Lepas saya dan suami PJJ, suami terus berubah. Aku yang selalu ulang alik jumpa suami naik bas. Sampailah suami lafaz, dia tak halalkan aku jejak kaki ke rumahnya

Setahun rumah tangga kami bertahan. Aku ke Kuala Lumpur bersama kakak nak ambil pakaian tapi baju – baju aku dimasukkan dalam plastik sampah hitam. Sebegitu h1na diri ini dibuang. Tapi suami kata kami ser4ng dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Terima kasih seandainya confessions ini disiarkan. Untuk aku bangkit melalui kata – kata semangat daripada pembaca. Cukuplah diri ini dikenali sebagai Halida. Tiada niat nak aibkan mana – mana pihak. Minta maaf jika ada yang terasa.

Aku janda umur 25 tahun dan dikurniakan seorang puteri yang berusia setahun. Aku diceraikan pada hari ke-40 berpantang. Kisah aku dengan bekas suami bermula dari tahun 2020, di mana perkenalan kami melalui seorang kawan.

Dipendekkan cerita, kami bertunang pada tahun 2021. Masa itu aku masih belajar dan memang majlis disokong oleh bekas suami. Dia seorang penjawat awam. Bertunang dua tahun, semua berjalan lancar, tiada apa – apa dugaan. Bahagia teramat sangat.

Bekas suami seorang yang penyayang, hormat orang tua dan peramah. Pada bulan Ogos 2023 kami berkahwin memandangkan aku masih di tahun akhir pengajian. Majlis perkahwinan memang bekas suami yang sokong. Rumah sewa kami, semua kelengkapan bekas suami sediakan sebelum berkahwin dan aku hanya masuk je.

Kehidupan kami selepas berkahwin tak semewah pasangan lain. Makan ala kadar je, nasi dengan telur dan kicap, nasi goreng. Aku tak pernah minta suami belikan baju baru atau apa – apa yang aku inginkan. Aku faham aku tak bekerja dan gaji suami cukup – cukup je.

Rezeki datang tanpa diduga. Disember 2023 aku dapat taw4ran kerja kerajaan dan disahkan mengandung. Alhamdulillah, Januari 2024 aku dihantar bertugas di Melaka manakala suami di Kuala Lumpur. Dua minggu sekali aku jumpa suami, naik bas dari Melaka ke Kuala Lumpur bawa perut yang semakin membesar. Suami tak datang ke tempat aku, tak apa, aku faham sebab tol, minyak dan semua itu.

Rumah tangga kami mula dilanda masalah selepas dia nak bawa Grab pada bulan empat. Satu persatu perubahan dari diri dia. Dia selalu marah – marah, tak ada mood dan pernah beritahu tak nak selalu berhubung dengan aku. Masa itu aku tak dapat hidu lagi dia ada orang lain.

Aku mengandung, nakkan perhatian dia. Mengidam apa – apa langsung tak ditunaikan. Memang kami selalu berg4duh. Bila aku merajuk nak dipujuk, tapi tak dilayan. Aku mengandung dan perIukan kasih sayang serta perhatian dia, tapi kenapa dia tak faham. Dia berubah dan tak macam yang aku kenal empat tahun lepas sebelum kami berkahwin.

Pernah dia beritahu, jika aku pergi ke Kuala Lumpur dia tak halalkan aku jejak kaki ke rumahnya. Aku pergi ke Kuala Lumpur dengan muka manis nak jumpa suami, tapi balik ke Melaka dengan air mata. Apa salah aku sampai diperlakukan sebegitu. Begitu cepat dia berubah.

Julai ogos 2024 aku ambil cuti bersalin, tapi sedih sebab aku dihantar ke rumah kakak dengan alasan dia kena pergi kursus, sedangkan sebenarnya tak pun. Aku tak sempat balik kampung dan bersalin di Kuala Lumpur. Hari pertama keluar dari labour room, aku minta telefon dia, tapi tak sampai lima minit hati ini berderai dengan satu WhatsApp, “B kenapa tak balas mesej sayang.” Ya Allah, s4kit bersalin masih tak hilang, dis4kitkan lagi dengan kecuranganmu wahai suami.

Aku minta cerai, tapi dia berjanji nak betulkan keadaan sebab dah ada anak. Okey, tak apa, aku faham. Masa nak balik kampung hantar aku, dia berhenti di RnR, rupanya sedang bergayut dengan perempuan itu. Sedih sangat. Aku berpantang di kampung.

Dua minggu dalam berpantang, bekas suami ada bagi bayangan, “Seandainya apa – apa terjadi pada rumah tangga kita, minta kuat semangat sebab jodoh, ajaI dan m4ut di tangan Allah.” Masa itu aku tak dapat syak sebab dia nak berubah.

Satu hari aku telefon dia berpuluh – puluh kali nak beritahu pasal anak, tapi dia tak jawab. Aku guna nombor lain mengganggu dia, mengaku aku kawan Halida dan beritahu terserempak dengan dia. Mungkin dia dapat agak aku yang mengganggu, jadi malam itu dengan satu ayat, “Jika awak yang menyamar, jatuh talak satu.” Hari ke-40 berpantang. Sedarkah awak? Awak ceraikan saya sebab penipuan yang awak sendiri buat.

