Mak mentua per0kok tegar, sehari 2 kotak. Bila anak2 tak belikan, dia meng4muk, ungkit susah besarkan anak2

Selalunya kami bagi RM200 seminggu. Tapi hari tu jualan tak banyak, jadi suami bagi RM100 saja minggu tu. Terus mak aku marah. Dia kata kalau bagi rm100 baik tak payah bagi. Nak beli r0kok tak lepas, RM100 mana cukup.

#Foto sekadar hiasan. Hai Assalamualaikum, aku Mawar. Terima kasih admin siarkan confession ni. Aku baru berkahwin 4 tahun dan alhamdulillah aku dan suami dikurniakan anak lelaki akhir tahun lepas. Kehidupan keluarga kecil kami sangat bahagia.

Berbalik kepada tajuk, aku mempunyai ibu mertua yang berumur lebih kurang 68 tahun. Aku gelarkan dia sebagai mak. Kami duduk berasingan dengan mak. Tapi jarak rumah kami dekat. Dalam 1.5 km saja camtu. Rumah yang kami duduk sekarang ni sebenarnya rumah mak, mak dapat rumah percuma sebab rumah lama kena banjir tahun 2014 lepas.

Kiranya mak bagi suami aku duduk rumah ni sejak suami bujang lagi. Mak pulak duduk rumah asal yang terkena banjir tu dengan adik – adik ipar 3 orang. Diorang semua belum kahwin. Okey berbalik pada cerita yang aku nak kongsikan, mak aku ni seorang yang tak solat.

Kalau dengar cerita dari suami aku, mak ni pernah saja solat dulu. Tapi bila mak berkahwin baru selepas arw4h abah meninggaI (abah suami meninggaI masa suami umur 3 tahun), mak terus tak solat. Dah tentu suami baru mak pun tak solat jugak.

Kadang – kadang saja solat waktu bulan Ramadhan. Aku nampak hidup mak aku ni tak senang. Miskin la senang cerita. Bila orang tak menjaga solat ni, banyak sangat perkataan kesat yang keluar dari mulut dia. B4bi anjing anak h4ram dah macam zikir kat mulut dia.

Ini yang memang berlaku depan aku, suami ada anak buah perempuan umur 4 tahun kami panggil baby kat budak tu, aku panggil la baby banyak kali sebab nak bermain dengan budak tu, lepas tu mak cakap apa baby – baby, ni b4bi.

Allahu, tergamam aku dengar mak cakap kat anak buah yang baru umur 3 tahun tu macam tu. Mak cakap mak takpe panggil apa pun, sebab bukan budak tu ambil hati pun dengan mak. Aku macam hah??? Mak ni dia macam queen dekat rumah.

Anak – anak semua kena dengar cakap dia. Kalau anak – anak tak ikut cakap dia, segala perkataan kesat dia keluarkan. Suami pernah bagitahu dulu – dulu mak cakap tak halalkan susu badan yang dia bagi kat suami waktu suami kecil.

Marah sebab benda kecil saja, suami tak belikan r0kok untuk dia. Oh ye, mak mentua aku seorang per0kok tegar. Hisap r0kok dunhiII lagi pulak tu. Sehari boleh habiskan dua kotak r0kok. Kalau r0kok dia habis, dia akan meng4muk dekat anak – anak dia supaya belikan r0kok untuk dia.

Waktu meng4muk ni la terkeluar anak tak kenang budi, penat – penat aku beranak anak 10 orang tapi satu pun tak boleh nak baIas jasa aku. Segala macam cerita dia ungkit waktu ni. Mak suka jugak merungut. Semua benda dia nak rungutkan.

Ada saja yang tak kena keluar dari mulut dia. Dia saja la betul. Anak – anak perempuan dia masak, dia kata tak sedap. Tak nak makan tu aku tak kisah lagi. Tapi siap meludah tu cakap tak sedap, aku pulak s4kit hati. Aku makan sedap saja rasa akak ipar aku masak.

Kalau aku jadi anak dia tu, lama dah kot aku kecik hati. Dia masak lagi sedap katanya. Tapi mak mentua aku malas memasak. Dia sendiri cakap dia malas, yang dia nak hanya duduk saja dan mer0kok. Dia boleh makan nasi putih dan ikan masin berhari – hari sebab malas masak punya pasal.

Masa suami aku bujang, dia tak bagi suami aku beli makanan kat kedai. Suami aku ni duduk sorang – sorang, nak makan rumah dia memang dia tak masak. Jadi beli saja la jawabnya. Tapi bila beli kena bebel pulak takut kena s1hir la, membazir duit la, tak sedap la.

Semua tak kena. Ahhh peninggg! Bila mak tak solat, mak memang tak jaga kebersihan. Mandi sekali sehari pun belum tentu. Pernah dulu pergi ke rumah anaknya di utara tapi tak mandi. Anak – anaknya diam tak tahu nak cakap apa.

