Mak cantik, bapak dan abang2 aku pun putih, hensem. Tapi aku pelik, kenapa aku hodoh, kulit hitam

Mak aku cantik, putih. Dia dikenali sebagai wanita paling cantik dulu. Bapak, abang – abang aku semua handsome, semua dapat kulit cerah. Sampai dekat aku, anak tunggal perempuan, bongsu, muka aku hitam, hidung kembang, gigi jongang. Pelik kan. Satu hari mak cakap dekat aku, suruh kahwin je dengan mana – mana lelaki..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terp4ksa meluah perasaan di sini sebab tengah down. Usia dah 30-an tapi masih belum bertemu jodoh. Belajar tinggi – tinggi, kerja pun gaji rendah, jodohnya pun masih tak jumpa – jumpa.

Bukan sebab memilih, tapi memang takde lelaki yang nak. Sedih sangat rasa hidup. Jadi pelajar pandai dulu pun langsung takde achievement dalam hidup. Orang lain tak belajar tinggi – tinggi semua dah bahagia, dapat suami kaya. Anak pun dah tiga empat.

Aku satu apa pun takde. Sekarang pun masih struggIe nak bayar ptptn sebab gaji cuma seribu lebih, cukup – cukup nak surv1ve je. Dari zaman sekolah lagi, aku tak pernah dapat layanan yang baik dari lelaki. Lelaki memang semua suka pandang aku ni macam jelek.

Siap dapat gelaran buruk lagi. Ada yang menganjing cakap aku, hitam. Kerak kuali. Macam – macam lah. Dah masuk universiti, kalau ada kena buat group, lelaki memang selalu mengelak dari dapat group dengan aku. Sedih sangat.

Siap kena palau dengan lelaki. Kalau kawan – kawan ajak keluar lepak, yang lelaki mesti anggap aku macam tak wujud. Yang lelaki hanya menghargai perempuan cantik je. Bila aku yang bersembang diorang boleh buat aku tu macam batu. Aku sedih sangat.

Aku banyak kali makan hati pasal layanan lelaki terhadap aku. Sampai satu hari balik je rumah sewa, aku menangis. Aku tanya housemate aku, “Buruk sangat ke aku? Kenapa lelaki suka pandang rupa je? Kenapa diorang layan aku macam sampah?”.

Baiknya kawan – kawan aku ni, diorang semua pakat pujuk dan tenangkan aku. Diorang cakap aku ni baik, sangat baik, sopan, lemah lembut. Bertuah lelaki yang dapat aku. Sebab aku serba serbi boleh buat semua benda, rajin memasak dan kemas rumah, bijak, solat jaga.

Lelaki memang tak pandai menilai aku. Diorang pesan kat aku, ignore je lelaki macam tu. Anggap je diorang tu tak wujud. Diorang cakap, pasti akan ada lelaki baik yang akan ‘notice’ aku one day. Dan kawan – kawan tu cakap macam tu masa aku umur 22.

Sekarang dah 30-an. Kau rasa akan ada ke lelaki baik yang akan notice aku? Buruk sangat ke aku? Aku tak gemuk, tak kurus sangat. Badan sedang – sedang je. BMI normal. Cuma aku memang tak putih. Aku berkulit gelap.

Sampai pergi mana – mana orang mesti tanya aku “Ada keturunan india ke?”. Takde pun keturunan India tapi tak pastilah kalau atas – atas sana ada. Tapi family aku semua kulit cerah. Cuma aku je ‘special’ sikit. Struktur muka aku pun memang tak cantik.

Hidung pesek dan kembang, badan kurus pun tetap ada double chin. Mata kecil dan sepet. Dagu pendek. Gigi pun jongang. Aku paling tak suka tengok cermin. Aku kalau tengok cermin aku akan hilang rasa bersyukur. Aku sendiri jijik tengok muka sendiri.

Kadang – kadang aku cuba bahagiakan diri dan puji diri sendiri cantik. Tapi bila family sendiri pun cakap aku buruk, aku bertambah down. Kalau orang luar cakap aku tak cantik, aku tak la kisah sangat. Tapi kalau mak sendiri mengeluh dapat anak tak cantik, aku kadang – kadang rasa macam nak je pergi terjun laut.

