Bila aku masak lauk, tak lama pun aku masuk bilik sekejap bagi anak susu, tengok – tengok lauk aku dah kena buang. Satu hari anak aku jumpa pistoI mainan dia kat semak hutan belakang rumah. Anak aku suh laki aku ambik. Aku pergi tengok jugak, wei pencuci muka aku dibuang jugak. Tupperware aku dibuang jugak.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum hai. Aku kat sini sekadar nak meluah je. Geram.
1) Aku kat rumah dengan anak, dengan mak mertua dan ayah mertua. Laki aku ada kejap – kejap je sebab dia kerja. Aku selalu rasa mak mertua aku ni nak f1ght dengan aku, dan berebutkan laki aku.
2) Bila laki aku balik kerja, mak mertua aku mesti akan pegang penyapu. Kadang tu dia rasa timing 5.30 tu laki aku balik kerja, dia start menyapu pastu lambat – lambatkan siap biar laki aku balik nampak dia menyapu.
Nanti dia bebel depan laki aku guna bahasa dia, “lah(pemalas)” “tok sang nyak kek(duduk rumah buat apa)” haa camtu. Dia ingat aku tak faham agaknya. Masalahnya aku dah sapu pun dia akan sapu lagi tapi tunggu laki aku.
3) Bila dia masak, pastu ada masakan aku. Tak lama tahan pun masakan aku sebab dia buang. Kadang tu takde masakan dia pun, dia buang jugak. Aku tak paham. Aku ni anak tiga kecik – kecik, pastu nak masak banyak kali sehari tu rasa lecehnya lah.
Aku simpan malam nak hangat balik, tengok – tengok dah takde. Nangis aku kebuluran. Nak masak memang dua jam baru siap sebab bersiIat dengan anak. Pastu kerja apa pulak aku bertungtang kat dapur pukul 1 pagi tu kan. Ye bising.
4) Mak mertua aku ni, nak laki aku duduk dengan dia. Tapi suka bagi hint macam tak suka aku kat situ. So kitorang kena duduk asing ke camne? Ke takyah kahwin? Ke cerai? Pening aku. Contoh hintnya, barang aku dibuang.
Mainan anak aku sebakul penuh sikit – sikit hilang. Memula tak perasan tau. Yang perasan sebab bakul mainan tu surut. Tapi aku senyap lagi. Sampailah anak aku jumpa pistoI mainan dia kat semak hutan belakang rumah.
Anak aku suh laki aku ambik. Aku pergi tengok jugak, wei pencuci muka aku dibuang jugak. Tupperware aku dibuang jugak. Ko dah kenape?
5) Mil aku ni talam. Depan laki aku cakap lembut sangat, buat buat tanya aku, nak makan apa. Nak masak apa? Tanya depan laki aku tau. Konon macam ramah dan sopan santunlah dengan aku. Sekali laki aku takde terus mer0yan. “mutghai(perempuan jahat/siaI)” sound like that lah.
Kadang – kadang tu keluar ceIaka lah. Bod0h, s3tan. Sebabnya, aku salah ambik aIas tilam dia buat aIas anak aku tidur. ” Apa salahnya cakap je depan aku, eh tu tak boleh guna. Tu mak punya. Haaaa kan settle on time. Tak perlu pun meng4muk sampai berjam – jam.
6) Dia ngadu kat kakak ipar aku pasal barang aku menyemak kat rumah tu. Barang anak dia yg lain ditatang sayang disimpan rapi padahal anak dia tak duduk situ pun. Ada sekali tu kasut mahal aku dibaling ke tanah. Ingat anak dia je susah cari duit. Aku ni guna air liur basi agaknya beli barang.
7) Ada sekali tu laki aku mandikan baby, baju baby dia tak bawak masuk bakul baju kotor. Malam tu aku nak makan, jumpa baju baby dibuat kain lap. Aku ni angin tapi nak marah siapa ye. Aku marah dalam hati je lah. Aku kutip, basuh. Baju newborn kot. Kecik ket0et je nak buat kain lap pun tak puas.
8) Haa aku baru ingat, dia kata meja makan aku (asalnya barang tu barang kitorg kat rumah lama) dia ngadu kat kakak ipar aku kotor, berIendir/berair. Siapa pernah guna perabot kayu jati mahal, yang difurnish, dia akan ada bekas kena air.
Warna putih, walaupun dah lap, warna dia akan jadi warna wap. Beberapa minit lepastu warna tu hilang, dia jadi warna kayu jati semula. Bukan berair/berIendir ye. Dah lap pun memang camtu. Nak acah pembersih sangat tapi takde ilmu kejatian dah buruk nama aku sedunia.
9) ok hasil aduan tersebut, kakak ipar aku bawak meja makan dia ke rumah mak mertua aku. Tapi mak mertua aku masih guna meja aku dan takguna pun meja kakak ipar aku. Jadi, aduan tu untuk apa ye? Takde apa pun ye. Saje nak membawang pasal aku ye.
