Lepas seminggu kahwin kantoi aku bagi semua duit hantaran dekat mak. Suami meng4muk, h4ramkan aku balik rumah mak

Lagi dua hari kahwin, mak aku call suami naikkan hantaran dari 5k sampai 8k. Mak kata sebab aku ada degree dan ada d4rah campuran, mix Thailand. Lepas kahwin mak terus minta semua duit hantaran. Aku diam – diam bagi tapi kant0i dekat suami lepas seminggu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku harap dekat sini dapat pendapat daripada semua kerana aku sangat buntu. Minta maaf jika apa yang aku nak cerita ni mungkin memeningkan dan sedikit panjang. Aku dah berkahwin 7 bulan.

Aku dengan suami kenal setahun dan ambil keputvsan untuk berkahwin. Sebelum ni aku sangat tr4uma untuk berkahwin kerana aku daripada keluarga yang bermasalah, mak ayah aku bercerai. Boleh dik4takan 90% keluarga aku sama ada nenek, makcik saud4ra, sepupu ada yang bercerai berai.

Buatkan aku sangat takut nak kahwin. Tetapi perkenalan aku dengan suami, dia janji tak akan tinggalkan aku. Janji macam – macam. Dia kata tak akan ulang apa yang jadi pada keluarga kami which is dia pun sebenarnya dari br0ken family.

Aku terima lamaran dia. Masa ni mak aku sangat suka kat dia. Aku ada buat solat istikharah, tetapi kerap lelaki tidak berwajah yang muncul. Aku m4kin keliru. Jadi aku buat keputvsan teruskan sebab mak aku nak aku kahwin.

Tapi mak aku dari nak mula tunang dia buat per4ngai sikit. Lagi beberapa hari nak bertunang, dia kata dia tak nak buat. Tak pandai. Jadi dia minta buat dekat rumah kakak aku. Dan masa tunang tu beIah perempuan hanya ada aku, kakak aku dan suami dia.

Mak aku tak nak datang. Sarung cincin pun hanya atas tikar. Makan – makan hanya keluarga dia dan kami sahaja. Sangat simple. By the way, aku masih student degree tahun kedua di universiti ambil kos pendidikan dan aku t4rget untuk jadi cikgu, nak kerja kerajaan la.

Walaupun nikah, suami aku hanya SPM, aku terima dia seadanya. Hantaran pun aku mintak seikhlas hati dia nak bagi berapa. Jadi dia dan keluarga mertua aku ni dah bincang untuk bagi aku 5k. Aku setuju je. Aku bagi tahu mak aku dan dia pun okey.

Tapi aku nampak raut wajah dia macam tak okey. Lagi dua hari nak nikah, mak aku secara tiba – tiba call tunang aku (suami aku sekarang) nak naikkan hantaran. Masa ni aku tak tahu apa – apa. Mak aku mintak 8k sebab nak buat kenduri malu kat orang kampung.

Katanya aku ni degree, ada mix thailand (beIah mak) bla bla.. Aku dapat tahu bila kakak ipar aku call kakak aku yang uruskan pertunangan aku. Aku tak tahu nak buat apa.. Malu sebab lagi 2 hari kan nak nikah. Mak aku cakap kalau tak bagi dia akan batalkan nikah.

Malu sangat.. Semua benda dah beli dah sediakan. Aku tak nak malu dan adik beradik aku malu. Kakak aku terus mintak aku datang rumah dia, dia akan tolong uruskan. Sebenarnya kakak aku kahwin pun mak aku tak uruskan dan tak datang.

Dalam proses pertunangan, nak uruskan borang mak aku langsung taknak tolong. Mak ayah aku bercerai dari aku umur 5 tahun lagi. Ayah aku pun tak mengaku aku anak dia dan suruh aku uruskan sendiri. Akhirnya aku buat permohonan wali hakim sebab tak ada surat nikah mak ayah aku sebab diorang bernikah kat Thailand (kampung aku).

Mak aku kata dah daftar kat malaysia tapi aku call semua pejabat agama semua kata tak ada rekod. Masa buat permohonan wali hakim, pejabat agama tulis dalam borang bahawa aku anak luar nikah. Kau bayangkan nak menitis air mata aku.

