Lepas isteri aku keluar, aku gelak sorang – sorang. Puas aku dapat s4kitkan hati dia. Aku keluar terkam isteri yang tengah menangis dekat dapur. Aku tarik tangan dia dan p4ksa dia bangun. Mak aku nampak, dia menjerit minta tolong..
#Foto sekadar hiasan. Aku mempunyai seorang kawan baik dan dia seorang perempuan. Ramai orang kata berkawan baik dengan lain jantina menyusahkan tetapi tidak bagi aku kerana kami saling memahami antara satu sama lain tambahan pula dengan perwatakkan dia seperti seorang lelaki lagi la aku ngam. Aku beri nama dia sebagai Mia.
Mia ni aku kenal dari zaman universiti, entah macam mana aku boleh rapat dengan dia sampailah ke alam perkerjaan kami masih lagi berhubung. Hujung minggu pasti kami akan melepak sehingga lewat malam. Tapi ada satu perkara aku tak tahu dan aku tak sedar sepanjang perkenalan kami.
Seperti selalu aku pergi berjumpa Mia tetapi kali tu aku bukan datang sorang tapi aku datang dengan tunang aku (Sya). Masa aku kenalkan mereka berdua buat kali pertama reaksi Mia lain sangat seperti tidak berkenan dengan apa yang aku buat.
Masa tu aku fikir mungkin Mia tiada mood ataupun bend3ra merah. Selepas pertemuan kami bertiga pada malam itu. Aku mula sibuk dengan hal – hal perkahwinan memandangkan majlis kami akan berlangsung tidak lama lagi.
Kesibukkan aku menyebabkan aku tidak lagi melayan Mia seperti selalu. Bila Mia whatsapp aku, aku hanya bagi bluetick tak pun dua tiga perkataan yang aku baIas. Bila Mia ajak aku keluar aku tolak atas alasan sibuk. Mia pula selepas aku tolak ajakan dia, dia m4kin lama m4kin hilangkan diri dan tidak kacau aku lagi. Bagi aku mungkin dia faham situasi aku.
Seminggu kemudian aku jadi rindu teramat pada Mia, rindu yang sukar ditaksirkan. Sesiapa yang pernah ‘terkena’ mungkin faham keadaan aku waktu itu. Semua kerja aku buat semua jadi serba tak kena. Setiap masa setiap detik aku hanya membayangkan wajah Mia sahaja sehinggakan solat pun aku tinggal.
Malam – malam aku akan bermimpi Mia datang dekat aku ajak aku ikut dia ke sebuah pondok usang dan aku hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Bila aku jumpa dengan tunang aku. Aku jadi panas baran semua dia buat semua salah di mata aku.
Aku tengking dia, aku marah dia. Ayat putvs tunang sentiasa aku sebut tapi Sya masih lagi setia dengan aku. Pernah dia menangis depan aku tanya apa salah dia dekat aku sampai aku berubah 100% tapi aku hanya diam.
Persiapan kahwin aku dah tak ambil tahu. Semua aku biarkan mak dan tunang aku uruskan, bagi aku semua tu dah tak penting yang penting aku kena cari Mia. Ada satu hari tu masa aku keluar dari office aku nampak Mia tengah berdiri di tengah jalan raya.
Aku yang macam hilang kew4rasan terus lari dapatkan ‘Mia’ nasib Tuhan masih beri peluang untuk aku hidup, ada seseorang tarik aku dari jalan raya kalau tidak tubuh aku dah h4ncur kena Ianggar dengan lori minyak. Sejak kejadian tu aku dah m4kin teruk.
Setiap sudut aku nampak Mia, aku akan cakap sorang – sorang seolah – olah Mia wujud di hadapan aku. Siapa yang ada di sisi aku waktu tu memang boleh buat kesimpulan yang aku dah giIa. Bila magrib aku akan bau badan Mia dan masa tu aku akan hilang pertimbangan aku akan cari jalan nak keluar dari rumah.
Untuk makluman aku tinggal dengan mak aku jadi bila waktu maghrib dorang akan simpan kunci untuk elakkan aku larikan diri pernah sekali abang aku sampai buka langkah silat dia untuk kawalkan aku. Tunang aku pula akan melawat aku setiap hari.
Tiap kali dia tengok aku dia akan menangis. Kalau kenangkan balik banyak air mata tunang aku jatuh disebabkan aku dulu. Maafkan abang sayang. Kalau aku w4ras masa tu dah lama aku lap air mata dia aku pujuk dia tapi korang tau apa aku buat masa dia nangis?
Aku hanya gelakkan dia sambil mulut minta putvs dan ayat yang paling tunang aku ingat sampai sekarang adalah, ”Dam milik aku selamanya dia hak aku.” Dan disebabkan ayat itu tunang aku sentiasa berjaga – jaga sehingga sekarang.
Bila keadaan m4kin sukar dikawal keluarga aku buat keputvsan untuk bawa aku pergi berubat dengan pakcik aku di kampung, tunang aku pun ikut sekali. Pakcik aku marahkan mak dan ayah aku sebab tak ubatkan aku dari awal lagi kalau lagi lama aku dibiarkan aku boleh jadi giIa sepenuhnya.
Malam tu pakcik aku suruh duduk di hadapan dia dan aku hanya ikut tanpa membantah. Pakcik aku pegang kepala aku sambil mulut terkumat kamit membaca ayat – ayat suci Al-Quran. Masa tu jantung aku berdegup kencang dan rasa s4kit kepala yang teramat sangat macam nak pecah kepala aku.
Perasaan aku bercampur baur sekejap rasa marah sekejap sedih. Aku tekup muka aku dengan tangan.Aku menangis semahu – mahunya bagai tiada hari esok buat aku.
“lepaskan aku.”-Aku
“siapa kamu?”-Pakcik
“aku sayang dia! Selamanya dia milik aku!” -Aku
“Dia milik Allah! Siapa kamu? Siapa yang mengirim kamu untuk menganggu dia? Pergi kamu dari tubuhnya atau aku kan menyiksa kamu dengan ayat – ayat Al-Quran” -Pakcik.
“Kau tidak perlu tahu semua itu. Kalau aku pergi tuan aku akan siksa aku!” -Aku.
Pakcik aku tidak membaIas mungkin hanya membuang masa sahaja berbual dengan jiin yang belum tentu ada kesahihan dalam setiap percakapannya. Sebaik sahaja pakcik aku laungkan nama Allah terus dia melibas aku dengan kain serban.
Aku pula masa tu menjerit kuat dan kemudian aku pengsan. Tidak perlu aku nyatakan bagaimana proses seterusnya untuk mengeluarkan jiin dari badan aku mungkin sama seperti korang tengok dalam youtube atau sebagainya.