Mak mertua marah sebab suami aku curang. Tapi suami macam orang tak betul sampai mengigau panggil nama perempuan tu

Aku dan suami kawan baik dari sekolah, bila dah dewasa aku p4ksa dia untuk bercinta dengan aku. Aku gunakan mak dia untuk pastikan kami kahwin. Tak sangka lepas kami kahwin pun suami tak nak sentuh aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku dan suami baru 4 tahun berkahwin. Belum ada anak. Aku namakan suami aku sebagai Eiq. Eiq lelaki yang aku cinta sejak dari zaman sekolah menengah. Tapi ketika itu kami hanya berkawan rapat kerana menurut Eiq dia cuma anggap aku sebagai kawan baik.

Disebabkan kami rapat, keluarga masing– masing juga mengenali. Aku rapat dengan keluarga Eiq. Keluarga aku juga baik dengan Eiq, tapi Eiq takdelah rapat dengan keluarga aku macam aku rapat dengan keluarga dia.

Fast forward, habis sekolah, aku merantau sambung belajar. Eiq pulak sambung belajar dekat tempat asal kami je atas kekangan kos. Kami sem4kin renggang, jarang berhubung walaupun boleh je nak whatsapp bagai tu. Tapi dengan aku Eiq tak macam tu.

Dia jarang contact aku untuk menegaskan dia takde hati dengan aku. Tapi ada lah dia message / call seminggu 2 – 3 kali bertanya khabar. Aku yang tak reti bahasa. Aku p4ksa Eiq terima aku lebih dari seorang kawan. Aku kata bagi aku peluang untuk buktikan yang aku mampu jadi kekasih hati dia.

Eiq memang taknak walaupun dia single. Tapi lama – lama dia setuju juga. Bila keluarga Eiq tahu kami ‘bercinta’, mereka semua happy. Memang mak Eiq mengharapkan aku jadi menantu. Aku bangga sebab mampu buat keluarga Eiq sayangkan aku walaupun aku tahu Eiq takde perasaan lebih dari seorang sahabat.

Bertahun kami ‘bercinta’, Eiq tetap sama. Jarang menghubungi aku. Kami pulak bercinta jarak jauh. Banyak kali dia memutuskan hubungan kami, aku tetap nakkan dia semula. Bila aku habis belajar, mak Eiq cakap nak pinangkan aku untuk Eiq. Aku setuju.

Aku tahu Eiq sangat sayangkan keluarga dia, Eiq akan dengar cakap keluarga dia. Kami bertunang. Sepatutnya ik4tan hanya 6 bulan. Tapi Eiq asyik tangguhkan pernikahan. Tangguh punya tangguh sampai 2 tahun. Persediaan dah 80%.

Aku tahu Eiq taknak nikah dengan aku. Tapi aku nak Eiq jugak kerana aku tahu dia memang single takde sesiapa cuma dia tak cintakan aku. Awal tahun 2020 kami selamat menikah. Aku bahagia sangat. Tapi Eiq biasa – biasa je.

Persiapan nak kahwin pun Eiq tak ambil tahu. Family dia yang uruskan semua. Malam sebelum pernikahan kami pun Eiq kerja, pukuI 10 baru balik dari office. Punya lah dia nak tunjuk protes dia. Aku memang perasan dan nampak semua tu. Tapi kerana sayang aku butakan mata.

Lepas nikah, Eiq tak sentuh aku pun di malam pertama. Kami hanya berborak tentang persiapan majlis persandingan. Kami cuma bersama selepas 3 bulan, itupun setelah aku yang p4ksa dia. Tapi kami jarang bersama. Kalau bersama pun, aku tengah syok, tiba – tiba Eiq lembik. Nampak kan dia takde perasaan dan nafsu pada aku?

Setahun menikah, Eiq sem4kin berubah. Kalau dulu aku cakap kat Eiq ‘i love you’ dia baIas juga walaupun dia sekadar cakap ‘love you’, tak pernah sekali pun dia sebut ‘i love you’. Aku perasan tu. Yelah love you tu kan macam general je. Aku faham tu.

Kalau ‘i love you’ tu macam specific orang tu memang nak cakap dia sayang kita. Pastu kan, bila cakap love you tu tak pernah pun dia pandang muka aku. Aku tahu dia nak jaga hati aku je. Aku pulak jenis apa – apa bagitahu mak dia, mak dia akan ceramah lah Eiq lepas tu. Eiq akan marah aku.

