Anak baru 5 bulan tapi mengandung lagi! Mak mertua mengamuk heret pergi gugurkan kandungan, lepas buang siap suruh aku solat taubat!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

gugurkan kandungan

Anak sulung baru masuk 5 bulan, aku disahkan hamil lagi sampai mak mertua bising sebab jarak rapat sangat. Paling kejam, dia heret aku pergi gugurkan kandungan kedua ni atas hasutan biras, dan suami pula ikut je cakap mak dia!

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Tolong hide Facebook aku ye. Aku tak faham la dengan sesetengah keluarga sebelah husband aku ni, dulu masa first kami kahwin aku ingat family sebelah husband aku semua baik baik tapi ada sesetengah dari mereka mempunyai sikap di luar jangkaan.

Aku bersalin anak pertama, anak aku kuat sangat merengek tengah malam sampai mak mertua terpaksa teman aku tidur sebab dia tak percaya anak dia sendiri teman aku tidur. Pada masa yang sama, biras aku, wife kepada abang husband aku pun baru lepas berpantang di rumah yang sama.

Jadi aku ada dengar biras aku tu complain cakap mak mertua tak adil sebab teman aku je untuk seminggu first berpantang, dia pula mak mertua tak teman sebab anak dia tak kuat merengek macam anak aku. Lagi pun aku jauh lebih muda dari dia dan dah jadi ibu masa tu.

Masa aku mengandung dulu.adik ipar aku ni dah dalam pantang. Dia orang punya pantang, orang yang mengandung tak boleh sebumbung dengan orang yang baru lepas bersalin. Aku tak boleh jenguk anak dia atau sentuh anak dia, kalau ikutkan hati aku nak je angkat kaki dari rumah tu tapi mengenangkan husband dengan baby dalam perut aku, aku kuatkan hati untuk bertahan di rumah tu.

Masa anak aku kuat menangis, mereka buat andaian anak aku kuat merengek sebab aku tinggal sebumbung dengan orang yang tengah berpantang. Sedihnya hati aku bila dengar orang cakap aku macam tu, entah sejauh mana kesahihan andaian dorang tu.

Tak lama kemudian, baby kita orang dah mula makan dan anak abang husband aku tak berapa selera nak makan. So parents baby tu pergi tengok kat dukun Cina, katanya sebab aku pregnant tinggal dalam rumah tu. Ya Allah, dugaan apakah yang aku lalui masa tu.

Tak lama tu anak aku masuk 5 bulan, aku pregnant lagi anak kedua dan mak mertua bising sangat, katanya jarak anak rapat sangat. Aku ingatkan dia happy, dalam hati aku habis kalau anak aku yang sulung tu ada twin macam mana, kena buang sorang lagi tu?

Mak mertua bawa aku pergi gugurkan yang nombor 2 tu, kecewa dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Husband aku pun ikut je cakap mak dia, aku tahu mak mertua buat macam tu sebab dengar suggestion dari biras aku tu sebab mak mertua ada minta pendapat biras aku sebelum tu.

Lepas gugur, boleh pula mak mertua pesan nanti sembahyang la minta ampun dari Tuhan. Apa korang rasa kalau korang kat tempat aku? Aku ni min dah banyak sangat makan hati sebab dorang tu, tapi Tuhan je yang tahu betapa aku sabar bertahan dalam rumah tu sampai sekarang.

Lepas kejadian tu, aku kerap sangat gaduh dengan husband aku. Entah kenapa hati aku rasa sedih sangat bila mengenangkan nasib aku tinggal kat rumah tu, sampai family sebelah husband aku cakap aku yang bukan bukan sebab kerap sangat gaduh dengan husband aku tu. Tapi ada dorang tanya kenapa aku jadi macam tu? Ada?

Tak lama kemudian, aku bersalin anak nombor 3 tapi kesian sangat umur dia tak panjang min. Entah kenapa ujian begitu berat Tuhan bagi kat aku, yang nombor 3 takde pun dorang salahkan aku. Sedangkan doktor pun tak tahu punca anak aku meninggal, inikan pula aku yang ibu kepada baby aku tu.

Dia meninggal secara tiba – tiba. Dalam buku rekod lepas baby aku lahir, baby aku ada masalah jantung. Baby aku hembus nafas terakhir pun dekat hospital. Belum sembuh luka dalam hati aku, biras aku boleh pula cari pasal sebab dengar mulut orang lain tuduh aku yang bukan bukan pasal biras aku tu.

Dia hina aku tak serupa dengan umur dia, kalah budak – budak menengah yang baru nak up tu gaduh, siap dengan kata kata kotor yang dia lemparkan. Dahlah desak aku pula tu suruh minta maaf. Dalam hati aku, dia ni dah kenapa? Aku dah banyak sangat bersabar dengan dia ni, dia gunakan gambar baby untuk tambahkan sedih aku sebab dia tahu aku selalu ingatkan anak aku yang baru takde tu.

Biras aku ni cakap aku, tak mampu buat cara tak mampu. Yang sorang ni cakap aku masih bergantung hidup dengan orang, yang satu tu tak sedar dia sendiri pun bukan orang senang, sama macam aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Yang nombor 2 ni pula tak sedar diri sendiri pun masih bergantung hidup dekat orang sekeliling. Lepas tumpang aku, hina aku pula hidup masih bergantung, takde maruah ke apa? Yang nombor 2 ni bakal bini kepada sepupu husband aku, kiranya yang nombor 2 ni rapatlah dengan biras aku tu.

Tak apa min, mungkin hinaan mereka tanda tanda hidup aku akan berubah esok lusa. Mulai sekarang aku dah tak bercampur sangat dengan orang kat tempat husband aku ni termasuk biras aku, aku dah malas dan dah muak dengan sikap tingkah laku kejam mereka yang langsung tak bertimbang rasa.

Aku dah start buka buku baru, buat hal aku sendiri. Dah malas sangat rasanya nak bercampur dengan dorang, lantak dorang nak cakap aku apa. Apa yang aku kongsi, aku jadikan iktibar dalam hidup aku, kalau korang kat tempat aku apa korang rasa? Apa korang akan buat?

Komen netizen :

Ariff Dan Haslina : Pengajaran dari kisah ni, sebaiknya selepas mendirikan rumah tangga, sebaiknya pindah terus ke rumah lain. Jangan kita tinggal dengan mak ayah kita atau tinggal dengan mak ayah pasangan, biarlah terpaksa menyewa pondok kecil sekali pun asalkan kita bahagia bersama pasangan kita. Peduli apa yang orang kata, kukuhkan agama dalam rumah tangga kita. Insya-Allah bahagia selamanya.

Suhaibah Jaafar : Tak mampu baca sampai habis, terasa geram la pula. Kalau dah berkahwin tu jangan sesekali tinggal dengan mak mertua, cari rumah sewa sendiri atau bilik kalau tak mampu, tak perlu seksa diri nak hadap hidup dengan dorang yang syirik tu, dah la perangai macam – macam. Kalau awak berkeras, kenapa nak ikut juga pergi gugurkan kandungan tu? Cuba la merancang dan cari ilmu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5145 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.