Mak kaya, ada dua kedai runcit, emas penuh kiri kanan. Mak nampak aku jadi cashier dekat pasaraya, dia buat tak kenal. Bila mak bankrap, dia datang nak duduk dengan aku

Mak dah bankrap, bapak tiri bawa lari semua duit mak dan kahwin lain. Mak pelawa untuk jaga anak aku tapi minta upah sikit katanya. Dia nak bulanan RM400, kemudian aku naikkan jadi RM700. Aku belikan mak emas. Sehinggalah kantoi semua duit dia, dan barang kemas yang aku bagi habis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua, maaf terp4ksa meluah, sebab dah tak tertahan sangat sangat dan tak ada orang untuk tempat meluah perasaan. Intro,Mak aku janda anak empat, kemudian berkahwin dengan ayah aku, hasil perkahwinan mak dan ayah dapatlah aku.

Aku pulak, anak tunggal. Kira aku ada empat orang adik beradik sebapa lain ibu. Aku memang dah lama berselisih faham dengan mak, dari dulu lagi. Mak dengan arw4h ayah bercerai masa aku umur lapan tahun, mak kahwin lain tapi tak ada anak dan ayah tak berkahwin sampai menemui ajaInya masa aku berumur lapan belas tahun.

Pendek cerita selama mak dan ayah bercerai, aku dengan mak kadang – kadang saja berjumpa, jumpa pun kalau masa beraya. Itu pun kalau ayah izinkan ke rumah mak. Terhenti jumpa mak bila aku dah naik tingkatan lima, sebab abang – abang semua cakap aku jumpa mak cuma minta duit saja, menyusahkan katanya.

Tapi memang betul pun, aku memang minta duit sebab nampak mak memang mampu, dah buka dua kedai runcit, emas kiri kanan, jadi apa salahnya kalau aku minta dia taja tuisyen aku untuk SPM. Tapi sebab dia kata aku menyusahkan, maka aku berhenti berjumpa dengan mak.

Tahun 2015 ayah meninggaI tepat aku habis SPM. Selepas itu aku putuskan untuk hidup sendiri, aku kerja dan berdikari tanpa bantuan mak. Makcik pakcik belah ayah? Tak ada sebab ayah pun anak tunggal. Jadi aku tak kenal yang lain lain.

Pernah berjumpa dengan mak di pasar raya masa aku kerja cashier, tapi mak buat buat tak kenal. Menangis dalam hati. Allah saja tahu macam mana perasaan aku masa tu. Umur dua puluh, aku putuskan untuk bernikah dengan lelaki pilihan aku, kenal di kilang, suka sama suka.

Jadi ketika nak nikah tu, aku cuba cari mak untuk beritahu aku nak nikah. Mak hadir di pernikahan aku. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Siapa bantu uruskan majlis? Jiran. Ya, jiran yang bantu. Umur dua puluh dua, aku bersalin anak pertama, mak pelawa untuk jaga anak aku tapi minta upah sikit katanya.

Dia nak bulanan RM400. Aku syukur mak dapat duduk dengan aku sebab dah lama tak rasa kasih sayang mak. Oh ya, masa ini mak dah bankrap, bapak tiri bawa lari semua duit mak dan kahwin lain. Kesian tengok keadaan mak, tak sama macam yang aku jumpa terakhir kali.

Lama kelamaan duduk dengan mak, aku dah rasa macam tak serasi. Ada saja nak g4duh. Bermula dari aku masak, ada saja yang tak kena. Katanya aku b0doh, tak pandai masak. Jadi sebab dia kata aku b0doh, aku join PJJ memasak. Aku belajar masak. Itu pun dia masih cakap aku masak tak sedap.

Padahal dia lagi haru. Kalau siang ikan, insang saja dibuang, perut ikan tak buang. Kuku ayam tak pernah p0tong. Kalau cili, bawang, serai semua memang tak pernah basuh, p0tong – p0tong terus masuk dalam kuali. Penat tegur, lama – lama membawa perg4duhan.

Lepas itu aku geram dengan sikap mak asyik lebihkan abang aku saja. Tiap bulan duit upah yang aku bagi dekat mak bulat – bulat dia kirim dekat abang. Awal – awal bagi RM400 sebulan, lepas setahun aku bagi RM700 sebulan, semua dia kirim untuk abang. Tak tinggal langsung duit untuk diri dia sendiri.

Emas yang aku bagi untuk mak, sekarang pun dah tak nampak. Rupanya kantoi mak dah jual untuk bagi dekat abang. Setiap tahun mak kena bayar duit sewa rumah dekat kampung sebanyak RM4k, tuan rumah memang minta terus lumpsum duit sewa setahun.

