Mak berkeras taknak masuk bilik pembedahan tapi anak p4ksa. Sehinggalah ada komplikasi, 4 kali doktor cuba selamatkan mak, akhirnya mak pergi..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Anak beranak bertekak depan doktor sebab mak taknak masuk bilik bedah. Akhirnya mak terp4ksa ikut, 24 jam doctor bertungkus lumus selamatkan mak. Ayat terakhir mak sebelum tutup mata, “puas hati?”

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, bukan nak meluahkan tapi lebih pada nak bercerita kisah yang meruntun hati. Saya seorang jururawat bekerja di hospitaI swasta bahagian jantung. Senang cakap angiogram lah. Tempat yang pasang stent untuk saluran d4rah dekat jantung yang tersumbat.

Ada satu hari ni kami terima kes, perempuan umur 70++ kalau tak silap saya. Plan hanya untuk angiogram sahaja. Nak tengok saluran d4rah dekat jantung sebab patient pun dah tua. Risiko banyak. Jadi seperti yang dirancang kami pun proceedlah dengan procedure.

Result angiogram menunjukkan dia ada 1 saluran tersumbat. Hanya 1. Dan nampak seperti tersumbat yang biasa bukanlah complicated. Jadi doktor suggest untuk rawatan selanjutnya iaitu angioplasty – memasang stent untuk membuka saluran d4rah yang tersumbat.

Patient berkeras tak nak buat procedure tersebut. Dia cakap dia sudah tua. 1 stent mungkin dalam 15k tak termasuk kos menginap, ubat, makanan dan lain. Sebab patient pun dah tua sekiranya ada masalah, keputusan makcik mungkin boleh berubah. Jadi doktor buat keputusan bincang dengan anak juga.

Masalah timbul bila anak dan patient bercanggah pendapat. Anak nak teruskan prosedur tu tapi patient nak stop. Jadi doktor benarkan anak masuk untuk berbincang muka ke muka bagi menyelesaikan masalah. Kami sebagai nurse sudah pastilah berada di tepi menjadi saksi.

Anak beranak dah start berg4duh sehinggalah anaknya membuat keputusan untuk teruskan rawatan, dan menghiraukan keputusan patient. Surat kebenaran sudah disain dan kami proceed ke angioplasty seperti yang saya cakap. Faktor umur juga adalah salah 1 risiko.

Kes selesai tanpa ada masalah. Semua lega. Tengok jam sudah hampir 8 malam. Semua berkemas untuk ready untuk balik. Tiba – tiba condition patient tak okay sewaktu masih dalam ruangan pantauan. Blood pressure drop, oksigen drop. Terus call doktor untuk tindakan selanjutnya.

Semua 1st aid dah diberi tapi masih sama bahkan sem4kin rendah. Doktor buat keputusan untuk masuk dewan procedure sekali lagi untuk lihat punca masalah. Mungkin ada saluran d4rah yang terk0yak sewaktu kami membuka stent. Dari berkemas terus buka balik dewan. Ganti baju semua siap. Ultrasound sudah dibuat, jantung sudah dicheck. Masalah tak dapat ditemui.

Jadi doktor sarankan untuk berg4ntung kepada ubat dan dipantau dalam CCU – Coronary Care Unit bak kata lain ICU tapi lebih kepada jantung. Tanpa menunggu lama patient di escort naik ke CCU dan kami berkemas pulang. Elok saja baru keluar hospitaI, kami dipanggil sekali lagi. Patient yang sama. Condition tak okay. Masalah yang sama. Nak tak nak pusinglah masuk balik. Bagi 1st aid dekat atas. Dan ditolak turun balik.

Total kami tolak masuk dewan procedure patient 4 kali. Anak pun dah datang. Kemudian doktor cakap semua cara sudah digunakan, dah takda cara lagi dah nak buat. Pasang stent sudah, pasang covered stent sudah, letak collagen sudah, sedut d4rah beku sudah. Memang semua em3rgency procedure kami dah buat.

Jadi doktor keluar untuk terangkan kepada anak dan bagi anak jumpa patient. Anaknya masuk menangis – nangis meminta maaf. Ayatnya begini kalaulah saya dengar cakap mak, mak mesti takkan s4kit macam ni. Saya minta maaf mak. Janganlah marah saya mak.

Patient yang masih separa sedar menoleh ke tepi dan berkata 1 ayat sahaja, “puas hati?” Semua terdiam masa tu. Anaknya masih lagi meraung meminta maaf. Selepas percubaan ke 5, patient disahkan meninggaI dunia. Sewaktu kami memberitahu anaknya tuhan saja yang tahu betapa kuatnya anak patient meraung.

Dia merayu – rayu meminta maaf dekat patient yang sudah pun tidak bernyawa. DipukuInya doktor, dit4mparnya kami kata semua sebab dari kami. Salah kami sehingga maknya meninggaI dunia. Tipulah kalau semua tak sedih. Tapi kami pun dah terlalu penat. Dengan CPR back to back, takre rehat, berdiri, berlari dalam sut radiography yang beratnya 5kg. Biarlah dia meluahkan perasaannya kepada kami. Kami faham.

Time tu dah pukuI 8 pagi. Dah 24 jam kami di hospitaI, last makan tengah hari semalam. Kami hanya sekadar memohon maaf dan mengucapkan takziah. Seperti yang dia cakap kalaulah dia dengar cakap maknya. Kami sendiri dah bagitahu ada risiko. Tambahan lagi dengan faktor umur.

Kalau makan ubat mungkin ada kemungkinan untuk kena ser4ngan jantung tapi mungkin juga patient boleh bertahan 2 – 3 tahun. Tapi itulah, di hospital banyak benda yang tak terjangka boleh terjadi. Mungkin masuk berjalan sendiri keluar hanya jasad.

Ada yang masuk separa m4ti keluar sihat seperti biasa. Jika sampai situ saja pengakhiran kita, siapalah kita nak mengubahnya. Semoga roh mak awak tenang dah dicucuri rahmat. Dan semoga awak tidak menyalahkan diri awak. Semua yang terjadi di atas qada dan qadar Allah. Berl4pang d4da ya.. – Cik Misi (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Mas Isnani : Semuanya tidak cepat dan tidak juga lambat walaupun sesaat. Saya juga masih berasa galau dengan pemergian ayah. Anak s4kit, nak bawak ke hospitaI. Ayah kata, jangan lama – lama, ayah dah tak lama. Anak w4rded 2 hari, malam sebelum ayah meninggaI, anak menangis tak berhenti. Saya mohon nak AOR, nurse kata Dr Bizi Di AED. Esok pagi, anak dapat discaj, saya sampai rumah, ayah baru 5 minit pergi.

Fatynn Suhaimi : Sebagai misi hospitaI jantung, i can assure cite ni legit. Doktor pun sama beriya – iya nak buat walaupun bapaknya sendiri dah cakap nak conservative je (takde kaitan dengan cite tt, maksud saya selalunya macam tu la anak yang beriya dari patient).

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.