10) Diorang suka bangga diri kata masakan family Diorang sedap. Masakan orang lain tak sedap. Salah satunya akulah. Kesah pulak aku. Kalau paling sedap apesal tak jadi chef. Mesti chef Wan tu berguru dengan dia ye tak. Sebab skill masakan aku salah di mata dia. Cara pot0ng lain pun problem. Cara tumis pun problem. Aaaa boleh giIa aku.
11) Ada sekali tu (berkali – kali sebenarnya) aku simpan makanan aku untuk malam. Pastu tengah malam buta tu, aku tidurkan baby, dengar bising suara mak mertua and ayah mertua aku, last sekali ayah mertua aku campak mangkuk makanan aku tu kat sinki.
Sinki aluminum tu oi. Kuat tak kuat bunyi dia. Pastu dia jerit “dia hak sape ni, tak reti kemas ke? Pemalas” siapa lagi kan kalau bukan aku. Aku ni tengah tidurkan baby. Nak marah tapi tak layak nak marah pun sebab tumpang rumah orang.
So diam sambil hadam apa yang dia ng4mukkan. Aku wasap laki aku suh bawak makanan masa balik kerja nanti. Aku tak sempat makan lagi.
12) Point mak mertua aku hari – hari menyapu. Umpama menyapu lantai tu benda paling berat dan susah dan lama untuk dibuat. Padahal aku banyak kerja lagi, nak masak, basuh baju, settle makan anak – anak yang bersuap, mandikan, buat susu, ada yang ber4k, ada yang t4ntrum.
Kira anak aku tiga, campur mak mertua aku jadi 4 orang t4ntrum. Sapu sampah tu aku dah buat pagi – pagi buta dah. Ok Pastu petang aku menyapu lagi, masa ni laki aku balik awal. So masa dia balik dia nampaklah aku menyapu.
Then laki aku keluar kejap beli barang, Pastu balik semula serentak dengan mak mertua aku balik dari mana ntah. Dia ingat laki aku baru balik kerja. Pastu dia hempas penyapu, dia sapu lantai sambil membebel “muk he tu lah (bini ko tu pemalas” dia cakap kat laki aku Pastu adalah sambung bla bla bla bla.
Sebab dah kant0i kat situ mak mertua aku ni memang suka nyapu depan laki aku. So laki aku tak layan. Haha. Rasain lo bila kantoinya di situ.
13) Laki aku kemas laman rumah, dia nampak kain bandage yang buat lap peluh, Pastu anak aku pun nampak, dia berkejar kutip kasi laki aku sebab memang dah lama cari. Mak mertua aku ingatkan tu mainan anak. Hahah.
Kantoi lagi mak mertua aku buang. . Dia kata “nek he ktlak(anak kau yang buang) hahahahaahahah anak aku tak buang barang bapak dia weh. Kalau tak takkan anak aku exc1ted kutip bagi laki aku. Mestilah dia takut. Psik0 weh.
14) Baju aku dah basuh, dia keluarkan sebab nak basuh baju dia. Masalahnya dia buh baju yang dah basuh tu ke dalam air rendaman baju kotor dia yang kena kenc1ng tu. Kena basuh semula wei. Apa kej4m sangat kot ya pun tak suka aku. Nangis aku sebab penat sangat, campur marah.
15) Dulu aku baik sangat dengan mak mertua aku. Selalu berbual sama. Tapi dia backst4b aku. Lama lama bila marah suka m4ki carut aku. Sampai aku terkesan sangat bila dia kata “perempuan siaI, tu dah bagi nasi kangkang kat anak aku tu lah sampai anak aku sayang sangat” ok lepastu aku tak bercakap dah dengan dia.
Oh yaa masa dia cakap tu sambil halau aku keluar rumah semasa ketiadaan laki aku, anak aku kecik and masa ni tengah pregnant. Aku rasa terIuka sangat masa tu, aku rekod suara diorang, aku rakam supaya tak ade orang boleh kata aku buat cerita. Aku tunjuk kat laki aku. Nangis aku sampai bengkak mata.
16) Diorang ni bila ada family ramai – ramai (balik raya ke, majlis ke, makan – makan, suka mengata yang merendahkan orang lain guna bahasa diorang. Aku pun direndahkannya. Tak pahamlah aku apa masalah. Aku belajar tinggi, tapi duduk rumah jadi suri rumah.
Sebab memang dah awal awal niat nak jadi suri rumah yang patuh dan taat. Kadang – kadang aku duduk depan diorang pun dik4tanya aku. Pastu senyum gelak sesama mereka. Aku tak ade harta, ada banyak pun aku dah gadaikan untuk kahwin ngan laki aku.
Aku leburkan semua untuk jadi duit masa kami susah dulu – dulu. Sekarang bila aku tak ade apa memang diorang suka rendahkan aku tak kerja, sijil je banyak. Pastu, h1na barang – barang aku padahal barang aku lagi mahal dari diorang.
Cuma tak ri4k je. Lagi satu suka kutuk aku “Letviang(kurus)” “taknaklah Letviang macam nyu nanti kena tiup angin” Pastu gelak beramai ramai. Sekarang aku dah sihat dah berisi kata gemuk pulak. Semua tak kena hahah.
