Mak fitnah suami aku b0mohkan aku. Aku termakan hasutan mak kononnya suami bagi aku makan d4rah cik Ponti

Mak cuba macam – macam nak pisahkan aku dengan suami ‘kampung’. Aku dibawak jumpa b0moh dan akhirnya kami bercerai. Suami aku macam orang giIa masa kami nak berpisah. Dia Melutut, merayu, sembah kaki mak ayah semua. Tapi, aku pilih dengar cakap mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. aku kenalkan diri aku sebagai M sahaja. Aku berasal dari Selangor, punyai kerja tetap yang income biasa – biasa sahaja, ada business sendiri dan mempunyai dua orang anak lelaki yang meningkat remaja.

Aku rasa bersalah nak meluahkan tapi sekarang benda – benda macam ni memang merosakkan mental aku. Aku berkahwin atas dasar sayang cinta dan kami disatukan pada awal tahun 2012. Memang dari awal lagi mak aku tak suka akan suami kerana kami nikah tanpa hantaran yang aku minta dari suami.

Majlis pula ditanggung oleh mak ayah, seperti mana permintaan mak ayah kerana katanya menurut islam, pernikahan anak perempuan tu tanggungjawab ibu bapa. Dan mengikut kewangan ibu bapa, mereka di tahap lebih dari mampu untuk membuat majlis kami yang kecil tu.

Dan bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri. Suami bawa aku pindah ke Damansara, memandangkan dia kerja di situ dan aku masih belajar final year. Dan bermulalah episode mak datang buat spot check, datang nak singgah makan etc.

Dalam keadaan kami baru bermula nak hidup dan adik – adik suami ada yang datang menumpang memandangkan waktu tu kami buka perniagaan di Subang dan adik – adik ipar aku merupakan pekerja kami. Setiap hari, lebih kurang 4 – 5 kali mak akan call aku dan minta aku bercerita pasal rumahtangga aku. Minta aku cerita pasal ipar duai, pasal suami bagi makan apa. Suami tu, suami ni.

Salah aku masa tu sebab terlalu mengikut semua. Sampaikan waktu aku bekerja pun, aku kena jawab call mak dan habiskan masa di tangga belakang office selama sejam untuk dengar apa sahaja mak cerita dan mak punya gossip pasal keluarga mertua.

Keluarga mertua asalnya dari kampung dan kami pulak kononnya dibesarkan di bandar. Jadi pada mak, orang kampung tu ini, orang kampung tu ini… semua tak kena di mata dia. Things get worst bila mak yang dulunya letak harapan tinggi untuk aku berjodohan dengan doctor, engineer, kenalan universiti aku.. tahu suami hanyalah lepasan PMR. suami tak ambil SPM atas beberapa faktor.

Macam – macam cerita yang keluar. aku dib0mohkan, mertua b0mohkan aku. aku kena minyak dagu etc. Dan suami dipressure dengan test yang bukan – bukan. Ayah kononnya nak pinjam duit suami, ada urgent. melibatkan amount yang banyak. Walhal ayah seorang yang berduit.

Bila aku tanya kenapa buat macam tu, mereka mula mempersoalkan hal aku kahwin tanpa hantaran. Mempersoalkan tentang majlis yang mereka tanggung sebelum ni. Aku tak tahu pihak mana yang aku kena dahuIukan.

Suami jadi m4kin membenci. Kemarahan dihamburkan kepada aku, segala kata h1naan dia telan tapi aku yang jadi m4ngsa. Anak – anak selamat lahir, mak bawak aku berubat. Katanya, selalunya selepas dua anak ni aku akan dapat ingatan aku semula, aku akan sedar dari ilmu hitam suami.

Aku dibawak berubat dengan kenalannya. Mandi limau lah, jampi serapah lah.. Macam – macam. Akhirnya, kami berpisah. Suami aku macam orang giIa masa aku mula – mula nak berpisah dengan dia. Melutut, merayu, sembah kaki mak ayah semua. Tapi.. Entah…

Aku masa tu lebih memilih untuk dengar cakap mak yang kononnya aku kena buatan orang, aku makan d4rah cik Ponti lah ape lah. Macam – macam cerita karut masa tu. Dan sekarang dah hampir 6 tahun kisah tu. Dan b0moh yang kononnya merawat aku tu pun s4kit teruk sekarang. Bomoh tu kenalan ibu.

Dan semalam, aku slowtalk dengan bekas suami untuk kami bersama balik.. Memandangkan dia pun belum bernikah baru (serik katanya) dan aku pun belum bernikah baru. Sejujurnya, aku sangat serik nak bernikah. Tapi bekas suami tak mahu, selagi ibu aku masih begitu. Dia serik dih1na orang kampung dan macam – macam.

Dua hari lepas, aku ziarah mertua aku.. Mak aku tetap mer0yan. Tak habis – habis dalam whatsapp status mengata aku macam – macam. Selama ni, bila ada kelapangan saja, aku akan balik ke kampung mertua dengan anak – anak untuk ziarah mereka senyap – senyap.

Tanpa pengetahuan ibu bapa aku. Tapi sekarang memandangkan anak dah besar, mereka yang beritahu ibu aku ke mana kami pergi. Kenapa ye? Kenapa beliau tak boleh terima yang aku melawat itu atas dasar silaturrahim, atas dasar seorang menantu bawak cucu untuk ziarah nenek. Kenapa perlu dikawal semuanya?

Untuk info, aku masih tinggal bersama ibu bapa aku selepas bercerai dengan bekas suami. Aku dah cuba beberapa kali untuk hidup sendiri tapi tak dibenarkan. Setiap kali aku ingin bernikah baru, juga dihalang. Atas alasan, suami baru akan habiskan duit aku, suami baru akan d3ra anak – anak aku, suami baru akan halang aku bagi duit pada mereka, suami baru itu suami baru ini.

Untuk info, ibu aku dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah. Di mana beliau dibesarkan oleh mak kandung dan bapa tiri yang mend3ra beliau. Dan rasa tr4uma tu sekarang sangat menyusahkan aku. Bila aku nak menyewa luar, dik4takan “lebih baik bagi duit tu pada dia daripada bayar dekat orang lain”.

Dan aku bukan menumpang percuma, lebih 1200 sebulan aku habiskan untuk rumah, bayar kepada ibu bapa. Aku tak tahulah. Aku ni anak derh4ka ke kalau lepas ni aku memilih untuk bersama bekas suami semula dan pilih untuk keluar dari rumah ibu bapa?

Adakah aku derh4ka bila aku memilih keperluan anak – anak aku yang sudah mulai mempersoalkan kenapa aku dan bekas suami bercerai, aku memilih untuk bersatu balik. Adakah aku ni kategori anak derh4ka? Dan kalau lepas ni aku nak limitkan apa sahaja yang ibu minta, aku nak spend untuk anak lebih, adakah aku derh4ka? Kenapa ye dia perlu kongkong aku macam ni?

Jarak aku ke office juga hampir sejam sehala.. Juga aku tak dibenarkan untuk berpindah berdekatan dengan office, aku tetap dilarang keluar, dilarang untuk memiliki kehidupan di rumah sendiri. Kena berhimpit dalam bilik sempit di rumah mak ayah bersama anak – anak meningkat remaja.

Bayangkan, anak – anak aku keduanya lelaki. Kami duduk 3 beranak dalam bilik sempit tu. Hanya kerana aku tak dibenarkan keluar dari situ. Aku lelah penat nak telan semua kata – kata, sampai sentiasa berfikir nak tarik nyawa sendiri setiap hari.

Setiap hari aku balik rumah, aku akan fikir aku nak b*nvh diri. Bebaskan diri aku dari semua ni.. Jauh dari semua kata – kata yang masuk ke telinga setiap hari. Aku dik4takan sebagai anak derh4ka jika keluar. Aku dik4takan sebagai anak yang tak mengenang budi jika keluar.

Waktu bercerai, mereka yang kutip kami anak beranak dan sekarang nak keluar tinggalkan mereka. Aku dik4takan sebagai anak yang taknak menyumbang kepada mak bapak jika keluar dari situ. Dik4takan sebagai anak yang lebih rela bagi duit dekat orang lain daripada duduk di situ dan tolong menyumbang kepada keluarga.

Aku dik4takan sebagai ibu yang gagal bilamana anak – anak aku nakal. Aku dik4takan sebagai anak yang gagal, perempuan yang gagal bila tak dapat nak belikan handbag baru, baju baru dekat mak. Sedangkan adik yang lain mampu beli bagi mak.

Nak handbag baru berapa banyak lagi????? Sekuat mana aku cuba pun, semua nak kata aku gagal. Baik aku m4ti saja. Sebanyak mana aku labur duit aku setiap hari pada mereka pun, tetap dik4takan anak yang gagal. Baik aku pergi saja kan? Lebih baik aku dan anak – anak tak perlu wujud di dunia ni.

Sambungan.. Hi. Aku pernah confess dekat sini dulu, artikel tajuk Dilema Seorang Anak. Harini aku rasa nak confess sebab aku dah tahap mental k0yak rabak dah ni. Aku rasa kejap lagi aku t3rjun bangunan ke, aku telan panadol ke, tak boleh blah dah mental aku.

Pada confession yang lepas, aku confess macam mana aku nak puaskan hati mak aku, yang rasanya tak boleh nak dipuaskan dah. Untuk confession ni, sekarang aku dah bergelar seorang isteri semula, setelah 7 tahun aku jadi single mom.

Aku dah cuba beberapa kali nak pindah keluar selepas aku bernikah. Tapi masih tak dibenarkan. Sampaikan mak aku whatsapp suami aku, cakap kami ni anak menantu yang kurang ajar, sebab nak pindah keluar dari rumah dia, nak bawak cucu – cucy dia (anak – anak aku) dan setelah lama dia jaga aku,

Suami aku dikira sebagai kurang ajar sebab nak bawak kami 3 beranak ni keluar. Allahu… kau nak apa sebenarnya? Kau d3ra mental aku sepanjang aku duduk dengan kau dan tak benarkan aku keluar. Sekarang, suami aku duduk di tempat lain dan aku masih lagi kena balik rumah mak aku.

Setiap kali aku balik di situ dan aku minta izin untuk balik ke rumah suami aku, mulalah macam – macam drama yang muncul. Untuk kes aku harini, aku rasa mcm nak meraung sekuat hati dah. Alkisahnya, selepas 2 minggu aku biarkan suami aku tidur sorang – sorang.

Aku pun minta izin dari mak aku untuk teman suami aku di rumah dia. Jarak dari rumah kami tak jauh pun, aku di kajang, dia di bangi. Dan aku pun pergi selepas aku dah masakkan untuk anak aku makan, dah siapkan tempat tidur semua.

Anak – anak aku dah besar, dah masuk remaja, dia masih lagi nak p4ksa aku tidur bersama – sama dengan anak aku dalam satu bilik, di atas satu katil, di rumah dia. Okaylah, aku pun minta izin dia untuk balik ke rumah suami aku, aku sampai rumah suami aku dalam jam 10 malam dan tiba – tiba anak bongsu aku call menangis bagitahu dia kena marah sebab tak susun buku dalam beg.

Walhal, sebelum tu aku dah tanya, dah kemas buku tak? Anak – anak aku keduanya bagitahu mereka akan kemas pagi esok, memang dah jadi rutin mereka. Out of sudden bila anak aku yang paling berdikari call dan menangis – nangis sekuat hati bagitahu dia tak susun buku lagi dan harapkan aku susun, aku dah sense something is not right lah.

Maknanya, ada orang pr0voke dia untuk dia p4ksa aku balik. Semata – mata nak kemas buku sekolah dia. Semata – mata ye. Aku dah tahu tu game siapa. Jadi, aku bagitahu anak – anak aku, tak pe, esok boleh susun. Then pagi ni, selalunya setiap 15hb bekas suami aku akan masukkan duit nafkah untuk anak – anak aku.

Jadi aku text la dia, aku cakap kalau dah masuk bagi tahu, sebab aku tak dapat notification apa – apa. Tiba – tiba dia cakap, tak pelah, dia masukkan dalam akaun mak aku. I was like, ehh, selama ni aku yang bayarkan semua benda dahuIukan pakai duit aku dulu dan of coz lah aku mengharapkan duit nafkah tu untuk bayar balik duit aku.

Dia berm4ti – m4tian tak nak masukkan dalam akaun aku dan dia cakap kalau tak boleh dalam akaun mak aku, dia akan bagi dalam akaun ayah aku. LagiIah menguatkan jangkaan aku yang mesti mak ayah aku ni ada communicate dengan dia dan bagi no akaun.

