Mak aku bergolok gadai untuk jaga ayah yang dan anak-anak tiri yang oku. Tapi kakak dan abang benci mak. Sehinggalah satu hari, kakak dan abang cakap pasal harta

Masa mak kahwin dengan ayah, ayah ada 9 orang anak, 3 OKU. Mak ikhlas jaga anak – anak tiri yang OKU, walaupun anak – anak tiri yang lain benci mak. Satu hari, kakak tiri aku halau mak keluar dari rumah. Mak bawa ayah, tapi abang yang OKU menangis nak ikut..

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin, aku tak tahu mana nak mulakan cerita aku ni. Aku dah kusut tak tahu nak luah ke mana. Begini, aku mulakan dari awal tapi aku ringkaskan. Aku ada 11 beradik daripada dua ibu. Bapa aku seorang pesara kerajaan.

35 tahun dahulu, bapa aku berkahwin dengan emak aku selepas kem4tian isteri pertama. Dengan isteri pertama ada 9 orang anak, 4 lelaki dan 5 perempuan. Yang lelaki seorang normal, yang sebenarnya tak berapa normal sebab tak bergaul langsung dengan orang sekeliling. Sudah berumah tangga. Aku namakan dia Hafiz. Seorang lagi mental ret4rded, dan dua orang kembar skiz0frenia.

Dengan isteri baru iaitu emak aku, ada 2 anak lelaki. Aku yang sulung. Beza umur emak aku dengan kakak sulung yang aku namakan Aisyah dan kakak kedua yang aku namakan Balqis, dua – dua ni lahir tahun sama, seorang bulan Januari seorang bulan Disember, cuma 3 tahun lebih tua.

Nak jadikan cerita memang Balqis ni sangat jaki dengan emak sejak dari awal emak masuk dalam keluarga tu. Semasa emak berkahwin dengan ayah, Aisyah dan Balqis ni sudah pun berumah tangga. Emak menjaga keluarga ayah dengan baik walaupun kelakuan anak – anak tiri terhadap beliau sangat meny4kitkan hati.

Ayah tahu benda ni tapi tak pernah pun menegur anak – anaknya. Nasib emak tak pernah dibela. Abang – abang aku yang OKU tadi dijaga emak sampai untuk perubatan mereka, emak sampai menjual rumah pusaka beliau, barang – barang kemas miliknya sepanjang 30 tahun ni memandangkan pencen ayah tak mencukupi kerana ayah pesara berpangkat rendah.

Ayah dan adik beradik percaya peny4kit kembar skiz0frenia ni sebab buatan orang, jadi duit dihabiskan pada b0moh serata Malaysia tapi tak pernah dibawa ke hospital sehinggalah duit habis, mak dah tak ada apa – apa lagi untuk dijual, barulah ayah terima cadangan mak untuk bawa diorang ke hospital. Hasilnya kedua – dua kembar tadi didiagnos sebagai skiz0frenia.

Emak pula anak yatim piatu, jadi tiada keluarga untuk beliau mengadu nasib. Kakak tiri aku yang kedua ni tinggal bersama anak – anaknya di bandar. Sesekali menjengah ke kampung, pasti emak akan berendam air mata kerana kata – kata beliau. Ada sahaja yang tak kena di mata dia. Beliau juga sering menghasut adik beradik lain supaya tak mempercayai emak tiri.

Manakala abang aku yang konon normal tadi, Hafiz, dan keluarganya tinggal bersama ayah, emak, 3 beradik OKU dan seorang adik lelaki aku yang bekerja kampung. Sekarang ayah tak lagi boleh berjalan, tak mengenali orang kecuali emak dan abang OKU mental ret4rded.

Untuk berjalan ke bilik air, ayah perlu dipapah dan biasanya emak dan yang mental ret4rded tadi yang menolong. Kalau adik aku tak bekerja, dia akan menolong pula. Hafiz h4ram tak pernah masuk dekat. Hafiz sering mengadu kepada Balqis yang emak selalu memarahi kembar skiz0 tadi.

