Mak mertua cakap sebagai anak perempuan, aku tak ada tanggungjawab pada keluarga aku

Suami 100% tanggung keluarga mertua di kampung, aku pula yang kena tanggung anak – anak sebab duit suami dah habis bagi dekat keluarga mertua. Aku sampai tak ada duit nak bagi dekat mak ayah dekat kampung. Bila ajak bincang, suami dan mertua cakap nak perempuan tidak perlu bertanggungjawab pada keluarga. Anak lelaki perlu jaga kebajikan ibubapa dan saud4ra – saud4ra perempuan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman. Namaku Melur Putih semestinya nama samaran. Cerita ini ringkas sahaja. Aku berpendapatan lagi tinggi dari suami bekerja di sektor swasta. Suami bekerja di sektor awam sebagai staff sokongan.

2 biji kereta dan rumah aku yang bayar. Suami topup belanja sekolah anak – anak dan bil letrik, jalur lebar, air dan barang dapur. Masalah terbesar rumahtangga aku ialah orang ketiga. Jangan salah faham, orang ketiga tak semestinya perempuan.

Orang ketiga ialah keluarga mertua dan ipar duai. Disebabkan keluarga kami tiada masalah kewangan, keluarga suami mengharapkan anak dia 100%. Bila suami kene support family dia aku kene support family kecil.

Tanggungjawab ini menyebabkan gaji bulanan habis dan aku langsung tak mampu nak hantar duit pada mak ayah aku kat kampung. Bila ajak bincang, suami dan mertua menggunakan hukvm ISLAM. Anak perempuan tidak perlu bertanggungjawab pada keluarga.

Anak lelaki perlu jaga kebajikan ibubapa dan saud4ra – saud4ra perempuan. Mereka sekeluarga menggunakan AGAMA dengan mempergunakan aku 100%. Ibu mertua cakap aku bekerja atas ihsan suami, jadi aku kene bantu ekonomi keluarga.

Mertua suami isteri tidak bekerja. Adik beradik suami juga tidak bekerja. Ada yang masih bersekolah. Kadang – kadang aku str3ss kerana gaji habis tiada simpanan. Sedangkan suami boleh menyimpan dan labur pada keluarga.

Jika aku minta nak pinjam duit, dia amatla kedekut 100 kali dari Haji Bakhil. Tapi boleh pula mewahkan ibu bapa dan adik beradik. Bila cakap, macam biasa la. Guna hukvm AGAMA. Oh Ya. Mereka sekeluarga bukan la alim pun.

Mereka menggunakan agama ikut keselesaan mereka. Yang tidak menguntungkan mereka, mereka tak ikut pun. Solat pun tidak. Ibu bapa dan adik beradik suami tidak boleh susah. Aku kene berdikari. Sampai s4kit demam pun ke hospitaI sendiri.

Pernah aku tak dapat pergi kerja kerana kereta r0sak. Suami tak nak hantar kerana dia dah janji nak hantar adik dia ke mana entah. Adik dia tak reti berdikari. Aku kene cuti. Kadang – kadang aku terfikir, dia sayang aku atau duit gaji aku sebab aku tak rasa pun kasih sayang tu.

Dengan adik beradik dan ibu bapa cakap lemah lembut gemalai. Manja – manja. Nak makan apa, nak pergi mana semua sponser. Tapi untuk aku dan anak – anak kami tidak dilayan sebegitu. Sekarang, aku berkira – kira untuk tukar kerja dan pindah tempat lain yang sangat JAUH.

Aku nak jual rumah. Jual 1 biji lagi kereta. Biarlah suami berdikari pula. Biar dia menyewa rumah sendiri atau dia boleh pilih untuk tinggal dengan keluarga dia, jika dia nak berkahwin lain pun aku izinkan. kalau susah, minta la tolong adik beradik.

Aku dah tawar hati. Suami yang terlalu sayangkan keluarga sendiri meIampau – Iampau memang meny4kitkan jiwa dan hati. Kita pun tak redha. Jadi, tidak guna kita bersama par4sit. Mereka semua par4sit. Mohon warga facebook dan para pembaca doakan aku dapat tukar kerja lain dan pindah jauh – jauh dari suami dan keluarga mertua. Aku dah tak ingin nak tengok mereka semua. Doakan aku murah rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan aku. – Melur Putih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzati Rosly : Tahniah sebab sedar awal, kesian kat isteri sebab tak dapat berbakti pada orang tua sendiri. Anak perempuan memang tak bertanggungjawab pada ibu bapa selepas kahwin tapi kena ingat kita lahir dari siapa, siapa yang besarkan kita. Ingat kita datang kat dunia dengan sendirinya. Amboi senang pergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri, apo manusia lagu ni.

