Lepas setahun arw4h ayah mertua meninggaI, saya bantu kemas barang arw4h. Sekali mak mertua mengadu, aku kena sound dalam group

Lepas masak dekat rumah mertua, suami ajak saya keluar jalan – jalan. Bila balik rumah, saya nampak semua lauk habis jadi saya rasa lega. Bila suami buka tudung saji, nampak lauk saya tertutup rapat, disorokkan.

#Foto sekadar hiasan. Tumpang simpati bila baca kisah Tawar Hati Dengan Mentua. Kisah kita hampir sama.. Nama saya Li, dah 22 tahun berumahtangga. Anak 2 orang, seorang lelaki (15 tahun) seorang perempuan (13 tahun).

Lama saya ttc, puas dah mengadap kata nista dari keluarga mentua. Tapi Alhamdulillah, suami sentiasa di pihak saya. Suami sangat memahami dan suami sangat menjaga hati saya. Bila baca, rasa macam lama sungguh 22 tahun tu kan.

Dah sebati, dah terik4t rapi, dah kenal hati budi. Saya memang dah anggap keluarga mentua macam keluarga sendiri. Selama ni saya yang suka balik ke sana. Suka dengan suasana kampung dan tanah lapang di sekelilingnya. Almaklum la, kami duduk di bandar rumah tinggi.

Rupa – rupanya keluarga mertua tak pernah menerima saya pun. Saya masih tetap orang luar. Selepas 22 tahun saya tetap seorang tetamu yang tak diundang. Kisahnya, 2 tahun lepas (2021) ayah mentua meninggaI dunia. Dan selepas itu, mak mentua berpindah bilik.

Dia tak mahu tidur di bilik lama yang penuh dengan kenangan arw4h ayah. Jadi, kami yang sesekali balik ni kena simpan baju ke atau nak bersiap dalam bilik arw4h ayah. Bilik tu masih sama seperti dulu, penuh dengan almari baju dan barang – barang arw4h ayah.

Kami juga terp4ksa tidur bergelimpangan di ruang tamu, sebab ada 2 bilik yang tak dapat kami gunakan. Ya, saya sentiasa bertudung 24 jam di rumah mentua. Dah biasa, walau waktu tidur pun saya sentiasa bertudung. Tapi suami kesian dengan saya, jadi dia minta saya kemaskan sikit bilik arw4h ayah.

Sekurang – kurangnya ada bilik untuk saya rehat buka tudung sekejap. Saya kosongkan atas katil dari karpet – karpet lama, saya susun almari baju supaya ade ruang untuk kami duduk berehat. Perkara ni berlaku setahun selepas arw4h ayah meninggaI dunia.

Tak lama lepas balik bandar, kami dapat tahu mak mentua marah kami kemas bilik tu. Dia marah – marah kata kami sesuka hati usik barang arw4h ayah. Dia mengadu pada anak – anak yang lain dan anaknya sound saya dalam group whatsapp.

Katanya saya tak beradab, masuk rumah orang buat macam rumah sendiri. Acah – acah mengemas tapi sebenarnya nak selongkar barang arw4h ayah. Allahu.. kalau tak bagi kemas kenapa tak cakap terus depan muka saya?

Sedangkan masa kami menyapu dan mop lantai tu mertua ada bersama – sama dengan kami. Disebabkan perkara ni, suami jadi berkecil hati dengan keluarga dia. Dia suruh saya keluar dari group dan tak perlu ambil tahu apa – apa lagi. Dia juga jarang pulang ke kampung.

Raya tahun 2023 tu dia tak balik pada hari raya pertama. Tahun ni pun awal – awal dia dah bagitahu saya, dia tak nak balik pada hari raya pertama. Saya jadi serba salah sebenarnya. Saya taknak dia jadi derh4ka.. saya tahu dia memang jalankan tanggungjawab dia sebaiknya pada mertua.

Dia bayarkan bil air / elektrik, belikan barang dapur dan bagi duit belanja. Cuma saya agak terkilan bila dia jarang nak balik kampung dah sekarang ni. Banyak lagi perkara yang jadi sebelum – sebelum ni cuma saya tak ambil hati sangat.

Saya sedar saya hanya menantu. Jarang saya cerita pada suami walaupun berkecil hati dengan mak mertua. 22 tahun berkahwin, hanya 3 kali saya pernah masak di kampung. Mertua memang tak bagi saya memasak. Saya hanya tolong – tolong je.

Pernah saya nak goreng ikan, minyak dah panas saya masukkan ikan. Mak mertua saya keluarkan balik ikan tu sebab dia kata minyak belum panas. Kisah memasak di rumah mentua, pertama kali masak diawal perkahwinan takde siapa nak makan. Mentua kata tak kena dengan selera dia.

Kali kedua masak pun sebab anak saya minta lauk lain. Kali ketiga, saya masak bersama – sama biras pada hari raya ketiga (tahun 2019 rasanya) sebab ada tetamu nak datang. Lepas masak, suami ajak saya keluar jalan – jalan.

Bila balik rumah, saya nampak semua lauk habis jadi saya rasa lega. Bila suami pergi dapur buka tudung saji, nampak lauk saya tertutup rapat seperti disorokkan. Tak berusik langsung seperti mana saya tinggalkan tadi. Sekali lagi saya redha je. Takpelah..

Saya pun dah berumur. Insya Allah panjang umur saya juga bakal jadi mentua.. Saya sentiasa berdoa agar saya dapat jadi orang tua yang menyenangkan. Semua ni pun ujian juga. Saya cuma berharap perkara ni tak berpanjangan. Moga suami saya tak ambil hati lagi. Moga dia terus jadi anak yang berkhidmat pada maknya. Doakan kami.. – Li (ibu anak 2) (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Masyitah Masaahd : Jadi redha dan ok sebab suami bijak. Si anak terasa hati menahan hati tapi masih menjalankan tanggungjawab. Good job. So kena lah pert4hankan perkahwinan tu. Biar lah orang nak benci pun. Janji asas rumahtangga tu kukuh. InsyaAllah baik – baik aja dan ada hikmah. Allah bersama orang yang sabar dan menyebarkan kasih sayang.

Hora Hera : Bagus suami tt pert4hankan isteri. Kalau suami dah buat keputusan macam tu, ikutkan saja la. mungkin boleh sesekali berziarah tapi tak perlu bermalam. Semoga puan sekeluarga dirahm4ti dan menjadi ibu mertua yang baik di masa hadapan kelak.

Anna Kirana : Walaupun saya tak mengalami secara direct sebab jauh dari mertua, tapi saya lah menjadi bahu untuk biras berkongsi dan meluah rasa . Dah 25 years dia jaga mak mertua dan akhir – akhir ni sem4kin menduga sabar juga.

Saya tak mampu menjadi sesabar dia hadap segala – gala hari – hari. Kalau saya di tempat dia memang dah sewel gaknya. Suami yang supportive sahaja dia perIukan sementelah ada kala mertua seolah mau mereka berdua berg4duh selalu. Tak mampu nak cerita lebih – lebih tapi itulah ujian masing – masing. Semoga biras saya sentiasa sabar dan tabah menghadap segala karenah dan dugaan mertua macam dia kata ini ujian untuk dia suami isteri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.