Sedar – sedar aku dah terbaring tengah rumah dan aku lihat Pakcik aku tengah merawat tunang aku. Aku hanya baring dan memerhati setiap perbuatan pakcik aku. Aku langsung tiada tenaga untuk bangun sendiri. Tubuh aku terlalu letih dan penat dalam masa yang sama aku menangis mengenangkan perbuatan Mia terhadap diri aku. Aku tak sangka yang dia sanggup buat aku begini.
Pakcik nasihatkan aku kalau boleh jangan jumpa Mia lagi atau lost contact dengan dia. Takut lagi teruk Mia kerjakan aku nanti. Selepas semuanya selesai aku kembali jalankan kehidupan seperti biasa dan aku kembali bertanggungjawab dalam uruskan urusan perkhawinan.
Malam sebelum majlis aku dapat whatsapp daripada Mia yang dia nak jumpa aku malam tu. Aku terus bersetuju bagi aku ada perkara yang ingin kami selesaikan dan aku juga membawa adik lelaki aku sebagai tanda berjaga – jaga.
Pertemuan yang aku anggap boleh selesaikan masalah antara aku dan Mia bertukar menjadi masalah yang besar apabila Mia naik angin dengan perbuatan aku yang bertunang secara senyap tanpa pengetahuan dia. Segala ayat m4kian aku dapat masa tu dan Mia bagitahu aku yang dia tolak pinangan lelaki lain kerana aku.
Dia ingat sebelum ni aku juga ada perasaan ke atas dirinya rupanya dia syok sorang selama ini. Keadaan m4kin bertambah buruk bila adik aku pula masuk campur. Adik aku ugvt Mia kalau Mia berani nak sih1r aku lagi sekali, adik aku akan buat lagi teruk dari apa Mia buat dekat aku dan jawapan Mia buat aku bertambah serabut.
Mia kata memang dia nak ‘hantar’ dan Mia nak bagi dekat adik aku sekali biar jadi pengajaran atas mulut pu4ka adik aku. Pertemuan kami berakhir bila adik aku hampir sahaja pukuI Mia dekat situ. Malam tu aku fikir macam – macam sampai aku tak tidur.
Aku takut Mia akan buat seperti dia cakap kalau kena aku sorang takpa tapi kalau adik aku dengan bakal bini aku macam mana? Aku tak sanggup tengok diorang sengs4ra atas masalah aku dengan Mia. Malam tu aku menangis aku tak kuat nak lalui dugaan yang Allah bagi dekat aku dan aku ragu – ragu untuk teruskan perkahwinan aku esok hari.
Selepas sembahyang subuh mak dan ayah aku panggil aku dan adik. Adik aku dah ceritakan pasal semalam dekat mak aku. Ayah aku punyalah marah aku sebab aku pergi jumpa Mia tanpa pengetahuan dorang, adik aku pun kena atas mulut celupar dia.
Mak aku pula nasihat aku supaya aku sabar kerana mungkin itu semua dugaan ke atas aku, biasalah bila dah masuk fasa tunang banyak dugaan yang kena t3mpuh. Berbekalkan kata – kata semangat dari keluarga aku, aku teruskan juga perkahwinan haritu.
Tepat pukuI 11.30 tengahari aku dan Sya sah jadi suami isteri. Tapi masa tu aku rasa kosong aku tak gembira langsung, dalam kepala otak sibuk fikirkan masalah yang aku akan hadapi nanti. Malam hari berlangsung majlis persandingan.
Aku tunggu juga Mia tapi Mia tak datang, mungkin dia dah boleh terima kenyataan. Habis sahaja majlis aku terus masuk tidur, aku rasa letih sangat mungkin penat melayan tetamu atau sebagainya. Aku tinggalkan bini aku dan ahli keluarga aku yang sibuk buka hadiah.
Masa aku tidur, sekali lagi aku mimpi Mia macam dahulu tapi Mia hanya berdiri dan senyum dekat aku, senyum dia lain macam. Lepas tu aku mimpi pula yang aku ada dekat satu rumah kosong dekat situ ada Mia dengan seorang dukun, Mia bagi gambar aku dan adik aku dekat dukun tu, Mia ada cakap tapi sepatah h4ram aku tak faham.
Pagi bila aku bangun aku rasa sedih teramat sangat. Aku rasa impian aku selama ni musn4h bila aku kahwin dengan Sya. Aku tanya Sya betul ka yang dia cintakan aku. Sya kata kalau dia tak cinta dia tak akan kahwin dengan aku.
