Mak ayah selalu tinggalkan aku dekat kampung. Aku mengadu pakcik selalu intai tapi mak tak layan. Akhirnya aku dir4gut

Keluarga ayah merayu kami tarik dakwaan disebabkan kesian nanti pakcik kena sebat. Jika tidak putvs keluarga. Ini ugvtan family ayah. Korang mesti tak percaya, ya.. ayah aku tarik dakwaan…

#Foto sekadar hiasan. Salam.. Hai warga FB. Nama aku Ayla, berusia 25 tahun. Banyak kali aku berfikir nak kongsikan kisah ini. Maaf jika tak menarik atau penulisan yang kucar kacir tengah geram kan hihihi. Aku dibesarkan dari family yang susah, rumah yang bocor sana sini, bilik hanya 1 untuk kami 10 orang dalam family, semua tidur kat ruang tamu sahaja.

Ayah aku seorang pen4gih, mak aku pengasuh budak. Walau ayah aku macam tu dia tak pernah lepas tanggungjawab sebagai ayah, makan pakai kami masih terjaga, walau kerap berhutang sana sini.. Kalau makan ayam atau ikan adalah 2 minggu 1 kali, lauk harian pucuk – pucuk paku yang mak pergi kutip, kangkung yang tanam belakang rumah dan telur ayam yang ayah bela.

Aku anak ketiga dari 8 orang adik beradik, selalu ayat orang susah tapi anak ramai, orang kampung aku pun selalu beritahu benda macam ni pada family kami, Allah nak bagi rezeki anak kan. Berbalik pada bab makan, kalau ayah ada duit pergi pasar malam beli sate dapatlah dua cucuk sorang, burger mak beli akan p0tong 4, kalau nasi lemak atau mee kari 1 bungkus kami akan kongsi dua orang.

Kalau tak ada duit, mak akan suruh kami bergilir – gilir hutang barang dekat kedai, dengan jaminan ayah akan bayar bila gaji, dengan upah 20 sen kami akan pergi kedai. Waktu aku darjah 6, mak ayah selalu tinggalkan aku dekat rumah pakcik sed4ra dekat kampung sebeIah.

Aku mengadu pada mak pakcik intai mandi, cuba gosok belakang aku tapi mak kata tak ada apa, lepas beberapa kali kena tinggal akhirnya mahkota aku dir4gut juga. Waktu ini mak nampak menyesal dan ayah pergi tumbvk abang dia, tapi benda dah jadi.

Aku dibawa ke balai buat report polis, bawa jumpa doktor untuk bukti. Tapi family ayah merayu kami tarik dakwaan disebabkan kesian pakcik kena sebat, jika tidak putvs keluarga ini ugvtan family ayah. Korang mesti tak percaya ye… Ayah aku tarik dakwaan dan biar anak dia ini tanpa pengadilan dan hidup dalam tr4uma teruk selepas hari itu.

Aku jadi benci pada ayah dan mak bermula pada hari itu, kes ini heboh sampai satu daerah. Orang kampung jumpa aku, mereka nasihat jangan menipu, kawan – kawan sekolah ejek aku, cikgu h1na aku, makcik – makcik pun h1na aku seolah aku yang bersalah kes ini.

Aku doa agar pakcik aku lenyap dari dunia ni. Hari – hari aku doa dan setelah beberapa tahun dia m4ti dalam keadaan tragik, waktu ini semua menangis tapi aku tersenyum puas. Waktu tingkatan 3 waktu cuti sekolah, aku tolong jaga mak sed4ra beIah mak pula baru lepas bersalin tolong jaga anak dia yang sekolah rendah.

Dekat sini pakcik bongsu cuba buat benda tak elok dekat aku banyak kali, dia pegang tanpa rasa bersalah siap senyum, aku dah malas nak beritahu mak atau ayah nanti sama lagi. Dan lelaki sed4ra – sed4ra kenapa selalu att4ck aku????

Aku beritahu makcik yang aku tak dapat tolong sampai habis pantang sebab aku nak belajar. Dekat sekolah aku dipanggil anak man d4dah, anak man k3tum, anak man pen4gih.. Siapa nak kawan dengan aku, hidup dengan air mata walau kat sekolah.

