Kenapa mak benci aku anak luar nikah, sedangkan aku ni datang dari rahim dia

Mak aku mengaku dekat aku yang dia tersangatlah bencikan aku. Dia cakap aku ni pembawa maIang. Dia nak bunvh aku masa aku dalam perut dia tapi dia fikir d0sa pahala dan orang yang pujuk dia. Walaupun dia bencikan aku sepenuh hatinya tapi aku rasa kan, dia sebenarnya sayangkan aku kan?

#Foto sekadar hiasan. Kalau korang baca, mesti korang akan fikir ni kisah fiksyen novel sebab kisah ni macam kisah anak teran1ayai dalam sebuah novel atau dalam drama. Untuk pengetahuan korang, kisah macam aku ni rasanya dah banyak dah tersiar dalam page facebook kan?

Kisah tentang anak teran1ayai kerana ibu bapa yang tak bagi perhatian, ibu bapa benci anak kandung, kisah anak luar nikah yang disisihkan oleh ibu bapa kandungnya dan seumpamanya itu korang dah baca tapi ini kisah aku.

Aku berusia 30 tahun. Seorang perempuan. Bekerja sebagai peniaga pakaian secara kecil – kecilan. Ada kedai tapi kedai yang disewa dengan harga RM800 sebulan.

Aku baru saje buka kedai pakaian ni dengan modal takdelah banyak ribu pun tapi bolehlah masukkan pelbagai jenis pakaian walaupun nampak sikit. Dan alhamdulillah bisnes pakaian ni menjadi.

Aku tinggal seorang diri. Tinggal di kedai yang aku buat pengadang untuk aku tidur dan solat serta memasak. Keluasan kedai jadi sempit sebab aku tinggal situ tapi tak kisahla. Kenapa aku tinggal di kedai? Sebab aku tak mampu nak bayar sewa rumah yang mungkin berharga RM400.

Kalau nak sewa rumah juga, itu makan duit juga. Mana nak cari duit sewa untuk kedai, untuk rumah lagi dan untuk buat modal jualan beli stok pakaian lagi lepas tu nak makan lagi. Tak cukup. Aku kena pandai merancang duit juga ni.

Dulu aku tinggal dengan ibu bapa dan dua kakak dan abang serta seorang adik perempuan. Aku anak ketiga. Aku pindah keluar dari rumah tu pada usia aku 26 tahun.

Masa tu aku betul – betul nekad dah nak keluar. Ikutkan pada masa tu aku boleh keluar awal dan menyewa rumah tetapi aku macam tak boleh keluar lagi.

Aku keluar apabila aku dah ada duit cukup untuk buka bisnes dan pada masa yang sama aku tak nak terik4t dengan adik – beradik aku yang macam penyembur r4cun dan aku juga tak nak terus – menerus jadi anak derh4ka dekat mak ayah aku.

Kononnya aku nak hidup berdikarilah biarlah masa tu hati rasa takut aja. Lepas aje aku pindah, diorang sudah ‘abaikan’ aku. Diorang tak pedulikan aku dah. Aku rasa seronok sangat – sangat. Aku pun tak perlu fikir banyak benda yang berkaitan dengan diorang lagi.

Aku cuma kena fikir macam mana nak kembangkan bisnes aku ni. Aku ada impian nak beli rumah kedai dan bayar loan rumah kedai supaya aku tak perlu menyewa lagi. Harapnya bisnes aku ni masyuklah ya.

Ehh dah banyak perenggan dah aku taip. Kisah aku tak pula aku taip.

Sebenarnyakan, aku anak luar nikah. Kakak dan abang aku tu anak bapa tiri aku dengan isteri pertamanya. Ibu kandung aku bini kedua. Mak aku tu beranakkan aku pada usianya 16 tahun.

Dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan dia dengan bf dia. Bf dia tu tak nak bertanggungjawab dan lari sampai sekarang entah ke mana.

