Mak aku habis 5K konon nak berubat ayah aku dengan seorang makcik yang ada ‘wali’

Dia ajak mak aku pergi kubvr katanya nak tanam benda untuk m4tikan sih1r yang perempuan tu hantar. Aku tanya mak aku, kenapa sampai nak pergi kubvr? Dia cakap ikhtiar. Niat mak sebab Allah.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku harap sangat admin post luahan aku ni. Aku perlukan pandangan orang yang arif tentang ni. Sebenarnya, aku sedih sebab mak aku terlalu taksub dengan bom0h. Ya, bom0h.

Masalahnya mak aku ni asyik cakap niat kerana Allah. Konon nak ikhtiar. Aku dah banyak kali nasihatkan dia tapi dia tetap dengan pendirian dia. Masalahnya macam ni, mak aku ada kenal dengan seorang makcik ni. Makcik ni kata dia boleh ubatkan orang. Makcik ni bagitahu dia ada wali yang boleh sampaikan apa – apa je dekat dia.

Jadi, makcik ni ada kebolehan untuk tahu atau ramalkan sesuatu. Apa – apa dia akan tanya makcik tu sampaikan dia pernah cakap kalau aku nak kahwin nanti dia nak suruh makcik tu ‘tengok’ sama ada bakal suami aku bagus ke tak. Ya Allah, tolonglah.

Baru – baru ni, makcik tu cakap ayah aku terkena sih1r pengasih melalui FB. Dia cakap ada perempuan guna gambar ayah aku bawak pergi jumpa bom0h siam. Sejujurnya, aku rasa ayah aku bukan curang sebab ayah aku akan suruh aku check semua updates dia atau apa – apa je dekat FB. Bila aku check kawan – kawan kat fb ayah aku, semua kawan dia tu aku kenal kecuali seorang perempuan ni. Ayah aku cakap perempuan tu yang add dia. Maknanya dia tak pernah berahsia dengan kami. Aku percayakan ayah aku.

Ikutkan makcik tu, dia cakap ayah aku yang terima nak berkawan dengan perempuan tu sebab dia dah terkena. Mak aku tahu bila dia terbaca mesej ayah aku dengan perempuan tu. Tapi mesej tu hanyalah berkenaan business sebab perempuan tu nak jual produk apa ntah. Lepas mesej tu perempuan tu ada hantar gambar good morning, apa khabar bla bla bla tapi ayah aku tak baIas pun.

Malam – malam plak ayah aku layan hindustan, layan jiwang padahal sebelum ni tak pernah macam tu. Bila aku stalk FB perempuan tu dia selalu update status pasal cinta dan ditujukan pada seorang lelaki ni. Perempuan tu janda. Apalagi, hist3ria la mak aku tak berhenti nangis. Mak aku terus tanya makcik tu. Dia memang percaya la apa makcik tu cakap.

Aku secara personal tahu yang benda ghaib macam ni wujud tapi untuk terus tuduh perempuan tu memang tak la sebab benda ni aku tak nampak dengan mata kasar. Boleh percaya ke untuk sesetengah orang macam pengamal perubatan untuk tahu dengan tepat siapa yang sih1rkan kita? Aku ada terbaca dekat satu blog ni. Kadang – kadang itu tr1ck sya1tan nak Iaga – Iagakan manusia.. hmm

Sebelum ni kalau berubat makcik tu akan bagi air yang katanya dah dibacakan ayat Quran. Makcik tu pun pesan la amalkan ayat Kursi semua. Baca Yasin niatkan untuk ayah aku semua. Tapi semalam aku dengar mak aku call makcik tu dan makcik tu cakap nak buat sesuatu yang akan m4tikan sih1r tu terus jadi perempuan tu tak akan suka ayah aku lagi. Sebelum ni rumah aku ada uIar masuk. Mak ayah aku pun mimpi benda tak elok selalu. Hubungan diorang jadi dingin.

Tapi sampai satu tahap aku dengar dia ajak mak aku pergi kubvr katanya nak tanam benda untuk m4tikan sih1r yang perempuan tu hantar. Boleh pulak mak aku tak nak sebab malu takut orang yang kenal dia nampak. Jadi, makcik tu cakap makcik tu tolong buatkan. Aku tanya mak aku, kenapa sampai nak pergi kubvr? Dia cakap ikhtiar. Niat mak sebab Allah. Lepas tu aku diam, aku dah taktau nak nasihat apa. Dia marah aku tapi, niat tak menghalalkan cara.

Lima ribu dah habis untuk ubatkan ayah aku. Ayah aku tahu yang mak aku ambil air tawar je. Ayah aku seorang yang ambik berat hal agama. Dia pun kaki masjid dan seorang ayah yang baik. Tapi, ayah tak tahu sampai lima ribu mak aku bagi makcik tu. Ayah aku pun tak percaya benda – benda ni. Pasal tanah kubvr ni aku tak cakap dekat ayah aku sebab aku takut diorang berg4duh besar. Sebab haritu ayah aku gatal badan mak aku boleh pergi call makcik tu.

Cakap perempuan tu hantar. Memang marah la ayah aku takkan gataI badan pun sih1r. Kalau betul ayah aku terkena, cara alternatif lain yang berlandaskan Islam kan ada. Kenapa sampai nak pergi kubvr? Hmm.. Mak aku solat semua tak tinggal. Selalu berzikir. Solat sunat dia buat tapi satu ni ja yang dia kurang. Aku takut kalau dia tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah. D0sa tu berat sangat.

Aku banyak kali nasihat mak aku dari dulu sampai sekarang. Sampai menangis aku merayu dia tetap dengan pendirian dia. Aku rasa dia susah nak terima sebab makcik aku dulu terkena jugak sampai jadi giIa sekarang. Lelaki yang suka makcik aku tu jumpa family mak aku dan mengaku yang dia sih1rkan makcik aku sampai jadi giIa sebab tolak cinta dia. Jadi, dia membesar dengan mentaIiti macam ni.

Tolonglah aku, apa aku perlu buat? Aku selalu doa supaya Allah beri hidayah dan lembutkan hati mak aku. Wujud ke cara perubatan Islam yang gunakan tanah kubvr? Aku yang tak sealim mana pun tak percaya. Mak aku bangun malam tahajud semua tapi dia masih percaya benda ni. Sem4kin hari mak aku sem4kin taksub. Apa – apa dia akan call akak tu tanya pasal benda yang dia tak tahu.

Sampaikan aku dengar dia cakap, “kalaulah saya suruh akak ‘tengok’ dulu samada suami saya patut buat akaun FB ke takkan tak jadi macam ni.” Aku sayang mak aku. Aku tak nak sebab satu benda kecil ni semua amalan mak aku tak diterima Tuhan… Aku perlukan pendapat korang… Tolong aku… – Anak

Komen Warganet :

CYt Masslyna : Bom0h apa ni sampai ke kubvr bagai tu dah khurafat. Nasihatkan lah mak, nak jumpa orang pun tengok la agamanya dulu. Jumpa ustaz ustaz ustazah tak pe la jugak yang amal Quran Sunnah. Tapi kadang ustaz ustazah jadian pun ada kena hati – hati. Mengarut je nak pergi kubvr bagai. Orang ikhlas tak letak harga ribu, tak letak harga langsung itu betul ikhlas. Macam sed4ra yang saya kenal, kalau nak sedekah pergi sedekah masjid dengan ikhlas. Mintak dengan ikhlas pada Allah, dia hanya tolong ikhtiar je. Itu baru betul, ini berubat nak ke duit ni aku tak berkenan. Takut guna j1n s3tan je, dia yang keliru dok kata wali bagai. Sekian.

Wan Nor Hafizah : Padam je no makcik tu dari fon mak awak. Satu je saya boleh cakap, berubat kaedah ni memang ikhtiar tapi kalau orang ‘bom0h’ ni cas mahal – mahal bukan macam orang kata sedekah seikhlas hati, maknanya awak kena tipu la. Saya dah lalui semua ni. Mak ayah saya disih1r. Boleh pm saya kalau nak tau apa – apa mengenai benda – benda ni.

Milly Hafizah Mohd Kanafia : Cuba alih perhatian mak sis dari makcik bom0h tu ke perubatan islam. Kata la kat mak sis yang perubatan Islam ni lagi p0wer. Tak perlu bayar mahal – mahal. Baki duit tu mak boleh beli handbag dan macam – macam lagi. Tapi pastikan dah jumpa la tempat perubatan Islam tu. Lagi satu, tak tahu boleh buat ke tak, pasang je CD ruqyah kuat – kuat dalam rumah. Mana la tau mak sis jugak sebenarnya kena bom0h oleh makcik tu. Kalau dah sampai 5k dia minta. Fuh. Memang nampak dia ada agenda la.

Muhammad Baha’uddin Hamizan : Senang buat duit. Khurafat dan tahyuI, memang orang percaya. Bila kita cakap sikit, kata tak percaya perkara ghaib. Ghaib tu macam mana? Nabi pun tak ada kuasa melainkan Allah beri, inikan pula entah siapa – siapa mengaku itu ini. TahyuI oh tahyuI.

Ahmad Ath : Waalaikumussalam. Bagus sharing dari confessor ni sebagai nasihat dan tauladan untuk semua. Memang antara masalah besar dalam masyarakat melayu terlalu percayakan orang sebegini yang konon ade ilmu special berkaitan benda – benda ghaib, pandai berubat benda ghaib dan sebagainya. Kalau konon boleh tau masa depan atau jod0h, semua tu, memang nampak sangat mencurigakan.

Dan biasanya banyak masalah bila org mengadu akan dijawab sebagai ada orang yang hantar sih1r. Semua benda boleh jadi sih1r. Padahal masalah normal dalam kehidupan, atau masalah psik0logi ke. Kemudian menimbulkan syak wasangka kepada sesama Muslim. Mula la timbul masalah lain plak. Orang yang tak bersalah menjadi m4ngsa. Untuk isu ini, saya cadangkan supaya mak saud4ra / saudari dibawa untuk mendapatkan khidmat kaunseIing dari mana – mana pakar kaunseIing / psik0logi yang bertauliah. Terima kasih.