Mak aku syak mak mertua dan suami b0mohkan aku. Mak call kawan dia b0moh, suruh datang ubatkan aku. Jangan bagitahu suami

“Kau ni lagi suka derh4ka dengan aku, lagi suka tak dengar cakap aku ye. Lagi pilih suami kau tu, suami kau tu bukan boleh percaya sangat. Apa dia buat kau tak tahu, Aku ni solat hajat, istikarah, tahajud nampak semua keburukan laki kau, mertua kau buat kau!”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Tiara 30 tahun. Kisah aku ni aku tak tahu boleh diterima korang tak sebab berkaitan dengan mak kan. Mak kan syurga kita. Tapi aku nak juga mintak pendapat atau nasihat untuk aku kuat terus dengan ujian ni. Aku sampai tekanan handle issue ni bertahun – tahun.

Since aku kahwin masa baru 2 bulan pertama pun dah kena dengan sangkaan mak. Mak aku suka bersangka – sangka. Contohnye dia akan selalu cakap. “Hati – hati mak mertua kau tu bukan boleh percaya, kang dia b0moh kau”.

“Laki kau tu anak lelaki tunggal, hujung – hujung nanti dia pilih mak dia, buang kau macam mama ni. Ayah kau buang sebab ayah lebih pilih dengar maknya dari mama”. “Kau s4kit ni kena buat la ni, mesti mak mertua kau buat, tak senang kau bahagia la tu!”

“Kau murung ni mesti kena buat dah ni, aku kata dah tak boleh percaya laki kau, mertua kau!” Oh ya, Mak aku cerai dengan bapak aku dah 11 tahun. Pernah mak aku kahwin 2 kali dengan orang lain lepas tu dedua cerai jugak.

Conflict dengan bapak aku sebab bapak aku buat per4ngai ada perempuan lain kemudian conflict bapak aku lebih berpihak pada maknya dari isteri dan bapak aku dia culas bab tanggungjawab sebagai suami dan bapak. Aku takde siapa nak berkongsi cerita.

Takde kawan yang boleh beborak hal – hal gini. Jadi aku borak dengan suami aku jela. Suami aku kata mungkin mak aku tr4uma dan tak move on dengan kisah – kisah perkahwinan dia dan ujian hidup dia lalui. Tapi aku penat sangat nak ngadap sangkaan tak betul tu, sebab bagi kesan dekat otak aku.

Aku dari banyak borak, jadi asik ngelak or senyap bila nak beborak dengan mak aku. Sebab aku tahu akan ada benda dia akan cakap dan effect otak aku. Mak aku datang rumah. Aku baru lepas demam kovit terbaring seminggu.

Mak aku datang tengok cucu kemudian sebab aku lemau lagi dia masak – masak tapi aku tak selera nak makan, jadi aku cakap, “tak selera, orang nak minum air je yang aku bancuh,” terus mak aku cakap, “Kau ni memang kena buat dah ni, apa mama masak semua taknak makan, kau tu anak mama berubah betul kau ye sekarang sejak kahwin. Mama perati je kau ni, semua nak dengar cakap laki kau je, mama ni kau buat dengar tak dengar je!”

Patut ke aku dengar dan ikut kalau mak aku sendiri t0ksik kan aku? Contoh yang terbaru.. “Aku tengok laki kau tu banyak pegang phone (laki aku time tu wasap dengan ibu dia), mesti wasap sape – sape. Kau tu surirumah je, dia gi keluar keje apa dia buat kat luar bukan kau tahu. Sebab tu mama suruh kau keje kalau laki kau tinggal kau nnt kau tak susah”

Aku tak kerja sebab suami  prefer aku kat rumah kalau nak cari duit pun niaga dari rumah, dan aku pun memang volunteer nak jadi surirumah. “Kau tu surirumah takde buat apa kat rumah, anak tak sekolah lagi, baik kau balik duduk kampung duduk la sebulan ke, boleh mama main dengan cucu.

Laki kau tu biar je dia keje macam biasa, makan pakai dia pandai la dia setel. Selama ni dia bujang boleh buat sendiri, dia pun ada mak dia, nanti kalau dia nak mak dia datang urus pun takpe.” Patut ke aku ikut macam mak cakap?

Bila aku tolak, cadangan dia kena cop anak tak sedar diri asyik lebihkan suami. Okay latest aku demam denggi, baru jela sembuh dan masih mood malasan lagi. Oncall dengan mak pun cakap tak bersungguh. Sebenarnya aku introvert tapi ada la cakap story pape dekat mak aku tapi sejak dia suka bersangka sangka, negative kan otak aku, aku stop.

