Kami suami isteri bukannya orang senang. Tapi setiap bulan mak mertua minta duit RM200 sebulan. Dah beberapa bulan suami tak mampu bagi. Sekarang kami kena hadap sind1ran dari mertua. Apa yang lebih menyedihkan bila cucu datang nak main dengan mertua pun kena toIak..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca semua. Admin minta tolong hide profile aku.
AKU ada masalah dengan mertua aku min. Mak mertua aku minta duit pada suami aku RM200 setiap bulan. Tapi suami aku kerja gaji tak sampai pun RM2K, dia ada tanggungjawab rumah, kereta, motor dan hutang sampingan. Kami dah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata, seorang berusia 4 bulan dan seorang berusia 1 tahun 2 bulan. Kedua – dua anak aku masih minum susu botoI dan masih guna pampers.
Mak mertua aku tak fikir ke semua tu? Sedangkan aku ni suami bagi nafkah RM50. Kadang bagi kadang tidak tapi aku tak penah minta pun. Cukup suami sediakan tempat tinggal pakai dan minum. Suami sendiri kadang pergi kerja tak bawa duit, tunggu balik rumah baru makan tapi mentua masih nak duit.
Dulu suami dahulukan bagi duit dekat mertua sebab dulu dia ada lebih gaji dan anak pun tak ada lagi jadi boleh la bagi duit setiap bulan. Sekarang suami dah jarang bagi duit dekat mak mertua, tapi bila mertua minta duit kami sekeluarga akan cuba hulurkan duit sikit RM100 RM200.
Lepas 2 bulan suami tak bagi duit dah sebab suami ada hutang loan. Terus mak mertua sind1r kami. Tapi yang sedihnya dengan cucu dia sendiri pun dia h1na, senang cakap kita sekeluarga kena sind1r sampai tak bercakap. Anak saya pergi dekat mertua nak main, mertua tolak anak saya, sedihhhhnnyaaaa saya rasa waktu tu.
Sebab duit diorang buat macam ni, kenapa diorang tak faham keadaan suami, keadaan kami. Yang ada hutang dan tanggungjawab dekat diri sendiri pun dia tak penah beli apa – apa. Kami bukan orang senang. Korang boleh fikir tak macam mana?
Mertua sempat lagi menyumpah TAK BERKAT TAKKAN BERJAYA hidup keluarga kecik saya. Sedangkan saya ada anak. Macam mana dengan hidup anak saya. Sampainyaa hati mertua.. Allahuakbar..
Aku terkilan sangat, mertua aku buat macam aku tak pernah tolong apa – apa. Mertua aku macam tak kenang jasa aku sekeluarga. Ya Allah rasa d0wn sangat sekarang ni. Kenapa diorang sanggup buat macam ni? Sekarang diorang cakap aku la punca sebab suami aku tak boleh bagi duit pada diorang. Mana pergi hati seorang ibu, seorang wanita, mana??
Dan sekarang memang betul duit segalanya untuk awak, mak. Terima kasih banyak-banyak mak. Saya hanyalah seorang surirumah.
Komen Warganet :
Cik Nolie : Sebenarnya bila dah kahwin kita memang perlu focus pada ekonomi rumahtangga sendiri. Kalau selalu nak fikirkan masalah orang lain nak jaga hati orang nak puaskan orang lain sedangkan kita yang tanggung susah memang tak berbaloi langsung. Masing – masing ada rumahtangga sendiri termasuk mertua awak, jadi pandai – pandai la manage duit masing – masing. Sekali sekala tu ok lah.
Jangan sebab org lain kita pulak mend3rita dengan pasangan kita. Hidup ni kena ukur baju kat badan sendiri kalau tak mampu buat saja cara tak mampu. Ada rezeki lebih boleh je kongsi – kongsi tapi kalau sendiri susah kes3mpitan kena pandai – pandai la. Biar orang benci dari awak sibuk nak puaskan hati semua orang. Tolong jadi diri sendiri.
Sieyah Len : Saya pun ada anak ada menantu. Saya tak ada minta duit pun kalau anak atau menantu bagi saya ambik. Kalau tidak saya tak akan merungut sebab saya tahu kemampuan anak – anak. Mereka pun ada keluarga dan anak kecik. Kita sebagai mak bapak harus faham juga. Banyak – banyakkan berdoa untuk anak dan menantu. Semoga kehidupan mereka lebih dan dimurahkan rezeki.
Ai Rene Syahira : Tak wajib pun, ikutlah kemampuan anak lelaki sebenarnya. Jika dia mampu untuk diri dia, then untuk isteri dia, anak – anak dia, bapa dia dan baru la mak dia. Wahai mak – mak dan bakal mak mentua skalian, tolong jangan jadi ibu derh4ka dan dalam masa yang sama menderh4kakan anak hanya kerana mem4ksanya untuk beri duit tiap bulan. Jika anak tu mampu, tentu la dia tak akan lupa nak memberi. Tolonglah berperikemanusiaan. Dan jangan jadi orang ketiga yang akan memusn4hkan masjid anak sendiri.
Lavender Ungu : Pedulikan je kata – kata mertua tu walau ia berbaur sump4han. Allah Maha Mengerti dan tahu doa siapa h4mba-Nya yang mahu dimakbuIkan. Dug4an buat anda dan suami untuk mengecapi kebahagiaan. Soal duit tu, bagi bila ada, bukan setiap masa perlu dihuIur tanpa fikir nafkah mana yang wajib didahulukan. Ibubapa itu yang utama tapi jangan lupa yang mana lebih utama.
Fiza Sidek : Mak si suami tetap tanggungjawab dia sis. Bila seorang suami dahulukan isteri dan orang tua inshaallah berkat rezeki dia. Tak boleh bagi RM200 bagi sikit pun tak apa. Zaman saya susah dulu suami kerja guard je tapi bila orang tua minta duit kami tak penah tolak kami usahakan jugak walaupun kami sesak. Dulu susah sangat gaji suami kecil tapi keperluan semua cukup.
Sekarang mungkin Allah baIas jasa kami so dah senang berganda – ganda dari dulu. Cuba ikhlaskan ya kalau kata tak boleh bagi banyak atleast konsisten lah bagi RM50 – 100 untuk orang tua setiap bulan. Inshaallah Allah cukupkan rezeki untuk famili sis jugak.