Sedangkan kembar ni kena tegur selalu. Kalau dibiarkan, mereka tak makan ubat, bermain air dan k3ncing dalam kolah air mandi. Kembar skiz0 ni juga banyak kali kantoi mengendap ke dalam bilik isteri aku setiap kali balik kampung, menyebabkan isteri aku fobia nak balik rumah tu.

Pernah juga nak men4mpar anak aku yang berumur 4 tahun ketika bermain dekat dengan mereka. Mereka memang tak suka budak – budak. Hendak ditegur tak boleh sebab nanti dikata fitnah pula oleh adik beradik yang lain. Pada satu hari, salah seorang kembar skiz0 ni bermain air sampai melimpah membasahi sebahagian dapur.

Lalu kakak ipar aku, isteri Hafiz, menegur si kembar tu menyebabkan dia membebel dan sedikit meng4muk. Kebetulan emak berada di situ dan kebetulan Balqis ada di kampung. Terus Balqis menuduh emak yang menyebabkan kembar tadi meng4muk.

Emak cuba membela diri, kakak ipar cuba menerangkan perkara sebenar, Balqis entah macam mana naik h4ntu terus mengatakan, diam, ni bukan rumah kamu, kamu semua orang luar, aku tak perlu orang lain jaga adik aku. Emak menangis.

Adik aku menelefon aku menceritakan perkara ni. Aku balik ke kampung dan siasat. Aku bertanya kakak ipar sebagai saksi kejadian dan abang OKU mental ret4rded sebab bagi aku dia tak pandai menipu. Selepas tu aku mengambil keputusan untuk membawa emak dan ayah keluar dari rumah tu.

Balqis dan Hafiz tak berkata apa – apa tapi abang OKU mental ret4rded menangis nak ikut. Aku tak boleh bawa emak seorang sebab ayah hanya tahu menyebut nama dua orang ni sahaja. Lagipun tempat emak di sisi ayah. Aku menyewa rumah berdekatan dengan rumah kakak nombor 5.

Beliau setakat ni neutral terhadap emak. Kalau ikutkan hati memang aku mahu saja bawa mak ayah ke Kuala Lumpur tinggal bersama aku tapi memikirkan adik beradik orang susah, abang – abang ipar hanya bekerja kampung seperti buruh, pemandu lori, pekerja am dan lain – lain, susah pula kalau diorang nak menziarah ayah.

Tinggallah kembar skiz0 bersama abangnya Hafiz dan kakaknya Balqis. Balqis balik kampung untuk jaga adik – adiknya, sesekali sahaja naik ke bandar rumah anaknya. Tetapi anak – anak Hafiz menyebelahi emak. Perbualan Balqis dan Hafiz sentiasa sampai ke telinga kami melalui anak Hafiz yang datang menziarahi atuknya.

Melalui dia, kami dapat tahu Balqis ingin bawa perkara ni ke mahkamah atas alasan kami mencuIik ayah. Kami tak pernah halang mereka ziarah ayah tapi mungkin mereka yang malu mata nak mengadap emak sebenarnya. Mereka juga menuduh emak melarikan ayah semata – mata kerana pencen. Seorang anak mencuIik ayah? Seorang isteri mencuIik suami? Aku ingin bertanya adakah salah tindakan aku ni.

Ulasan pembaca :

Rasyidi Illias : Orang b0doh sahaja kata anak cuIik ayah. Dua kali b0doh kata isteri cuIik suami. Biarkan nak bawa ke mahkamah mana pun, tak ke mana. Yang pasti di akhirat siapa yang tak betul jawab depan mahkamah Allah. Awak dah buat yang terbaik. Mak awak pun sama. Cuma perhatikan sahaja yang skiz0 tu makan ubat sebab skiz0 ni boleh bertindak luar kawalan bila – bila sahaja. Allah melihat segalanya dan bersama orang yang benar.

Nurul Farhana : Tak salah. Tindakan yang bagus. Dan bukan juga mak awak untuk jaga anak – anak tu kalau adik beradik lain sibuk mengata. Biarkan sahaja diorang. Diorang sebenarnya dah tersepit tu nak jaga adik diorang yang c4cat mental. Apa awak patut buat. Biarkan sahaja sebab tak boleh buat apa – apa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :