Mak mertua cakap aku pemalas, guna robot vacuum. Aku tarik elaun bulanan dia bagi link sh0pee aku bluetick

Aku mintak maaf dekat mak aku, sebab aku nama dia jadi buruk. Tapi mak aku cool je dan suruh aku sabar. Mak aku ada cakap, Mertua aku lupa yang dia ada 4 lagi anak perempuan. Baru ni, besan mertua ada call, mengadu anak perempuan dia pemalas, siap tunjuk gambar rumah..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Odah (bukan nama sebenar), menantu Cik Kiah. Suami aku anak kedua, tapi dia langkah bendul kahwin dulu. Lelaki ada langkah bendul ke ek? Tapi lebih kurang lah. Abang dia baru je kahwin dua bulan lepas. Welcome to the club biras ku.

Aku menantu pertama dalam keluarga suami aku. Dua tahun pertama perkahwinan ialah tahun struggIe aku untuk memenuhi segala expectation keluarga mertua terutama sekali mak mertua aku. Str3ss betul nasib baik laki aku bukan anak mak.

Kiranya apa yang mak dia cakap pasal aku atau apa yang mak dia suruh tak 100% dia ikut sebab laki aku kata dia kenal mak dia macam mana. Mak mertua aku ni depan aku memang baik, pijak semut tak m4ti. Adalah jugak sekali dua dia sindir aku, tapi aku diam je.

Bila cerita dekat suami, suami macam biasalah suruh sabar. Nak dijadikan cerita mak mertua aku ni ada group private dekat whatsapp antara dia dengan adik beradik perempuan dia dan sepupu – sepupu suami aku yang semuanya bawang ranger.

Ni mungkin pengajaran lah untuk semua orang, dalam group membawang tu tak semua seangkatan dengan kita. Jangan percaya sangat dengan orang sampai mengumpat tak ingat dunia dalam tu. Satu hari tu mak mertua aku g4duh dengan adik dia, aku tak pasti isu apa tapi yang pasti isu remeh.

Nak dijadikan cerita, adik dia screensh0t semua benda yang mak mertua aku mengumpat pasal aku dan dia send dekat aku semuanya. Masa aku baca tu hati aku memang h4ncur. Terus aku rasa tawar hati dekat family mertua aku especially mak mertua aku.

Apa je aku tak bagi dia? Duit? Tiap – tiap bulan aku bagi, dah masuk komitmen bulanan aku dah. Barang? Link apa je yang dia bagi, 3 hari lepas tu confirm sampai depan pintu rumah. Pertama dia kata aku malas lipat baju.

Haah aku akui aku memang malas. Kalau aku rajin aku lipat, aku malas aku masukkan semua dalam bakul bila ada free time baru lipat. Banyak kali jugak dia sindir aku tapi aku buat tak reti je. Pada aku lipat baju ni memerIukan masa yang panjang dan fikiran yang tenang, cewah.

Kalau kepala tengah serabut, lipat baju pun rasa nak marah. Lagi dengan anak kecil tengah melasak, kita lipat dia kemas balik. Mula lah nak jadi mak kau hijau. Yang kedua dia kata aku ni malas masak. Dalam 30 hari, 10 hari aku tapaw.

Dia nampak aku tapaw je, tak nampak 20 hari lagi aku bangun pagi tidur lewat sebab nak masak untuk anak dengan cucu dia. Tapaw tu pun kadang – kadang guna duit sendiri, tak mintak dekat laki aku. Selalu je dia sindir aku ni tak payah nak beli barang dapur ke gadget dapur ke apa sebab masak setahun sekali. Eh, dia ingat aku kisah ke?

Duit aku, sukahati aku lah. Boleh kira dengan jari berapa kali je aku mintak anak dia beli. Takkan setiap kali lepas masak aku nak update its done je. Banyak lagi kerja lain aku nak buat, time masak pun aku tak pegang phone.

Aku adalah jugak blend siap – siap bawang dengan rempah semua sebab senang aku nak masak, tapi dia complaint kononnya tak berkhasiat untuk anak dia. Yang ni dia cakap depan muka aku, tak cakap belakang tapi macam biasa encik suami backup aku siap – siap.