Aku pernah 2 kali tetiba meng4muk sampai pukuI kepala aku, d4da aku, serabut sangat sebab str3ss dengan sangkaan mak aku yang tah pape. Lepas pada tu aku jadi manusia tak banyak cakap. Mak aku dengar suara aku lemau, terus dia kata, “mama tahu kau ada masalah dengan suami kau tu, biasalah suami ni memang punca masalah, tak boleh percaya, suami ni bermasalah, tu pulak kau s4kit kena buat tu,

Mama ni solat tiap malam doa, duk dapat mimpi memang laki kau tu jenis anak mak, dengar cakap mak dia. Mak dia plak buat kau. Mama ni taknak laki kau tahu. Yela mana ada anak nak dengar, mak dia jahat buat bini dia,

Mama nak ajak berubat, kau lagi percaya ubat kIinik doktor, s4kit sikit kIinik. Macam laki kau tu lebih nak hidup percaya dengan doktor dari. Cuba berubat amalan orang tua – tua″ Laki aku ni percaya je s3tan, jiin, berubat dengan darulsyiffa semua percaya je, cuma bab b0moh suami aku tak nak.

Dia kata syirik kan Allah kenapa, kita ni hidup sebab Allah bukan b0moh. Oh ya, aku dari lahir memang more tu berubat air air taw4r, berbanding ubat doktor. Lepas tu mak aku cakap, “Apa yang mama cakap tak nak dengar, tengok kau s4kit ni kena buat ni. Kejap lagi mama call kawan datang ubatkan kau, tapi kau jangan bgtau laki kau plak, diam – diam je.”

Aku kata lah, mana boleh gitu mama, abang tu suami kakak. Nak jemput orang datang masuk rumah kena mintak izin suami. Kalau jadi apa – apa taknak la ada masalah lain antara kami.” Terus mak aku, “kau ni lagi suka derh4ka dengan aku, lagi suka tak dengar cakap aku ye.

Lagi pilih suami kau tu, suami kau tu bukan boleh percaya sangat. Apa dia buat kau tak tahu, aku ni solat hajat, istikarah, tahajud nampak semua keburukan laki kau, mertua kau buat kau. Eh kau tau nanti dia buang kau baru padan muka, dia tu anak mak dia, hujung – hujung buang kau, macam ayah kau buang aku!”

Hmm, banyakkk lagi lah selama 4 tahun perkahwinan aku. Mak aku kalau tak datang, dia call dan cakap la apa sangkaan dia, firasat dia. Kalau aku terangkan, cuba nak positive kan nanti aku dicop anak derh4ka dia, nanti jadi anak tak guna dia.

Aku jadi orang tak banyak cakap hanya dengan mak aku sebab benda – benda camtu la. Aku depr3ssion, anx1ety sejak aku issues dengan mak aku tu suka assume macam – macam. Sebenarnya sebelum aku kahwin lagi mak aku suka sangka yang bukan – bukan.

Ni aku kahwin dia pakai topik suami, mertua plak. Suami aku layan elok je mak aku, mak nak duit masa suami aku ada lebih, dia bagi. Nak suruh balik kampung bila cuti kitorang balik. Nak berjalan, suami aku bawak. Aku penat.

Aku jadi letih bila borak dengan mak aku. Energy aku jadi drop kalau nak beborak dengan dia. Sebab starting okay, masuk middle conversation mesti ada benda tak best dia nak sangka. Aku banyak sangat ngelak angkat call, kalau depan – depan aku lebih kepada mendengar dari bercakap.

Sebab aku nak jaga mental health aku. Dan aku taknak marah dia, taknak tambah d0sa dengan dia berg4duh mulut. Dan sebab kalau pressure aku jadi nak meng4muk. Nanti bila aku badmood aku effect anak dan suami aku dan hidupan seharian aku.

Aku memang takleh nak bukak mulut positive kan mak aku, nanti aku kena balik. Pusing – pusing aku jugak salah. Hmm, apa aku patut buat? Sekarang aku cuma ada gap gitu jela, kalau aku rasa mental aku kuat, aku angkatlah call dan bila ada benda tak best di dengar, aku kata nak end call sebab ada keje. Gitu jela hidup aku sekarang. – Tiara (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Yani Malik : Come on girl. Tak yah dengar kta mak awak yang mengarut tu. Dia jadi begitu sebab hubungan dia gagal. Jadi dia anggap menantu tu sama macam bekas suami dulu. Bicaralah dengan Allah mengadu padaNya dan akan ada perubahan nanti. Kalau awak dah tau dia cakap merapu jangan tr1gger sangat. Hiduplah sehabis baik. Dia bukan Tuhan nak atur atau tahu apa bakal berlaku.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.