Biarlah diri ini hilang terus dari dunia, dari terus dih1na. Mak aku ni cantik tau. Kulitnya memang putih bersih. Zaman anak d4ra mak aku ni memang femes sekampung, dikenali sebagai wanita paling cantik. Bapak aku pun hensem juga.

Abang – abang aku semua helok – helok je muka, semua dapat kulit cerah dan features muka yang cantik. Tapi dapat kat aku (si bongsu), tak tau nak kata ikut muka sape. Dah la aku anak tunggal perempuan. Satu – satunya anak perempuan, tapi satu – satunya anak yang paling gelap dalam family. Muka pun lain.

Kalau jumpa kawan – kawan mak, atau pergi kenduri. Orang selalu tanya aku ni sape? Bila mak aku cakap aku ni anaknya, ramai terk3jut. Sebab diorang cakap “Lainnya muka”. “Gelapnya anak kau”. Siap ada yang cakap, “Mak kamu ni zaman anak d4ra cantik tau. Tapi sayang anaknya tak mengikut”.

Aku kecik hati sangat bila orang kerap sangat bandingkan mak aku dengan aku. Diorang cakap muka aku macam India pun aku terasa, inikan pula duk banding – banding cakap aku tak ikut muka mak. Zaman degree dulu, aku bersyukur sangat aku dapat kawan – kawan perempuan yang baik – baik je semua.

Walaupun aku ni kategori hodoh dan jauh sangat beza dengan diorang. Tapi diorang tak pernah h1na warna kulit dan features muka aku. Diorang tu dah la putih – putih, lawa – lawa, kulit licin, hidung mancung, tapi diorang selalu puji aku cakap aku cantik.

Walhal aku tahu je diorang cuma nak sedapkan hati aku. Tapi aku terharu effort diorang untuk buat aku lupa akan kekurangan aku. Diorang semua dah ada boyfriend, tapi aku sorang je takde sape – sape. Punyalah risau diorang kat aku, diorang pun set up kan blind date untuk aku.

So kawan – kawan aku yang baik hati cuba kenenkan aku dengan kawan – kawan lelaki diorang. Aku pun ikut jelah permintaan kawan – kawan aku tu. First blind date, aku jumpa lelaki yang kawan – kawan aku suggest tu. Aku namakan dia Mizan.

Mizan tu kawan kepada kawan aku jugak. First meet tu, kami jalan dalam mall, pergi makan. Tapi first time berjumpa tu pun aku pun dah nampak yang Mizan tu memang takde interest dekat aku. Sebab sepanjang jumpa tu asyik aku je bercakap dan bertanya.

Dia macam langsung takde tanya apa – apa pasal aku dan dia macam.. aku tanya sepatah, jawab sepatah. End up, Mizan cakap, “Sorry. Saya memang tak boleh nak go dengan awak sebab awak bukan taste saya”. Balik rumah, aku menangis sebab rasa terh1na dia cakap camtu.

Well, actually Mizan tak salah pun. Dia dah jujur, memang preference dia bukan aku. Okay la tu dia bagitau awal – awal dari senyap tanpa berita kan. Cuma yelah aku je yang terasa lebih. Sebab dari pandangan aku, Mizan tu tak hensem pun.

Maknanya Mizan pun jenis yang pandang rupa jugaklah. Aku bukanlah sedih sebab kena reject pun, cuma aku terkilan sebab dia langsung tak beri ruang untuk kami kenal each other. Imagine la, dia langsung tak tanya apa – apa pasal aku dan langsung tak berminat nak ada deep conversation untuk kenal each other.

Tapi biasalah kan. Love starts from the first sight. Dah memang aku hodoh dan aku kena terima. Second blind date, pun kawan – kawan aku jugak yang arrange. Sayangnya diorang kat aku sebab risau aku kahwin lambat.

Diorang semua pulak lepas habis degree terus nak kahwin. Aku pun pergiIah jumpa the second guy. Aku namakan lelaki ni Haikal. Kali ni kami keluar berempat dengan kawan aku. Kawan aku bawak boyfriend dia. Jadi masa makan – makan tu, Haikal ni sibuk duk tengok – tengok dan usha kawan aku.

