Mak bapak aku berk0rban sampai tak makan untuk kami. Bila dah besar, adik beradik langsung tak tolong, dah kahwin pun duduk dengan mak bapak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku ada 9 beradik, ramai yang masih belajar. Yang dah berkeluarga pun duduk dengan mak bapak aku. Barang dapur, bil semua mak bapak tanggung. Rumah bersepah, sampah penuh, makanan berkulat berbuih dalam peti ais..

#Foto sekadar hiasan / AI. Minta maaf kalau bahasa aku agak rojak sebab aku membesar dengan bahasa campur. Ada juga perkataan yang aku terp4ksa Google Translate sebab aku sendiri tidak faham. Bukan masalah suami isteri, tapi aku kesian dekat suami yang selalu kena dengar aku meluah tentang layanan adik beradik aku terhadap orang tua aku.

Suami sangat memahami sebab kami memang berkenalan dari kecil sampailah dijodohkan. Kami dah dikurniakan anak. Memang suami rapat juga dengan adik beradik aku dan mak aku anggap suami macam anak sendiri. Aku ada anxiety dan depr3ssion, jadi nasihat doktor memang tak boleh pendam.

Sebelum ada yang kecam aku, ya aku pun meluah setiap kali lepas solat. Aku doa dengan Allah perkara yang baik – baik untuk keluarga aku, minta dilembutkan hati mereka, dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yang luas. Adik beradik aku ada 9 orang, dan lebih ramai perempuan daripada lelaki.

Lingkungan umur adik beradik dari 30 tahun ke bawah. Anak ke-5 ke atas dah pun tamat persekolahan, dan anak ke-6 ke bawah masih bersekolah. Yang sudah berkeluarga ada 4 orang, dan yang sulung pula masih bujang dan masih sambung belajar.

Orang tua aku masih bekerja swasta, bukan kerajaan. Umur orang tua pula dah lebih 50 tahun dan bukan kerja pejabat, tapi kerja yang perIukan tenaga banyak sebab kerja mereka berdiri lama, banyak bergerak dan kena angkat barang berat, sangat berat, terutamanya bapa aku.

Alhamdulillah syukur sangat aku, orang tua masih ada dan Allah masih beri mereka kekuatan serta melindungi mereka. Walaupun aku tengok mereka m4kin berusia, aku bukan minta apa – apa, tapi dengan umur macam itu aku pasti mereka mesti penat, s4kit, tapi mereka sembunyikan supaya anak – anak tidak rasa susah hati.

Orang tua aku memang jenis tak suka susahkan anak – anak. Mereka terlalu jalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa sampai aku tersentuh dan menangis setiap malam sebelum tidur sejak dari kecil sampailah aku dah berkeluarga. Aku sentiasa rasa berat hati dan kesian sangat dekat orang tua aku yang masih kena tanggung anak – anak walaupun anak – anak dah berkeluarga.

Harga barang semua naik, bil pun naik. Dengan ekonomi sekarang, memang ramai yang hidup dalam kesusahan. Alhamdulillah bagi orang yang hidup sederhana, Allah tetap cukupkan keperluan mereka. Adik beradik aku dah terbiasa membesar dalam keadaan semua tersedia untuk mereka. Tak semua, tapi sesetengah.

Dari segi pakaian, kewangan, keperluan masing – masing, kehendak dan sebagainya. Jenis yang susah nak buat kerja rumah seperti mengemas, urus pakaian, memasak, senang cerita tak ada inisiatif nak tolong ringankan kerja orang tua aku. Aku anak ke-2. Adik beradik aku layan aku macam kuIi batak mereka.

Mereka selalu cakap mak aku kutip aku tepi jalan, kadang – kadang kata kutip dekat tong sampah. Orang tua aku sediakan kewangan dan keperluan kami, tapi selebihnya aku yang sediakan untuk mereka sebagai seorang kakak. Aku sayang setiap seorang adik beradik aku.

Cuma aku betul – betul terasa bila dipergunakan dan dibiar cakap belakang. Sedangkan aku nasihat dan tegur mereka demi kebaikan masa depan mereka juga, terutama yang sudah berkeluarga. Adik beradik aku yang sudah berkeluarga ada yang masih tinggal dengan orang tua.

Keperluan barang dapur dan bayaran semua bil pun orang tua aku yang tanggung. Kadang – kadang keperluan anak mereka dan kehendak mereka pun orang tua aku yang sediakan. Aku cuma terkilan bila rumah bersepah macam kena puting beliung tapi masing – masing buat tak nampak, tak pernah hulur tangan nak bantu kemas rumah.

Sekurang – kurangnya, sapu lah kalau dah tahu rambut sendiri gugur hari – hari yang bila disapu boleh jadi rambut palsu. Walaupun aku dah kemas, esoknya bersepah balik. Aku dah cuba biarkan selama beberapa minggu tak mengemas, Allahuakhbar, istighfar dan mengucap aku banyak – banyak untuk tenangkan diri.

Sampah yang bertimbun – timbun sampai jatuh ke lantai pun, tak ada siapa nak tolong buangkan. Masak pun, sampah dibiar tepi dapur. Meja tak dilap, pinggan mangkuk dibiar dalam sinki sampai naik bau. Dalam peti ais dan bawah tudung saji selalu bersepah sampai berkulat, berbuih, selagi aku tak buang, selagi itu benda tu dekat situ.

Masing – masing buat hal sendiri, tapi nak kata senangkan orang tua, sangatlah jauh. Pakai aircond 24 jam, kadang keluar rumah berjalan pun tak m4tikan suis aircond walaupun aku dah tegur pasal bil, tapi mereka macam tak endahkan kata – kata aku.

Barang dapur pun dah habis mereka pakai, sangat jarang nak hulur duit atau beli semula barang dapur tu. Orang tua aku jarang memasak sebab mereka kerja dari pagi sampai malam, kadang outstation jauh – jauh pulang hari. Itu pun mereka masih kuatkan diri masak untuk anak – anak.

Orang tua aku dah tak larat nak tegur. Bila dah terlalu melampau baru mereka bersuara. Adik beradik aku jenis bila ditegur akan memberontak dan terus burukkan keluarga demi ketidakpuasan hati mereka. Orang tua larang aku untuk tegur mereka sebab dari dulu, setiap kali aku tegur, mesti akan jadi perg4duhan besar sampai pukuI memukul. Aku pun tak mahu ada perg4duhan atau bermasam muka dengan mereka.

Aku cuma nak keluarga yang bahagia dan hidup dalam harmoni. Aku mengaku aku cemburu tengok orang luar yang adik beradik ramai tapi masing – masing bantu ringankan beban orang tua dan walaupun berg4duh tetap cepat sejuk. Kami adik beradik kalau berg4duh ambil masa bertahun – tahun untuk berbaik semula.

Aku sedih mereka tak pernah anggap aku sebagai seorang kakak, padahal aku lah yang selalu ada bila mereka perIukan seseorang masa orang tua sibuk bekerja. Aku sangat sayang mereka tapi hidup aku ni terlalu h1na ke sampai mereka caci m4ki, cakap buruk, walaupun mereka yang salah tapi tak pernah minta maaf atas kesalahan terhadap aku.

Tetap aku yang kena pujuk dan minta maaf. Aku terp4ksa tunduk sebab tak nak bermasam muka lama – lama. Aku jujur, walaupun dalam sehari berapa jam tak bertegur, aku tetap rindukan kakak dan adik beradik aku. Yang duduk dekat pun aku dah rasa macam ini, apatah lagi yang duduk merantau jauh.

Kemeriahan dan kenangan membesar bersama selalu terngiang-ngiang dalam kepala. Kali ini aku tak pujuk, aku tak nak minta maaf dulu sebab aku nak tengok sejauh mana aku ini tak penting dalam hidup mereka. Aku sendiri yang buat, aku sendiri yang terasa.

Lama – lama aku sedar mereka betul – betul tak anggap dan hormat aku sebagai seorang kakak dari kecil sampai besar. Apa – apa kesalahan mereka buat dari kecil sampai sekarang, kebanyakannya orang akan salahkan aku. Aku juga yang kena tempias atas perbuatan mereka.

Zaman sekolah dulu, aku yang pastikan rumah kemas sebelum orang tua balik kerja. Aku pastikan adik beradik kenyang, cukup makan, cukup tidur dan bersedia untuk hari esok. Aku banyak k0rbankan diri untuk mereka. Kalau mereka masih lapar, aku bagi makanan aku sampai mereka kenyang.

Aku makan sisa lauk apa yang ada, kadang – kadang nasi bergunung makan dengan kuah sahaja. Apa yang mereka tak habiskan, itu lah yang aku habiskan untuk alas perut aku. Aku pun teringin juga nak makan macam mereka tapi sebagai kakak aku dahuIukan adik – adik dulu.

Bab mengemas tolong jangan kecam aku. Aku dah ajar mereka cara semua dan apa yang patut dibuat sebagai anak untuk ringankan beban orang tua yang penat kerja sara kami semua. Aku selalu ingatkan mereka untuk permudahkan urusan orang tua.

Walaupun rasa susah, ingatlah ada yang lagi susah dan ada yang membesar tanpa orang tua. Aku selalu pesan supaya bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sebab orang tua aku sentiasa bagi apa sahaja yang mereka mahu.

Tapi bagi aku, kalau aku inginkan sesuatu, aku segan nak minta sebab aku tengok penatnya orang tua aku. Aku selalu perhatikan mereka kerja macam mana, usaha macam mana, jadi aku tak sampai hati nak minta apa – apa. Walaupun aku sambung belajar dan merantau, masa tengah belajar pun aku ambil kursus paling murah.

Walaupun keputusan aku bagus, banyak kredit dan dapat O-Level, aktif sukan dan kokurikulum, aku pilih untuk ambil kulinari sebab yurannya tak mahal, bawah RM2,000. Aku memang niat nak belajar masak sedap – sedap untuk orang tua aku.

Sementara aku sambung belajar, aku ambil kerja sambilan diam – diam tanpa pengetahuan orang tua sebab tak nak mereka risau pasal aku. Setiap kali orang tua call tanya “ada duit atau tak?”, aku akan jawab “ada duit”. Kalau tanya “dah makan ke belum?”, aku akan jawab “dah makan” walaupun sebenarnya aku dah berapa hari tak makan.

Kadang – kadang aku alas perut dengan biskut, roti atau maggi bila betul – betul lapar sangat. Aku tak ada niat nak tipu mereka, tapi aku tak sanggup nak susahkan mereka dan tak nak mereka risau tentang aku yang duduk jauh. Bayangkan masa aku s4kit, orang tua sampai datang ke KL jemput aku dan jaga aku.

Aku mengaku aku menangis setiap kali mereka call dan datang dari jauh semata – mata nak tengok aku. Berjauh dengan orang tua, otak aku ni tak berhenti fikir tentang layanan adik beradik aku terhadap orang tua di kampung. “Diorang tolong ke tak?”, “agak – agak rumah macam mana?”, “mesti orang tua penat sangat masa aku tak ada dekat rumah”.

Terlalu banyak sangat peng0rbanan orang tua terhadap kami. Bayangkan adik beradik ramai, tapi orang tua masih mampu bawa kami berjalan jauh merantau satu Malaysia, semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Aku sebagai anak, setiap kali bercuti dengan keluarga, aku jadi sayu tengok orang tua aku.

Mereka kumpul duit semata – mata nak gembirakan anak – anak. Setahun mesti lima kali berjalan, tu tak termasuk kalau dalam sebulan ulang alik ke KL semata – mata nak jumpa sepupu dan mak saud4ra kesayangan kami. Masa tu aku fikir tentang tiket kapal terbang, tol, kos minyak lagi.

Sepanjang perjalanan aku tak tidur, aku temankan bapa aku memandu sambil banyak berbual supaya bapa aku tak mengantuk. Aku yang tengok harga minyak kereta, tol berapa, harga makanan singgah di R&R. Itu tak masuk lagi adik – adik yang minta macam – macam.

Kadang – kadang aku cemburu tengok bapa aku dukung sorang – sorang anak masuk rumah. Aku pura – pura tidur sebab aku nak merasa juga. Tapi dalam hati tetap rasa bersalah walaupun teruja sangat – sangat sebab nak bapa aku dukung aku macam dia dukung adik – adik.

Korang boleh bayangkan aku tengah pura – pura tidur tu, aku tersengih sorang – sorang, harap bapa tak perasan. Mohon jangan gelakkan aku, aku tahu bukan aku seorang yang macam ni. Aku sayangkan adik beradik aku, tapi aku lagi sayangkan orang tua aku lebih daripada segala – galanya.

Sampai tak ada perkataan yang boleh gambarkan macam mana sayangnya aku terhadap mereka, terutamanya mak aku. Dari kecil cita – cita aku bila besar nak jadi macam mak aku. Ramai juga gelakkan aku sebab cita – cita tu. Mak aku banyak diuji dalam hidup dia.

Dengan cerita daripada nenek, makcik, pakcik dan bapa aku tentang mak, aku memang sangat tersentuh. Sebab tu kalau aku tegur adik beradik, aku jadi emosi sekali sebab mereka tak nampak peng0rbanan orang tua. Orang tua sampai ik4t perut banyak kali untuk kami.

Kami banyak makan di luar. Setiap kali makan di luar, bapa aku takkan order, minum air sahaja. Mak aku pula, macam aku, kalau dekat rumah makan apa yang adik beradik tak habiskan. Tapi pinggan aku selalu licin, takkan ada sebutir nasi pun sebab aku tak suka membazir.

Kadang – kadang aku diam – diam order nasi lebih bagi dekat bapa aku makan, tapi bapa aku tetap degil, dia bagi aku separuh dari nasi dia. Sebab bagi orang tua aku, aku kuat makan. Padahal aku cuma tak suka bazir makanan, sebab tu aku selalu habiskan apa yang ada.

Bayangkan mak aku, cantik sangat orangnya, terlalu cantik bagi aku. Masa aku kecil, aku tengok gambar dia, aku puji “Ya Allah, cantiknya mak aku masa muda” walaupun dah ada anak ramai. Aku yang masih muda dan ada anak pun tak secantik mak aku.

Cantik memang cantik, tapi bila aku dah besar sekarang tengok gambar mak aku semula, aku sedih sangat. Korang boleh nampak beza sangat antara zaman sekolah mak aku dan zaman dia dah ada anak. Aku menangis tengok sebab mak aku sanggup ik4t perut sampai kurus demi bagi yang terbaik untuk anak – anak dia.

Aku sampai fikir, mak aku kerja yang perIukan tenaga banyak, tapi perut mak aku cuma beralaskan roti, biskut, air sahaja. Kadang – kadang sampai lupa nak makan sebab terlalu fokus bekerja. Aku cerita semua ni, aku tak perasan pula aku terlebih meluah dekat sini.

Banyak lagi sebenarnya nak aku cerita, mungkin lain kali aku sambung sebab sekarang nak bersiap – siap untuk solat… Persoalannya, tentang adik beradik aku, apa yang patut aku buat? Aku tak boleh tegur sebab aku takut dan tak nak berlaku perg4duhan besar yang akhirnya membawa kepada tidak bertegur sekian lama.

Tapi dalam masa yang sama aku nak mereka sedar yang perbuatan mereka itu beri kesan dekat orang tua. Aku tak ada ayat power yang boleh mengubah perspektif mereka terhadap orang tua dan sekeliling. Tapi apa yang aku mampu buat sekarang ni, aku doa untuk mereka dan cuba sedaya upaya ringankan beban orang tua aku walaupun aku dah tak sekuat dulu sebab tulang belakang aku patah dan lutut aku pun dah tak berapa kuat.

Aku tolong mana yang aku mampu walaupun luar dari kemampuan aku sebab aku kenangkan usia orang tua aku. Aku takut aku tak sempat nak berbakti pada mereka. Aku tak kisah penat atau s4kit, asalkan orang tua aku balik kerja dalam keadaan tenang dan senang hati. Sekian dari aku, Anak kutip Mama & Papa.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.