Lepas seminggu suami kena p4ksa lafaz cerai dekat aku oleh mak mentua, aku ‘cuIik’ suami balik kampung

Aku panjat dinding, tarik hiasan bunga dekat penjuru pintu bilik. Ada botol air dan kertas bergulung dalam tu. Satu petang, aku tengah tengok TV dengan mak mentua. Tiba – tiba dia cakap, “Kau ingat aku tak tahu ape yang kau dah tengok dan apa yang kau cakap dengan bapak kau.” Dia cakap langsung tak tengok aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Sebelum ni aku selalu je baca kisah – kisah dan pengalaman orang lain. Tapi, kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang sedang aku alami dari awal perkahwinan hingga ke hari ni berkaitan mak mentua aku.

Sebelum aku mula bercerita, aku Ana berasal dari salah satu negeri belah selatan. Pada awal perkahwinan aku dengan suami aku duduk serumah dengan keluarga mentua aku beIah Selangor. Kisah ni terjadi selepas 3 bulan perkahwinan di mana, pada satu malam tu waktu suami aku keluar ngeteh dengan adik beradik dia, tiba – tiba mak mentua panggil aku,

“Ana mari sini kejap.” Aku pun datang je la dekat mak.

“hahh ye mak, ade ape – ape ke?” Mak pon cakap la, “kau ambil air ni, kau campur dalam setiap kali kau masak atau bancur air untuk Ude,” aku pon jawap, “OKAYYY MAK.” Mak sambung cakap, “Kau dengan Wan ni s4kit yang sebenarnye.”

Hakik4tnye aku dengan suami aku je elok je sihat dan tiade ape yang pelik pon. Lebih kurang 30 minit suami aku pun balik je rumah dan masuk ke bilik. Bila suami aku masuk ke dalam bilik aku pun tunjukkan botol air tu dan aku bagitahu la apa yang mak dia cakapkan.

Suami aku tak banyak cakap pun terus dia ambil botol air tu dia curah dekat tepi tingkap. Keesokkan harinya lepas suami aku pergi kerja, mak ni tanya, “Ana, kau dah bagi ke belum?” Aku pun jawap la.. “Dah mak.” Tapi aku perasan air muke mak ni senyum lain macam, seolah – olah mengerikan.

Aku terus tinggalkan mak sorang diri, aku pergi mengemas rumah. Rumah mentua aku ni, nama je ada adik ipar perempuan tapi pemalas ya rabbi. Macam mana aku tak cop dia pemalas, makan sambil baring sambil mengangkang duduk tengok TV.

Rumah dibiarkan lintang pukang. Nak buat macam mana aku ni kan tetap orang luar, lebih baik aku diam. Nak dijadikan cerita dekat rumah mak ni ada satu bilik yang aku tak dibenarkan masuk termasuk la untuk mengemas.

Ade satu hari pintu bilik tu terbuka dengan lampu terpasang, kebetulan aku lalu depan bilik tu nak ke dapur. Pada awalnya niat aku cuma nak tutupkan lampu dengan pintu bilik tersebut tapi lain yang aku nampak. Mesti korang tertanye ape yang aku nampak kan.

Untuk pengetahuaan korang, rumah mak ni rumah papan, keliling bilik tu terg4ntung kain kuning sampai tak nampak pun dinding papan tu semua. Selain tu dekat sudut bilik tu aku terpandang ada tempat bakar kemenyan dan beberapa batang colok / setanggi yang dah dibakar separuh dengan keliling tempat bara tu ade beberapa biji limau purut, beberapa anak patung baby yang mata boleh berkelip tu tanpa baju dan duri ikan pari.

Masa aku tengok semua tu bulu roma aku tok payah la cakap memang tegak macam askar Jepun. Aku cepat – cepat tutup lampu dan pintu bilik tu dan lari masuk bilik. Ape yang aku nampak ni aku tak bagitahu dengan suami aku pun, aku buat – buat cool je.

Sejak dari peristiwa tu aku rase seperti diperhatikan dan ibu jari kaki aku selalu s4kit. Ape yang aku perasan setiap bilik dan setiap penjuru rumah ade terg4ntung bunga hiasan ni. Tak terkecuali bilik tidur kami suami isteri.

Lepas kejadian bilik angker tu aku jadi tak sedap hati. BeIah petang tu lepas solat asar aku tergerak hati nak panjat dekat penjuru bilik yang ade hiasan bunga. Tahu tak ape yang aku jumpe di sebalik bunga tu!! Aku jumpe botol mineral kecik yang ade bergulung – gulung kertas.

Aku bukak setiap gulungan tu aku, tangkap gambar kemudian aku whatsapp dengan ayah kandung aku, ayah aku cakap tu wafak. Untuk pengetahuan korang, ayah aku boleh mengubat orang secara tak langsung dengan lahirnya aku.

