Mak hari2 menangis lepas ayah meninggaI sampai along terp4ksa berhenti belajar masa sem ke-5

Along minta kerja kerajaan, tapi oleh sebab fizikaI along tak sempurna macam insan lain dia awal – awal kena reject. Semuanya sebab aku, Along cac4t sampai sekarang. Sampai ke hari ni, benda ni membuatkan aku rasa bersalah sangat dengan Along. Kepada korang yang sudi baca cerita aku ni, doakan Along aku ya.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Mardiah, anak kedua dari 7 orang adik beradik. Aku rasa nak menulis pasal lelaki itu, iaitu orang yang dah banyak berk0rban untuk hidup aku. Tapi dia bukan BF, bukan ayah, bukan datuk aku. Dia ialah abang aku yang aku panggil Along. Tahun depan umur Along dah masuk 28 tahun dan aku 25 tahun.

Apa yang aku nak cerita dah lama terpendam di sanubari aku. Aku datang dari family yang sederhana, ayah aku seorang kontraktor. Mak aku pula hanya seorang suri rumah. Masa aku umur 17 tahun ayah aku pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan langsung tak bersedia. Masa tu adik – adik aku semua masih kecik. Aku pulak nak SPM. Ada adik aku yang nak ambik PMR, UPSR jugak masa tu. Along sedang sambung belajar. peringkat diploma di kolej kemahiran .

Selepas arw4h ayah aku pergi, mak aku seolah – olah hilang sebeIah tangan. Mak aku tak kuat. Hari – hari mak menangis. Masa hari kem4tian arw4h ayah, along tak sempat tatap jenaz4h arw4h ayah buat kali terakhir. Sebabnya dia sampai orang dah siap solatkan jenaz4h. Bayangkan perjalanan dari utara ke selatan. Jauh beribu batu. Dari ri4k muka along aku tahu dia sangat – sangat sedih. Baru bulan lepas kami satu family ke utara melawat along.

Melihat keadaan mak aku yang begitu berem0si, terlalu banyak benda nak diuruskan di rumah ni, harta peninggaIan, bisness arw4h ayah lagi dan adik – adik yang ramai untuk diuruskan along mengambil keputvsan untuk berhenti belajar. Ketika itu dia dah di semester keempat pengajian. Tanpa fikir panjang emak mengiyakan sahaja keputvsan along.

Beberapa bulan selepas itu berlaku konfIik antara pak cik aku dan along dalam urusan perniagaan arw4h ayah, akhirnya along beralah dan dia biarkan pak cik uruskan. Pak cik berjanji yang dia akan bayar setiap bulan pada family aku. Tapi sampai ke sudah janji tinggal janji. Sebab tu aku memang tak boleh tengok muka pak cik aku, aku jadi benci sangat – sangat.

Maka bermulalah kisah along duduk di kampung, bermacam kerja dia lakukan demi kami sekeluarga Along sangat berjimat cermat menggunakan duit gaji dia, tidak suka lepak malahan makan di luar pun boleh kira berapa kali je dia makan. Selepas result SPM aku keluar, aku ditawarkan ke matrikulasi. Yang kira – kira 3 jam perjalanan dari rumah aku. Along la orang paling gembira selepas mak aku. Ingat lagi masa tu, macam mana along drive jauh – jauh semata – mata nak hantar aku.

Masa ni dia baru dapat lesen. Tiba – tiba aku rasa sedih sangat, sepanjang perjalanan tu aku menangis senyap – senyap, boleh bayangkan orang baru dapat lesen macam mana drive? Aku bertekad untuk belajar bersungguh – sungguh dekat matrik ni sebab aku nak baIas jasa along aku. Aku nak masuk universiti dan dapatkan biasiswa. Alhamdulillah berkat usaha dan doa mak, aku berjaya dapat 4.0 flat untuk dua-dua semester. Dan aku pun berjaya melangkah ke univeristi yang aku idam – idamkan serta kos yang memang aku minat dan juga aku dapat tajaan JPA.

Kisah kedua semasa hari pendaftaran masuk universiti hanya along, aku dan adik aku je pergi. Kami pergi dengan menaiki bas. Along tak yakin nak drive jauh – jauh, lebih kurang 8 jam perjalanan. Masa sampai dekat dewan tempat daftar tu, hanya aku je yang bawak masuk beg baju dalam dewan. Along sempat kata “angah tak malukan, kita bawak masuk beg – beg ni?” nak menitis air mata aku masa tu tapi aku tahan.

Semester satu berjalan dengan lancar, sampailah ke semester 5. Ketika aku sedang bersukan di padang, tetiba aku pengsan. Dan felo kediaman bawak aku ke hospitaI terdekat. Masa tu DR ada buat ECG, Xtray, Ct scan dan bIood test. DR sah kan ada sesuatu yang tak normal pada badan aku. Jadi aku kena warded untuk tunggu bIood test result. Masa ni aku whatsapp along je bagitahu aku demam kena warded aku menipu masa ni dengan dia. Dan ini ayat dia “along mintak maaf, along tak dapat ada dengan angah waktu angah s4kit”.

