
Sejak adik aku meninggaI, hubungan mak bapak aku macam dah takde. Mak aku macam zombie, dia langsung tak bercakap, kejap – kejap termenung dan menangis. Dorang pun selalu berg4duh dan mak aku selalu salahkan bapak aku atas kem4tian adik aku.
#Foto sekadar hiasan. Masa aku Darjah 1 pada tahun 1982, mak bapak aku bawak adik perempuan aku yang no. 3, umur 2 tahun ke hospital bila air k3ncing dia macam kicap dan abdomen sebelahnya (tak ingat kiri ke kanan) bengkak. Dia kemudian disahkan mengidap k4nser buah pinggang dan disarankan mendapat rawatan ke HUKL.
Terp4ksalah bapak aku yang bawa dia berubat dan mak aku tinggal untuk menjaga aku dengan adik lelaki aku yang ketika itu masih bersekolah. Bapak aku akan kirim surat menceritakan keadaan dorang kat sana. Adik aku tu menjalani kemoterapi sampai gugur rambutnya dan hitam kukunya.
Aku biasanya yang baca surat – surat tu dan tolong tuliskan apa yang mak aku nak sampaikan. MaIangnya adik aku meninggaI 2 bulan sebelum dia dijadualkan dibedah. Mak aku menangis meraung bila orang datang sampaikan berita itu ke berek kami.
Aku terpinga – pinga sebab tak berada dekat mak aku masa berita tu disampaikan. Bapak aku balik bawak jen4zah adik aku. Lepas 2 malam gitu, dia dikebvmikan. Yang sedihnya, datuk dan nenek sebelah bapak aku sempat bertengkar dengan bapak aku pasal adik bapak aku (makcik aku) yang lari ikut laki. Langsung tak sensitif dengan perasaan mak dan bapak aku.
Sejak itu, hubungan mak bapak aku macam dah takde. Bapak aku keluar malam, balik esoknya. Mak aku macam zombie, dia langsung tak bercakap, kejap – kejap termenung dan menangis. Dia masih buat kerja rumah macam biasa dan bapak aku masih turun kerja macam biasa.
Cuma aku dapat rasa rumah kami macam kosong. Dorang pun selalu berg4duh dan mak aku selalu salahkan bapak aku atas kem4tian adik aku. Tapi syukur, masa aku Darjah 3 akhirnya mak aku mengandung dan melahirkan adik perempuan aku yang sorang lagi.
Sejak itu, mak lebih berhati – hati dan adik aku tu ditatang bagai minyak yang penuh. Dipendekkan cerita, aku balik cuti hujung tahun ketika di Tingkatan 3 (masa tu habis SRP kat Kerteh) dan tunggu masuk ke Jasin. Masa adik lelaki aku kemaskan dashboard kereta bapak aku, dia jumpa gambar bapak aku berpeIuk dengan seorang perempuan yang bukan mak aku dan seorang budak lelaki. Bapak aku balik kerja petang tu terus per4ng dunia kedua!
Rupanya masa mak aku tengah kesedihan meratapi mendiang adik perempuan aku dulu, bapak aku sempat buat hubungan dengan perempuan tu dan dapat pulak anak lelaki yang masa tu dah berumur 7 tahun! Sejak tu, aku tak lagi nampak bapak aku macam individu yang aku respek selama ini.
Aku tak sangka drama macam ni yang aku tengok kat tv boleh jadi kat keluarga aku jugak. Sejak itu, aku berani menjawab bapak aku untuk mempert4hankan diri atau adik – adik aku kalau aku pasti aku atau adik – adik aku betul. Masa balik dari Jasin habis SPM, aku pernah bertengkar dengan bapak aku kat airport Miri sebab dia tuduh aku sengaja balik flight lambat sedangkan flight aku delay transit kat Sibu.
Sampai sekarang, aku jadi berani dengan bapak aku. I see him less as a superman but more as a weak man. Dulu suka hati dia nak marah dan pukuI kami walaupun ada masanya bukan salah kami. Lepas insiden tu, dia tak berani tangan – tangankan aku lagi.
Walaupun dia dah tua sekarang, aku masih tak boleh lupa peristiwa tu. Apatah lagi mak aku yang telah dibelot bapak aku. Dan yang sedihnya, bapak aku sampai sekarang masih ada perempuan simpanan. Orangnya bertukar ganti. Macam mana kami tahu? Senang je. Check hp dia. Dan dia akan berkasar dengan mak aku kalau dia ada jumpa dengan perempuan lain.
Mak aku sendiri mengaku dah lama dia tak sebilik dengan bapak aku. Verbal, emotional dan physical abvse yang dia hadapi selama ini dah sampai ke tahap dia tak boleh tahan. Sukar untuk dia ikhlas melayan bapak aku jika per4ngai dia masih berterusan begitu.
Yang aku tahu, mak aku dah siap sedia nak lari ke rumah anak – anak dia kalau bapak aku sampai ke tahap yang lebih teruk lagi. Aku sebagai anak sulung pula, hanya mampu menjadi pendengar setia je kepada mak aku dan aku cuba cari idea untuk ceriakan dia. Kalau korang, apa korang rasa ada bapak macam ni?
Komen netizen :
Shah Iskandar Kamaruddin Kamu adalah kekuatan keluarga. Teruskan dengan kebaikan terhadap kedua orang tua. People make mistakes. Sebagaimana kita perIukan peluang untuk kepada lebih baik begitu juga orang yang hampir dengan kita yang mengasihi kita.
Beratnya dugaan keluarga sis. Kasihan dengan beban emosi yang emak sis tanggung. Sekali sekala bawalah mak duduk sama sis, ubah angin dan jadi tempat dia meluahkan or kerap balik tengok dia. Bersabarlah sis..sebenarnya kita sekeluarga yang diuji
Jalan cerita kita sama tapi pada pengakhiran hayat ayah saya dia insaf dan mengaku kesalahan dia. Kami adik beradik dan mama redha atas apa yang jadi. Kisah – kisah ayah yang dahulu bagai air hujan lebat yang membersihkan bumi. Pengakhirnya baik kerana Allah sahaja yang layak menghukvm. Kita redhalah… lepaskan semua dan bahagiakan ibu itu lebih mulia… #syurgabukanpercuma
Qamar Muhammad : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Orang memang tak akan faham sebab tak mengalami sendiri. Kamek ada kawan macam lebih kurang pengalaman kitak sis. Memangnya susah maafkan. Ada kadangnya padah maybe can forgive, tapi sik akan forget.
Cuma satu bahagian jak kamik mampu nasihat, bapak dah makin tua, jiwa makin rapuh, nya dah lain dari zaman muda dolok, macam – macam ney pun silap silamnya, tetap jiwa nya perlu ‘pandangan’ kilasan dari anak – anak. Ada masa, agak jaknya, berbakti unconditionally. Of course mak kitak paling utama now. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.