Mak dan makcik usaha kedai kecil sampai jadi restoran. Bila makcik meninggaI, anak makcik buang mak dari restoran

Dari kedai kecik 3 meja sampai jadi restoran, mak sama sama kerja dengan makcik hingga berjaya. Bila makcik meninggaI, anak makcik buang mak dari restoran. Mak merayu, mak sanggup kurangkan gaji dari RM200 kepada RM50…

#Foto sekadar hiasan. Aku saja nak berkongsi satu cerita ni. Tapi bukan pasal aku lebih kepada kisah mak aku. Mak aku ni membesar dekat rumah anak – anak yatim. Umur dia 16 tahun dia keluar dari tempat tersebut dan, pergi lah cuba cari kerja merantau ke sana ke sini banyak tempat tanya. Tapi tak jumpa.

Sampai akhirnya ada sorang makcik ni dalam umur 30 an. Dia tanya mak aku nak kerja tak? Mak aku pun cakap nak. Jadi makcik ni atau aku namakan Mak Tulip (bukan nama sebenar) Dia bagitahu mak aku yang dia ni nak buka kedai makan kecik je, warung makan dalam 3 – 4 meja sahaja, kedai dah jumpa pun.

Mak aku sebulan dua tu dengan Mak Tulip tungkus lumus bersihkan kedai, beli barang apa yang ada dan plan nak masak lauk dan berapa banyak cost apa semua. Akhirnya selepas 2 bulan mak aku dengan Mak Tulip ni berniaga dua orang.

Mak Tulip ni masak, mak aku yang buat air, basuh pinggan apa semua. Diorang berjual nasi campur. Pagi tu jual sarapan setakat 3 – 4 menu. Tengahari masak pun lauk tak banyak dalam 8 jenis sahaja. M4kin hari warung yang kecik tu dah jadi besar.

Jadi mak aku kerja dari muda dekat tempat tu sampai kahwin, ada anak. Kami ni boleh dik4takan memang agak rapat dengan keluarga Mak Tulip ni. Mak Tulip ni pula dia cuma ada seorang anak lelaki, suami dia meninggaI waktu anak dia kecik lagi.

Tahun 2014 Mak Tulip meninggaI dunia. Paling sedih iyalah mak aku. Sebab pada mak aku Mak Tulip ni dah macam ibu dia sendiri. Dari zaman dia muda semua Mak Tulip yang tolong, cari rumah Mak Tulip tolong, kahwin dia tolong, waktu bersalin dia yang bantu mana patut.

Bila Mak Tulip dah meninggaI anak dia ambil alih 100% kedai makan tersebut. Mak aku sebelum ni pernah juga kongsi dengan kami sekeluarga yang dia ni agak tak percaya dengan anak Mak Tulip sebab cara dia handle restoran tu tak elok.

Gaji pekerja dikurangkan, jenis mulut asyik kurang ajar. Lagi satu pekerja dekat restoran Mak Tulip tu ramai pekerja indonesia. Mak aku cakap dulu pernah diorang macam upah ramai pekerja Melayu kita tapi sayang sekali tak efficient, semua banyak buang masa, lepastu kerja memang slow.

Ambil pekerja indonesia baru berjalan lancar semua. Yang anak Mak Tulip ni tak habis dengan suruh pekerja indonesia ni bersyukur sampai akhirnya diorang berhenti cari kerja lain. Akhirnya tahun 2016 mak aku di berhentikan.

Mak aku ni sedih lah dia cakap kenapa. Dia cakap gaji mak aku mahal sangat. Pada kami memang berbaloi lah gaji mak aku mahal, yang masak dia, yang beli barang semua dan kira stock mak aku, jaga cashier dia, closing bayar gaji tu semua dia.

Kiranya waktu Mak Tulip masih hidup pun mak aku handle 70% dekat restoran tu. Gaji hari ye, gaji mak aku RM200 sehari jadi mak aku pun cakap tak apa dia boleh p0tong gaji dari 200 ke RM50 asalkan dapat kerja dekat tempat tu.

Tapi anak Mak Tulip ni sebolehnya tak nak dia, cakap mak aku ni banyak membantah dia dan akhirnya mak aku diberhentikan. Mak aku walaupun dah masuk 50-an dia tetap sedih. Dia cakap restoran tu dah macam d4rah daging dia.

Akhirnya mak aku berhenti dan berehat. Mak aku siap depr3ssed ye waktu ni. Sampai setiap petang tu dia drive lalu dekat restoran tu nak tengok okay ke tidak. Mak aku pun s4kit keluar masuk hospitaI. Tahun 2018 mak meninggaI dunia.

Sepanjang tu mak aku selalu cerita dia sayang sangat tempat tu. Dari warung kecik dia berdua dengan Mak Tulip kumpul duit beli dan besarkan tempat tu. Mak Tulip siap bergadai banyak benda dulu. Akhirnya kovit melanda.

Selepas kovit aku baru tahu restoran tu dah tak ada. Dah kena r0boh dah dijadikan kedai lain. Aku cuba tanya mana owner lama restaurant ni. Katanya tak tahu, cuma dah kena jual. Aku bila terfikir rasa sedih pula bila tengok restoran tu dah hilang dah jadi lain.

Bila lalu situ dia punya nostalgic tu kuat sangat. Aku ingat lagi mak aku beberapa bulan sebelum dia meninggaI dunia, dia menangis – nangis cakap sebab tak dapat kerja dan jaga tempat tersebut. Kami adik beradik ni membesar makan, apa semua dekat situ boleh dik4takan situlah tempat core memory dan childhood kami.. Bila tengok dah tak ada, rasa sedih sangat.

Selama ni bila mak cakap dia sedih kami ni selalu cakap, “takpelah mak dah tak ada rezeki lagipun mak eloklah rehat” tapi bila kami adik beradik lalu tengok tempat tu, baru kami faham, macam ini rupanya apa yang mak rasa.

Aku ada ternampak juga arw4h anak Mak Tulip dekat tiktok sekarang jual barang dekat tiktok. Aku pernah message dia baik – baik dan tanya apa jadi dekat restoran Mak Tulip, tapi sampai sekarang tak dibaIas sampai aku dah kena block. Rasa sedih bila legasi Mak Tulip dan mak aku hilang macam tu sahaja… – Syai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Sariff : Hidup sebatang kara, bertemu insan yang berhati mulia seperti mak Tulip adalah sesuatu yang sangat berharga. Mak confessor sangat bertuah bertemu dengan insan mulia itu. Semoga roh kedua – duanya tenang di sana.

Anie Alja : Mak ayah kalau berbisnes tapi anak – anak dilayan macam anak taukeh balak, melingkuplah walaupun Megah Holdings. Ajar anak susah, baru dia tahu menghargai lelah mencari duit.

여름비 : Ukhuwwah awak mungkin hanya sehingga akhir nyawa mak dan mak tulip sahaja. Tidak sehingga ke awak dan anak mak tulip, tak apa lah, move on. Perkara yang berlalu biarlah segar dan indah dalam lipatan kenangan awak dan adik beradik sahaja. Cukuplah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.