Mak meninggaI sebab eksiden lepas hantar aku sekolah. Sejak tu sikap keluarga dekat aku berubah jadi benci

Abang aku jutawan, dan aku jadi kuIi dekat kilang dia. Dengan pekerja lain abang aku boleh cakap elok – elok, tapi dengan aku, dia m4ki 3. Satu hari ada pekerja Bangladesh tanya, kenapa bos selalu marah m4ki aku, pekerja – pekerja lain tak pernah kena macam aku. Aku tanya abang, salah aku ke mak meninggaI??

#Foto sekadar hiasan. Salam, dah lama nak luah tapi takut disalah erti tapi sekarang dah tak kesah sebab maybe masa pun dah tak banyak. Aku seorang adik daripada 7 adik beradik, semua adik bradik dah kahwin termasuk adik aku, semua dah ada keluarga cuma aku yang belum maybe sebab aku yang paling teruk dalam keluarga.

Dulu keluarga aku happy, tapi lepas mak meninggaI eksiden lepas hantar aku sekolah rendah hidup aku berubah, abang yang dulu tak mungkin marah atau tinggi suara dekat aku terus berubah lepas mak takda. Adik beradik lain jarang ada rumah sebab kerja dan belajar, ayah seorang berfikiran tertutup dan kedekut.

Nak beli kasut sekolah pun susah dapat walaupun ayah ada kebun, lembu berpuluh – puluh ekor, pencen lagi tapi duit sekolah suruh mintak dengan abang yang tak nak bercakap atau tengok muka aku. Dari form 1 masuk asrama setiap kali nak masuk asrama selalu kena buat kerja buruh untuk dapatkan RM20 untuk 2 minggu.

Dengan duit ni gak ayah aku harapkan aku balik sendiri naik bas ke rumah nanti bila dah cuti. Dari kecil aku selalu dapat perhatian keluarga tapi bila mak takda semua dah lain, terutama abang aku. Pernah tanya abang salah aku ke mak meninggaI tapi dia tak pernah jawab.

Dari kecil aku selalu rasa ni semua salah aku dan aku ni tak penting dan rasa sunyi yang menebal, sampai aku kurang bercakap dan kurang kawan. Bila masuk asrama aku sanggup menipu untuk berkawan tapi tiada hubungan bertahan atas penipuan.

Bukan di sekolah sahaja sunyi tapi balik rumah pun sama sunyi, rumah selalu kosong. Walaupun abang aku tak pernah baik dengan aku, aku tetap tolong bisnes dia, aku pekerja pertama yang dia ada, kami buat berdua semua benda walaupun dim4ki dimarah aku layan je.

Sekarang dia dah berjaya dan ada berpuluh pekerja dan abang aku selalu berjalan sana sini dengan keluarga dia sampai ke china, indonesi, krabi tapi aku setia di kampung jaga rumah diorang. Ada sekali KBS offer free trip ke pulau kapas, dan kebetulan sebelum tarikh aku masuk UIA.

Aku minta cuti 2 hari sebab teringin nak pergi pulau, pertama kali aku nak merasa naik bot dan ke pulau walaupun kami tinggal di Terengganu. Aku tak mintak duit cuma minta cuti 2 hari sebelum aku masuk belajar dan abang aku cakap kalau aku pergi dia tak kan support aku belajar, tapi jiwa muda aku member0ntak dan pergi jugak.

Sampai masa masuk belajar abang aku cakap ni kali pertama dan terakhir dia bagi duit RM400 untuk aku belajar di UIA. Sejak pada tu aku berg4ntung kepada adik beradik lain serta ptptn aku untuk terus belajar. Tapi sampai satu saat aku jadi segan nak mintak duit dengan adik beradik sebab dah sampai berg4duh.

Aku kerja sampai aku berhenti belajar sebab waktu tu aku nampak duit lagi penting dari belajar and another reason aku datang UIA adalah untuk lari daripada abang aku. Sekarang, abang aku dah jutawan dan adik beradik lain pun dah m4kin happy dengan keluarga masing – masing.

Ayah pun abang dan adik beradik lain support semua, jadi suara aku orang yang paling tak berguna tak pernah dihiraukan. Bangla dekat kilang abang pernah tanya aku, kenapa bos selalu marah m4ki aku, pekerja – pekerja dia tak pernah kena macam aku termasuk pekerja bangla kat situ.

Semua abang aku cakap elok – elok termasuk abang aku yang lain pernah buat part time kat situ, sampai pekerja bangla kat situ pun rasa marah dekat abang aku sebab aku yang jaga keperluan diorang kat situ. Aku pun tak tahu nak jawab apa dan senyum je.

Aku bawa diri ke kl almost 5 tahun tak nak contact adik beradik, nak usaha nak tunjuk aku pun boleh berjaya tanpa diorang, tapi tak menjadi sejak pkp syarik4t tempat aku kerja tutup aku cuba buat macam – macam tapi sekarang dah masuk 3 bulan ansuran kereta tertunggal, bil – bil lain, dulu waktu ade kerja tetap aku suka bagi pinjam duit dekat kawan – kawan.

Tapi bila sampai time aku susah aku jadi segan, aku takut kawan – kawan aku lari tinggalkan aku, bagi aku yang dibuang keluarga cuma ada kawan – kawan sebagai keluarga. Kakak aku mungkin baca ni sebab dia pun buat master kat UIA dulu.

Maaf, aku tak dapat nak buktikan apa yang aku cakap sebelum ni. Jujur aku cakap aku sunyi, aku tahu dalam family aku yang paling banyak hal, tapi aku harap semua dapat maafkan aku. Aku tak nampak jalan keluar dan aku tiada tempat untuk pulang.

Abang, abang nak tahu tak abang idola aku, walaupun dengan SPM abang mampu berjaya, walaupun dulu semua orang cakap macam – macam abang tetap teruskan impian abang sampai tercapai. Aku tak pernah berd3ndam cuma sedikit kecewa tak sekali abang ungkapkan perkataan maaf kepada aku.

Maaf tu cukup sekadar aku merasa aku ni penting untuk abang tu je. Kepada pembaca maaf tulisan yang tak tersusun, cuma ingin meluahkan sebelum aku pulang kepadaNya. – Jebat (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kamalya Desu : Berdamai dengan takdir. Berkawan dengan orang baik – baik. Pilih! Ingat introvert tak boleh buat kawan ke? Kalau kawan tinggalkan kau, Allah ada. Istighfar istighfar istighfar. Solatlah, sujud kau mengadu menangislah puas – puas.

Even tak nampak sinar pun sujud dan nangislah sampai tertidur. Jangan banding – banding diri dengan adik beradik. Orang pertama kau kena impress is diri sendiri. Jumpa kaunselor untuk bangun balik. Cari cara, jangan mengalah. Cari Allah. Tak jumpa pun, cari!

Jue Ahmad : Assalamualaikum tt. Laluan hidup setiap kita ni berbeza. Itulah yg membuatkan kita unik. Tt jangan lah berputvs asa dalam kehidupan sebab aunty percaya, akan ada sinar bahagia untuk tt juga. Aamiin.

Berdasarkan penceritaan tt, aunty pasti tt sebenarnya seorang yang bijak, penyabar, baik hati dan banyak kualiti yang baik – baik. Namun, atas desakan hidup dan sebab masalah – masalah yang dilalui sejak kecil hingga kini, membuatkan tt hilang motivasi dan kedengaran macam berputvs asa untuk mengharungi kehidupan yang penuh cab4ran sejak sekian lama.

Setiap kita diuji dengan ujian yang berbeza. Percayalah. Sebenarnya, ramai yang terkesan apabila pandemik melanda dunia. Hilang pekerjaan, hilang insan tersayang, masalah kesihatan dan sebagainya. Aunty harap, tt bangkit semula dan teruskan berusaha, berdoa, minta bantuan Allah sungguh – sungguh dan bertawakkal pada Allah.

Insha Allah tt akan berjaya. Ramai pembaca mendoakan yang baik – baik untuk tt. Aunty yakin Allah akan bantu tt juga. Aunty doakan moga Allah permudahkan urusan, memberi ilham kepada tt untuk mendapat pekerjaan dan meneruskan kehidupan menuju kebahagiaan di dunia dan akhir4t, dimakbulkan segala doa, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Aamiin. Take care n stay safe ya.

Hana Lily : Hai Jebat, namamu sungguh seorang pendekar yang hebat! Jangan beralah dulu Jebat, awak dah bertahan seawal usia muda hingga ke saat ni pun sudah cukup membuktikan betapa tabah dan hebatnya awak.

Mengadulah dan mintalah sesungguhnya, hanya padaNya. Kami di sini doakan yang terbaik untuk Jebat. Andai ibu masih ada, pasti beliau pun sama nak yang terbaik untuk Jebat. syafakillah.. fii hifzillah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.