Lepas tu pernah mak cakap kat suami, kalau dia s4kit, aku ni nak jaga dia ke tak. Ye la sebab dia pengotor. Dia tahu dia pengotor tapi dia tak nak mandi jugak. Suami aku pernah tanya mak, “mak dah mandi ke belum?”

Korang agak dia jawab apa? “kau s4kit ke kalau aku tak mandi? Aku ada susahkan kau ke kalau aku tak mandi”. Korang rasa? Aku dan suami kerja sendiri. Kami berniaga. Boleh katakan setiap minggu akan bagi duit belanja kat mak.

Selalunya akan bagi RM200 seminggu. Tapi hari tu suami pun tak dapat banyak sangat sales, jadi suami bagi RM100 saja minggu tu. Lepas tu mak aku marah. Dia kata kalau bagi rm100 baik tak payah bagi. Nak bayar hutang pun tak lepas, nak beli r0kok lagi, RM100 mana cukup.

Tak bersyukur kan mak mertua aku. Sekarangkan aku duduk rumah dia, dia tak bagi aku dan suami aku pindah. Kalau kami cakap pasal pindah rumah, muka dia terus berubah sedih. Korang tahu sebab apa dia tak bagi kami pindah?

Supaya dia boleh control kami. Boleh tahu kami beli apa, kami buat apa, kami keluar bila. Mak mesti akan ke rumah aku kalau aku balik dari beli barang dapur. Ye la, aku ni beli barang dapur 2 minggu sekali. Jadi kuantiti aku beli tu agak banyak.

Jadi mak akan datang ke rumah dan check aku beli barang apa. Memang dia akan buka la peti ais tu setiap kami aku balik dari beli barang. Lepas tu akan cerita dekat anak – anak lain yang barang dapur kat rumah aku banyak.

Rumah dia takde barang dapur. Aku boleh cakap macam ni sebab memang berlaku depan aku mak cakap depan semua adik beradik suami aku, “cakap saja nak makan buah apa, semua ada dalam peti ais rumah satu lagi, rumah ni takde makanan apa – apa”.

Terk3jut aku masa tu. Ye la, masa tu aku mengandung. Suami aku memang suruh aku makan buah banyak – banyak. Kami beli macam – macam jenis buah. Tapi bukannye kuantiti banyak. Dua biji, sebijik macam tu saja.

Sekadar nak isi perut aku dan suami saja. Sekarang kalau aku dan suami keluar beli barang dapur, kami akan belikan jugak barang untuk mak. Sebab malas nak dengar dia mengungkit. Awal nikah aku pernah hadiahkan kain telekung untuk mak sebab nak tengok mak solat.

Tapi mak tak solat jugak sampai sekarang. Masa aku tidur rumah mak, suami aku pernah ajak mak solat jemaah sama – sama, tapi mak cakap kvbvr masing – masing. Suami aku pun sedih mak dia macam tu. Aku sayang mentua aku.

Tapi itulah. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi nak suruh dia solat. Aku kesian dekat dia. Kesian sangat – sangat aku tengok dia tak solat. Aku ni solat pun belum tentu Allah terima amalan aku, apatah lagi yang tak solat langsung.

Korang doakan aku, supaya business aku dan suami aku bertambah maju, aku nak bagi duit banyak – banyak lagi kat mak supaya dia boleh dengar cakap kami. Aku nak dia solat saja. Aku tahu ramai yang akan cakap berdoa la kepada Allah.

Sebab dia yang pegang hati mak aku. Iye, doa untuk mak supaya solat dari mula lagi aku tak pernah tinggal. Aku takut sangat mak m4ti tapi tak sempat taubat. Korang rasa apa yang aku perlu buat supaya mak mentua aku solat? – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wan Azman : Memang ramai jer golongan macam ni dalam masyarakat kita. Baik orang kampung mahupun orang bandar. Kadang – kadang tu mereka ni saud4ra mara kita jer, tapi tak boleh buat apa sebab hati mereka dah keras.

Bukan sebab takde orang yang sudi nasihat. Dalam Quran sering dinyatakan bahawa “Allah sekali – kali tidak akan memberi petunjuk kepada orang – orang yang Fasik”. Kita hanya mampu doakan mereka jer.

Melah Terpedo : Orang yang keras hati, susah ditegur lagi bila yang tegur tu orang yang lebih muda. Nanti kita tegur, dia menjawab, m4ki – m4ki, kita yang makan hati. Berd3ndam. Betul Confessor buat, cuma kena doakan. Tunjukkan contoh yang baik pada dia, bercakap sopan santun. Moga – moga Allah jentik hati dia untuk berubah.

Sue A. Rahman : Kalau saya.. Saya dah lama pindah jauh – jauh. Hmm takleh nak masuk la dengan orang macam tu. Mertua takat hormat gitu – gitu jelah. Nak lebih – lebih tak payah la sis. Sampai peti ice datang rumah bukak.
Bab solat nih memang ramai orang tak solat yang tua yang muda belum LG bab main no ekor.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.