Awak ceraikan aku sebab salah awak. Sebab kecurangan awak. Setahun rumah tangga kami bertahan. Aku ke Kuala Lumpur bersama kakak nak ambil pakaian, tapi baju – baju aku dimasukkan dalam plastik sampah hitam. Sebegitu h1na diri ini dibuang. Tapi dia ceritakan kami pergi menyer4ng dia. Remuk hati ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah dan bantuan kawan terdekat, satu demi satu bukti aku jumpa. Dia tak jawab panggiIan aku berpuluh – puluh kali sebab dia ke Cameron Highland dengan perempuan itu. Rupanya dia curang dengan aku sejak bulan Februari selepas aku dapat kerja di Melaka.

Semua bukti gambar dari bulan dua sehingga sekarang masih aku simpan, mereka bersuka ria. Mereka pergi bercuti, pakai baju sama, macam suami aku bujang. Tapi masa bersama aku, dia selalu tak ada duit. Berjanji nak bercuti, tapi janji tinggal janji.

Aku tak pernah ungkit sebab faham kewangan suami. Tapi kenapa dengan perempuan itu dia boleh pergi sana sini. Mungkin perempuan itu kaya. Sedarkah awak wahai suami, aku sedang mengandungkan anak awak. Aku makan atau tak makan, awak tak tahu, tapi awak boleh bahagia bersenang – lenang di atas pend3ritaan aku.

Adilkah aku diperlakukan sebegini. Pihak sebelah suami seakan membenci aku sebab dengar cerita sebelah pihak suami. Jadi aku renung dan fikir semula. Patutlah semua kesilapan aku sebagai isteri jarang ditegur, rupanya dah ada orang lain dalam hati.

Bila jadi macam ini, semua keburukan aku dicanang sepanjang jadi isteri dia. Kenapa lepas ada anak nak tinggalkan aku. Dulu dia paling teruja nak jadi ayah. Macam – macam dia rancang bersama aku untuk anak. Tapi sekarang dia h4ncurkan semuanya. Dia datang tengok muka anak masa umur anak enam hari.

Aku selalu bisik dekat anak, “Adik nak ayah. Adik minta Allah hantar semula ayah untuk adik.” Bergenang air mata aku. Wahai anak, rindukan ayah. Mungkin tak pandai nak beritahu, tapi aku sebagai ibu memahami. Anak aku tak banyak kerenah. Kembung perut pun tak menangis. Kuatnya kamu, sayang.

Sebab fikirkan anak, aku pujuk dan rayu dia. Tapi dibalasnya hati dia dah tertutup untuk terima aku. Aku dapat tahu dia tak tahan dengan per4ngai aku. Dia rasa macam nak giIa melayan per4ngai aku. Tapi semua itu alasan untuk menutup kecurangan dan kesalahan dia. Dia sebagai suami sepatutnya membimbing isteri.

Setahun rumah tangga adalah masa untuk sama – sama belajar, kenal dan terima kebaikan serta keburukan demi kebahagiaan jangka panjang. Tapi dia tidak buat begitu. Sebab ada orang lain, semua itu tak boleh dibentuk dan dibimbing.

Alasan dan sebab yang dia beri mungkin jadi punca semua pihak dia tak suka aku. Langsung tak adil untuk aku. Memang sebulan aku menangis dan makan hati. Lima tahun dibuang dan dilupakan dengan mudah. Aku ada jumpa ramai ustaz, kebanyakannya beritahu dia kena sih1r. Tapi Allah lebih mengetahui. Keluarga dia pula tak percaya semua ini.

Lepas berpantang aku kembali bekerja. Anak di kampung dengan mak. Orang lain jauh dengan anak ada suami bagi semangat, tapi aku tidak. Doakan aku kuat ya kawan – kawan. Adakah jodoh aku dengan dia tak panjang atau ini dugaan untuk kami. PerIukah aku berharap dia kembali lagi. Aku rindu kamu yang dulu. Perasaan sayang mungkin sukar untuk aku hapuskan. Sekelip mata awak berubah. – Halida (bukan nama sebenar)

Komen Netizen:

WJuliyana WRazak : Biarkan dia. Akan sampai satu masa dia akan terhantuk, barulah dia ingat awak dan anak awak. Kuatkan diri. Mengadu pada Allah. La tahzan, innallaha ma’ana. Kurangkan mengadu pada sesama manusia. Manusia simpati sekejap sahaja, lepas itu lupa.

Itu belum lagi yang jenis menghakimi, nanti awak juga yang sedih dan s4kit hati. Bekas suami awak akan dapat balasannya. Kalau bukan di dunia, yang pasti di akhirat kelak. Jaga diri dan anak baik – baik. Anak awak kuat, awak sebagai ibu harus lebih tabah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :