Mak mertua dalam diam bagi makan daging tak halal untuk suami dan anak-anak

Saya kahwin dengan duda anak 3, yang kem4tian isteri. Suami saya seorang muaIaf. Selama ini bibik yang menjaga anak – anak tiri memandangkan mak mertua tak suka dengan arw4h isteri. Bibik bagitahu yang mak mertua pernah bagi daging tak halal untuk suami dan anak – anak…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Hampir setahun saya berkahwin dengan duda anak 3. Duda kem4tian isteri 7 tahun lepas sebab melahirkan anak bongsu. Anak – anak tiri berusia 11, 10 dan 7 tahun. Semuanya baik, alhamdulillah. Hormat orang tua, manja dan mendengar kata. Kecik – kecik pun dah pandai berdikari, pandai jaga diri. Hubungan kami baik sangat. Memang saya rapat dengan mereka, lagi – lagi anak yang bongsu. Dia memang manja sangat siap saya yang tidurkan dia malam – malam. Bila dia tidur baru saya keluar dari bilik dia.

Ok bukan tu saya nak cerita. Suami saya ni muaIaf. Dia masuk Islam sebab nikah dengan arw4h isteri dia dulu. Jadi family dia memang bukan Islam. Family suami duduk jauh kat luar negeri, jadi saya hanya jumpa mertua pun sekali je masa kami nikah dulu. Baru – baru ni mak mertua ada tanya, kenapa saya tak ngandung lagi? Saya manduI ke? Untuk pengetahuan semua. Saya memang tak nak anak – anak buat masa ni kerana saya nak tumpukan perhatian pada suami dan anak – anak yang sedia ada.

Kalau saya tak ada anak pun saya tak kisah sangat tapi kalau Allah dah bagi siapalah saya nak menolak tapi saya memang merancang dahulu. Saya cakap pada mak mertua mungkin belum ada rezeki tapi dia cakap kalau saya tak reti nak beranak buat apa nak kahwin? Dan benda ni betul – betul menggur1s hati saya. Tapi oleh kerana suami dan anak tiri terlalu baik, saya bersabar saja.

Untuk pengetahuan semua, dahulu sebelum saya nikah, anak – anak tiri dijaga oleh bibik yang berusia 50 tahun, bibik tu dah lama nak berhenti tapi suami meminta dia bekerja lagi kerana hanya dia yang suami percaya untuk jaga anak – anak dan bila saya bernikah dengan suami saya mengambil keputvsan untuk menjaga anak – anak tiri dan menutup bisnes saya yang untungnya hampir RM10k sebulan tapi saya bersyukur sebab suami tak culas bab nafkah dan saya masih membuat bisnes kecil – kecilan dari rumah seperti menjual cake dan biskut. Saya pun ada juga simpanan dari dulu, alhamdulillah rezeki itu ada.

Cuma mak mertua pandang rendah pada saya yang hanya suri rumah. Asyik cakap saya perabih duit anak dia. Sebelum bibik berhenti kerja dan balik kampung bibik pernah cerita pada saya masa mak mertua datang rumah suami, dia pernah masak daging tak halal untuk diberikan pada suami dan anak tiri saya dengan alasan itu adalah daging lembu sedangkan bibik sendiri nampak dia beli daging tu di mana. Tapi bibik hanya berdiam kerana takut.

Dan bibik pernah kata mak mertua saya tak suka pada cucu – cucunya kerana dia memang benci sangat pada arw4h menantu dia yang dulu. Bila dengar cerita ni saya m4kin takut nak berhubung dengan mak mertua. Dan baru – baru ni mak mertua ada cakap nak datang rumah saya dan tiket semua dah beli. Memandangkan PKP semula maka dia terp4ksa cancel. Perlukah saya cerita semua ni pada suami. Atau hanya berdiam je?

Komen Warganet :

Nor Huzaimah Herman Emma : Berlainan agama dan jenis benci pilihan anak ni memang ada dan amat mer0sakkan rumahtangga anak. Elok diam dulu sebab tahu dari bibikkan, nak bukti pun tak ada. Lagipun belum tentu suami terima, nanti dia cakap buruk – burukkan mak dia pulak. Jangan takut untuk tegakkan hak meskipun dia mak mertua, dia tak berhak untuk mengh1na atau memperIekehkan tempat kita sebagai isteri. Lepas ni lebih berhati – hati, lebih lagi tentang makanan. Kalau terbukti memang nampak dia cuba nak bagi yang tak halal, sergah terus dan bersemuka. Masa tu boleh cerita apa yang pernah diberitahu oleh bibik maka benar. Duri dalam daging ni memang ada.

