Aku minta kau yakin sikit pada diri, ubah nasib keluarga.

Bila cakap depan buat g4duh. Itu yang aku fikir, ‘Buat penat fikir kenapa dan apa yang suami patut beri.. Biar aku sendiri buat dan beri yang terbaik semampunya’.

Sekarang ada dengar suami kata nak cari kerja lain. Dah lama aku dengar. Bila semak, tak ada resume pun. Bila saud4ra tawar kerja kosong, ‘Abang sibuk kerja, tak sempat mohon’.

Aku sekarang boleh meluah rasa dan berdoa banyak – banyak. Itu aja. Tolong doakan suami aku terbuka hati lebih bertanggungjawab bagi kami anak beranak makan. Amin.

Terima kasih sudi baca. Ini baru lepas menangis teresak – esak, balik kerja 1km jalan kaki. Kereta suami pakai, sebab dia bawa anak.

Aku jalan kaki. Sampai rumah lapar sangat. Buka peti, suami dah buang lauk semalam yang baru aku masak. Katanya ‘basi’. Duit tak ada, rezeki elok di buang – buang.

Aku bukan mengada tahu. Suami memang tak akan makan lauk ‘semalam’. Sekian terima kasih.

Jangan lupa doakan aku sekeluarga moga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki berkah. Amin. – BongBee

Komen Warganet :

CPangaok Zaman : Haish, s4kitnya hati baca bab tak nak makan lauk ‘semalam’ tu. Lauk selalunya tahan 3 hari atau lebih, tengok cara penyimpanan kita. Lagi tahan lama kalau bekukan rasanya. Saya selalu simpan sampai 3-4 hari, Simpan ruang bawah je. Nak makan, panaskan je. Sayangnya la makanan dibuang macam tu. Kalau buat macam tu, jimat sebenarnya. Masak sekali untuk 2-3 hari, siap boleh bawa bekal pergi kerja. Just goreng telur je kalau nak tambah.
Confessor kalau simpan lauk, pesan kat suami. Jangan buang. Makanan tu tak ganggu hidup dia pun dalam peti sejuk tu. Geramnye la perangai suami confessor tu.

Marini Marissa : Saya kesian dengan awak, sangat kesian. Bab buang lauk semalam tu saya rasa nak pi rumah awak dan s3keh- s3keh laki awak. Sebab saya yang alhamdulillah rezeki cukup, kucing makan 5 kali sehari ni pun saya simpan lauk sampai seminggu. Saya masak hari ahad malam, lauk sama makan utk 5 hari bawak bekal pi pejabat setiap hari.

Noradilla Abdul Ghafar : Saya belum berkahwin, tapi saya biasa dengar rezeki suami berkait rapat dengan kebahagiaan hati isteri. Saya harap confessor cuba heart to heart dengan suami tentang apa yang terbuku di hati. Kadang kita perempuan ni banyak simpan dalam hati, tak nak cakap takut nanti jadi lain, tapi kalau tak cakap sebenarnya lelaki ingat semua ok je.

Kalau dah pernah cuba dan tak jalan, boleh minta ahli keluarga yang dipercayai untuk tolong nasihatkan suami. Dan yang saya biasa dengar orang nasihat, kalau isteri terlalu banyak berk0rban keluarkan duit untuk keluarga, mungkin suami akan sem4kin malas berusaha dan ambil kesempatan. Apa – apa pun, saya betul – betul doakan Allah berikan sis kekuatan dan kelapangan rezeki. Yakinlah, pahit akan manis akhirnya.

Ada part lifestyle suami awak kena tukar. Hidup kita kena adjust sebab kekangan masa dan duit tu. Nak masak sikit – sikit buang gas buang tenaga buang masa. Ada peti sejuk masak terus banyak dan panaskan. Jimat insyaALLAH.
Semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga ye. Saya doakan dimurahkan rezeki insyaAllah mencurah – curah.

Rezeki jangan dibuang – buang tau walaupun lauk semalam. Sebiji nasi itu adalah rezeki. Dari part yang dibuang tu mungkin ada barakah rezeki yang kita tak tau. Bila kita buang umpama membuang barakah rezeki kita.

Iggy Cempaka : Bab lauk semalam tu, berbeza pendapat. Aku tak setuju bab makanan yang dipanaskan berkali – kali terutama ayam kari, trauma. Sebab aku pelajar kesihatan alam sekitar dan belajar pasal food poisoning dan sebagainya. Dalam family aku, nenek aku sorang je yang buat perangai suka panas – panaskan makanan ni, masak nasi macam 4 5 orang nak makan padahal 2 org je dalam rumah. Alasan sebab takut membazir. Kami sekeluarga rasa nenek s4kit sebab amalkan lauk – lauk dipanaskan ni.

Paling susah bila dia cirit birit bersepah t4ik sana sini dengan jalan terhinjut – hinjut.. Atok aku pun pernah ugvt nak ceraikan nenek aku, cucu – cucu jumpa ikan beruIat, bayangkan ada orang datang beraya nenek aku hidang ikan yang dah 3 hari.. Aku ingat sebab acu aku balik melaka raya ke  , tetamu tu beraya raya ke 6. Aku rasa nak termuntah bila tengok orang tu makan. Aku rasa cara yang lebih elok masak lauk dalam kuantiti yang sedikit

Ammar Affendy : Kesian dan sedihnya. Aku sangkakan aku susah tapi ada lagi lebih susah dari aku. Ya Allah, kau kurniakanlah rezeki yang melimpah – ruah kepada h4mba mu ini. Permudahkanlah segala kesulitannya ya allah.. Sesungguhnya hanya pada mu tempat kami memohon perIindungan dan pertolongan. Amin.