Take note ye pada confession lepas, mak aku jugak yang beriya bawak aku pi jumpa b0moh, nak ceraikan aku dengan suami aku 7 tahun lepas ye. Okay back to story. Then, tiba – tiba bekas suami aku cakap, ”U bukan jaga anak pun, malam – malam u keluar, tinggalkan anak”… see, statement ni dah cukup kuat dah untuk aku agak apa yang jadi.

Aku pun cakaplah, “Okaylah, since u nak bank in direct dekat so-called penjaga tu kan, I akan stop bayar semua benda start from today. Kalau dorang nak apa – apa, minta direct dari u lah ye. I tak kan dahuIukan sesen duit I”,

Dan mesej yang sama aku forward dekat mak aku, untuk dia alert yang sebarang advance payment lepas ni melibatkan cucu dia, bukan dari aku. Sebab selama ni, setiap kali aku gaji je, aku terus bayar duit upah dia jaga budak RM600, aku bayar duit unifi, aku pecahkan duit belanja sekolah jadi seringgit – seringgit, seminggu RM100 untuk dua anak, dan duit – duit lain.

Mak aku pulak, dia sesedap rasa bagi arahan suruh hantar anak – anak aku ke kelas itu dan ini dan dia yang sign up tapi semua bill aku yang kena jelaskan. Cuma untuk bulan ni, aku masih belum dapat bayar duit elektrik rumah tu dan duit kami 3 beranak sewa bilik.

Itu yang buat dia hangin sampai kecoh ke keluarga mertua aku. Yang dia nampak, aku ada gaji, yang dia tak nampak, komitmen aku yang tinggi. Aku dahla sambung belajar, mara tak keluar lagi, aku kena upfront semua duit aku dulu. Dan aku pun mestilah ada kereta, ada personal loan, credit card etc.

Semua benda aku kena bayar. Bila dia buat mcm ni, macam mana aku reimburse balik duit yang aku dah dahuIukan untuk anak – anak aku? Padahal selama ni bila 15hb je, aku bernyawa lah sikit, ada balik bayaran tu. Dan aku pun marah la dia.

Aku cakap tak sepatutnya dia masuk campur urusan nafkah kami anak beranak. Semua kau nak kaut, agak – agaklah. Ingat aku ni ape? Alasan dia, aku dah ada suami, boleh minta suami aku tolong. Come on lah, aku jenis berdikari sendiri, tak reti nak mintak laki aku bayar semua tu. Berpada – pada lah.

Seperti biasa… Dia text la segala keburukan aku dekat keluarga mertua aku. Dah la sebelum ni dia jugak yang bagi macam – macam voicenote dekat kakak ipar aku, burukkan anak dia sendiri. Cerita balik kisah zaman aku muda dulu.

Kisah 16 tahun dulu, kisah 10 tahun dulu, zaman sebelum aku bergelar isteri dulu – dulu dan zaman sebelum aku ada keluarga. Seh1na tu. H1na sangat anak dia yang sorang ni.. Sangat h1na di mata dia, yang membuatkan aku terfikir somehow aku ni anak dari hasil z1na sesiapa ke? Sampai seh1na ni mak aku buat aku.

Ni suami aku dah nak bawak aku keluar dari rumah tu, dia keep on tak bagi aku bawak anak – anak aku sekali. Keadaan takkan berubah selagi anak – anak aku ada di situ. Penatlah hidup dengan sumpahan ni, sumpah penat, anak – anak tu, hak aku, walaupun tu cucu kau… itu hak aku, tolonglah jangan siksa aku hanya kerana kau tak nak berpisah dengan cucu kau.

Kau banyak lagi cucu, pergiIah dekat yang lain…. Yelah, sebab kau jaga cucu lain tak dapat duit, jaga cucu yang ni dapat duit kan. Walaupun mulut kau nafikan, tapi kenapa perlu rebut nafkah budak – budak tu? Walaupun kau cakap duit tu untuk korang besarkan cucu – cucu, selama ni aku bagi tak pernah putus.

Sampai terlebih – lebih siap duit pi bercuti lagi, apa lagi yang tak cukup? Selagi aku tak m4ti, tak dapat hibah, macam tu ke? Aku dah m4ti, dah dapat hibah, baru cukup ke duit? – Mental Rosak (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.