Masa tu ada family beIah lelaki ikut sekali. Alhamdulillah family diorang faham. Family dia sangat – sangat baik tolong aku naik turun mahkamah tanpa bantuan mak aku. Jadi kami nikah dia pejabat agama sekali lagi dengan hanya ada kakak aku sebagai wakil beIah perempuan.

Mak aku sangat marah dan mintak duit hantaran. Dan aku bagi semua duit hantaran dekat dia. Walaupun sebenarnya aku t4rget nak beli laptop dan peralatan belajar aku untuk teruskan semester. Di sini aku sambung belajar sebenarnya 100% aku tanggung diri sendiri.

Dengan ada ptptn tu aku buat makan minum. Disebabkan aku sayang sangat kat mak aku, aku bagi semua hantaran aku tanpa pengetahuan suami aku. Seminggu lepas kahwin, aku kant0i bagi duit – duit hantaran ke mak aku sebab dia terbaca mesej maybank yang ada transaction transfer ke akaun mak aku.

Dia punya meng4muk time tuu, sampai aku menggigil. Dia cakap dia cari duit untuk aku bukan mak aku. Sejak tu, dia h4ram kan aku balik rumah mak aku. Start tu juga dia mula ungkit semuanya. Duit nafkah dia hanya bagi 50 ringgit sebulan.

Kadang – kadang 100.. Paling banyak 200 dia pernah bagi tapi dalam bulan tu dia akan bagi aku link shopee belikan dia barang pape. Duit yang dia bagi tu jugak aku gunakan so berapa je tinggal untuk aku makan. Setiap duit yang dia bagi dia tanya aku duit tu pergi ke mana, kadang – kadang sebulan dua dia tak bagi aku duit sebab katanya nanti aku bagi dekat mak aku walhal aku nak buat makan.

Aku duduk hostel uni kadang – kadang berhari – hari tak makan. 3 bulan pertama kawin, berat badan aku susut sangat turun sehingga 7kg dalam masa 3 bulan. Jadi aku cari duit sendiri dengan ajar orang mengaji secara online.

Tapi tak boleh ramai sebab pack dengan jadual kuliah aku. Aku cuba faham dia sebab dia dibuang kerja jadi sekarang dia hanya full time grab. Aku pernah nampak app grab dia seminggu dia cecah 1k lebih. Aku ada kecik hati tapi aku buat biasa dan decide untuk cari duit sendiri.

Pencuci muka aku habis hampir dua bulan pun tak mampu lagi aku nak beli. Bila aku duduk hostel, dia tak akan wasap atau call. Walaupun jarak rumah dia dan universiti aku hanya 30 minit. Dia tak akan datang tengok aku.

Kalau sebulan aku duduk hostel, sebulan laa dia tak wasap langsung. Aku macam orang single. Dia akan cari aku bila dia bernafsu je. Bila aku rindu aku peIuk civm baju dia. Aku tak berani nak wasap dia sebab dia pernah marah aku kata dia rimas perempuan sikit – sikit nak rindu.

Bila cuti semester ni, dalam seminggu hanya dua hari dia ada kat rumah. Hari lain dia ke bandar buat grab. Kau bayangkan duduk sorang – sorang tengok dinding. Aku cuba beri yang terbaik, kemas rumah bersih – bersih sebab aku memang tak suka kotor, pakai wangi – wangi, masak hari – hari.

Aku nak pape memang tak mintak. Bila dia balik, dia hanya tengok phone, main game dari bukak mata sampai tidur. Dia selalu tidur ruang tamu, kalau tidur bilik pun dia akan masuk bilik pukuI 2/3 pagi. Dan dia selalu pergi masuk dalam kereta main phone.

Walaupun aku ada je dekat rumah. Dia buat aku macam tunggul dia masuk kereta main phone, selalunya pukuI 8/9 malam dia akan masuk ke kereta, pukuI 2/3 pagi baru dia keluar kereta. Firasat aku kuat mengatakan dia ada orang lain.

Dari mula kahwin, hampir setiap hari aku tidur dengan air mata. Dia pernah nampak aku menangis, dia akan buat b0doh je. Dan ada sekali dia cakap memang hobi kau menangis ke. Start tu aku berdoa sangat “Ya Allah kalau perasaan ini buat aku s4kit, kau hilangkan lah rasa sayang aku pada suami aku, aku cukup tersiksa Ya Allah”

Dan aku mula tawar hati. Aku penat asyik pujuk diri sendiri. Selalunya aku menangis bila dia tak ada kat rumah. Dan kini aku lagi suka dia tak ada. Waktu aku mula kenal dia, dia sangat baik. Tapi semenjak kawin, dia berubah.. Satu solat aku tak pernah dia imamkan.

