Suami pergi kursus kenaikan pangkat. Lepas sebulan tiba-tiba dia balik. Dia menangis melutut minta maaf sebab kantoi urin

Suami balik rumah bawa baju dan barang – barang dia sekali. Aku terk3jut. Dalam hati mesti dia ada buat salah besar sebab kursus ada lagi 2 bulan. Suami ajak masuk bilik, dia menangis teresak – esak, melutut. 17 tahun berkhidmat akhirnya dia kantoi..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Hawa (bukan nama sebenar) umur awal 30an. Suami aku Adam (bukan nama sebenar) pertengahan 30an. Kami dah berkahwin hampir 9 tahun. Dikurniakan 3 orang anak. 2 sedang bersekolah rendah. 1 belum bersekolah.

Aku berasal dari selatan dan bekerja di negeri aku lahir. Aku bekerja di syarik4t swasta. Ibu ayah aku masih ada, duduk di negeri yang sama. Aku isteri yang bekerja. Suami aku berasal dari utara. Bekerja di negeri aku lahir.

Cerita aku agak panjang. Aku bercerita bukan niat nak mengungkit apa – apa jasa aku pada suami. Cuma aku tertanya – tanya, aku isteri yang b0doh ke? Cerita bermula lepas suami aku kantoi urine dekat tempat kerja. Suami aku seorang anggota.

Dah berkhidmat hampir 17 tahun. Suami aku sangkut urine sebab k3tum. Waktu tu dia dalam kursus untuk kenaikan pangkat. Lepas sebulan dia balik rumah dengan bawa baju – baju dan barang – barang dia sekali. Aku terk3jut. Terkedu.

Dalam hati aku mesti suami aku ada buat salah besar sampai kena hantar balik. Sedangkan kursus dia ada lagi 2 bulan. Suami aku ajak masuk bilik. Sebab anak – anak ada masa tu. Suami aku melutut mintak maaf. Menangis teresak – esak.

Dia bagitahu aku yang dia kantoi urine sebab k3tum. Kemungkinan kena berhenti kerja. Allahuakbar masa tu aku hilang kata – kata. Kepala aku berpusing. Teringat muka anak – anak. Aku diamkan diri buat sementara waktu.

Ketika ni aku banyak salahkan diri aku. Aku tahu dia ambil k3tum. Sebelum ni aku banyak kali dah marah, nasihat. Masih sama. Aku rasa salah sebab aku sebagai isteri tak mampu nak ubah suami aku, tak mampu nak nasihatkan suami aku sampai berubah.

Lepas 2-3 hari aku mula positif. Rezeki bukan dekat situ je. Inn shaa Allah ada rezeki lain yang Allah nak bagi. Aku yakin tu. Aku maafkan dia. Dia berjanji nak berhenti k3tum. Aku cari doktor pakar untuk rawat ket4gihan k3tum.

Aku beli ubat dia. 1 strip RM42 ye. Tiap kali beli ubat. Aku yang akan pergi beli. Dan semua duit aku. Sebab aku nak sangat dia berubah. Aku tak kisah. Biar aku tak ada duit tak apa. Janji ubat tu sentiasa ada untuk dia. Suami aku mula berubah. Aku bersyukur sangat waktu ni.

Allah tarik 1 nikmat dekat aku tapi Allah gantikan benda yang paling buat aku gembira. Suami aku mula solat. Pergi surau, masjid. Lepas solat dia akan mengaji. Tapiiiii… Semua perubahan tu hanya sekejap. Aku mula nampak perubahan dia.

Aku diam – diam beli strip urine test untuk k3tum. Sebelum urine dia. Aku check fone dia dulu. Waktu ni awal pagi. Dia tidur time ni. Aku betul – betul kecewa. Dah la kerja tak ada. Dia boleh pulak main jvdi. Layan video tak senonoh.

Aku kecewa sangat. Aku sedih. Aku terus k3jut dia. Tanya kenapa buat semua ni. Dia nafikan. Kalau dah bukti depan mata. Celah mana nak nafikan lagi. Aku terus suruh dia buat urine test. Allahuakbar positif wei. Benda ni lagi buat aku betul – betul kecewa.

Aku dah sehabis baik buat untuk dia berhenti ket4gihan k3tum. Aku menangis semahunya. Lepas 2 hari. Aku duduk berbincang dengan dia berdua. Aku luahkan semua yang aku rasa. Aku pendam. Mental aku betul – betul burnout. Aku rasa s4kit sangat. Hati aku s4kit. Jiwa aku s4kit.

2 jam aku bercakap luahkan semua. Dia cuma menangis dan mintak maaf. Akhirnya aku kalah dengan pujuk rayu dia. Silap aku masa ni. Memang silap!! Aku maaf kan dia. Aku mintak dia berubah. Lepas 10 hari aku urine dia sekali lagi.

Sebab aku masih rasa tak sedap hati. Dia bagi aku alasan. Urine akan positif lagi. Sebab kesan dia sebulan. Aku Google wei semua maklumat pasal k3tum. Tak sampai sebulan pon. Dia bagi juga urine dia. Still positif. Aku tanya dia bila last dia minum. Dia cakap 2 – 3 hari. Allahuakbar. Masih tak berubah.

Punya lama aku luahkan perasaan haritu. Dia masih ambil k3tum. Aku check online banking dia. Masih ada duit keluar untuk jvdi. Aku betul – betul kecewa time ni. Aku fikir cerai jela. Aku betul – betul s4kit menahan perasaan ni. Pedih. Pedih sangat.

Aku bawa diri. Aku packing baju – baju aku. Dia langsung tak tanya ek mana aku nak pergi. Aku pergi rumah ibu ayah aku. Aku terp4ksa cerita dekat diorang. Sebab aku dah mula tak w4ras. Hampir nak ced3rakan diri aku. Satu malam aku tidur sana.

Ibu ayah aku cakap. Kalau kau betul – betul dah nekad nak berpisah. Kau yang mintak dia keluar rumah tu. Lagipon tu rumah kau. Kalau kau still nak dia. Kau stay rumah ibu ayah. Nanti dia cari kau. Ayah nasihatkan dia. Ibu ayah tak boleh campur. Ni urusan kau laki bini.

Ibu ayah cuma boleh nasihat. Apa pon keputusan kau. Ibu ayah sokong kau. Sebab aku terlalu marah dekat dia. Dengan anak 1st day sekolah dia buat tak tahu. Dengan tak tanya aku nak pergi mana. Tanya hal anak – anak. Aku suruh dia keluar dari rumah tu.

Untuk makluman korang. Rumah yang kami duduk ni. Rumah nama aku. Seharian aku duduk termenung. Kenangkan jasa aku. Tak cukup baik ke aku. Aku banyak tolong dia. Tak pernah berkira dengan dia. Rumah ni aku bayar guna duit peruntukan isteri.

Rumah kami duduk ni sewa beli under kerajaan negeri. Murah sewa dia. Lagi 10 tahun, inn shaa Allah jadi hak milik kekal. Aku apply rumah ni dari aku bujang. Sebelum aku kenal suami aku. Duit peruntukan aku bayar duit rumah, bil api air. Tu pon kadang – kadang negatif duitnya. Kiranya nafkah duit untuk aku memang tak ada la.

Suami aku gaji bulan – bulan lepas tolak segala hutang dia. Termasuk hutang LpSSA , peruntukan aku dan mak dia. Tinggal 2k. Tiap kali gaji dia akan bagi aku 800 untuk duit barang dapur termasuk susu Pampers anak untuk sebulan dan duit sekolah anak – anak.

Duit lebih dia aku tak pernah tanya dia buat apa dan mintak. Sebab aku bekerja. Aku ada duit aku sendiri. Kadang – kadang duit barang basah aku beli guna duit aku. Tiap hari aku tak pernah miss sediakan makanan untuk dia.

Aku selalu masak. Kalau tak masak aku beli makanan dari luar. Guna duit aku. Aku tak claim dekat dia. Duit kereta aku bayar. Insurans kereta aku settelkan. Maintenance kereta pon aku. If kereta aku ada problem apa – apa Aku sendiri pergi bengkel.

Kalau pergi berjalan / bercuti atau balik kampung dia. Semua duit aku. Aku tak pernah kisah semua tu. Bagi aku janji anak – anak aku happy. Aku pon happy boleh berjalan sana sini. Duit bil api air segala jenis cukai rumah dia tu pon aku yang bayar. Rumah tu kami tak duduk. Hanya balik sekali sekala.

Roadtax moto dia pon aku yang bayar. Duit yuran sekolah anak. Baju sekolah. Baju raya. Semua duit aku. Kelengkapan raya. Duit raya. Semua aku yang keluarkan duit. Tak cukup baik ke lagi aku? Atau aku isteri yang b0doh?

4 tahun lepas. Suami aku pernah terbabit dalam kemaIangan. Keadaan waktu dia time tu teruk. Tangan kanan patah. Kaki kiri patah. Kaki kanan tissu koyak. TuIang pinggul beralih. Lama dia terbaring. Aku urusan dia. Masa dekat hospitaI hari – hari aku pergi sana. Cuci ber4k dia.

Sebulan lepas duduk hospitaI. Aku jaga dia dekat rumah. Sebelum pergi kerja. Aku sediakan makanan / minuman untuk dia sebeIah katil dia. Balik kerja aku kemas semua k3ncing dia. Makan minum dia. Ketika tu masa aku dengan anak – anak memang tak ada. Kesian anak – anak aku time ni.

Alhamdulillah aku ada ibu ayah yang banyak membantu aku. Jaga anak – anak aku. Dia nak balik kampung. Aku hantar dia ke utara sana. Siang aku gerak ke utara. Malam tu juga aku balik selatan sebab tuntutan kerja jadi Aku tak boleh stay lama dekat kampung. Anak – anak aku jaga.

Bila aku ingat semua ni. Apa la salah aku pada dia. Susah ke dia nak berubah. Susah sangat ke permintaan aku ni. Tinggalkan benda – benda h4ram. Kemungkaran. Dah berapa hari dia tinggalkan rumah. Dia langsung tak ada tanya khabar anak – anak. Kesian anak – anak, hari – hari tanya ayah diorang.

Suami aku cakap dekat mak dia. Aku yang nak berpisah. Dia tak fikir ke kenapa aku cakap macam tu? Salah aku juga ke? Bila jadi macam ni. Aku banyak fikir. Aku dah tolong dia macam – macam. Dah buat macam sehabis baik. Kenapa dia layan aku macam ni.

Sekarang ni aku berdoa Allah tunjukkan aku jalan yang betul. Apa – apa pon berlaku. Aku cuba berlapang d4da. Sekarang ni aku cuma fikir anak – anak. Besarkan anak – anak. Terima kasih sudi baca luahan hati aku. Doakan aku kuat hadapi ujian dan dugaan ni. Assalamualaikum.. – Hawa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Bib Minah : Usah dikenang b0doh atau tak. Buat pilihan cerdik ada masa sekarang untuk masa depan yang lebih baik. Selagi terik4t dengan dia yang tak mahu berubah, tt akan ulangi cycle kehidupan yang sama. Move on jaga dan cari bahagia bersama anak – anak.

TT bertuah sebab ibu ayah supportive. Cuma tindakan dari tt saja untuk terjadinya satu titik perubahan besar yang hujungnya membawa bahagia atau terus memilih untuk kekal ditakuk kehidupan yang lama. Go tt go. Anda bijak tak perIukan suami yang takberfungsi itu. Saya doakan moga diberi kekuatan, ketenangan dan kebahgiaan buat tt bersama anak – anak tersayang.

Hafizah Nasir : Sis tak b0doh. Dari apa sis cerita, sis ni terlaluuuuu bijak sampai boleh buat semua sendiri. Akhirnya, suami sis nak buat apa? Semua sis settle-kan. Dah beberapa kali peluang disiakan. Langsung dia tak hargai usaha sis nak bantu. Sis pun dah hantar kat rumah mak ayah dia. Apa lagi sis perlu? Anak? Anak bagi ajelah jumpa ayah. Tapi, sis kena cari kebahagiaan untuk diri sis sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.