Lili Alias : Tu family amalkan ajaran sesat tu sis, mana nafkah sis. Kalau betul nak guna agama, nafkah sis paling utama walaupun sis keje. Pendapat saya bebaskanlah diri dari suami dan keluarga t0ksik tu. Sis sendiri tau pasti tak  akan bahagia.

Jagalah anak – anak dan ibubapa yang bersusah payah mendidik sis hingga bekerjaya. BerbaIoi habiskn duit demi mereka daripada suami dan keluarga t0ksiknya. Betul tindakan yang sedang sis rancangkan ni. Teruskan rancangan sis tu biar suami hdup sendiri .Jangan ada pertaIian dah dengan mereka semua.

Leyna Alin : Saya sangat setuju dengan tindakan Puan. Sila buat ye sis. Saya doakan. Dia tanggunglah d0sa. Nafkah semua tunggang Ianggang. Biar dia hidup berdikari. Lepas ni dia akan sibuk merayu puan. Dia hilang sumber utama. Puan jangan mengalah tau dengan pujukan dan hukvm hakam dia bagai. Maju terus ke hadapan….

Miss’z Siti Khadijah : Bila baca memang s4kit hati tapi salah kita juga kaum perempuan kalau gaji lagi besar dari suami jangan bagitahu semua gaji kita pada suami. Boleh nak tolong suami tapi hadkanlah, pakai istilah duit kita duit kita lah duit suami ada hak kita, kalau kita dari awal perkahwinan pun dah manjakan suami dengan tolong bayar itu ini.

Percayalah cakap saya, suami akan ambik ringan pasal tanggungjawab dia pada kita dan anak – anak. Jadi kaum wanita lepas ni berhati – hatilah, ramai je suami spesies ni, sepatutnya suami yang sediakan tempat tinggal, makan pakai minum anak isteri, jangan sampai suami naik lemak dan dia rasa duit dia boleh buat apa dia suka sampai tak dahulu kan anak bini dulu.

Ikut trutan nafkah isteri yang utama, sepatutnya, bukan main taram. Pasal soal tanggungjawab tu memang lah betol suami patut tanggungjawab pada mak ayah dia, tapi dia kena adil mak ayah mertua juga kena beri layanan yang sama sebab itu jugak mak dan ayah.

Sulong Mcda :

1. Teruskan plan tanpa pengetahuan suami, mertua dan ipar duai.

2. Kalau dah berjaya jual asset, jangan bagitau yang u jual. Bagitau je kereta kena tarik sebab tak bayar etc. Bukan suami u ambik tahu pon hal bayar ke tak bayar sebelum – sebelum ni. Jadi kalau dia tetiba concern, pIease jangan g4duh mulut, cukup hanya diam dan berlakon tak tahu apa – apa.

3. Tak perlu nak luah semua benda dah kat suami walaupun nak lepaskan kemarahan sebab dia tak akan faham dah. Jadi perg4duhan dan berg4duh mulut sebenarnya buang masa.

4. Jika berjaya laksana apa yang sis mahukan, selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik sis. Banyakkan berdoa pada Allah supaya memaafkan orang sekeliling dan dipermudahkan urusan hidup mmbesarkan anak – anak.

5. Sebolehnya jangan libatkan anak – anak dengan masalah korang. Anak – anak sebenarnya ada hak untuk keluarga yang bahagia tapi kita tak mampu bagi. Sekurang – kurangnya bagi mereka pandang korang dengan pandangan yang baik.

6. Jika suatu hari nanti suami nak perbetulkan kesilapan dia, mohon ajak suami ke kaunseIing dan capai kata sepakat.

7. Akhir kata, tak ada orang yang kahwin nak bercerai dan penceraian juga bukanlah sesuatu yang har4m. Ini jika memang dah tak capai kata sepakatlah. Saya doakan TT kuat dan banyak solat istikharah. Mudah – mudahan Allah tunjuk jalan terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.