Mak mertua kuat main HP, 24 jam dalam bilik tengok faceb00k, Tikt0k. Satu hari aku nampak mak mertua buat live tikt0k

Beza sungguh mak mertua aku dengan arw4h ibu. Arw4h ibu aku takde media sosiaI, kuat beribadat tapi mak mertua 24 jam dengan handphone. Aku cuba daftarkan mak mertua masuk kelas agama tapi dia bagi banyak alasan..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ibu aku baru meninggaI tahun lepas. Ibu tak s4kit dan tiba – tiba meninggaI dalam tidur lepas dia tahajjud. Ibu meninggaI dalam telekungnya sambil memeIuk al-Quran, memang itu rutin ibu sejak bersara.

Untuk pengetahuan semua, ibu aku duduk dengan kami suami isteri selepas bersara. Lepas saja arw4h ibu meninggaI, suami decide untuk jaga emaknya pula di rumah ni. Aku ok alhamdulillah. Aku dan emak mertua pun memang baik, cuma bila aku jaga mak mertua aku ni, aku jadi terkenang betul kat arw4h ibu.

Aku secara tak sengaja ter’compare’ antara arw4h ibu dan mak mertua aku. Aku ambil banyak pengajaran. Aku harap semua tak salah faham tentang sharing aku ni. Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak bagitau yang arw4h ibu dan mak mertua aku adalah sebaya.

Bezanya cuma arw4h ibu adalah pesara dan pekerja profesionaI di bandar manakala mak mertua aku adalah pembantu kedai makan dan duduk di kampung. Sekarang mak dah tak kerja dan duduk dengan kami. Ibu aku, walaupun pekerja profesional, dia tak ada medsos. Tapi dia bersosiaI dengan sangat baik dengan semua manusia di sekelilingnya.

Ibu tak pernah bercakap buruk tentang orang, selalu tenang dan tak tahu pun trend semasa, media sosiaI dan semuanya. Aku tak pernah nampak ibu aku ralit dengan telefon. Ibu aku bukan jenis alim tapi biasa – biasa je.

Cuma, lepas bersara dalam 5 tahun tu aku nampak sangat usaha ibu untuk menambah amal, belajar, istiqomah dan buat macam – macam cara untuk tambal ilmu dan amalan. Lepas bersara lah paling obvious aku nampak rutin harian dia dalam beribadat tu teratur.

Walaupun ibu baru pindah rumah aku, ibu cuba usaha sendiri untuk baik dengan semua orang dan cari kelas nak belajar. Aku bangga sangat dengan ibu, dan Allah memuliakan ibu dengan cara kem4tiannya. Perkara yang aku ingat sangat berbual dengan ibu ialah masa aku bagitau yang aku tak sabar nak bersara dan ada rutin macam ibu.

Ibu senyum je waktu tu. Ibu pesan, belajar urus masa dengan media sosiaI. Sekarang ni, orang muda ke, tua ke, semua hanyut habiskan masa di media sosiaI sampaikan nak beribadah dengan tenang tu tak ada masa. Dan ibu cakap, sebenarnya dia pun takut kalau diuji begitu, lagi – lagi di penghujung usia.

Berbeza dengan mak mertua aku. Aku jadi risau sebenarnya bila dah umur macam ni, mak mertua aku masih sibuk dengan Faceb00k dan Tikt0k. Setiap masa mak aku akan on the phone dengan kawan – kawan silih berganti. Dan topik perbualannya adalah tentang orang lain.

Bukan tak pernah kami offer untuk enrol emak ke kelas – kelas, tapi emak beralasan. 24 jam duduk di bilik dan aku pernah ternampak mak buat LIVE tikt0k dengan kawan – kawannya. Tidurnya selalu lewat, bangunnya juga lewat.

Kadang – kadang kami yang perlu k3jut untuk bangun subuh. Sebelum ni, aku tak perasan langsung mak mertua begini, cuma perihal 24 jam berkepit dengan handhone tu memang aku maklum. Entahlah. Benda ni buat aku terus teringatkan arw4h ibu.

Masa ibu cakap pasal aku tentang uruskan masa gunakan medsos tu, aku macam tak terfikir yang rupanya ada w4rga tua yang hanyut keterlaluan dengan medsos ni, dan orang tu ialah manusia yang paling dekat dengan aku.

Dan aku rasa, trend orang tua yang ketagihan medsos ni sem4kin membimbangkan. Kawan aku baru saja mula bangkit dari tr4uma yang melampau selepas ayah dia meninggaI. Tapi yang ditr4uma tu bukannya disebabkan kem4tian ayahnya.

Tapi bila tiba – tiba muncul seorang wanita w4rga asing yang mengaku isteri kedua ayahnya, sambil bawa anak berusia 4 tahun sewaktu pengebvmian ayahnya. Tersebar semua aib. Balunya pengsan. Rupanya lepas bersara, arw4h ayahnya terlibat dengan kancah z1na selepas terpengaruh dengan dating apps.

Lalu, berkahwinlah dengan wanita itu bersama anak yang dikandungkan. Dan kisah madu dan adik barunya hanya diketahui selepas ayahnya meninggaI. Bahana iklan – iklan yang lalu di media sosiaI. Apapun, tujuan aku berkongsi ni bukan nak mengangkat ibu aku dan merendah – rendahkan mak mertua aku.

Aku hanya nak ajak kita semua bermuhasabah. Kita ada pilihan untuk gunakan medsos dengan dengan baik. Usia bukan pengukur kem4tian. Dan jika Allah izinkan kita dipanjangkan umur sehingga menikm4ti usia persaraan.

Semoga kita dapat gunakan masa – masa yang bersisa tu untuk beribadah dengan berkualiti. Kalau korang dapat sesuatu daripada tulisan aku ni, boleh tak korang tolong doakan arw4h ibu dan ayah aku? Terima kasih semua. – Tiya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nabilah Zaki : Faham. Arw4h Mama saya pun begitu. Sejak umur 40 tiap malam tahajjud. Mengaji. Solat dhuha. Solat sentiasa di awal waktu. Juga seorang wanita bekerjaya pada masa mudanya. Semoga ibubapa kita ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman dan diredhai Allah. Aaminn.

Siti Nurulhuda Nordin : Alhamdulillah.. Al-fatihah untuk arw4h ibu TT. Ibu saya juga seorang pegawai professional ketika Zaman kerjaya beliau. Ibu saya selepas arw4h ayah saya meninggaI, ibu banyak mengikuti kelas agama dan infaq tenaga untuk Masjid dan membawa jemaah lain untuk ke Masjid.

Paling saya terkesan, ibu enroll ke kelas mengaji. Dan akhirnya berjaya qatam quran. Saya bangga dengan pencapaian beliau. Ibu menggunakan sosiaI media untuk share posting kelas ustaz – ustaz. Sekarang sedang memujuk beliau untuk tinggal bersama saya sebab risau dia sendiri di rumah.

Syena Ag : Nauzubillah. Saya pun terasa bahang medsos ni. Saya perasan yang saya ket4gih tengok tt. Duit banyak habis kat tt dan sh0pee. Jadinya saya uninstall tt dan sh0pee dalam hp saya. Saya dah tak aktif di semua medsos saya dah bertahun – tahun.

Tiada lagi gambar – gambar dan aktiviti seharian saya yang saya share pada umum. Bila dah tua – tua ni kita sem4kin relavant. Dah hilang keghairahan giIa perhatian. Saya kalau betul betul free baru saya tengok fb dan instagram, bukan sebab nak tengok sangat pun, tapi sebab nak tau perkembangam dunia. Sekarang hanya pos dan share perihal Pal3stine, motivasi dan hal – hal berkaitan agama saja. Tinggalkan dunia sebelum kita  meninggaIkan dunia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.