Jadi tiap tahun mak asyik minta aku topup duit sewa rumah kampung saja. Dua tahun lepas aku dapat topup RM2k saja. Gaji aku pun tak banyak, masa tu baru gaji RM1.8k. Macam mana nak bantu sampai RM4k? Padahal tiap – tiap bulan mak kirim duit dekat dia.

Kemudian hari tu masa musim KWSP, abang call minta topup RM1k untuk bayar sewa rumah. Aku cubalah tanya mak soalan cepumas, “Habis tu mak, tahun lepas macam mana abang bayar duit sewa rumah dekat sana?” , “Kakak kau lah kongsi dengan abang untuk kumpul RM4k tu.”

Amboi, padahal masa tu aku pun donate juga untuk duit sewa rumah diorang. Langsung tak ingat jasa aku. Aku geram sangat masa ini. Sebab tahun lepas tu kan ada pengeluaran KWSP juga yang keluar RM5k tu. Masa tu anak aku sawan, kena buat MRI dengan segera, terp4ksa buat MRI dekat swasta.

Nasib baik ada duit RM5k tu boleh topup untuk buat MRI. Hasilnya kerana sawan itu, anak aku jadi OKU terlantar. Diorang mana? Ada bantu tak kewangan aku ketika aku susah? Hurmm. Sejak anak aku jadi OKU terlantar, aku berhenti kerja.

Mak pula kerja cleaner sekarang. Alasan dia nak kerja sebab nak kumpul deposit rumah, penat asyik sewa saja katanya. Aku pun bagi lah dia kerja walau hati geram jugak. Rasa nak suruh saja mak balik kampung, kesian pula dah tua – tua kena kerja.

Tiap – tiap bulan mak kirim kampung RM1k, dari tahun lepas ini dia kirim. Aku kira – kira ada lah RM10k jugak tersimpan. Lepas itu kan, korang tahu duitnya abang aku buat apa? Buat deposit kereta wehhh. Hahahahahahaha. Mak marah? Tak, mak support saja.

Mak ok buat deposit kereta sebab abang kata panas buat Grab Food naik motor, kalau ada kereta selesa sikit. Kelakar. Ok dah, sambung balik kisah KWSP tu. Sebab duitnya dah dibuat deposit kereta, rumah sendiri pun tak ada, jadi kenalah menyewa lagi.

Tapi aku malas nak layan, sebab KWSP aku RM4k saja pun. Aku nak simpan untuk duit kecemasan, lagi lagi anak dah s4kit macam ini. Risau tak ada simpanan. Tapi mak punya dengki, Allah. Selama bertahun aku tak beli bra, baru tadi aku beli bra. Enam helai, tiga untuk mak, tiga untuk aku. Dia sound, “Banyaknya duit, bagi lah sikit.” Aku diam saja.

Tadi dia tegur lagi. “Tak ada ke duit kau sikit nak kirim kampung? Kesian abang dengan kakak kau, kena halau pula nanti.”“Nak bayar duit roadtax kereta mak,” jawab aku. Sebenarnya aku memang dah niat nak buatkan mak gigi palsu, tapi mak cakap, “Daripada duitnya buat gigi, baik bagi mak saja.” Hurmm memang tak lah, nanti kirim kampung lagi.

Lagi, per4ngai mak yang tak suka jumpa mertua aku. Malu kadang – kadang, mak mertua aku datang rumah aku, dia sanggup buat – buat tidur. Sekarang tak tahu lah nak buat macam mana. Per4ngai mak aku ini lain, dengan sifat dengki dia tu dekat aku, tak boleh nampak aku beli barang mewah sikit, terus sound. Entahlah, selagi boleh sabar, aku sabar saja sebab dia lah syurga yang aku ada sekarang. Terima kasih baca luahan aku yang panjang ini.Assalamualaikum.

Komen Netizen:

Sharifa Zakaria : Sis, awak tu dah lah ada banyak masalah. Lagi simpan masalah buat apa? Baik hantar mak tu ke kampung. Tolong jangan simpan semua beban dekat bahu sis. Lepaskan saja. Kadang – kadang kena keraskan hati juga.

Kegembiraan tak akan datang bergolek dengan sendiri. Kita yang kena cari kegembiraan tu. Buat mana yang boleh saja. Selebihnya sis simpan untuk anak. Itu yang lagi penting. Sebab kalau apa – apa kec3masan terjadi dekat anak, siapa yang akan datang tolong sis? Tak ada siapa kan?

Duit simpanan sis tu juga yang akan membantu. Aku ni kesian dekat sis. Tapi pada masa yang sama, rasa geram pun ya. Tolong jangan jadi baik sangat. Orang tak akan nampak semua tu pun. Dan kita tak boleh nak gembirakan hati semua orang. Semoga dipermudahkan segala urusan sis. Ameen.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :