
Dari pagi mertua ajak pergi beli barang dapur, petang ajak ngeteh pula. Contohnya keluar pagi balik petang, keluar petang balik tengah malam. Sampai satu tahap, aku jadi tr4uma. Setiap kali dengar suara mak mertua aku dari luar rumah, jantung aku berdegup laju, badan berpeluh – peluh dan menggigil satu badan.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Minta tolong jasa baik admin untuk sembunyikan nama aku ya. Aku risau takut ada yang terasa. Aku cuma nak minta pendapat w4rga FB dalam ni. Betul ke apa yang aku buat dan apa yang aku rasa ni.
Aku sudah mendirikan rumah tangga bersama suami selama lapan tahun dan kami dikurniakan empat orang anak. Alhamdulillah, suami aku seorang yang baik. Pak dan mak mertua pun baik. Sejujurnya aku memang selesa kalau balik kampung belah suami.
Setiap kali balik sana, mesti kami akan bawa mereka jalan – jalan. Tidak kira pergi kedai ECO ke mana ke, memang akan bawa keluar, lepas itu singgah ngeteh sekali. Kalau seminggu balik kampung, seminggu itulah keluar. Tapi aku okey sahaja sebab aku faham pak dan mak mertua aku orang susah.
Mereka hanya ada motor sahaja. Jadi kalau nak berjalan jauh memang susah, tambahan pula ada abang ipar aku yang OKU sindrom Down. Dalam fikiran aku, kami yang tinggal jauh ni, tidak salah kalau sekali sekala balik bawa mereka jalan.
Sampailah satu hari, suami aku berpencen dan bina rumah di sebelah rumah mak mertua aku. Dari situlah bermulanya trauma dalam hidup aku. Bermula dari duduk sebumbung dengan mereka sehinggalah rumah kami siap. Dalam tempoh tu, aku sudah mula rasa tertekan. Privasi langsung tidak ada.
Lepas enam bulan duduk berjiran, enam bulan jugalah pak dan mak mertua aku kerap ajak keluar bawa mereka ke sana ke sini. Masalahnya, jarak rumah aku ke pekan makan masa sejam. Minyak kereta kalau isi penuh, hanya bertahan tiga hari sahaja.
Dalam masa yang sama, aku nak ajak suami jalan – jalan dengan anak – anak pun jadi takut – takut sebab risau mereka terasa. Kalau nak keluar, kena tunggu anak – anak pergi sekolah dulu baru boleh keluar naik motor. Kalau naik kereta, memang bila balik tu mereka akan tarik muka.
Sejak suami aku duduk dekat situ, dia sampai tidak ada masa di rumah sebab pak dan mak mertua aku asyik ajak keluar. Kadang – kadang pagi ajak pergi beli barang dapur, petang ajak ngeteh pula. Contohnya keluar pagi balik petang, keluar petang balik tengah malam.
Aku pula memang tidak ikut sebab aku memang tidak larat kalau nak ikut berjalan hari – hari. Badan aku penat, emosi aku pun penat. Suami aku pula hanya sempat belanja barang dapur sekadar seekor ayam sahaja untuk kami sekeluarga. Duit pencen dia banyak habis bawa mak dan pak dia jalan dan ngeteh.
Sampai satu tahap, aku jadi tr4uma. Setiap kali dengar suara mak mertua aku dari luar rumah, jantung aku berdegup laju, badan berpeluh – peluh dan menggigil satu badan. Aku sampai tidak berani buka langsir rumah sebab tr4uma bila mereka ajak keluar.
Mereka langsung tidak kira suami aku penat ke, tengah tidur ke. Tahu tahu mereka sudah siap dan terus ajak keluar. Aku ni sepanjang berkahwin, tidak pernah lagi suami bawa aku dan anak anak jalan – jalan betul – betul tanpa mereka.
Sampailah duduk dekat dengan mereka. Dalam sebulan tu, tiga minggu penuh berderet ajak keluar. Dari pagi sampai tengah hari, lepas itu petang pula ajak keluar sampai tengah malam. Hari demi hari benda yang sama berulang. Sampai satu tahap aku merajuk dengan suami sebab dia tidak pernah bawa aku dan anak – anak jalan tanpa mak dan ayah dia.
Satu hari tu, suami kesian dekat aku. Dia bawa juga kami sekeluarga jalan jalan di pekan dari tengah hari sampai malam. Tapi bila nak sampai rumah, aku sampai terp4ksa suruh anak menipu. Aku pesan dekat anak, “Kakak, nanti kalau nenek dengan atok tanya pergi mana, cakap pergi cari beli buku.” Bayangkan sampai macam tu aku takut mereka terasa.
Esoknya memang betul mereka terasa sebab kami jalan jalan tidak bawa mereka. Aku dengar suara mak mertua aku jerit jerit pagi tu. Dari nada suara pun aku sudah boleh rasa dia tengah marah. Jantung aku berdebar semula, badan aku terus lemah. Lepas tu, bila tiba cuti sekolah, aku nak balik jumpa keluarga aku. Tapi mereka tidak bagi balik. Macam – macam alasan mereka bagi.
Mereka cakap dekat suami aku seolah – olah aku ni kalau tidak ada di situ, aku macam tidak wujud. Aku ada di situ dan aku dengar sendiri mereka membebel, bercakap seolah – olah aku ni orang b0doh yang buat buat tidak tahu. Ayat tu mereka tujukan kepada aku. Sampai sekarang aku tidak boleh lupa.
Ayat tu masih segar dalam ingatan aku. Ayat tu biarlah aku simpan sendiri. Dari situ, aku jadi geram. Geram yang aku pendam. Sampai tahap aku tidak sanggup nak tengok muka mereka. Hati aku s4kit sangat. Tapi alhamdulillah, suami aku tetap bawa aku balik jumpa keluarga aku.
Masa tu aku menangis sebab suami aku pernah berjanji dengan aku, kalau kami duduk di sini, setiap kali cuti sekolah panjang dia akan bawa aku balik Ipoh untuk berkumpul dengan adik beradik aku. Lepas kejadian tu, aku terus buat keputusan.
Aku tak nak duduk di rumah itu lagi. Aku nak duduk dengan mak dan ayah aku. Alhamdulillah, suami aku ikutkan keputusan aku. Cuma sekarang ni, setiap kali nak balik kampung suami, aku jadi berfikir macam – macam. Tr4uma aku datang balik.
Jantung aku masih berdebar bila teringat suara, situasi dan tekanan yang aku lalui sebelum ni. Aku bukan benci, tapi aku terlalu penat dan terIuka. Aku cuma nak hidup tenang dengan suami dan anak – anak aku. Jadi aku nak tanya pendapat. Apa patut aku buat dalam keadaan macam ni. Adakah perasaan aku ni salah. Adakah tindakan aku menjauhkan diri ni keterlaluan, atau sebenarnya aku cuma sedang lindungi diri aku sendiri.
Komen Netizen :
Azwa HS : Tak payah nak terasa kalau dia buat muka. Buat b0doh saja. Kalau nak keluar dengan keluarga sendiri saja, teruskan. Kalau mereka nak keluar, biar anak dia saja uruskan sorang – sorang, awak tak payah ikut. Kalau nak balik kampung sendiri, balik saja. Jangan kisah bebelan dia.
Kalau dia tak bagi, tanya suami benarkan ke tak. Hantar awak dan anak – anak saja balik kampung. Suami tu biar saja bawah ketiak mak bapak dia. Kadang – kadang suami tu dia pun serba salah. Tapi as long as dia faham dan benarkan, orang lain nak kata apa, biarkan. Tak payah gaduh, tapi jangan jadi lemah sangat, memang kena pijak nanti.
Roszita Abd Aziz : Kesiannya. Alhamdulillah suami memahami. Kedua mertua buat kalian berdua macam teksi dan ATM yang akan disuruh pergi sana sini. Faham itu. Itu yang pepatah kata, duduk jauh bau wangi. Bila sudah dekat dekat, bau lain macam kan. Eloklah kalian duduk di Ipoh nun. Jauh dari mertua yang t0ksik. Kalau sesekali itu tidak apa. Ini hari hari. Bank Negara pun boleh bankrap sudah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.