Sikit – sikit sembang dengan kawan aku. Sampai aku confuse, dia ni nak berkenalan dengan aku ke kawan aku. Padahal obvious lah kawan aku tu dah berpunya. Mata pun tak nak lari dari asyik pandang kawan aku. Yelah kawan aku tu memang sangat cantik tapi dah berpunya.

Haikal ni buat aku macam tunggul. Ada tu aku tanya soalan, dia tak jawab dan sibuk tanya kawan aku duduk mana suka apa. Boyfriend dia pun melayan je. Nampak gaya si Haikal ni macam syok kat kawan aku. Tapi b0dohkah dia syok dekat tunang orang?

S4kitnya hati aku bila Haikal ni nampak macam obvious sangat palau aku. Aku rasa terh1na sekali lagi. Balik rumah je aku whatsapp si Haikal ni. “Awak sebenarnya masih nak kenal saya ke tak? Kalau tak nak, bagitau”. Si Haikal ni blue tick je whatsapp aku dan sedar – sedar dia dah block.

S4kit pulak hati aku. Betul – betul reject cara kasar. Lelaki ketiga ni pun kawan kenalkan jugak, aku namakan dia Fahmi. Aku serik dah nak kenal lelaki, tapi kawan – kawan aku ni memang gigih nak kenenkan aku dengan kawan diorang.

Fahmi ni hensem, memang ada rupa. Awal – awal lagi aku cakap, “Ish laki hensem manalah nak pandang orang macam saya ni”. Tapi kawan aku cakap, tak cuba tak tau. Pastu aku suruh kawan aku hantar gambar aku kat Fahmi. Kalau Fahmi rasa berminat, baru aku akan jumpa dia.

Tapi tak sempat jumpa pun, sebab Fahmi cakap “Rasa macam tak leh nak go. Sorry”. Aku pun dah expect pun jawapan Fahmi ni. Dia ada rupa kot, manalah nak suka wanita macam aku. Aku pun dah try daftar website cari jodoh.

Baitul Muslim, Baitul Jannah, Till Jannah. Aku punyalah langgan yang premium dan karang panjang – panjang dekat bio. Aku cerita hobi dan interest aku. Tapi takde sorang pun yang pm aku. Tapi aku tak putvs asa. Aku pergi bagi salam dekat semua lelaki kat website cari jodoh tu.

Tapi mengecewakan, takde sorang pun baIas. Aku frust lagi. Aku rasa hopeless. Aku selalu fikir, memang lelaki melayu ni mostly suka perempuan kulit cerah je ke? Habis tu perempuan kulit gelap macam aku ni takde sape ke yang nak?

Aku sampai pernah terfikir nak pergi cucuk vitamin c (drip) sebab nak putih. Tapi disebabkan faktor kewangan, aku pun tak mampu, jadi aku tak buat. Aku cuba dah makan vitamin c orally, tapi selepas 5 tahun takde kesan pun.

Tak jadi putih pun, cuma kulit glow sikit lah. Aku pun pernah terfikir nak buat plastic surgery untuk betulkan features muka aku supaya nampak normal. Kalau features muka aku ni ejas sikit, aku confident aku akan nampak lawa.

Hidung pun sama, kalau dimancungkan sikit, confirm cantik. Aku rasa muka aku ni kalau ejas sikit pun dah ok. Tapi tulah, aku masih ada agama. Aku takut nak m4ti nanti macam mana la az4b kubvr untuk orang yang renovate wajah.

Zaman sekarang ni lagiIah senang nak renovate muka, sebab dah ada teknik filler. Tak perlu bedah pun, hanya inject filler boleh terus cantik. Aku selalu terfikir, kalau Islam halalkan renovate muka, akulah orang pertama nak cucuk filler tu untuk mancungkan hidung.

Dan features muka memang terp4ksa undergo surgery sebab kena betulkan jawline, dagu dan gigi. Tapi tulah, aku memang tak boleh nak buat atas faktor agama. Aku masih beriman. Aku takut Allah. Aku sebenarnya bersyukur sangat aku ni sempurna fizikaI, tiada c4cat cela, tapi aku cuma down bila orang h1na aku.