Dia cakap aku dengan mak dia macam mengongkong dia. Tapi aku rasa puas sebab mak kesayangan Eiq sayangkan aku. Sekurangnya ada sebahagian dari Eiq yang jadi milik aku juga. Pendek cerita, di tahun ke 3 pernikahan kami ni, terbongkarlah rahsia Eiq.

Dia rupanya mencintai perempuan lain. Dah 2 tahun setengah hubungan mereka. Maknanya beberapa bulan lepas kami menikah Eiq dah curang dengan aku isterinya yang sah ni. Masa Eiq tidur, aku check phone dia. Tak jumpa apa – apa dekat whatsapp mungkin dia dah padam message sebelum tidur.

Aku scroll contacts dia pulak. Rasa nak pecah d4da aku jumpa salah satu contact dia tertulis ‘my love’ siap ada emoticon love lagi. Nombor aku? Dia cuma letak nama pendek aku je. Aku ambik nombor perempuan tu. Aku namakan dia Ika.

Esoknya, aku ambik cuti kec3masan, aku whatsapp perempuan tu. Pendekkan cerita, Ika tu rupanya tak tahu Eiq berstatus suami orang. Aku percaya, sebab dalam social media Eiq, tak pernah ada gambar aku langsung.

Gambar kahwin pun tak ada. Dia pun sejenis yang jarang nak post apa – apa dekat social media kecuali pasal kerja dia untuk tujuan promosi. Ika call aku. Menangis – nangis dia meminta maaf. Dia kata dia akan putuskan hubungan dengan Eiq. Aku jawab, ya sila putus.  Dia suami aku dan dia sayangkan aku. Aku tahu kau hanya tempat persinggahkan sebab sebelum ni kami PJJ.

Tapi dalam hati aku, aku tahu aku menipu diri sendiri. Mana mungkin Eiq sayangkan aku. Aku call mak Eiq ceritakan semuanya. Bagi aku mak Eiq sahaja cara aku untuk tetap memiliki Eiq. Beberapa jam selepas aku berhubung dengan Ika, Eiq pulang ke rumah.

Pulangnya awal dari kebiasaan. Aku memerhati dari tingkap, nampak Eiq sugul dan melangkah lemah masuk ke rumah. Bila dia dah masuk ke rumah baru nampak jelas wajah Eiq kemerahan, matanya berair. Dia menangis.

Eiq ajak aku duduk di meja makan. ‘Saya minta maaf, saya tak mampu cintakan awak, saya dah kecewakan awak. Tapi hari ni awak nampak betapa kecewanya saya bila Ika putuskan hubungan kami’. Aku cuma diam je. ‘Saya kenal Ika masa dekat kolej. Saya sukakan dia, cintakan dia dari masa tu lagi, tapi Ika tak pernah tahu’.

Aku tanya kenapa? Sebab dia kata masa tu dia rasa tak layak untuk Ika. Ika cantik sangat orangnya, anak orang berkedudukan. Eiq pula hanya orang biasa. Lepas habis kolej, mereka lost contact. Mereka berjumpa semula 2 bulan sebelum pernikahan aku dan Eiq sebab masa tu company Eiq hire company Ika jadi menguruskan segala event company mereka.

Mereka berhubung semula dan sem4kin rapat. Eiq mula ada keyakinan untuk mendekati Ika. Tapi mereka tak ada apa – apa hubungan masa tu, hanya sekadar berkawan. Hanya selepas beberapa bulan kami bernikah, Eiq berani meluahkan perasaan pada Ika.

Rupanya Ika pun merasakan yang sama malah Ika mengaku, yang Ika telah menyimpan perasaan pada Eiq sejak di zaman kolej. Saat Eiq bercerita, nampak penyesalan di air mukanya. Aku hanya mampu menahan rasa marah dan kecewa.

Mak Eiq meng4muk. Mak Eiq cakap takkan terima perempuan tu. Aku? Masih cuba buat Eiq sayang dan cintakan aku. Aku tahu Eiq masih cuba pujuk Ika. Dia dah tak padam message kat whatsapp, nama Ika masih lagi ‘my love’ dalam contacts dia. Eiq sem4kin dingin dengan aku.

Aku ajak Ika berjumpa. Ya, Ika sangat cantik orang nya. Berpewatakan menarik, pandai bergaya. Lemah lembut dan baik orangnya. Nampak penyayang. Patutlah Eiq tergiIa – giIakan dia. Aku tau Eiq masih mencari – cari Ika.

Aku nampak betapa tak keruan nya dia. Selalu keluar rumah secara tiba – tiba. Aku tahu dia ke rumah Ika. Ika cakap, dia selalu nampak kereta Eiq dekat luar rumah dia. Aku tanya Ika, masih sayangkan Eiq tak? Ika angguk. Ika cakap dia pun merana.

Ini salah dia sebab tak periksa betul – betul status Eiq. Aku percaya Ika tak tahu sebab aku baca message dorang berdua dalam telefon Eiq. ‘Sampai hati Eiq tipu Ika, apa salah Ika, Ika betul sayangkan Eiq’. Antara message Ika.

BaIasan Eiq pada message tu pula, tak sanggup aku nak cerita. Memang nampak sangat Eiq sangat cintakan Ika. Dekat rumah macam budak kecik yang kem4tian ibu. Makan taknak, asyik termenung je. Mengigau sebut nama Ika pun pernah.

Aku pernah juga meng4muk dengan Eiq pasal tu, tapi Eiq hanya diam dan minta maaf. Dari segi nafkah zahir, Eiq bertanggungjawab. Dia beri aku beribu – ribu setiap bulan walaupun aku ada pendapatan sendiri. Tapi sekarang, aku tak kisah pasal nafkah. Tak bagi pun takpe.

Aku cuma nak hati Eiq. Dua hari lepas, Eiq tiba – tiba buka mulut. Dia kata, dia takkan lepaskan Ika. Kalau dia berjaya pujuk Ika, dia akan menikahi Ika. Dia w4rning aku jangan sesekali aku cuba untuk buat Ika tinggalkan dia lagi. Aku cakap, ‘mak awak takkan terima’.

Dan dia baIas, takpe, Ika tak perlu jumpa mak. Buat apa jumpa mak nanti mak cuma akan s4kitkan hati Ika je. Takde sesiapa boleh s4kitkan hati Ika atau buat Ika menangis. Habis je Eiq cakap macam tu, aku terduduk menangis.

Eiq biar je. Takde cuba peIuk aku tenangkan aku. Lepas tu dia cakap, ‘Sampai saya m4ti, Ika cinta hati saya, cinta hidup saya, cinta m4ti saya. Dia terima saya seadanya, ketika susah senang saya, jatuh bangun saya. Tak pernah dia suruh saya buat benda yang saya taknak buat, dia satu – satunya yang memahami saya’. Masa ni dunia aku rasa gelap.

Sekarang aku tak tahu apa status Ika dengan Eiq. Aku lemah selemahnya walaupun aku cuba buat macam biasa. Mak Eiq yang aku cuba jadikan senj4ta untuk buat Eiq hanya milik aku seorang pun tidak lagi berkesan. Eiq minta ampun dan menangis – nangis pada ibunya.

Dan hanya berkata dia layak bersama dengan orang yang dia cintai. Dia layak bahagia kerana sebelum ini hanya memikirkan kebahagiaan orang lain. Yang lebih membvnvh Eiq, Ika tidak lagi respon kepada calls dan messages Eiq.

Eiq pernah cakap kat aku, yang dia takkan biarkan Ika jatuh ke tangan lelaki lain, dia takkan lepaskan Ika lagi. Dia tau Ika sayangkan dia dan satu hari nanti Ika akan kalah juga kalau Eiq tidak berputus asa. Aku hanya mampu pasrah.

Tak mampu aku nak labelkan Ika jahat, peny0ndol atau sebagainya sebab dia memang perempuan yang baik hatinya. Kita dapat rasakan aura seseorang tu kan. Dan berhubungan dengan suami orang tak menjadikan Ika tu jahat, dia hanya membuat pilihan yang salah.

Manusia mana tak buat silap. Tapi dia cuba perbetulkan dengan memutuskan hubungan dengan Eiq. Aku hargai itu. Mungkin aku yang salah kerana dari awal mem4ksa Eiq dan menggunakan keluarganya untuk mengik4t Eiq. Biarlah begini asalkan Eiq di depan mata aku sentiasa. Doakan aku kuat. – Aira (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Syima Nordin : Maaf lah cakap. Tapi penulis sangat pentingkan diri. Sanggup guna ibu dia untuk melemahkan dia. Hidup berpasangan kene ada kasih dan sayang. Saya ada baca komentar dari dalam kalangan komentar ni. Carilah seseorang yang mencintai kita. Cinta itu berbeza dengan rasa kasih dan sayang. Cinta is cinta.

Murshida Fuad : Istikharahlah tt. Seumur hidup terlalu lama. Nak cakap tak patut ke apa pun dah kahwin. Tapi istikharahlah. If I were you, I will always choose myself before anybody else.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.