Esoknya aku boleh discharged tapi kena follow up dengan doktor setiap sebulan sekali. Aku pun meneruskan pengajian macam biasa, dan aku perasan badan aku selalu cepat letih. Tangan kaki selalu shaking. Disebabkan kos aku ni tersangat la busy banyak je aku tak pergi appointment. Tengah tunggu bas nak balik hostel aku dapat whatsapp dari along. Katanya dia dah dapat kerja. Tapi kontrak. Alhamdulillah kerja pun dekat je dengan rumah aku. Kadang – kadang along ada jugak hantar gambar dia bekerja, kerja menggunakan kudrat tenaga bukannya kerja dalam ofis.

Kadang – kadang berdepan dengan risik0, kadang – kadang kena masuk terowong besar, kena wiring tempat – tempat yang tinggi. Tapi bagi along ni peluang dia. Sebenarnya, lepas habis belajar tu along banyak buat kerja part time. Antaranya jadi cashier dengan gaji RM80 sehari, duit ni la dia simpan hari – hari. Dia jugak ada masuk kolej kemahiran yang dekat rumah aku ni. Sampailah dia mampu hasilkan grill, pintu pagar rumah kami, sendiri. Dan ada juga mendapat tempahan dari jiran – jiran.

Dalam keluarga, aku dijadikan contoh buat adik – adik aku, sebab aku mampu belajar sampai ke peringkat ijazah. Hari berganti hari akhirnya aku berjaya tamat belajar. Dan pada masa ni jugak along beberapa kali tukar kerja. Banyak jugak kerja dengan kerajaan dipohon namun direject. Antaranya bomba, polis bantuan, kerja sebagai pemandu van hospitaI pun pernah sebabnya fizikal along tak sempurna macam insan lain dia awal – awal kena reject.

Masa aku darjah 3, along ketika tu darjah 6. Kami ke sekolah berbasikal sorang satu. Suatu hari aku mintak along bawakkan bekas makanan aku. Nasib kurang baik, bekas tersebut masuk ke dalam roda basikal. Dan along mengaIami keced3raan sebab basikal hilang kawalan dan dia jatuh. Tempurung siku tangan kanannya pecah di tengah. Menyebabkan kecac4tan kekal sampai sekarang. Sebab tu bila ada jawatan yang memerlukan ujian fizikal along dah tak mohon dah. Sampai ke hari ni benda ni membuatkan aku rasa bersalah sangat dengan along. Sedih sangat rasa.

Hari graduasi aku pun tiba, sekali lagi kami pergi dengan menaiki bas. Tapi kali ni hanya aku dan emak sahaja. Along tak dapat cuti, masa ni dia sedang bekerja di Labuan kontrak selama tiga bulan. Selepas aku tamat belajar kira – kira akhir bulan Julai, aku terus hantar resume ke semua company. Aku harap sangat dapat kerja dalam masa terdekat. Tapi rezeki aku masih belum sampai.

Aku masih lagi tak putvs asa, aku buat bisness online. Jadi dropship jual tudung, beg ,skincare. Alhamdulillah maju bisness aku. Walaupun baru mula. Dalam masa aku penat berbisnes tu, aku mula perasan bila aku menaip pada keypad hp selalu je tak “tertekan”. Dan hp pun selalu terjatuh bila aku pegang. Masa ni berat badan aku pun menurun. Tapi aku abaikan sebab aku rasa benda tu normal. Masa belajar dulu pun aku tak selalu makan. Berbalik pada history peny4kit aku tu, aku beranikan diri untuk ke hospitaI semula buat appointment baru. Maka bermula lah perjalanan aku dan s4kit yang aku hadapi.

Doktor sahkan aku ada hyperthyr0id. Sebab mak aku, mak cik aku pun ada jugak s4kit ni. Dia macam keturunan. Dan aku ada perasan ada benjoIan tepi leher aku. Keadaan aku m4kin lesu, aku perlu ke hospitaI hampir setiap dua minggu dan bisness pun kena slow down. Dan untuk pengetahuan aku ni tak reti drive manual, semua kereta pulak manual kat rumah ni. Jadi untuk jumpa pakar along la yang akan bawak aku ke hospitaI. Dan sebab asyik ulang alik ke hospitaI, habis cuti tahunan along gunakan untuk aku.

Hampir berbulan ke hospitaI, akhirnya aku terp4ksa dibedah untuk buang kelenjar thyr0id yang sem4kin membesar. Dan kos rawatan 2/3 adalah dari duit simpanan along berikan untuk aku. Hari berganti hari, keadaan aku bertambah baik. Masa ni aku dah start cari kerja balik ikut kelulusan aku. Akhirnya aku dipanggil iv di sebuah company di negeri aku jugak. Memang betul – betul rezeki ni. Bisik hati aku. Masa iv tu, interviewer tanya aku “boleh drive kan?,sebab kerja ni awak kena banyak travel”.

Tanpa fikir panjang aku terus anggukkan je, sebab aku memang nak sangat kerja tu. Balik tu aku bertekad nak belajar kereta. Tapi aku hanya ada sebulan je nak masuk kerja. Dan aku memang totaIIy Iost dah nak bawak manual. Jadi mak cik aku ajar aku drive balik tapi guna auto bukan manual. Terkial – kial aku bawak. Sambil tu mak cik aku sempat rakam moment aku belajar memandu tu, dalam video tersebut aku sempat la bergurau sambil mention nama along aku “along, tengok ni dah boleh drive! Nak kereta auto satu”, tapi masa tu aku melawak je.

Dan mak cik aku pun sent video tu dekat along aku. Dia memang macam tak percaya aku boleh drive lepas bertahun tak bawak kereta. Aku pun selalu berdoa semoga Allah bagi jalan untuk aku macam mana aku nak belajar drive dan ada kereta sendiri sebab tuntutan kerja aku nanti. Dua minggu lepas tu, along bagitahu. Dia nak jual kereta dia sebabnya nak beli kereta lain yang auto. Tapi nanti kereta tu dia bagi aku guna untuk kerja.

Aku tanya,”habis tu along nak naik apa?” “Along naik moto je. Lagipun dekat je tempat kerja ni. Sekali – sekali kerja jauh Along pinjam la kereta Man tu.” Merujuk pada kereta arw4h ayah aku. Man tu adik lelaki no-3 aku.

Ya Allah, besarnya peng0rbanan along. Aku tak mampu nak baIas dengan apa – apa. M4kin hari m4kin terharu dengan Along. Terlalu banyak peng0rbanan dia untuk kami satu family. Walau along tak ade kelulusan macam orang lain, hanya setakat SPM je, tapi dia rajin bekerja. Pandai berjimat cermat. Pernah masa tu nak raya, depan kami adik beradik Along bagi mak RM3000 katanya buat belanja raya. Beli adik – adik baju, beli kuih raya sikit – sikit. Dia kumpul sampai banyak tu. Kami tak kaya tapi kami bahagia.

Setiap kali aku solat, aku tak pernah lupa nak selitkan nama Along aku. Aku selalu doakan Along dapat pekerjaan tetap, Along dapat jod0h yang solehah. Kepada along yang tersangat aku sayang, semoga Allah baIas jasa – jasa Along buat untuk kami. Kepada korang yang sudi baca cerita aku ni, doakan Along aku ya. Amin – Mardiah

Komen Warganet :

Amatullah Juwairiah : Sedih sangat baca. Semoga bahagia milik korang. Untung awak nampak peng0rbanan along tu. Baca confession ni teringat satu kisah yang mana ayah dia hanya pemandi lori terp4ksa berhenti belajar sebab yang sama macam along awak. Tapi maIangnya tak ade siapa pon adik beradik yang tahu menghargai peng0rbanan ayah dia. Semua berIagak sebab berpelajaran dan ayah dia tu hanyalah pemandu lori. Awak sebagai angah selalu ingat, dan kena nasihatkan adik – adik lain tentang peng0rbanan along awak. Semoga along bahagia dalam redho ilahi dan mak.

Noorlaili Sahalan : Air mata tak berhenti mengalir sepanjang baca cerita awak. Along awak hebat! Awak juga hebat! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik dan diIimpahi rezeki yang meIimpah ruah. Semoga terus bahagia dan membahagiakan..

Kasih Ibu : Dalam ghairah membaca, menitis airmata, bahagia dan sebak. Bahagia sebab berkongsi rase seronok confessor dapat abang yang suci murni hatinya pada keluarga. Namun sebak sebab banyak Iiku pahit getir yang confessor terp4ksa t3mpuhi. Apa pun semua itu menjadikan seseorang itu lebih dewasa, lebih mat4ng, dan lebih redha dengan ketentuan ALLAH. Janji ALLAH tak pernah mungkir, setiap kepahitan di permulaan, pasti ada kemanisan menanti di penghujung.. ALLAH tak pernah zaIim, saya doakan seluruh keluarga confessor hidup dalam keberkatan dunia dan akhir4t. Untuk along, semoga keikhlasannya diberikan pahala yang setimpaI dari ALLAH SWT.. Aaamiin.

Norhayati Lakipou : MashaAllah, hebatnya along adik Mardiah ni. Semoga Allah membaIas jasa – jasa Along adik mardiah dengan sebaik – baik baIasan dunia dan akhir4t. Untung adik sekeluarga ada abang macam ni. Hargai jasa dan peng0rbanan Along adik mardiah. Lepas ni, adik bolehlah tolong Along pula. Semoga keluarga adik di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Untuk adik Mardiah pula, semoga sihat selalu ya.

Zack Addy : Oleh yang demikian adik kena fikirkan keluarga yang utama, jangan terasa nak bercinta atau berkahwin sebab bila adik dah berkahwin tanggungjawab jatuh kat suami. Kalau suami bertanggungjwb atas adik dan family adik takpelah tapi sekarang ramai lelaki jadi biawak hidup. Menyusahkan si isteri kemudian akan menambahkan lagi beban.