Lepas nenek meninggaI, aku terjumpa satu tupperw4re penuh barang kemas, dinar emas. Aku baIas d3ndam, sorok dari mak aku

Selepas nenek meninggaI, pakcik makcik aku dah ambik segala barang arw4h yang ada. Pinggan mangkuk, baju. Dorang siap cakap, aku boleh ambil apa – apa lagi yang tinggal. Satu hari, aku tengah mengemas aku tertarik tupperw4re berat..

#Foto sekadar hiasan. Hi korang, nama aku Lisa (bukan nama sebenar), umur 20-an. Aku tulis confession sebab aku decide untuk move on selepas ini dan lupakan kenangan – kenangan lama yang aku rasa aku tak mahu ingat lagi. So ini kali terakhir aku nak kongsi dan luahkan perasaan.

Aku anak tunggal dalam family, ibu dan ayah aku bercerai sewaktu aku sekolah rendah. Selepas mereka berpisah, aku tinggal dengan atuk dan nenek di kampung, walaupun rumah atuk dan nenek tidaklah di kawasan kampung sangat.

Selepas berpisah, ibu berkahwin lain dan mempunyai anak dengan suami baru. Ayah juga berkahwin lain dan mempunyai anak dengan isteri baru. Selepas mereka berkahwin, aku bukan lagi fokus dalam hidup mereka.

Sudahlah aku tidak tinggal dengan mereka dan mereka juga dah ada family baru, so memang tak dapatlah nak layan aku sangat. Aku banyak makan hati dan rasa seperti anak terbuang. Kalau mereka pergi berjalan dengan family masing – masing memang aku tak pernah diajak.

Kalau mereka kongsi gambar di media sosiaI, aku hanya dapat lihat mereka gembira dari jauh. Aku tak tahulah sama ada aku ni over sentisitive atau tidak, tapi mungkin korang boleh bayangkan apa yang aku rasa. Nasib aku baik sebab atuk dan nenek memang jaga aku dengan baik, hantar dan ambil ke sekolah dan lain  -lain.

Nafkah aku pun kebanyakan dari atuk dan nenek walaupun ibu dan ayah memang ada bagi duit setiap bulan walaupun tak banyak sebab mak tiri aku berkira. Aku tak akan kata mereka culas dalam memberi nafkah. Atuk dan nenek adalah pesara, jadi memang sepanjang masa mereka ada dengan aku. Atuk dan nenek adalah atuk dan nenek sebeIah ibu aku.

Selain makan hati dengan ibu dan ayah aku, aku juga makan hati dengan makcik dan pakcik aku. Layanan yang aku terima agak kasar. Mentang – mentang ibu dan ayah aku tak ada, mereka agak mudah untuk bercakap kasar dengan aku.

Banyak kali aku pun tak berapa ingat. Kemas rumah pun pernah kena marah. Itu waktu mereka balik kampung la, waktu lain hanya aku dengan atuk dan nenek saja. So aku banyak berd3ndam dengan orang sekeliling aku.

Dipendekkan cerita, sewaktu aku di universiti, atuk meninggaI dunia, tinggal nenek saja di kampung. Nenek pun banyak duduk di rumah pakcik dan makcik kerana tidak ada orang di kampung. Memandangkan tidak ada orang di kampung, aku jadi susah untuk balik.

Kalau nak duduk di rumah pakcik dan makcik pun aku malu untuk duduk lama – lama. Rumah ibu dan ayah aku lagiIah malu sebab ada ayah dan ibu tiri dan anak – anak mereka. Selepas habis belajar, aku terus apply kerja.

Banyak yang aku apply ada yang dipanggil interview ada yang senyap sunyi. Oleh kerana lama menunggu, satu hari ada kawan forw4rd walk-in interview untuk kerja pramugari. Oleh kerana lama sangat menunggu, dan aku pun dah kesunyian tanpa atuk dan nenek, aku pun apply lah, dan rezeki aku dapat.

Aku pergi cabin crew training apa semua dan sekarang aku berkerja sebagai flight attendance di satu airline yang semua orang tahu, walaupun lewat beberapa tahun berbanding orang lain sebab aku habiskan degree dulu. Satu hari nenek minta aku untuk beli tanah peninggalan atuk.

Aku pun tak tahu kenapa sebab aku baru bekerja duit pun tak banyak lagi. Aku persoal juga dalam hati, kenapa nak kena beli, kalau nak bagi, bagi ye la, ataupun jual lah kepada orang lain. Tapi sebab aku busy kerja dengan medium dan long haul flights, aku pun iya kan saja dan buat pinjaman untuk beli dari nenek tanpa pergi tengok pun tanah tu.

Yang aku tahu itu tanah kebun atuk, masa sekolah dulu aku pernah pergi dengan atuk dan nenek. Tahun lepas nenek meninggaI dunia di usia yang agak lewat. Kami semua pulang dan berkumpul di kampung. Semua pakcik, makcik dan ibu aku juga ada dan mereka berbincang tentang pembahagian harta pusaka.

Aku dan sepupu – sepupu lain tak terlibat pun cuma kami dengar dari jauh saja. Bila ibu, makcik dan pakcik panggil, mereka agak terk3jut bila tahu yang tanah nenek jual kepada aku itu agak besar hampir 1 ekar. Sebelum ni mereka ingat tanah nenek yang lain yang aku beli.

Makcik tanya berapa harga aku beli, aku pun kata 25k. Mereka terk3jut dan kata tanah tu dalam 120k. Aku pun tak expect tanah kebun sampai 120k. Tanah yang aku beli tu lebih besar dari tanah lain yang ibu makcik dan pakcik dapat.

Yang mereka dapat tanah untuk buat rumah dan ada lah kut tanah lain aku tak pasti. Mereka diam saja cuma nampak agak ralat. Kalau mereka nak aku ok saja untuk jual balik, tapi dah dia sendiri yang sebut 120k, so ikut harga pasaran la, dan aku tahu mereka tak mampu.

Setelah selesai, ibu dan makcik aku bagitahu kami semua untuk ambil apa – apa barang yang ada dalam rumah tu, kain baju, pinggan mangkuk dan lain – lain. Aku tak ambil port sangat sebab tak ada apa yang menarik pun.

Sepupu – sepupu aku adalah ambil beberapa barang buat kenangan. Diorang izinkan untuk ambil apa – apa set pinggan mangkuk dalam kabinet nenek. Aku tak tertarik sangat sebab barang – barang ni aku dah tengok dari kecil.

Oleh kerana aku layover agak lama sebab aku personal leave atas urusan kem4tian, aku minta untuk duduk dulu di rumah nenek. Sebab jauh aku malas nak balik rumah sewa. So pakcik tinggalkan kunci untuk aku kunci sebelum aku balik.

Selepas semua dah balik, dan tinggal aku seorang, aku pun bukalah cabinet nenek untuk tengok apa – apa barang yang masih belum di ambil. Aku target untuk untuk ambil oven sebab rumah aku tak ada oven. Memang banyak set pinggan mangkuk mahal dan tupperw4re yang tak ada siapa ambil.

So aku pun panjat kerusi dan cuba capai set tupperw4re bertingkat di belakang untuk aku bawak balik KL. Entah kenapa rasa berat pulak. Setelah aku dapat capai dengan bekas – bekas lain jatuh atas lantai, aku pun buka untuk tengok isinya.

Tergamam juga sebentar sebab dalam tupperw4re bertingkat tu ada barang kemas, duit cash, dan duit – duit syilling dinar emas dalam kad. Baru aku teringat masa ibu dan makcik aku bersembang mereka ada sebut pasal gelang dan rantai, sebab yang mereka dapat dari almari nenek mungkin tak banyak yang disangka.

Mereka pun dah ingat – ingat lupa barang kemas nenek. Duit cash tu memang aku tahu atuk dan nenek simpan di rumah, duit hasil kebun dan bayar upah orang jaga kebun, cuma tak sangka pula banyak. Ada juga foreign currency mungkin masa mereka travel keluar negara dulu.

