Ayah seorang yang panas baran. Selain ibu, nenek dan atuk pun jadi m4ngsa kemarahan dia sedangkan nenek ada masalah ny4nyuk. Satu hari, ayah m4ki nenek sebab nenek lupa letak kunci dekat mana. “Kau nasihatkan sikit orang tua pelupa ni. Dalam badan dia ni banyak sya1tan, banyak j1n. Suruh dia selawat, zikir kuat – kuat.”
Hai. Assalamualaikum. Aku Mariam (bukan nama sebenar). Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang tidak bercampur dengan orang lain, malah kami adik – beradik sendiri juga kurang rapat. Ibu dan ayah aku merupakan pesara kerajaan.
Sebelum ini aku pernah terbaca tentang kisah seorang anak yang mempunyai ayah berpeny4kit Narc1ssistic Personality Dis0rder (NPD).Selama ini aku berfikir hanya keluarga kami sahaja yang mempunyai ayah yang berpeny4kit NPD. Kerana aku melihat rakan – rakan serta orang sekeIiling aku mempunyai keluarga yang bahagia. Tidak seperti keluarga aku, terutama sekali ayah.
Pada awalnya aku tidak mengetahui tentang peny4kit NPD ini. Namun, setelah membaca beberapa artikel di Facebook sedikit sebanyak aku mengetahui tentang kewujudan peny4kit ini.
Aku sering berhubung dengan adik bongsu aku melalui whatsapp dan sering bertanya khabar tentang keadaan masing – masing kerana kami jarang berjumpa. Adik aku masih menuntut di sebuah Universiti di Kuala Lumpur.
Adik aku sering mengadu tentang masalah yang dia hadapi apabila dia tinggal di rumah bersama ibu dan ayah setiap kali cuti semester. Sehinggakan dia merasa tertekan dan ingin lari daripada rumah.
Tapi apakan daya, setiap kali berkeinginan begitu, tetapi dia kasihankan ibu. Sedari kecil, kami sudah biasa dengan sikap ayah yang panas baran dan suka meIempiaskan kemarahannya kepada ibuku.
Kadangkala punca perg4duhan mereka tidak masuk akal seperti ibu aku tersalah masak lauk, tersalah letak barang di tempat sepatutnya ataupun ibu cuba memberi pendapat dan idea. Hanya dek kerana kesalahan kecil ayah akan marah tengk1ng dan kadang – kadang men4mpar ibu aku. Wajarkah seorang suami berbuat demikian?
Adik aku yang bongsu menjadi saksi setiap pertengk4ran ibu dan ayah dan dia melihat segala perbuatan yang ayah lakukan dari kecil sehingga besar. Ayah tanpa segan siIu m4ki ibu depan kami sedangkan pada waktu itu kami masih kecil.
Pernah satu hari ayah bertengk4r dengan ibu. Ayah haIau ibu dan berkata, “Awak keluar dari rumah ni jangan bawak budak – budak. Kalau bawak jugak, jangan berbin atau binti kan budak ni dengan nama saya.”
Sebagai anak yang masih bersekolah rendah, apa perasaan korang jika berhadapan dengan situasi begitu? Tapi ibu aku masih bertahan. Masih ingin berada di sisi ayah walaupun telah banyak kali menjadi m4ngsa ayah.
Malah bukan sahaja ibu diperlakukan seperti itu. Ibu dan bapa kandung ayah (nenek dan atuk aku) dia sendiri dia sanggup marah dan m4ki. Kedua atuk dan nenekku sudah tua dan tidak berdaya. Nenek aku mengidap peny4kit dem3nsia (lemah daya ingatan atau ny4nyuk) manakala atuk aku menghidap peny4kit g0ut.
Oleh itu segala makan dan minum mereka disediakan oleh ibu aku sepenuhnya. Bila nenek atau atuk aku s4kit, ayah mesti akan meng4muk. Ada satu hari tu, aku balik kampung atas urusan peribadi. Aku balik sendiri menaiki keretapi bersama anak – anak tanpa suami. Kebetulan, atuk dan nenek aku berada di rumah aku. Rumah atuk dan nenek aku tidak jauh, hanya 5 minit perjalanan dari rumah aku.