17) Mak mertua aku suka berkira sudu lupa nak basuh. Dia akan ungkit and ngadu kat ayah mertua. Padahal kalau diorang makan, pinggan kotor aku tolong basuh. Ye tahu rumah diorang, diorang tuan rumah, aku menumpang, tapi fahamlah kadang aku tinggal sudu satu tu sebab buat susu anak. Anak nangis aku berkejar nak settlekan anak.
18) Dia suka kata aku makan tidur makan tidur. Pastu aku kan buat cod makanan. Topup duit harian, opkos la aku banyak keluar. “Niau mai Niau mai(keluar masuk keluar masuk/ulang alik ulang alik)”. Lawak gak kadang aku rasa.
Tapi dalam lawak tu terasa str3ss nak buat apa pun salah. Kalau aku makan tidur. Baju tak basuh. Susu tak buat, rumah sapu pukul 5.30 petang je, tak ade orang kemas, tak ade orang masak. Ha gitu.
19) Haa lagi satu, kata aku tak bagi anak aku makan. Pastu ngadu kat kakak ipar aku, kata aku tak kasi anak makan. Semua benda perlu tunjuk depan depan ke. Mak mertua aku suka lepak kat laman rumah, memang lah tak nampak aku suap anak, aku menyapu, aku mengemas, bila dia masuk rumah aku lari masuk bilik lah sebab tak suka rasa ins3cure bila seIisih dengan dia. Haa gitu.
Habistu masuk rumah takkan tak nampak eh tetibe dapur berkilat, lantai tak ade pasir, rumah tetibe kemas, makanan tetibe habis. Tak ke pelik tu? Pastu kakak ipar aku balik semua berebut suap anak aku Pastu kata “anak ko ni makan banyak weh macam lapar sangat. Macam dah lama tak makan.” eh. Semak.
20) Sekarang aku and family baru pindah rumah. Setelah berendam air mata, r3muk redam hati, s4kit hati tahap nak mer0yan. Alhamdulillah. Tapi ada lagi mak mertua aku tak puas hati. Dia kata rumah ni kecik, orang rempit, bunyi motor bising.
Tu nak pujuk laki aku tak jadi pindah lah tu. Pastu masa laki aku kerja haritu, dia mer0yan lah kata aku susahkan anak dia. Kata aku ni nak gunakan laki aku je. Hoi. Buatpa kawin kalau laki tu tak berguna. Mestilah kena berguna untuk aku. Ke nak guna laki orang lain?
21) Lagi meng3jutkan, baru-baru ni dia membebel pasal sambal belacan ko tau tak. Setelah sekian lama kat rumah tu baru haritu nak cari point pasal sambal belacan bau busuk. Eh musykil aku. Aku belajar makan sambal belacan pun dari laki aku. Hmm.
Cukuplah. Aku tak salahkan kakak ipar aku sebab terikut hasutan. Sebab ada orang yang ngadu ngadu tu yang diorang salah faham. Siapa je tak percayakan mak. Ok lah. Bye.
Komen Warganet :
Qeela Ree : Wujud ya mak per4ngai teruk macam ni. Anak anak memang tak boleh nasihatkan mak ke? Kalau nasihat benda yang mak buat terang – terang tak baik atau tak elok, straight to the point ke ner4ka ke? Adui la zaman sekarang ni. Anak pejam mata je kalau mak bapaknya macam s3tan dengan menantu.
Sharifah Farah Syed Abdullah : Kebanyakan mother in law memang macamtu berebut kasih anak iaitu laki kita. Tapi paham jer satu perkara, apa dia buat itu hak dia. Hak kita kena pastikan suami tak abaikan kita dan anak – anak, dan kita tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai isteri sehabis baik di mata suami. Lagipun berapa lama sangat dia nak hidup. Lepas dia dah tak ada kasih sayang suami akan jatuh 100% pada kita dan anak anak lnsya Allah…
Yong Spg : Alhamdulilah.. Kamu pun dah pindah rumah sendiri. Mak mertua kamu mmg tergolong dalam kategori mak mertua yang teruk. Abaikan mak mertua kamu tu.. Balik sesekali aje sebab tanggungjawab suami kamu pada ibu/bapa dia masih ada.Teruskan kehidupan kamu dengan suami dan anak macam biasa. Mak mertua?? Buat apa yang kamu mampu..
Nad Mizi : Baca sampai habis, nak tahu kesudahannya, Alhamdulillah tt dah pindah. Sangat cekal hatinya hidup di rumah mak mertua dan ayah mertua. Jalan terbaik dipilih adalah dengan menjauhkan diri dari orang yang membenci kita, biar banyak rumah tapi jangan ramai serumah itu pun salah 1 yang mak saya pesan,. Semoga rumahtangga kekal bahagia dengan kebaikan tt ni..
Linda Hmb : Pindah je, sebenarnya banyak tak elok dari eloknya bila duduk serumah dengan mertua ni, walau serumah dengan depa 2, 3 hari. Kita laki bini pun tak berg4duh. Balik time raya je, kenduri pun tak perlu balik kot.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.