Lepas tu dia kata aku malas sebab ada robot vacuum dekat rumah. Odah tu tak ada tangan ke nak menyapu? Haa tu lah ayat dia. Pada aku kalau mampu beli jelah, time cuti aku buat lah deep cleaning. Bukannya rumah aku tak ada penyapu langsung.

Dia kata jugak aku ni kuIikan anak dia. Seumur hidup dia tak pernah nampak anak dia basuh pinggan, tiba – tiba dah kahwin aku ajar bukan – bukan. Tak mak, sebenarnya sebelum kahwin lagi saya dah buat perjanjian dengan anak mak untuk tolong saya.

Saya masak, dia kemas. Makan basuh sendiri. Saya buat kerja rumah, dia main dengan anak. Dia mandikan anak, aku pakaikan baju haa gitu. Ni semua kami dah bincang sebelum kahwin, mak je yang tak tau. Cara dia sindir aku halus je, dia akan compare aku dengan anak – anak buah dia yang kononnya terpaling perfect tu.

Mula – mula aku dengar, lama – lama aku menyampah lagi – lagi bila aku tau mereka pun join the club mengumpat aku. Satu jelah, siapa je yang nak tunjuk kelemahan dia dekat orang? Aku dan suami pernah datang rumah salah seorang dari mereka, masa tu memang dah cakap siap – siap kami sampai sana pukuI berapa.

Tapi dia keluar, dan masa kami sampai tu dia tak ada dekat rumah. Masa dia balik, kelam kabut lah dia nak mengemas dengan pinggan mangkuk dekat sinki bertimbun. Baju tak payah cakaplah, bukan dalam bakul ke atau atas sofa, depan pintu rumah haa.

Mungkin sebelum keluar dia campak je depan pintu. Pampers anak dekat ruang tamu, mungkin tak sempat buang. Dan mungkin sebab dia malu dengan kami, dia pun jadi mak kau hijau dengan laki dia masa tu jugak. Tapi yang tu lah yang paling mak mertua aku sanjung.

Dan dia jugak lah yang paling lantang mengumpat aku dalam group tu. Paling aku tak terima, katanya mak aku tak ajar. Wow! Bila aku baca satu persatu conversation tu, aku menangis teruk. Nak je aku sound terus mak mertua aku bagi tau anak buah dia tu macam mana.

Tapi suami aku pujuk, dia kata tak elok sebar aib orang. Biar je, lama – lama Allah tunjuk. Aku call mak aku dekat kampung, masa tu aku menangis sampai tersedu – sedu. Aku mintak maaf dekat dia, sebab aku nama dia yang buruk walhal dia dah ajar aku sebaik mungkin.

Mak aku cool je dan suruh aku sabar. Tapi mak aku ada cakap, mak mertua aku lupa yang dia ada 4 lagi anak perempuan. Masa tu aku tak boleh relate, tapi sekarang baru aku nampak dan sedar. Dua adik suami aku dah kahwin, dan mereka memang bermasalah dengan keluarga mertua.

Bila mereka balik kampung, ada je yang mereka ngadu dekat mak mertua aku. Mak mertua aku tak terima langsung orang mengata anak dia. Bila aku flashback balik, adik – adik ipar aku memang pemalas. Bangun lambat, makan tak reti basuh, baju mak lipat dan sebagainya.

Kalau basuh pinggan pun, hanya basuh pinggan sendiri. Mereka tak akan saja – saja nak basuh apa yang ada dalam sinki walaupun dalam tu ada sebiji cawan. Nak suruh buat kerja pun mak mertua aku kena terjerit – jerit baru jalan.

Baru – baru ni, besan mak mertua aku sendiri call mak mertua aku bagi tau anak perempuan dia teruk. Siap hantar gambar lagi dekat whatsapp keadaan rumah mereka dan suruh mak mertua aku nasihat anak perempuan dia baik – baik.

Mak mertua aku malu besar, dia meng4muk dekat adik ipar aku. Tapi dah namanya mak kan, dia tetap backup anak dia. Katanya anak dia penat kerja. Haah anak sendiri nampaklah penat, aku ni tak penat ke? Aku pun kerja jugak.

Tapi dah nama manusia kan, ada je tak kena. Dalam hati aku padankan je muka mak mertua aku. Dia mengadu dekat aku, aku angguk je. Sampai sekarang dia tak tau yang aku dengan suami dah tau mulut jahat dia tu. Aku simpan je, kot lah dia melampau baru aku reveal.

Duit pun aku tak bagi dah, padan muka dia sebab anak – anak dia yang lain memang tak hulur duit. Harap suami aku dengan abang dia, bagi pun celup – celup sebab mereka dah bayarkan liabiliti rumah dengan barang dapur dekat kampung.

Barang dapur pun bukan biasa – biasa, mak mertua aku tak makan ayam. Ikan pun dia tak pandang ikan kembung ke sardin, semua kayangan. Suami aku kata dulu okey je, peny4kit dah tua ni pelik – pelik sikit. Kadang – kadang je aku hulur duit kalau balik kampung.

Dia hantar link barang pun aku bluetick kan je tak pun aku forward dekat anak – anak dia. Dari berbakti dekat orang yang tak appreciate aku, baik aku fokus dekat manusia yang lahirkan dan besarkan aku. Sekarang ni yang jadi m4ngsa dia menantu perempuan kedua dia, isteri si Along.

Baru dua bulan kahwin, macam – macam dah kena complaint. Aku diam je, malas nak cakap apa. Nasib baik suami aku dengan abang dia spesies yang sama, tak menurut je cakap mak tu. Kalau tak dah lama h4ncur perkahwinan ni.

Kenapa susah sangat nak tegur kalau ada apa – apa yang tak kena? Kenapa kena mengumpat canang sana sini hal anak menantu? Bila kena batang hidung sendiri tau pulak nak meng4muk kononnya besan tu mulut jahat lah, ani4ya anak dia lah.

Dia ani4ya anak orang dia tak sedar pulak? Dok kata budak tu ada mak bapak, habis aku ni apa? Belum jadi yatim piatu lagi. Benda ni dah lama sangat aku pendam sorang. Nak ngadu selalu dekat suami kesian pulak dekat dia, sedikit sebanyak dia mesti terkesan sebab tu mak dia.

Nak ngadu dekat family aku taknak abah dengan mak aku risau. Jadi aku tulis dekat sini biar lepas semuanya. M4kin aku pendam m4kin jadi b4rah dalam diri aku. Bila tengok mak mertua rasa amarah tu meluap – luap. Tengok je muka dia terus teringat setiap butir perkataan dia mengumpat aku. Semoga satu hari nanti aku dapat ikhlas dan redha dengan apa yang dia dah buat dekat aku. Tapi nak lupakan tu lambet lagi! – Odah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Islah Nur : Terbaik anak – anak lelaki dia semua cerdik tahu tanggungjawab pada anak isteri. Rezeki awak. Bab d0sa mertua tu, ye sebelum tidur kita eloknya maafkan d0sa semua orang pada kita. Ada kisah sahabat nabi saw yang masuk syurga hanya sebab amalan maafkan orang sebelum tidur.

TAPI memaafkan bukan bererti melupakan. Kita tetap kena ingat segala perbuatan dia supaya dapat berjaga jaga dan elakkan dari perkara tak diingini. Maafkan tapi tetap beware dengan per4ngainya. Semoga berbahagia selalu ye confessor.

Shezz Fawaz : Agaknya sebab tu la I ni single. I jenis yang confront. Dalam famili sendiri pun i akan confront, terus settlekan. Nak berper4ng ke, lantak. Yang penting semua pihak terlibat akui ada masalah yang wujud dan pihak yang salah kena mintak maaf.

Kalau i dapat mak mentua macam confessor ni, mau kena str0ke agaknya mak mentua str3ss dapat menantu lagi besar tanduk daripada dia. Menantu derh4ka? Mak mentua sy4itan pun calon ahli ner4ka jugakk. Semoga Allah berikan ganjaran tertinggi atas kesabaran confessor menghadapi mak mentua macam tu sambil tetap menjaga hati suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?