Aku suruh Sya buktikan cinta dia dengan cara Sya rela aku lepaskan dia. Sya senyap lepas tu terus dia keluar bilik, aku perasan yang Sya lap air mata. Lepas Sya keluar aku gelak sorang – sorang rasa puas dengan apa yang aku buat kemudian aku rasa benci yang teramat aku keluar dari bilik dan aku cari Sya dalam fikiran aku waktu aku nak Sya lenyap.
Waktu ni memang aku dah hilang kawalan ke atas diri aku. Aku terkam Sya yang tengah nangis dekat dapur. Aku tarik tangan Sya p4ksa Sya bangun. Aku mula naik tangan ke badan Sya berkali – kali. Mak aku yang ada dekat dapur dah jerit minta tolong. Kebetulan pakcik aku ada dia terus pegang kepala aku, aku jatuh terduduk. Dorang usung aku bawa pergi ruang tamu.
“Dam mengucap” -Pakcik
“Aku nak dia m4tii!” sambil tunjuk ke arah Sya
“Apa yang kau tak puas hati dengan dia?” -Pakcik
“Dia r4mpas hak aku” -Aku.
“Siapa hak kau?” -Pakcik
“Ni! Laki ni aku punya” – Sambil tangan tunjuk ke arah aku
“Lelaki ni bukan hak sesiapa kecuali Allah. Keluar kau dari tubuh dia dan jangan pernah masuk lagi” -Pakcik.
“Kau diam orang tua, aku tak akan pergi selagi urusan aku tak selesai” -Aku
Aku bangun sas4ran aku hanya satu, Sya. Aku melompat seperti seekor harimau yang ingin terkam m4ngsanya tapi pakcik aku lagi pantas dia Iibas aku dengan kain sejadah. Aku jatuh terguling dekat lantai. Aku mendengus, aku bangun ser4ng pakcik, pakcik aku buka langkah silat berlaku sedikit pergelutan tetapi pakcik aku berjaya kunci pergerakkan aku.
Dalam masa sejam akhirnya benda tu mengalah dan keluar dari tubuh aku. Lepas selesai hal aku pakcik aku panggil adik aku. Pakcik aku bagi air yang telah diruqyah kemudian digosok belakang badan adik aku dari pinggang hingga ke kepala masuk kali ketiga adik aku mula munt4h paku dan serbuk kaca.
Selesai semuanya pakcik aku buka cerita sebenarnya dari semalam lagi dia dah rasa ada yang tak kena dengan aku dan adik aku tapi pakcik aku saja buat tak tahu sebab tak nak bertindak dahulu selagi benda tu tak buat hal dan malam lepas aku jumpa Mia ada yang mengikut kami.
Pakcik aku bagi aku last warning kalau lepas ni aku jumpa Mia, dia dah tak nak tolong aku lagi. Sya pula dekat seminggu tr4uma dengan aku, dia takut aku naik h4ntu dan pukuI dia macam dulu. Penat aku buktikan yang aku dah ok tapi aku faham kalau aku di tempat dia aku pun akan tr4uma.
Korang nak tahu apa jadi dengan Mia? Sebulan selepas tu Mia kemaIangan dan masuk icu, masa tu aku turun jumpa Mia selepas dapat kebenaran dari mak dan ayah aku. Seminggu juga aku ulang alik tengok Mia, siapa tak sayang kawan walaupun dia buat aku macam tu dahulu.
Aku dan isteri pun dah maafkan dia. Lapan bulan yang lepas Mia dah disahkan menjadi isteri abang aku (mesti korang ingat dia dah giIakan, tak baik tau). Masa Mia sedar, dia datang berlutut dekat aku dan sekeluarga mohon maaf atas semua apa yang dia buat dekat aku dengan Sya.
Alhamdulilah mak ayah aku pun maafkan dia dan perancangan Allah sangatlah baik Mia berkahwin dengan abang aku. Abang aku berjaya didik Mia sekarang Mia dah cantik dari segi pakaian, sasiah dan ahklaknya tapi secantik Mia cantik lagi bini aku, Sya hehehe.
Sekian, kisah dari aku. Aku mohon maaf atas kesilapan aku haritu. Terima kasih kerana sudi baca dan aku harap kisah aku ni dijadikan pengajaran untuk korang semua dan aku harap korang tak menghukvm Mia terlebih dahulu, Mia dah bertaubat dari semua ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.