Pada malam tersebut, nenek dan atuk aku dimarahi, dim4ki dan dic4ci oleh ayah aku sendiri. Padahal mereka itu ialah ibu dan bapa kandung dia sendiri. Kesalahannya cuma nenek aku terlupa letak kunci rumahnya di mana.
“Itulah orang dah cakap otak tu letak kat kepala. Ingat! Ingat lain kali mana orang letak kunci tu. Kalau macam ni kan dah menyusahkan orang. Bila orang cakap tu taknak dengar. Asyik mengeIamun tah ke mana ingat benda lepas. Bila orang cakap mak b0doh mak tak boleh terima.”
Itulah ayat – ayat yang diIemparkan oleh ayah kepada ibunya. Sebagai seorang yang waras, tergamak ke seorang anak untuk meIemparkan kata – kata seperti itu kepada syurganya? Atuk dan nenek aku tak pernah meIawan hanya mampu diam.
Sambil ayah mencari kunci tersebut, mulutnya juga tidak henti – henti memarahi kedua orang tuanya. Hati aku pada masa tu panas menggeIodak marah pada ayah. Rasa benci meIuap – Iuap tapi aku dan ibu hanya mampu lihat dan diam. Kalau kami meIawan, dah tentu akan jadi perg4duhan besar.
Sikap ayah, tak boleh diIawan, m4kin diIawan m4kin ‘naik h4ntu’ dia dan m4ngsa m4ki h4mun dia nanti semestinya ibu aku. Masa aku nak salam atuk dan nenek sebelum pulang, ayah aku berkata, “Kau nasihatkan sikit orang tua pelupa ni. Dalam badan dia ni banyak sya1tan banyak j1n. Suruh dia selawat, zikir kuat – kuat.”
Dengan d4da yang ber0mbak kerana terlalu marah dengan kata – kata ayah, aku tak dapat tahan air mata aku. Aku hanya mampu lihat nenek aku bersabar dengan sikap ayah walaupun aku tahu jauh di sudut hatinya nenek aku sangat kecil hati.
Ayah aku akan menggunakan agama untuk menegakkan benang yang basah. Setiap kali berg4duh dengan ibu atau dia marah atuk dan nenek dia mesti akan cakap yang dalam badan semua orang banyak sya1tan. Ikut bisikan sya1tan kerana tidak berzikir.
Kadang kala ayah dengan sesuka hati kata hati kami semua tak bersih. Seolah – olah dia itu Tuhan. Setiap kali perkara buruk terjadi kepada kami adik beradik ayah pasti akan salahkan ibu kerana tidak pandai didik anak.
Bukanlah kerana kami anak yang bermasalah, cuma ayah seorang yang suka mem4ksa. Dia akan pastikan semua orang dengar cakap dia dan mengikut pilihan dia. Kalau kami tak ikut dan ada masalah berlaku, dia pasti akan salahkan ibu. Biasalah, hidup mana yang tidak ada masalah? “Itulah tak nak dengar cakap saya. Ni semua masalah jadi sebab tak dengar cakap saya. Budak ni degil semua ikut per4ngai awak.”
Itulah ayat Iazim yang ayah sering Iemparkan kepada ibu. Kalau ibu meIawan maka akan berlaku perg4duhan besar dan kadangkala ayah sampai naik tangan. Tapi itu perkara biasa. Dari kecil memang aku dah biasa melihat ayah men4mpar ibu. LuIuh hati aku setiap kali ayah melakukan kekerasan. Kadang – kadang sampai merah pipi ibu dibuatnya.
Kadangkala aku berfikir bahawa ayah merasakan dirinya adalah Tuhan. “Dengar cakap saya kalau nak hidup selamat.” Itu merupakan kata – kata yang dia sering ucapkan supaya orang lain dengar cakap dia. Bagi ayah, kalau orang dengar cakap dia semua akan berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah dan hidup akan sentiasa bahagia. Itu pada dirinya tapi bukan kami. Kami tak diberi peluang untuk membuat keputvsan sendiri lagi – lagi ibu aku.
Untuk pengetahuan semua, aku sudah berkahwin dan ayah aku agak rapat dengan suami aku satu masa dahulu sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk join bisnes bersama suami aku kerana dia fikir dengan join bisnes ni dia akan dapat keuntungan berganda.
Tetapi nasib tidak menyebeIahi mereka, bisnes yang diIaburkan tidak seperti apa yang dijangka walaupun pada awalnya kesemua wang yang diIabur mendapat keuntungan besar. Seperti yang aku katakan, ayah tidak boleh terima masalah timbul. Apabila timbul satu – satu masalah dia akan menyalahkan orang lain.
Dalam situasi ini, dia menyalahkan suami aku menipu duitnya. Sedangkan suami aku juga mendapat kerugian yang besar. Ayah meminta semula wang yang diIaburkannya. Selepas daripada ins1den itu, hubungan ayah dan suamiku mula renggang dan bermasam muka.
Ayah mula menyebarkan cerita yang bukan – bukan tentang aku dan suami. Dia kata aku hidup mer3mpat sedangkan kami sekeluarga baik – baik sahaja makan pakai semua cukup dan masih mampu untuk bayar segala komitmen. Hanya kerana kami memilih untuk berdiam dan menyelesaikan masalah kami sendiri, ayah mula berfikir yang negatif tentang kami. Sedangkan aku dan suami tidak pernah ada seIisih faham atau berg4duh tentang kewangan. Ayah aku suka jangkakan yang bukan – bukan. Mengatakan suami aku tidak beri makan tidak beri nafkah. Sedangkan kehidupan kami baik – baik sahaja.
Sebagai seorang yang sudah berumah tangga, kami mahukan pr1vasi. Tetapi ayah sering ingin mencampuri urusan rumah tangga kami. Jika kami meIawan, macam biasa ibulah m4ngsa untuk dia mengh4mburkan kemarahannya. Pada pendapat aku, cukuplah hanya memberi nasihat kepada kami, bukannya mem4ksa aku untuk bercerai hanya disebabkan kek4ngan wang.
Apabila timbul hal seperti ini, ayah mula menyalahkan ibu. Sedangkan ibu dan aku sendiri tidak pernah tahu tentang hal tersebut. Ayah mula memburukkan suami aku kepada ahli keluarga yang lain. Dia cuba mempengaruhi aku dan meminta aku bercerai kerana pada masa itu, keluarga kami mempunyai sedikit masalah kewangan.
Tetapi aku tetap dengan pendirianku untuk berada di samping suami aku. Kerana suamiku tidak pernah mengani4ya aku. Biasalah masalah rumah tangga. Disebabkan itu, ayah menyalahkan ibu kerana membiarkan aku sambung pengajian mengikut kos yang aku pilih sendiri.
“Kalau dulu dia ikut cakap saya, masuk Kolej Risda dia takkan kenal dan takkan kahwin dengan si Haris tu. Ni semua salah awak ikutkan apa dia nak sekarang ni dah jadi macam ni nak buat apa?”
Ayah sering menyalahkan takdir bila sesuatu benda terjadi. Sungguh aku tak faham. Sedangkan masa mula – mula aku menyatakan hasrat ingin berkahwin ayah 100% setuju kerana suami aku bekerja di bank. Tapi apabila suami memutvskan untuk berhenti kerja dan berniaga, bermula dari hari itu ayah mula membenci kami sekeluarga.
Selain itu, ayah juga akan menggunakan agama untuk mengutip zakat daripada adik dan ibu aku. Semasa cuti semester, adik aku akan berada di rumah dan menjual kuih Bersama ibu aku. Setiap kali ada orang beli kuih, setiap kali itu ayah akan mem4ksa “mengutip” zakat.
Kalau memb4ntah, macam biasa ayah akan meng4muk dan menggunakan agama sebagai hujahnya. Bayangkan baru satu customer yang beli dah kena keluarkan zakat? Tidak cukup dengan itu, ayah akan mem4ksa atuk dan nenek juga mengeluarkan duit untuk derma setiap hari. Ayah aktif di Facebook, setiap kali dia melihat orang posting minta bantuan di Facebook, dia akan ambil no akaun orang tersebut dan memberi derma.