Aku tak ada tempat mengadu, tak ada tempat aku nak berg4ntung. Aku tak nak susahkan kakak aku. Biarlah dia bahagia dengan suami dia. Aku mula depr3ssion teruk, penat jaga hati semua orang yang akhirnya aku sendiri tersiksa.

Aku pernah buat perkara yang meny4kitkan diri aku sendiri. Suami aku balik tengok tangan aku berbalut dengan hanya reaksi biasa. Bila dia pergi bandar berhari – hari, aku ambil peluang pergi rumah mak aku, pujuk dia maafkan aku.

Sejahat apa pun mak aku, aku tetap sayang dia sebab dia yang besarkan aku. Banyak perkara yang mak aku buat tak perlu aku cerita kat sini. Aku masih sayang dan hormat dia. Aku pun banyak kekurangan dan salah pada mak aku.

Aku bagaikan tak ada sesiapa. Ke sana sini jaga hati orang. Mak aku mintak bila aku dah jadi cikgu, belikan dia rumah. Dan suami aku mintak benda sama, bila aku kerja dia nak aku buat loan dengan nama aku untuk beli rumah.

Aku pening. Mak aku nak aku bercerai, dan suami aku mintak aku putvs hubungan dengan mak aku. Tanpa dua – dua orang ni sedar aku ke sana sini jaga hati dua – dua. Setiap malam aku menangis fikir nak hidup lagi ke tak.

Bila duduk dapur, aku akan tenung pis4u dengan lama. Aku tak nak hidup dah. Aku penat sangat. Kalau suatu nanti aku bercerai, aku tak akan cari yang lain. Bukan sebab aku terlalu cintakan dia, tapi sebab tr4uma aku sem4kin besar. Apa yang aku takutkan itulah yang terjadi. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Umi Kalthoum Ams : Suami kahwin sebab ada niat lain tu. Dia marah sebab bagi duit hantaran kat mak mertua tu cuma alasan jaa. Dia sendiri pon cakap nak guna nama awak buat loan tapi sebab baru sangat kawen 7 bulan, tunggu dulu bagi eluang sikit sampai setahun at least.

Mungkin boleh cari hobi dulu dalam masa tu untuk isi masa lapang dan belajaq sungguh – sungguh. Make sure jangan mengandung tengah bljar ni. Nanti lepas dah bagi tempoh kat husband still tak berubah jugak, bolehlah cuba mintak fasakh.

Ayshah Rosli : Habiskan belajar dulu dik. Laki tu pun dah la minta kahwin dengan student, supportnya tidak. Belum – belum dah minta nak buat loan, dapat kerja pun belum tentu lagi. Abaikan benda – benda negatif. Harap u dapat habiskan belajar sampai graduasi dan fikir panjang sebelum buat loan untuk orang lain, meskipun family sendiri.

Nur Adilah Zolkepli : Moga pengalaman ni mematangkan kau dik. Takde siapa dalam dunia ni nak kahwin pastu cerai. Tapi kadang – kadang mungkin itu yang terbaik. Kalau nak bahagia, jangan pernah harapkan orang lain untuk beri kita bahagia.

Sebaliknya, diri sendirilah yang patut berusaha cipta bahagia sendiri. Lower your expectation dan cuba fikir langkah terbaik untuk tangani masalah ni. You can do it ok.

Cac Tus : Suami tu memang jenis yang takde tanggungjawab. Kahwin tak sampai setahun lagi dia dah buat per4ngai. Rasanye, berpisah adalah jalan yang terbaik. Tak perlu la seumur hidup nak jaga hati orang. Kalau nanti dah ada anak lagi str3ss fikirkan pasal laki yang tak support awak dari segi mentaI dan fizikaI.

Dan lagi satu kalau kerja tu tolong la jangan kerja untuk senangkan hidup orang lain, fikir pasal diri sendiri dulu. Kalau nak beli rumah, ajak mak duduk sekali. Takyah pening – pening, chill je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.