Hasliza Ahmad : Jangan cerita lagi pada suami sebab puan tak ada bukti, buruk baik mertua pun itu mak dia. Puan rasa senang – senang je ke suami nak sebeIahkan puan tanpa bukti yang kukuh. Itu mak dia, mesti dia menangkan mak dia. Puan hanya isteri dan menantu, silap haribulan puan boleh berg4duh besar dengan suami. Cara terbaik pasang cctv kat rumah secara diam – diam, cari port terbaik terutama di dapur. Kalau ada yang pelik sekurang – kurangnya puan ada bukti. Nanti mertua dah sampai rumah, bila dia ke kedai puan jangan lupa intip dulu pergerakan dia. Sampai dapat bukti baru cerita.

MrsSoon Long : Walaupun saya sendiri bukan muslim tapi saya rasa tak elok la mak mertua sis buat macam tu. Sebab bagi saya, apa pun perbezaan agama bangsa dan budaya kita. Kita mesti saling MENGHORM4TI sesama kita. Tapi payah jugak sis nak cerita kat husband memandangkan itu mak kandung dia. Sesetengah suami, diorang tak suka kita sebut pasal salah laku atau keburukan mak diorang.

Diorang boleh naik angin dan kata kita cuba hasut atau jadi batu api.. Sedangkan bukan itu niat kita. Tapi sis selidiki pendirian husband sis dulu, kalau penerimaan dia okay, baru sis slow talk dengan husband yaaa. Tapi kalau tak okay, baik jangan, takut nanti berg4duh pulak laki bini. Kalau gaduh – gaduh biasa je tak apa, jangan sampai r0sak rumahtangga.

Ani Sundra : Cerita kat laki ko tapi jangan burukkan mak dia pulak. Ko cakap satu persatu apa yang terjadi dan apa mak dia cakap dan apa kesan dia terhadap keluarga bahagia ko. Benda kecik je kak. Kelebihan ko sebab ko jarang jumpa org tua tu. Dah tau perangai dia macam tu lepas ni tak payah nak berbaik – baik sangat. Fokus kat laki dan anak – anak korang. Nak call ke apa tu urusan laki ko dengan mak dia. Dan bila orang tua tu datang sini, ko tegas sikit. Tunjuk siapa mem besar kat rumah dan biar dia respect agama dan adat kita. Tegas.

Auntie Qis : Saya pon kahwin dengan muaIaf, mentua pon macam tu. Ayah mertua siap bawak kawan – kawan dia datang minum arak bagai. Kemudian saya minta suami beli rumah dan pindah. Bila dah pindah masalah dah ok tapi bila ayah mertua meninggaI, timbul lagi masalah. Ibunya datang tumpang barang, sebab ibunya nak balik ke negeri asal. Masa tu saya mengandung anak no 5, semenjak ibunya tumpangkan barang – barang tu seperti beg – beg, saya dan suami selalu berg4duh.

Sampailah saya bersalin, masa dalam ward anak saya yang baru lahir ok je tapi bila sampai jer kat rumah setiap petang pukuI 6 hingga 9 malam baby asyik menangis je. Lagi beberapa hari nak habis pant4ng, saya tergerak hati nak tengok apa ada dalam beg – beg tu. Bila bukak saya tengok ada kitab injil dan beberapa botol air, saya tak tau air apa. Saya panggil suami, suami cakap mungkin air suci. Dia cakap orang kristian panggil air suci kalau kat gereja dan akhirnya suami suruh maknya datang ambik barang – barang tu tapi maknya tak mau dan suami saya yang buang benda tu semua.

Dia dapat tau, dia punya marah tak boleh nak cakap sebab suruh ambik dia tak nak. Dia cakap biar dalam rumah kami sebab untuk halau s3tan.. Sejak dari tu lama kelamaan kami dah ok saya dan semua pon dah ok, ibu mertua pon tak datang dah. Mungkin duit kwsp ayah mertua masa dia dapat tu dah habis agak nya, tu yang nak datang naik kapal terbang tak ada duit.