Lepas lahir anak pertama, suami berubah. Satu malam, aku tersedar suami duduk depan TV, pegang skrin TV masa pelakon perempuan menari

Pelik, suami tinggalkan aku dekat rumah kawan dia atas urusan penting. Bila aku balik rumah, adik perempuan aku mengadu, suami aku berper4ngai pelik. Sebelum ni aku pernah nampak, suami tengok adik aku lama, atas bawah…

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang wanita berumur 27 tahun. Empat tahun sudah aku bergelar isteri dan kini ada seorang anak perempuan berumur tiga tahun. Aku dan suami bercinta selama tujuh tahun sebelum berkahwin. Masa bercinta dulu, dia romantik, ambil berat, selalu buat k3jutan kecil.

Dia pandai jaga hati aku, sanggup berjalan kaki jauh semata – mata nak hantar aku balik asrama, sanggup berjaga malam teman aku belajar. Aku fikir masa tu, “Inilah lelaki yang akan jaga aku sampai m4ti.” Tapi siapa sangka, ujian besar datang masa aku sedang hamil anak pertama.

Perlahan – lahan aku mula kenal sisi lain suami aku yang aku tak pernah bayangkan. Aku mula sedar dia ada tabiat pelik. Dia gemar puaskan nafsu sendiri sambil menonton filem Hindustan yang pelakonnya berpakaian s3ksi. Mula – mula aku cuba diam, fikir mungkin cuma sekali – sekala.

Aku tak mahu maIukan dia. Tapi rupa – rupanya itu memang kebiasaan dia. Satu malam, Allah macam nak tunjukkan kebenaran pada aku. Dia sangka aku tidur, tapi sebenarnya aku baring sambil perhatikan. Dia duduk dekat depan televisyen, pandangan mata dia tak beralih dari pelakon wanita di skrin.

Tangan dia memegang kaca televisyen sambil merenung, seolah – olah terlalu terbawa dengan adegan itu. Aku terdiam, rasa macam seluruh d4rah beku seketika. Macam mana seorang suami boleh hanyut dengan perkara macam itu, sedangkan isteri ada di depan mata?

Anak kami ketika itu baru setahun. Aku nasihat elok – elok. “Abang, benda tu tak baik, d0sa… abang kena jaga mata.” Dia hanya diam dan senyum nipis. Aku cuba pujuk hati, mungkin dia perIukan masa untuk berubah. Tapi masa berlalu, tabiat itu masih ada.

Setahun kemudian, ketika anak berumur dua tahun, aku ulangi lagi nasihat yang sama. Jawapan dia? Tetap senyum, tetap diam, seolah – olah aku bercakap dengan dinding. Yang buat aku m4kin tertekan, dia kadang – kadang tak bersama aku berbulan – bulan.

Tapi aku tahu dia tetap puaskan diri sendiri. Aku rasa dipinggirkan, seolah – olah aku tak cukup untuk dia. Pernah satu malam, dia tinggalkan aku di rumah kawan kononnya ada urusan penting. Aku tak syak apa – apa. Balik rumah, adik perempuan aku yang ketika itu tinggal sekali, terus mengadu yang suami aku bersikap pelik dengannya.

“Kak, abang pandang saya lain macam…” katanya perlahan. Aku terk3jut dan marah. Tambah pulak aku pernah perasan cara dia pandang adik aku, dari atas sampai bawah, pandangan yang buat aku rasa tak selesa. Malam tu juga aku hantar adik aku pulang ke kampung. Aku tak sanggup ambil risiko.

Sejak itu aku m4kin pendiam. Dia tak pernah tanya kenapa aku berubah. Malam – malam aku bangun untuk solat tahajud, doa minta Allah lembutkan hati dia, tarik dia jauh dari benda – benda yang memaIukan itu. Pernah aku tanya terus, “Abang tak puas ke dengan saya?” Dia buat tak tahu, pandang tempat lain.

Kebelakangan ini, aku nampak dia suka simpan video perempuan tak berbaju dalam telefon. Aku rasa mungkin itu ‘bekalan’ dia bila berada di luar rumah. Aku dah letih nak marah. Aku cuma simpan semua ini dalam hati. Kadang – kadang bila aku terdengar bunyi mesej masuk di telefonnya tengah malam, hati aku rasa berdebar.

Bila aku tanya, dia jawab ringkas, “Kawan hantar video lawak.” Aku senyum taw4r, malas nak bertekak. Walaupun aku terIuka, aku masih cuba jadi isteri yang baik. Aku sanggup kerja macam kuIi walau hanya gaji kecil, asalkan dapat meringankan beban dia yang memang tak besar pendapatannya.

Aku pernah cakap, kalau ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Aku sanggup reda kalau Allah takdirkan aku bermadu, tapi tolong hentikan benda – benda macam ini. Aku tak mahu bercerai. Bukan sebab aku takut hidup sendiri, tapi sebab aku tak sanggup tengok anak membesar tanpa kasih sayang ayahnya.

Demi Allah, aku sanggup simpan s4kit hati aku asalkan anak bahagia. Aku cuba ubah diri. Aku jaga rambut, jaga kesihatan, diiet, bersenam. Aku cuba nampak cantik di mata dia. Aku beli baju baru walaupun duit cukup – cukup makan. Aku pasang harapan, mungkin kalau aku cantik dia akan berubah.

Tapi setiap kali aku lihat dia hanyut dengan dunia fantasi, aku rasa semua usaha itu sia – sia. Pernah aku rancang percutian kecil. Aku tempah homestay tepi pantai, bawa anak, siap sediakan makanan kegemaran dia. Aku fikir, ini peluang kami baiki hubungan.

Tapi sepanjang percutian, dia lebih banyak pegang telefon daripada bercakap dengan aku. Malamnya dia tertidur depan televisyen, tengok cerita lama yang aku tahu memang ada pelakon wanita yang dia minati. Aku senyum h4mbar sambil selimutkan dia, tapi dalam hati aku menangis.

Ada satu lagi kejadian yang buat aku rasa dia betul – betul jauh. Aku demam panas hampir seminggu, badan lemah, tapi dia langsung tak taw4rkan diri untuk masak atau uruskan anak. Malah, dia sibuk tengok filem kegemarannya. Aku baring di ruang tamu sambil dengar dia ketawa kecil, seolah – olah tak sedar aku s4kit.

Masa itu, aku sedar, kasih sayang dia pada aku tak sama macam dulu. Kadang – kadang aku tertanya, sampai bila aku mampu bertahan? Aku tak tahu. Aku cuma harap satu hari nanti dia akan sedar, kebahagiaan sebenar bukan pada perkara yang dia kejar sekarang, tapi pada keluarga yang dia ada di depan mata. Kalau dia terus hanyut, aku takut satu hari nanti bila dia berpaling, yang tinggal cuma penyesalan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :