Ayah suka memberitahu dan menunjuk – nunjuk kepada orang yang dia banyak duit. Sebelum aku pembedahan, dia sempat pesan kat aku, ‘duit kau dekat tabung haji ada 30 ribu kan? Keluarkan la semua, bagi mak kau.” Ehhh.. dia harap aku m4ti..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Pertama kali aku meluah di alam maya macam ni. Aku anak sulung dari dua beradik seibu dan anak ke-9 sebapa. Bapa aku berkahwin 3 kali dan masih bersama dengan ibu aku. Isteri yang dua lagi dah cerai.
Beban aku sebagai anak sulung sejak remaja lagi, bapa aku dari dulu memang punya ego yang sangat tinggi dan selalu mengh1na ibu aku. Yelah sebab ibu aku orang yang tiada pelajaran tinggi, jadi bapa aku selalu kata ibu aku b0doh dan tak tahu apa – apa.
Setiap kali mereka berg4duh aku yang menyaksikan dan mendengar h1naan bapa aku terhadap ibu aku. Apabila aku masuk alam pekerjaan suasana di rumah sedikit tenang, namun aku sudah mulai str3ss setiap kali mereka berg4duh dan aku akan menangis bila mendengar mereka berg4duh.
Bapa aku selalu mengungkit bab nafkah yang dia berikan kepada ibu walhal duit yang ibu ambil hanyalah untuk membeli barang keperluan dapur dan bil api serta bil air. Ibu sudah jarang membeli pakaian untuk diri sendiri. Sedih sangat.
Bila lauk di meja ala kadar bapa tahu pulak mengeluh. Setiap yang ibu aku lakukan semua buruk di mata bapa. Bapa juga sering mengumpat dan merendah – rendahkan ibu di hadapan adik beradik dan anak – anaknya yang lain.
Bukan setakat itu terkadang di depan orang luar pun dia slumber memarahi ibu. Aku pernah bertekad untuk membawa ibu pindah, namun ibu tetap tidak sampai hati meninggaIkan bapa memandangkan bapa seorang warga emas yang berumur 70an.
Namun percakapan dan perwatakannya masih sombong dan eg0 seperti dia berasa umurnya 40-an barangkali. Alhamdulillah Allah mengizinkan dia masih sihat dan kuat namun kerana itulah dia berbangga kerana mampu hidup lama.
Dia juga suka memberitahu dan menunjuk – nunjuk kepada orang dia banyak duit dan berkemampuan, namun hakik4tnya tanggungjawab di rumah dia tetap culas dan sering berbolak balik hati. Hari ni sayang esok benci, hari ni beri esok ambil semula.
Banyak hal yang aku telan, dengar dan simpan selama ni. Aku cuma mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia sering menyayangi satu dengan lain ikhlas. Yang aku terkilan bermula dengan aku sambung belajar, pada mulanya dia kata dia nak tanggung semua.
Tapi apabila di hujung jalan dia berhenti memberi wang kepada aku dan aku terp4ksa membayar sendiri pengajian aku. Itu tidak mengapa lagi, sejak beberapa tahun ini dia sudah mula berper4ngai pelik. Dia jadi mata, duitan dan takut duitnya dan hartanya habis.
Berkira untuk semua hal tetapi tamak untuk harta orang lain. Hahaha lawak. Masuk bab aku berkahwin, kami sepatutnya ambil tempoh setahun dari bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan tetapi bapa aku sibuk nak suruh aku kahwin cepat katanya dia dah tak sihat dia s4kit. Dia takut jadi apa – apa kat dia.
Weh dia masih hidup sampai sekarang aku dah kahwin setahun lebih kot. Hahaha. Dah aku dengan laki aku berkikis bulu betis sebab terp4ksa kahwin 5 bulan selepas bertunang. Dia 1 sen pun h4ram jadah nak menolong, tanya aku cukup duit ke idok, tanya ada apa yang perlu tambah ke apa.
H4ram takdok tapi duit dari tetamu dia laju simpan dalam poket tak bagi sikit pun kat aku. Duit hantaran aku lima belas ribu habis bersih tanggung seratus peratus majlis aku. Tapi depan tetamu bukan main dia ambil nama katanya dia yang atur semua. Haha lawak bukan?
Sekarang aku ditimpa s4kit pulak, sebelum aku pembedahan dia sempat pesan kat aku, duit kau dekat tabung haji ada 30 ribu kan. Keluarkan la semua, bagi mak kau. Weh dia harap aku m4ti ke weh. Dari hari aku masuk hospitaI yang dekat dengan rumah sampai aku dah setel pembedahan, takde sekali pun dia datang melawat aku kat hospitaI.
Pastu balik ke rumah, sebulan aku terlantar di bilik dia tak pernah jenguk pun tapi bila topup handphone dia dah habis tiba – tiba mengetuk bilik aku awal pagi sebab nak suruh aku topup. Sedih giIa weh aku ingat dia k3tuk nak tanya khabar ke apa. Rupanya tetap fikirkan kepentingan diri dia sndiri.
Ujian sekarang pulak bila dia ada topup mula lah dia call adik beradik dia dan memburukkan kami, kata kami tak bagi tu la tak buatkan dia ni la tak bercakap dengan dia lah. Sedangkan hakik4tnya tak macam tu. Dia suka cari perhatian dengan orang tapi burukkan kami. Entahlah sampai bila nak lalui ujian macam ni.
Sepatutnya di umur dia macam ni dia tak perlu dah fikir harta benda dunia. Allah beri dia umur panjang kesihatan yang baik tapi Allah masih uji dia dengan kerisauan hilang harta benda dan ketamakan hingga nafkah kepada isteri pun tak ikhlas. Sering mengungkit – ungkit.
Aku dah lama bercadang nak keluar dari rumah dan pindah ikut suami aku tapi sebab aku kesian dengan mak aku yang perlu hadap per4ngai bapa aku, aku selalu kubvrkan niat aku. Doakan aku dan mak aku kuat lalui ujian ni. Aku kesian kat mak aku tak pernah merasa betul – betul bahagia. Semoga satu masa Allah izinkan aku gembirakan mak aku dan bagi apa sahaja yang mak aku inginkan. – ORKED (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Moko Chan : Memang ayah dari dulu per4ngai macam tu? Ayah saya dah 70-an jugak, mak pun bising dulu – dulu bukan macam ni, tapi dah tua ni macam – macam per4ngai. Mak pun cakap bersyukur ayah mengaji, kalau tidak tak tahu lah.
Suruh ayah tu duduk masjid je, dah kasar gitu awak baIas je umur pun dah senja, kalau mak pegi dulu, ayah tinggal sorang – sorang. Syukur jugak awak dah nikah, kalau ditahannya lagi naya. Awak tinggal je dengan suami tapi kalau boleh balik kerap, kerap call mak, kalau ada jiran – jiran pesan kat jiran kalau ada apa – apa call awak.
Ashikin Shah : Kalau pjj, duduk la dengan suami, dengar cakap suami. Fikir juga la hak suami, kalau dia tawar hati kau asyik fikir orang lain, bimbang dalam rumah tu kau str3ss masalah tak habis, timbul pula isu rumahtangga kau.
Apa – apa pun ibu kau tetap fikirkan suami dia, kau pula? Dengarlah cakap laki kau tu, orang lelaki ni diam tak semestinya ok ja dengan semua keputusan perempuan. Biar la mak kau dengan laki dia kalau dah itu kemahuan dia.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.