Atuk dan nenek pesara pegawai kerajaan, so memang banyak duit lebih. Kalau ibu dah ayah tak bagi nafkah dulu pun memang atuk dan nenek boleh jaga aku. Dua hari sebelum on duty untuk flight, aku singgah rumah ibu. Aku bawa tupperw4re yang aku jumpa untuk serahkan kepada ibu.

Namun, niat baik aku untuk serahkan kepada ibu terbatal. Masa aku tengah makan dan sembang – sembang dengan adik tiri di dapur, adik tiri aku bagitahu yang dia pernah dengar makcik dan sepupu aku bergosip pasal aku, dan ibu pun ada juga masa diorang gossip. Diorang mengumpat cara aku berpakaian.

Iya memang pakaian aku agak terdedah, tapi itukan uniform kerja aku. Aku pakai skirt paras lutut tapi itu untuk kerja. Ada lah juga gambar – gambar aku di media sosiaI yang agak terdedah cuma tak ada lah keterlaluan. Aku pun tahu batas tidaklah sampai nak jadi macam orang barat.

Kalau balik kampung aku pakai je tudung, cuma waktu kerja aku tak bertudung, dan kalau layover di luar negara pun aku tak pakai cuma takdelah terdedah mana pun, pakaian normal je. Kerana kecewa, aku batalkan hasrat untuk serahkan kepada ibu barang kemas yang aku jumpa.

Padahal sebelum balik aku nak ambil dah tupperw4re tu dalam kereta. So aku pun balik dengan beng4ng dan sedih. Aku dah makan hati dari kecil dengan semua orang, sampai besar pun masih makan hati lagi. Lama aku sedih dan aku fikir nak baIas d3ndam dengan semua orang dan move on.

Waktu tu aku fikir kalau aku ambil semua yang aku jumpa, aku boleh lupakan semua kesedihan dan move on. Tanah, barang kemas dan cash yang aku dapat tu aku rasa dalam 200k juga. Aku sedih bila fikirkan nenek. Nenek sanggup jual tanah besar dengan harga murah untuk pastikan aku dapat tanah tersebut. Aku sedih sebab buruk sangka dulu.

Aku tak tahu kenapa nenek buat macam ni, kerana sayang atau kasihankan aku. Dulu aku selalu nangis dekat nenek luahkan perasaan sebab orang lain ada ibu ayah dengan mereka, aku tak ada. So sekarang aku nak simpan semua yang aku jumpa dan dapat sebagai baIasan untuk semua.

Aku rasa ini adil untuk aku dan ini cara Allah nak baIas kesedihan aku selama ini. Aku terfikir juga jahatkah aku? Tapi bila fikir balik memang mereka yang izinkan untuk ambil barang di rumah nenek. Jadi sekarang aku nak move on. Aku harap satu hari aku jumpa seseorang yang boleh jadi teman hidup dan aku tak lagi kesunyian. – Lisa (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Faz Li Dya Midd: Simpati sangat. Kesian kau dari kecil dilayan macam itu. Tapi bab harta ini tak semudah itu, kita tetap terik4t dengan hukvm… walaupun katanya mereka ‘izinkan’, tapi rasanya kalau tahu pasal barang kemas, percayalah takkan ada izinnya.

Tanyalah yang lebih arif dulu ya. Tapi percayalah dik, kita tak hidup tenang kalau terambil hak orang lain walaupun mereka ada d0sa dengan kita dan buat kita berd3ndam. D0sa tak sama dengan hutang… Ada WhatsApp group keluarga? Mungkin boleh pertimbangkan beritahu saja apa yang dijumpa itu.

Luahkan sekali perasaan itu, rasa sedih dilayan dari kecil, kena nilai perasaan semua. Cakap saja kau tahu mereka mengata. Buktikan kepada mereka yang mengata tentang kau itu yang kau masih ada iman dengan tak ambil benda-benda yang bukan hak… silap – silap mereka nanti malu sendiri dik. Lepas itu tinggalkan group dan move on ya… semoga dimudahkan urusan.

Salina Gunawi: Mereka dah izinkan ambil apa yang tinggal, jadi ambil sajaIah. Mereka yang busuk hati, biarkan saja. Lisa move on dan saya doakan Lisa akan jumpa orang yang baik – baik saja selepas ini. Amin…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.