Ni dah masuk 30-an, orang yang paling banyak bising mestilah mak aku. Mak aku selalu mengeluh cakap anak jiran anak kawan semua dah ada 3 – 5 orang anak sementara aku jodoh pun tak nampak bayang. Mak aku selalu mengeluh cakap “Kau pergi lah kahwin dengan mana – mana lelaki.. Mak dah penat bila orang tanya bila kau nak kahwin”.

Aku jawab kat mak “Nak kahwin macam mana, takde orang nak”. Pastu mak aku cakap “Usahalah.. pergi cari lelaki..” Aku ni dah macam usaha buat, sampaikan di media sosiaI pun aku approach je mana – mana lelaki yang bujang.. tapi macam biasalah.. aku bukan taste diorang.

Last – last mak aku cakap “Hmm maIang betul la aku ni dapat anak hodoh.. anak orang lain semua lawa – lawa, laku je ramai orang nak… anak sendiri tak laku – laku”. Mak aku selalu ulang ayat ni. Aku rasa berkecai hati bila mak cakap aku hodoh.

Aku expect mak akulah yang akan jadi orang paling supportive, tapi mak sendiri pulak yang h1na fizikaI anaknya. Kadang – kadang mak cakap “Apalah mak makan dulu sampai anak dapat hitam macam ni”. Kau bayangkan, mak sendiri cakap aku hitam.

Dan mak sendiri suka puji anak kawan – kawan dia yang putih melepak tu. Mak memang pantang nampak orang kulit cerah, sebab bagi mak kulit cerah je cantik, kulit hitam ni buruk. Aku tak tahu lah nak buat apa lagi. Jiwa aku rasa kosong.

Aku dah penat menangis kerana dih1na dengan kulit gelap. Tolong berikan nasihat untuk aku. Tolong titipkan kata – kata semangat untuk aku. Aku rasa dah tak berdaya untuk teruskan kehidupan. Adakah masih ada sinar untuk aku keesokan hari?

Part jodoh ni pun aku dah nak give up. Kepada lelaki, memang perempuan kulit hitam ni buruk ke? Kulit putih je cantik? – Dayang Senandung (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Gee Msalleh : Adik.. jangan down ye, akak pernah jumpa dan kenal seseorang yang buruk jugak rupanya malah boleh dik4takan ade kec4catan pada rupanya tapi Allah anugerahkan dia seorang suami yang hensem dan baik akhlaknya.

Allah jaga adik untuk someone yang spesel, Insyaallah.. lelaki – lelaki yang pernah rejek awak tu bukan lelaki yang baik untuk awk.. Allah lebih mengetahui, adik sabar ye.

Shekin Shukri : Bila baca kisah awak, saya rasa lebih kurang macam kisah sendiri. Saya pun usia 30an, seumur hidup tak pernah kena approach dengan siapa – siapa. Sampaikan dah cuba banyak platform untuk cari jodoh tapi balik – balik asyik dapat yang entah apa – apa.

Rasa lonely, rasa macam l0ser, rasa iri hati tu memang kuat sangat. Lagi – lagi bila tengok kawan – kawan sebaya kebanyakan dah happy berkeluarga. Dan lagi pedih hati bila kita mengadu dengan orang lain, last – last kita kena cop tak bersyukur.

Orang lain nampak luaran macam happy, perfect je hidup, tapi dalam hati tuhan saja yang tau. Saya doakan confessor dimudahkan segala urusan dunia dan akhir4t, diberi ketenangan jiwa, supaya kita semua diberikan yang terbaik oleh Allah.

Salsabila Abbas : Dik kalau ada duit, pakai braces. Betulkan gigi dulu. Tukar gaya penampilan. Kulit gelap ni kita tak boleh nak buat apa dah. Saya dulu pun hitam juga. Gigi bersepah. Dapat macam – macam gelaran masa sekolah.

Kat kolej pun bukan gadis idaman tapi alhamdulillah Allah jodohkan saya dengan Mat Salleh. Ramai jugalah kawan – kawan yang ternganga macamana dia boleh tersangkut dengan saya. Siap ada yang cakap Mat Salleh tu buta lah apa lah.. sedih kan. Jodoh tu rahsia Allah. Moga adik diberikan jodoh orang yang betul menghargai adik. *Hugs*

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.