Aku memang tak sabar nak keluar pada rumah. Aku tamat sekolah, aku terus hijrah ke kuala lumpur, aku kerja partime dengan akak sepupu, duduk bilik sewa. Lepas dapat result spm, aku sambung belajar alhamdulillah aku dapat result yang cemerlang.

Sepanjang study kat U aku berkawan dengan semua orang tapi aku tak akan beritahu tentang hidup atau family aku. Waktu ini aku kerja partime hotel sebagai banquet dapatlah tampung sikit duit makan aku, banyak kali juga aku tahan lapar sebab tiada duit makan.

Waktu study ini mak ayah aku bercerai, mak kahwin lain dan ayah pindah kerja tempat lain. Adik beradik aku, separuh yang kecil ikut mak, yang besar bawa haluan masing – masing. Waktu konvo aku tak pergi, sebab aku tak tahu nak minta siapa datang, tengok kawan – kawan semangat contact mak ayah, sedih juga tapi aku pendam.

Dalam kerja partime aku berjaya tamat sampai degree dan dapat kerja yang bagus, gaji yang bagus. Sekarang aku memang dingin dengan mak ayah dan adik beradik aku, raya tiada makna buat aku, cuti hanya lepak dekat rumah atau berjalan seorang diri.

Aku sewa kondo dekat KL dan dah ada kereta sendiri, aku gembira hidup seorang diri tanpa siapa – siapa. Bukan tiada lelaki yang cuba dekati aku, ramai. Bukan lelaki melayu sahaja, cina pun ada tapi aku tak mampu nak cerita segala tentang kehidupan aku.

Aku cuba berkawan dengan beberapa orang tapi bila mereka nak serious aku tinggalkan. Aku tak mampu, raya pun aku sorang – sorang. Adik beradik setiap kali contact hanya minta pinjam duit, sama dengan mak dalam otak hanya duit, tak pernah tanya makan minum aku, hidup aku, s4kit aku.

Aku cerita semua ini sebab mungkin korang boleh ambil sedikit pengajaran dalam kehidupan korang, lebih menghargai, lebih bersyukur. Sampai sini jela aku cerita, tiada apa yang menarik hanya d3rita banyak, terima kasih sebab baca dan doakan saya. – Ayla (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Suriani Yahya : Mahal sungguh pengalaman Ayla. Hanya orang yang positif dan kuat sahaja mampu menempuhinya. Terkadang ujian yang dihadapi bukan untuk menunjukkan seseorang itu lemah tapi Allah ingin menunjukkan betapa kuatnya Ayla dan Ayla seorang pejuaang.

Dikala orang lain memilih untuk men4gih d4dah lari dari kenyataan hidup, Ayla berani memilih untuk mengasah kekuatan mentaI. Em0si Ayla sedikit goyah kerana amarah dan kebencian. Bukan salah Ayla pun. Ayla berhak untuk marah dan benci setelah diperlakukan begitu namun lepas dan buangkanlah vibe negatif ini kerana ia akan merosakkan jiwa.

Tak guna simpan benda yang busuk nanti habis semua berjangkit. Masukkan energi cinta kasih untuk merawat Iuka Ayla. Cinta kasih yang paling unggul sudah pasti dari Tuhan. Menangis, mengadu dan memohon padaNya.

Ayla terima dan redha segalanya demi sebuah pengajaran. Sayangi diri Ayla dan terus berbuat kebaikan. Setiap malam sebelum tidur Ayla maaf dan doakan kebahagiaan buat Ayla sendiri dan semua orang. Jangan biarkan setitik pun kebencian dalam hati. Esok pagi Ayla akan bangun dengan perasaan yang segar dan positif. Salam sayang buat Ayla

Maria Chawdrie : I feel you! Not just a word but really, I do. Mungkin boleh start dengan dekatkan diri pada Allah. Cukupkan solat 5 waktu lepas tu tambah amalan sunat. Tiap sujud doa minta jodoh yang soleh yang akan dekatkan diri dengan Allah dan yang akan terima diri Ayla.

Yakin la, akan ada lelaki soleh yang akan terima Ayla. It just a matter of time. Nampak macam impossible but trust Allah. Yang soleh ni bukan nampak dari mata kasar, tapi soleh yang memang benar – benar soleh. Once dah jumpa nanti inform dia waktu kecil apa yang berlaku, kalau tak mampu nak cerita suruh dia baca confessions ni. InsyaAllah lelaki soleh akan terima.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.