
Keluarga aku sangat daif. Rumah hampir runtuh, tak ada kereta, makan sekadar cukup untuk hidup. Mak perIukan tiga ratus ringgit setiap minggu untuk menjelaskan hutang, aku terp4ksa k0rbankan duit aku untuk keluarga…
#Foto sekadar hiasan / AI. Mahu aku luahkan semua, tapi kadang – kadang takut orang tak faham dan orang tak akan pernah faham. Aku merupakan anak sulung daripada enam adik beradik, aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan dari segi ekonomi, tapi aku cukup bersyukur sebab keluarga aku bahagia dan tak ada masalah.
Tapi kadang – kadang aku penat, letih, sedih, pilu fikirkan nasib keluarga, sampai bila keluarga aku harus begini, hidup dalam serba kekurangan. Rumah hampir runtuh, tak ada kereta, makan sekadar cukup untuk hidup, tetapi itu sudah buatkan aku bersyukur sebab mungkin ramai lagi yang nasibnya lebih teruk daripada aku.
Aku merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Lembah Klang. Hidup di universiti mengajar aku berdikari, mengajar aku hidup sendiri, berdiri sendiri tanpa rasa putus asa. Aku lah pelajar, aku lah anak, aku lah abang kepada adik – adik aku.
Hidup keluarga aku di kampung sangat kritikal, mak pula tertanggung hutang. Aku di sini bukan sekadar pelajar malah juga seorang pekerja, bekerja untuk tampung diri sendiri dan keluarga di kampung. Duit daripada kerja aku, bisnes kecil – kecilan aku, aku banyakkan habiskan untuk keluarga aku.
Daripada keuntungan seratus peratus, mungkin sekitar dua puluh peratus sahaja untuk aku, itupun untuk sara kehidupan aku sebagai pelajar. Duit lain semua aku beri kepada keluarga aku. Ibu aku perIukan tiga ratus ringgit setiap minggu untuk menjelaskan hutang, aku terp4ksa k0rbankan duit aku untuk keluarga.
Kebanyakan tiga ratus ringgit seminggu aku akan bagi untuk mak aku. Tiga ratus kali empat minggu, mungkin sekitar satu ribu ringgit setiap bulan aku kena simpan untuk keluarga aku. Betul, letih dan penat semua aku pernah rasa, bekerja bukan untuk aku, tapi untuk orang yang aku sayang.
Kadang – kadang kawan tak pernah faham nasib aku. Seorang anak dan seorang abang yang ingin bantu adik – adik di rumah. Bila di rumah, aku bawa balik duit siap – siap untuk belanja adik – adik aku. Hidup aku sebagai pelajar seakan bertukar menjadi seorang bapa yang fikirkan nasib anak – anak.
Setiap hujung minggu aku akan cuba sediakan duit untuk mak dan ayah aku di rumah. Sebenarnya ini bukan alasan untuk aku tak belajar, tapi sebagai seorang manusia, aku pernah rasa letih, penat, putus asa untuk buat semua ini. Tapi aku kena bertahan demi keluarga aku, aku kena kerja demi keluarga.
Makan minum aku hanya Tuhan yang tahu, cukup untuk alas perut, bermenukan benda yang sama setiap hari untuk jimat perbelanjaan. Keluar beli – belah jauh sekali, duit ada hanya sebagai simpanan untuk aku bagi kepada mak dan ayah aku.
Hidup aku seakan terpinggir, tapi syukur masih ada kawan juga yang sedia membantu. Tak kurang juga yang menjatuhkan semangat aku. Pernah aku diperli oleh kawan kerana aku selalu ambil nasi percuma yang orang bagi. Kawan sanggup perli, “eh kau ni macam monyet kan, selalu ambil makanan free”.
Hati mana tak s4kit bila kawan sendiri berkata begitu, tapi aku tahan, aku kena kuat, aku kena teruskan dan habiskan belajar. Dalam masa yang sama aku kena kerja kuat untuk sediakan duit kepada mak, ayah dan adik – adik aku. Ada satu kejadian semasa aku sedang belajar yang sampai sekarang susah aku nak lupa.
Waktu itu aku ada peperiksaan penting untuk subjek yang menentukan semester aku lulus. Malam sebelum peperiksaan aku dapat panggiIan daripada kakak di kampung. Adik kecil kami yang paling bongsu jatuh dari tangga dan terced3ra. Kakak bagitahu yang adik pengsan dan mereka bawa dia ke klinik kampung.
Hati aku h4ncur, terus aku risau. Aku nak balik, tapi aku ada jadual kuliah dan sesi praktikal yang kalau aku tinggal, aku mungkin gagal subjek itu. Aku terpinga – pinga antara tanggungjawab sebagai pelajar dan sebagai anak. Akhirnya aku cuba kumpul duit segera, aku telefon bos tempat kerja supaya boleh tukar syif.
Aku berjaya dapat tiket bas malam juga, tapi itu bermakna aku terlepas hari ujian pagi. Aku cuba minta pelepasan untuk sesi ujian susulan, namun prosesnya rumit dan memerIukan surat sokongan. Di kampung, keadaan adik sem4kin buruk; doktor kata perlu rujukan ke hospital bandar untuk pemeriksaan lanjut. Duit untuk rawatan pula tak mencukupi.
Aku terp4ksa jual sebahagian kecil barang yang aku simpan, telefon lama aku jual, untuk dapatkan wang segera. Dalam hujan malam, aku bawa adik ke hospital, tangan aku menggigil pegang ubat – ubatan dan kad pengenalan. Rasa bersalah kerana tinggalkan kelas, rasa takut bila adik menangis, dan rasa kecewa pada sistem yang buatkan pelajar seperti aku tiada banyak ruang untuk uruskan kecemasan keluarga.
Selepas malam yang panjang, adik selamat dibawa masuk, tetapi keputusan peperiksaan aku terjejas sebab aku tak hadir. Aku terp4ksa ulang semula modul itu pada semester hadapan. Perasaan itu berat, rasa kecewa, malu pada pensyarah, rasa serba salah pada kawan yang katanya tak faham keadaan aku.
Tapi pada masa sama, aku rasa bangga sebab aku bertindak untuk keluarga. Pengalaman itu mengajar aku tentang peng0rbanan sebenar, ia bukan hanya cerita, ia realiti yang aku harungi setiap hari. Doakan semoga masih ada sinar dalam keluarga aku.
Aku mahu keluar daripada kepompong kemiskinan, aku kena buktikan yang miskin bukan penghalang untuk aku berjaya. Aku pernah putus asa, tapi aku cuba bangkitkan semangat demi mak dan ayah aku. Kadang – kadang aku bermimpi nak bagi rumah yang selesa untuk mak, nak tengok adik – adik belajar sampai berjaya, nak beli kereta supaya mak tak penat naik bas.
Impian itu buat aku terus bergerak walaupun kadang – kadang air mata menitis waktu sunyi. Jika ada orang baca ini dan rasa macam nak tolong dengan nasihat atau apa – apa sokongan, aku terima dengan hati terbuka. Ucapan nasihat kadang – kadang lebih bermakna daripada wang.
Tapi jika ada peluang pekerjaan yang boleh bantu pelajar seperti aku teruskan belajar dan bantu keluarga, aku mohon diberi peluang. Aku cuma seorang anak, seorang abang, seorang pelajar yang cuba lakukan yang terbaik dengan segala keterbatasan. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku. Aku tahu hidup ini bukan mudah, dan aku masih belajar untuk jadi lebih kuat. Semoga esok lebih baik dan semoga keluarga aku cepat – cepat tenang. Doakan aku. – Mr F
Komen Netizen :
Muhammad Aliff Bin Burhanuddin : Hey man, chin up. You’re gonna make this just fine, mate. Makan kalau kau nak mudah kenyang yang bukan nasik kau cuba oats + gula. Murah, kenyang. Jangan lupa makan. I feel you, literally man. Debts suck. Lagi – lagi bukan kita punya hutang. InsyaAllah bro aku doakan sama untuk kau. It’s hard, aku faham, PM aku bro kalau kau baca ni, aku share sket sebanyak camane aku handle. Jaga kesihatan bro.
Nina Shakira : Dear Mr F, Pedihnya hati kalau ditegur begitu. Kasar sungguh bahasanya. But its okay Mr F. We have Allah.. Selalulah berdoa agar diberi kekuatan untuk menyantuni mereka yang berbuat tidak baik kepada kita. Biar satu masa nanti, jika kita sudah dipuncak kita tak memperlakukan orang sebegitu.
Bersabarlah dengan bijak.. Lakukan kebaikan dengan bijak.. Soal rezki jangan risau.. percayalah jika mudahkan urusan keluarga rezki kita m4kin murah sebenarnya.. Hitunglah jugak rezki itu bukan material sahaja.. bisa jugak dalam bentuk spiritual. Kita jadi lebih sabar, lebih matang menghadapi ujian kehidupan. Dan jangan lupa bacalah Quran one day one page pun jadi lah :’) May Allah ease ur life Mr F.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.