Ada satu petang aku dengan mak tinggal berdua sambil layan drama Naagin. Tiba – tiba mak cakap, “Kau ingat aku tak tahu ape yang kau dah tengok dan apa yang kau cakap dengan bapak kau.” Mase yang mak cakap ni mak langsung tak pandang aku pun sebaliknye dia layan drama tu dan lepas kejadian tu hidup aku mula tak tenteram weii.

Bayangkan masa mandi tu dekat tingkap aku nampak kepala lelaki yang bertanduk, mata merah menyala dok perati gerak geri aku. Hingga aku tumbang dalam bilik air. Aku ingatkan habis sampai situ je, tapi ramalan aku benar – benar meleset.

Malam tu pulak lepas doa nak tidur aku terpandang sekor lembaga berambut panjang berbaju putih lusuh tengah merangkak dekat siling bilik yang aku nak tidur ni. Aku tunjuk la dekat suami aku, tahu tak ape respond laki aku, “abang tak nampak ape pun.”

Selang beberapa malam kemudian aku diganggu lagi, tapi ni makhluk lain pulak. Waktu tu, aku tengah tidur tahu badan aku rase berat ya amat. Aku pun bukak la mata, buka je mata tengok makhluk bermuka hitam, berbau hanyir.

Aku tak boleh nak menjerit atau nak baca ape – ape surah. Seminggu aku demam weii.. Hari demi hari bermacam – macam rupa dan bentuk yang aku nampak dalam rumah mak tu. Mak pulak m4kin hari m4kin lain, bila aku pasang ayat Rukyah dia boleh pergi basahkan badan dia tanpe bukak baju lepas tu duduk sambung tengok TV.

Bukan tu je kadang – kadang boleh dia tidur tak pakai baju sebabkan panas padahal rumah tu bukan main sejuk lagi. Aku dah tak tahan dengan ape yang jadi aku mintak izin dengan suami aku yang aku nak balik kampung nak rehat.

Alhamdulillah, suami aku pun izinkan. Sampai je kampung halaman aku, aku terus s4kit tak boleh berjalan dan aku hilang deria rasa di bahagian kaki serta aku hilang sedikit penglihatan. Adik aku bawak aku ke hospitaI.

Seminggu aku tersadai dalam ward setiap hari doktor ambik sampel d4rah dan bermacam – macam pakar yang datang. Keputusan ujian d4rah, ct scan brain, MRI dan macam – macam lagi menunjukkan aku sihat tanpa ade ape – ape masalah dan aku dibenarkan keluar hospitaI.

Sepanjang aku berada dalam di hospitaI suami aku tak dibenarkan datang jumpa aku oleh mak dia. Jadi ayah dengan mak aku bawak aku pergi jumpe seorang ustaz. Di rumah ustaz tu aku mula tak sedarkan diri dan meng4mok.

Menurut cerita mak aku, air yang mentua aku ni bagi tujuannya nak aku suami isteri dengar cakap dia. Patung yang aku nampak tu sebenarnya benda suruhan dia dan makhluk yang aku nampak selama ni belaan mentua aku.

Dalam masa yang sama dia jugak tak nak kami suami isteri ade zuriat. Kononnya kalau ade zuriat, dia akan susah nak kikis duit dari suami aku. Ibu jari aku selalu s4kit tu belaan dia datang hisap d4rah aku. Tak memasal aku jadi hidangan s3tan – se3tan dia pulak.

Ustaz pon nasihatkan aku supaya jangan jumpa dengan mentua aku atas dasar keselamatan aku hingga aku bercerai berai dengan suami aku. Suami aku dah mula jadi b0doh ikut je cakap mak dia tapi aku pulak jenis tak putus asa.

Aku minta ustaz tu air penawar untuk suami aku. Waktu tu baru seminggu suami aku lafaz cerai terhadap aku. Bukan aku tak dengar yang p4kse lafaz cerai tu mak dia la. Jadi aku dari selatan naik ke Selangor, aku larikan suami aku.

Aku bagi suami minum air penawar tu lebih kurang 45 minit suami aku munt4h. Ni munt4h bukan yang biasa – biasa ye, ade bau hanyir, hamis bukan main pekong weiii! Sampai dengan aku sekali munt4h sebab tak tahan bau tu.

Dalam mase sebulan urusan penceraian dan rujuk berjalan lancar. Alhamdulillah dan suami aku dah mulai sedar setiap perbuatan mak dia adalah salah dan syiirik. Dari info yang aku dapat dari abang ipar aku yang pertama, juga senasib dengan kami, dia jelaskan yang mak mentua aku memang obses dengan b0moh dan suke sangat cari b0moh tak kira betapa jauh sekali pun dia tetap akan pergi.

Patut la abang ipar aku tu payah nak jejak kaki ke rumah tu. Alhamdulillah lebih setahun aku tak jumpa mentua aku, aku dikurniakan seorang zuriat. Aku minta jasa baik kepada semua pembaca doakan aku sekeluarga dilindungi Allah swt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.