Duit gaji aku ni asyik habis tolong ik4t jamin abang – abang ipar masuk lokap je

Aku ni kerja doktor, memang isteri aku baik sangat. Masalahnya bapak mertua suka minta duit dekat aku sebab nak jamin anak – anak dia yang selalu keluar masuk lokap. Yang buat aku str3ss, bapak mertua sanggup datang tempat kerja aku minta duit, kalau tak bagi dia tak nak balik..

#Foto sekadar hiasan. Asssalamuaikum. Tolong hide profile aku min.

Aku bekerja sebagai sebagai doktor di salah sebuah hospitaI di Kuala Lumpur dan isteri aku hanyalah seorang surirumah. Aku dibesarkan oleh mak angkat dari kecil lagi manakala isteri aku ada 3 orang adik beradik dan dia merupakan anak bongsu dari keluarga tersebut. Dua orang abang dia tu adalah pen4gih dad4h.

Sebelum kahwin, aku memang dah tahu, yang abang – abang dia tu pen4gih dad4h, tapi aku tak ambil kisah pun, sebab aku nak kahwin dengan adik dia. Isteri aku sekarang memang baik, memang tak ada kekurangan pun. Dia layan aku semua baik.

Masa sebelum kahwin tu, aku dah bagitahu kat mak angkat aku, memang nak kahwin dengan isteri aku sekarang. Tapi, mak angkat aku, tak bagi sebab dia dah pesan, “Kita kalau nak kahwin, kita bukan kahwin dengan dia sahaja, tapi kita kahwin dengan family dia sekali”. Tapi, aku tak hiraukan pun dengan pesanan mak angkat aku tu. Aku teruskan juga.

Sekarang, memang aku str3ss giIa min. Mak dan ayah mertua aku hanya sekadar bekerja kampung ja. Yang lagi 2 orang abang dia tu, memang tak kerja langsung. Asyik mencvri aja kerjanya.  Kalau dia tak menyusahkan aku, tak ada hal. Yang aku str3ss, setiap kali mereka berdua buat hal dan masuk penj4ra, duit aku yang kena jamin diorang. Sekali masuk Iokap bukan murah, sampai 3-4 ribu duit aku meIayang. Aku kerja kerajaan ja, gaji bukannya mahal sangat pun.

Yang lagi str3ss, kalau aku tak bagi duit untuk ik4t jamin nanti pak mertua aku datang hospitaI, tempat aku kerja nak minta duit. Sanggup datang dari kampung naik bas, semata mata nak suruh aku bagi duit kat dia, suruh jamin anak dia tu. Str3ss!

Aku memang mula – mula memang tak nak bagi, tapi kalau sampai merayu, sampai ke tempat kerja aku. Memang aku tak boleh buat apa, terp4ksa bagi. Kalau tak, pak mertua aku tak nak balik, dah ganggu kerja hakiki aku. Abang – abang dia, asyik bagitahu nak berubah kat bapak dia. Tapi dah 2 – 3 kali sorang – sorang masuk Iokap. Huhuu.

Aku str3ss sangat sekarang ni, kadang – kadang aku datang kerja. Aku dok fikir “duit yang aku kerja ni, memang aku nak sara hidup keluarga isteri aku ja ke min”. Kadang – kadang mak aku call mintak, duit RM 200- 300 untuk beli barang dapur, aku lambat bagi. Padahal, dia yang membesarkan aku, sampai aku jadi seorang doktor. Memang setiap bulan gaji aku negatif.

Apa yang perlu aku buat ?

Komen Warganet : 

Rizal Rodzuan :  Ko tetapkan syarat kalau sekali boleh la tapi kalau dah berkali – kali takkan setiap masa ko nak kena jamin lepas tu buat lagi. Tak pun ko cakap kat bini ko suruh slow talk dengan bapak dia pasal hal ni, jangan sebab perkara ni rumahtangga korang berantakan sudahlah. Kalau mertua ko sayang rumahtangga anak perempuannya, mereka tak akan kacau ko dah apatah lagi bukan saIah ko tapi anak – anak lelaki yang diternak menjadi macam ni kecik – kecik tak nak m4mpus sudah besar menyusahkan orang.

Azlina Bt Ismail : Orang kalau dah selalu keluar masuk ni memang tak ada dah harapan nak berubah selagi dia duduk kat kampung tu, percayalah. Mak bapak plak jenis membeIa anak walau dah tau anak dia salah, susahlah. Kena bertegas dengan keluarga mertua. Jangan sampai terp4ksa asingkan dia dan anak perempuan dia kalau dah terp4ksa. Suami berhak terhadap isteri.

Ninie Sarbini : TT perlu tegas, kalau mertua datang lagi ke hospitaI tetapkan pendirian yang TT tetap tak akan bagi. Kena juga tegaskan pada isteri yang TT ada hak untuk tidak bantu mertua. Jika isteri seorang wanita muslim yang baik dia akan tahu tempatnya kini adalah pada suaminya bukan pada keluarganya jadi dia wajib taat pada apa juga permintaan TT selagi tidak membelakangkan agama. Kena cakap dengan mertua jika datang jugak ganggu TT di hospitaI TT tak akan teragak – agak untuk buat laporan polis yang mertua menganggu ketenteraman TT dan mertua boleh di ke akan restr1ction 0rder untuk tidak mendekati TT atau isteri.

En Hairul Bustam : Ambik maklumat ipar awak tu serah pada AADK kalau AADK memang tak ada peluang la nak jamin terus hantar ke CCRC. Duit jamin awak tu boleh dapat semula. Duit jamin tu ganti diri yang kena tangkap. Bila boleh jamin pastikan mangkuk tingkat tu hadir bicara. Kalau tak hadir hangus duit jamin. Kalau susah sangat awak suntik jer m0rfin tu bagi 0verd0se terus, selesai masalah.

Khamsah Muhammad : Saya faham tekanan yang dari hadapi tapi betullah kena bertegas. Tak ada lagi istilah jaga hati. Biarkan abang ipar tu masuk penj4ra, lagi baik kalau hantar pusat pemuIihan. Cakap dengan mertua, kalau sayangkan anak jangan lagi jamin dia tapi biarkan dia dihukvm dan dipulihkan. Semua demi masa depan dia jugak. Tak berbaloi menghabiskan gaji untuk orang macam ni..