Derma itu tidak salah tetapi biarlah seikhlas hati. Ini tidak, ayah akan meminta duit daripada ibu, atuk dan juga nenek untuk derma tersebut dengan alasan ingin mengumpul pahala. Kalau sehari dia jumpa 10 orang yang meminta bantuan, maka 10 kali la kami kena beri wang untuk derma.
Terlalu banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak cerita yang aku nak cerita. Tapi aku rasa cukup setakat ini je. Disebabkan per4ngai NPD ayah, aku dan adik aku mengaIami sympt0m anx1ety dan depr3ssion. Kami amat memerlukan bantuan untuk keluar daripada kehidupan ini.
Tujuan confession ini bukanlah sekadar untuk meIuah tetapi aku berharap ada orang yang bantu kami kerana em0si dan mentaI kami disiksa dan kami sering dibayangi perbuatan k3ji ayah. – Mariam (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aida Ra : 2030 berita tajuk utama, ‘seorang bapa ditinggalkan bersendirian oleh anak derh4ka.’ Dan netizen pun mulakan mengecam si anak tersebut tanpa sedar per4ngai ayah tu masa muda macam mana, masa sihat. Bila dah tua tau lah langit tinggi rendah. Masa tu jangan sibuk cakap anak – anak tu derh4ka.
Shida Samsudin : Ayah ko ni macam sesuai ada episod khas dia dalam slot – slot cerita indonesia hari jumaat kat tv3 tu. “Anak suami dan bapa nars1si dit4brak kereta sorong” atau “Penunggang agama disump4h menjadi peti harta karun oleh ibunya yang alzhe1mer.” Maaflah tuan tanah tak mampu nak bagi nasihat. Rasa macam nak t0nyoh – t0nyoh muka ayah awak ni
Siti Khadijah : Kalau ada di kalangan adik beradik yang mampu bawa ibu, atuk, nenek tinggal dengan mereka. Tak pun bergilir – gilir sesama korang, kongsi duit belanja. Ibu dah Iindungi korang masa kecik sekarang masanya untuk anak – anak Iindungi dia. Kalau tak mampu nak nak berdepan sekurang – kurangnya keluarkan dia dari keadaan t0xic itu.
Fain Hassan : Kesian ke ibu awak. Memang takde siapa yang berani pert4hankan ibu awak ya? Sebenarnya ayah awak di “manja” kan sejak korang kecik lagi. Takde sapa yang boleh AJAR dia dan SEDARKAN dia bahawa apa yang dia buat tu memang kes d3ra. Kesiannya ibu awak. Tapi dia bertahan untuk anak – anak. Ayah awak tu tak pernah rasa tidak diperlukan dan ditinggal sendiri.
Paling baik adalah, seIamatkan ibu awak dan bagi dia bahagia di hujung usianya, kecualilah ibu yang tak mahu pergi dari perkahwinan dia, ibu sendiri yang reIa di m4ki h4mun macam tu. Ayah awak tidak pernah ada yang ajar dia, m4kin tua m4kin teruklah. Kalau saya, make fun of him. Bila ayah tengah meng4muk tu, diam – diam rakam. kumpul banyak – banyak video. 1 hari nanti, bila dia dah lemah leIah harap ke anak jaga, tayang video tu ke dia.
Anna Fie : Ubat yang berkesan orang nars1stik ni satu je. Semua tinggalkan dia. Biar dia hidup sorang – sorang. Dia jadi macam tu sebab dia seronok kalau orang takut dengan dia, ikut cakap dia. Dia rasa dia besar, bagus. Dia rasa dia ada kuasa bila orang takut dengan dia. So tt, good luck.
Ruzita Mohd Salleh : Mak tu dah la mend3rita. Adik – adik pun dah besar panjang. Kalau di biarkan berterusan boleh bagi kesan yang besar ke perasaan orang lain tu eloklah suruh mak tu bercerai dengan ayah tu. Kalau di tunggu bahagia pun x pernah nak muncul juga. Mungkin biarkan ayah tu bersendirian boleh sedarkan dia betapa teruk sikap dia tu.