Yalah. Dah gf mengandung pastu bf pula berusia 16 tahun, masa depan masih panjang. Better lari dan takyah bertanggungjawabkan?

Lelakikan takpe kalau buat maks1at sebab senang terlepas. Kalau perempuan buat maks1at pastu mengandung, susah nak lepas sebab banyak kena temp1as nanti.

Mereka berdua ni buat maks1at suka suki tak fikir panjang kesan akibatnya. Dan bila dah terjadi satu nyawa tu, hah mulalah kaIut. Mak aku hampir nak gugurkan kandungan tapi mak saud4ra aku pujuk dan mak aku beranaklah aku ni. Mak aku berhenti sekolah.

Dia bekerja kat mana tah terjumpa dengan bapa tiri aku yang dah ada isteri ni. Kenal – kenal kemudian jatuh cinta pastu kahwin. Kahwin pula senyap – senyap. Bini pertama tak tahu pun. Aku masa ni usia 3 tahun camtulah.

Bila bini pertama tahu tu, memang kecoh juga. Ini semua aku dapat tahu dari mak saud4ra aku yang sangat sayangkan aku tu. Dia ceritakan semuanya.

Aku dulu tinggal dengan mak saud4ra aku. Memang aku rasa disayangi oleh seorang ibu walaupun bukan dia yang melahirkan aku.

Mak saud4ra aku ni janda tak ada anak dan tak berkahwin selepas kem4tian suaminya. Usia aku 12 tahun, mak saud4ra aku meninggaI dunia dan ibu kandung aku ambil aku tinggal dengan dia.

Kisah aku bermula masa aku berusia dalam beIasan remaja gitu. Bapa tiri aku ni dia baik. Dia tak pernah pun marah aku. H3rdik aku atau h1na aku yang anak yatim.

Dia selalu bagi kata – kata nasihat. Masa aku kena buIi, dia pergi ke rumah budak – budak yang buIi aku tu dan marah mereka sampaikan mak bapak budak – budak berg4duh besar dengan bapa tiri aku. Mak? Mak aku dia marah bapa tiri aku sebab terlalu beIa aku.

Dia siap cakap lagi kenapa nak melebihkan anak luar nikah berbanding anak kandungnya? Anak kandung bapa tiri aku kadang – kadang tidur di rumah dan adakalanya tidur di rumah mak mereka. Mak aku juga hasut anak – anak bapa tiri aku ni benci kan aku.

Masa bapa tiri aku tak ada kat rumah, diorang berdua masuk bilik aku dan menyimbah air suam ke muka aku yang tengah nyenyak tidur.

Siapa tak meraung bila kena air suam. Air suam ke? Aku rasa macam air panas. Muka aku ni memang merah menyalalah kena. Nak tahu siapa suruh mereka buat gitu dekat aku? Mak aku.

Mereka kata mak aku suruh simbah air sebab aku tak bangun lagi dan dah lewat nak pergi sekolah. Tepuk dahi sekejap. Aku tak bangun lewat lah. Masa tu baru jam 5 pagi seingat aku. Belum masuk waktu subuh lagi.

Hairan juga aku macam mana mereka boleh bangun awal pagi semata – mata nak menyimbah aku. Agaknya mereka tu baru sudah buat tahajud kut.

Masa aku tengah makan pula, aku makan berasingan. Aku makan duduk bersila di atas lantai yang tak berlapikkan mozek atau tikar getah sementara yang lain makan di meja. Bapa tiri aku ajak makan di meja tapi kena jerkah oleh mak. Mak pula cakap situ tempat aku. Sini tempat orang bersih. K.

Aku tak kisah pun asalkan aku dapat makan. Cuma makanan aku tu pun berbeza. Aku makan telur goreng. Mereka makan ayam goreng. Tak apalah aku tak kisah. Memang aku tak merungut ke apa dengan bezanya ini. Aku adalah makan petang tu.

Masa tengah makan, datang mak aku dia sep4k pinggan aku. Habis berterabur nasi dan telur goreng aku hmm. Dia cepat-cepat bawa bekas yang isi beras dan telur tu masuk dalam biliknya, takut aku masak nasi dan goreng untuk makan kali kedua. Aku macam takpelah.

Aku pergi sekolah dengan basikal. Yang lain pergi dengan kereta. Kereta tu bapa tiri suruh mak aku guna untuk hantar anak – anak pergi sekolah.

Dia pergi kerja dengan motor selepas solat subuh lagi. Dia kerja guard. Aku pernahlah nak naik kereta nak pergi sekolah sebab sekolah sama dengan adik – beradik tiri aku ni. Mak aku marah dan segala c4cian dia keluarkan. Hati aku pula telan ajelah.

Telinga aku ni memang berdesing jugaklah dengar tapi nak buat macam mana, memang aku ni anak luar nikah yang tak ada tempat dalam keluarga tu dan wajar disisihkan pun. Aku ingat kata – kata mak saud4ra aku aja yang menyuruh aku sentiasa bersabar dan jangan meIawan.

Ya. Setiap kali mak aku kata bukan – bukan dekat aku, aku diam dan aku bersabar. Tipulah aku tak marah. Aku marah juga tapi aku p4ksa diri aku diam walaupun rasa nak pecah. Tapi… aku terluah juga segala marah aku selama ini.

Ini kerana mak aku cakap aku anak b4bi. Anak b4bi har4m. Anak b4bi giIa. Anak b4bi bod0h. Sebenarnya, setiap kali dia nak marah aku, dia akan sebut aku ni anak b4bi.

Contoh makan, dia cakap mana anak b4bi ni ha? Ha gitulah. Fuh. Memang aku rasa aku ni an4k b4bi kut sebab sepanjang aku duduk dengan dia, dia panggil aku anak b4bi.

Okey. Pendekkan cerita… aku cakap kalau aku ni anak b4bi, dia pun b4bi juga iaitu ibu b4bi. Macam mana anak b4bi boleh lahir dari rahim seorang manusia? Memang ayat aku tu buat dia meng4muk. Berbir4t belakang badan aku kena r0tan.

Kat sekolah, aku ni bukanlah seorang yang pendiam. Aku ni kecoh juga. Walaupun ada suara – suara mengejek aku anak luar nikah, aku abaikan walaupun hati ni pedih. Tapi dah hakik4tnya kan? Buat apa nak menafikan.

Pelajaran aku okey. Aku dapat keputvsan cemerlang dalam PMR. Aku nak sambung belajar di sekolah kluster cemerlang tu. Tapi mak aku larang. Dia suruh aku habiskan sekolah lama tapi anak tiri dia boleh pula masuk sekolah kluster cemerlang.

Adik aku lahir setelah bertahun – tahun mak aku kahwin dengan bapa tiri aku. Masa mak aku pant4ng, aku ni jadi pembantu rumahnya bantu dia dalam pant4ng. Disuruh buat itu buat ini. Aku terp4ksa ponteng sekolah tau sampaikan cikgu datang sekolah tanya mana pelajar cemerlangnya.

Ahahah. Maaf. Ter ‘ri4k’ sikit. Mak aku cakap dekat cikgu yang aku malas pergi sekolah. Sebenarnya mak aku yang p4ksa aku ponteng sekolah. Memang kena tepuk dahi sendirilah masa dengar jawapan mak tu.

Mak aku mengaku dekat aku yang dia tersangatlah bencikan aku. Dia cakap aku ni pembawa maIang. Dia nak bunvh aku masa aku dalam perut dia tapi dia fikir d0sa pahala dan orang yang pujuk dia.

Aku berterima kasih dekat dia sebab dia sudi lahirkan aku walaupun dia bencikan aku sepenuh hatinya tapi aku rasa kan, dia sebenarnya sayangkan aku kan?

Mesti dia sayangkan aku Cuma dia malu nak cakap. Cuma sampai sekarang ni dia asyik cakap begitu. Segala kata m4kian darinya aku telan dan aku abaikan. Adik – beradik tiri aku pula sama dengan mak aku.

Mereka berpakat untuk menc4ci aku dan mengh1na aku supaya aku tak tahan duduk dengan mereka. Ternyata ya. Aku dah tak tahan. Aku meIawan mak aku sampai bapa tiri aku yang selama ni anggap aku anak dia tamp4r aku sebab dia ternampak aku ni toIak mak aku.

Memang aku toIak mak aku sebab aku tak suka dia tuduh aku bukan – bukan. Selama ni aku abaikan saja apa dia cakap tapi entah macam mana aku jadi naik dar4h. Dan semuanya sudah berubah dan tiada yang sama. Aku keluar rumah tu.

Aku berharap suatu hari nanti mak aku datang dekat aku dan cakap dia sayangkan aku.. Aku… sayang mak aku…

Aku sekarang fikir nak kembangkan bisnes aku sahaja. Salam… – ANIS (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syakriah Ishak : Mak cik doakan Anis diberi ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan hidup dunia sampai Akhir4t . Sesekali jika teringat ibu Anis, doakan ibu diberi hidayah Ilahi. (Hidayah ni macam – macam). Selagi ibu tak dapat petunjuk Ilahi, selagi tulah ibu jahiI keras hati.

Jika cari jod0h, elakkan yang beza 16 tahun daripada Anis (khuatir terbekenan bapa biol0gy untuk jadi suami). Ya lah kan, tidak pula Anis nyatakan Anis tahu siapa bapa biol0gy Anis. Insya-Allah suatu masa nanti Anis pasti tercapai cita – cita dalam bidang perniagaan serta dapat bentuk keluarga baharu yang penuh kasih sayang. Jom pembaca sekalian, kita doakan anak ini.

Siti Khadijah : Mungkin mak TT bila nampak TT dia terkenangkan d0sa silam dia. Dan orang yang paling dia marah adalah diri dia sendiri. Walau bagaimana pun itu bukanlah alasan untuk dia melayan awak dengan buruk. Saya suka TT yang berdikari dan berusaha untuk masa hadapan tapi duduk seorang diri di dalam kedai bah4ya dik. Make sure tak ade sapa tahu adik tinggal sorang – sorang. Kunci kedai baik – baik sebelum masuk tidor. Takut ada orang r0mpak kedai dan apa – apakan adik. HP sentiasa berdekatan dan insyallah masa hadapan kalau mampu pindah keluar ye dik. Semoga berjaya. keep f1ghting!

Sarah Yusof : Mak awak bencikan awak sebab dia bencikan bekas kekasih dia yang menyebabkan dia mengandung tapi Iari dari tanggungjawab. Kesian mak awak. Tapi dia meIampiaskan kemarahan itu kepada awak. Allah telah takdirkan begitu hidup awak sebab awak mampu. Semoga awak terus tabah dan bahagia dunia akhir4t.

Atie Zaenal Abid : Ya Allah.. Kesiannye awak dik.. Tak apa lah.. Jauhkan lah diri dari orang yang tak umpamakan kita. Majukan diri dan jangan peduli manusia – manusia macam tu. Semoga nanti bila awak bertemu jod0h. Awak dapat mak mertua yang begitu sayangkan awak sebagai anak sendiri.. Aamiin

Cik Puan Norhizan Yusoff : Awak kuat walau lemah sebenarnya. Terus berusaha abaikan orang yang mengan1aya awak jangan lupa solat, ALLAH maha mendengar. Mak awak tak layak jadi ibu kalau memb4bikan zuriat sendiri, kurang iman kurang didikan agama. Umur 16 dah terjebak maks1at, rasanya dah Iiar lebih awal lagi tapi tetap tak sedar diri kutuk anak har4m yang dia sendiri lahirkan. Ya ALLAH perempuan ape ni.