Beranak boleh pulak, bab jaga anak lepas kat mak abah dari anak pertama sampai sekarang dah 3 orang anak

ekisahdotcom warning

Aku kesian sangat tengok mak abah penat jaga cucu. Ingatkan dulu anak pertama je kakak aku hantar. Ini dah sampai anak ketiga semua hantar dekat mak abah. Lepas tu setiap hari OT ambil lewat sampai tengah malam. Aku selalu nampak mak tertidur masa kend0ng baby..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ema. Aku tulis kat sini sebab aku geram dengan perangai kakak aku yang dah ada 3 orang anak ni. Dari anak pertama, asyik serah anak dia bagi mak abah aku jaga. Sudah la diserahkan sesuka hati dia, sampaikan mak abah aku nak buat kerja lain pun tak boleh sebab nak kena tunggu dia datang hantar anak. Datang suka hati, tak bagi tahu nak datang pukuI berapa. Abah aku nak pergi mana – mana pun tak boleh sebab kena tunggu dia datang.

Lepas tu dia boleh buat OT sampai tengah malam, biar mak abah aku yang dah tua jaga anak dia. Itu baru anak pertama. Rupanya sampai dapat anak ke-3 pun dia buat macam tu lagi. Suami dia lagi la aku tak tahu function dia apa. Isteri balik lambat, bukan nak ambil anak kat rumah mentua. Dia pun sama sengaja tak ambil anak dia kononnya nak tunggu isteri habis kerja.

Setiap malam diorang akan datang ambik anak lepas tu mak abah kena jamu dia dengan suami dia makan. Lepas makan, cuci tangan terus lepak tengok tv. Bukan nak cuci dapur bekas dia makan dengan suami dia, tak cuci botol anak, tak kemas mainan anak dia yang berterabur tu. Lepak lama – lama pulak tu. Sampai mak abah tak boleh rehat. Mak abah aku yang buat semua berkaitan anak dia. Cuci botol, cuci baju, Iipat baju, mandi anak.

Mak abah tak merungut depan dia. Tapi orang yang duduk dalam rumah ni yang nampak betapa penatnya mak abah kena jaga budak – budak kecik dengan umur macam tu. Orang dalam rumah ni yang nampak mak abah s4kit sebab penat jaga anak diorang.

Kalau nak bagi mak abah jaga anak – anak tu, tak boleh ke datang ambil awal? Ni isteri balik lambat, suami pun sama lambat. Sengaja biar anak – anak kat mentua sampai larut malam. Senangnya hidup mcm ni, dah kahwin beranak pinak, anak – anak camp4k kat mak abah. Tuan punya badan tak fikir mak abah letih jaga anak – anak tu siang malam. Belum masuk weekend lagi, dah ada rumah sendiri pun lepak rumah mak abah. Weekdays datang, weekend datang. Siap makan minum kat rumah mak abah. Dah la tak hulur belanja dapur. Bila datang tu bukan tolong apa pun. Lepak tengok tv. Anak – anak pun masih lagi mak abah yang tengokkan.

Bukan tak pernah cakap kat mak abah, tapi diorang terlalu sayang cucu punya pasal. Yang anak tu fikir la sikit, berpada – pada la nak menyusahkan mak abah. Sampai dah kahwin pun nak menyusahkan lagi. Menantu pun sama naik menyusah kan mentua. Dah kahwin memang tak berk0rban langsung untuk jaga anak. Makan minum pun mak abah tanggung lagi walaupun dah sewa luar. Tu belum cerita bab pinjam duit mak abah lagi. Dah la menyusahkan kudrat, duit lagi.

Sambungan..

Aku ada luah kat parents aku lepas tu ada kelainan sikit. Tapi bertahan dalam 2 – 3 hari je. Instead of kakak aku hantar semua anak – anak dia, dia hantar sorang je. Mungkin suami isteri tu bergilir – gilir jaga anak. Bergilir pun, tetap nak hantar anak dekat parents aku jugak. Amende entah. Tapi sekarang jadi balik, tetap datang tengah malam baru nak ambil anak – anak.

Jadi apa yg aku cakap dekat parents aku tu macam mencurah air ke daun keladi. Lepas tu, cakap kat aku jangan sibuk hal anak orang sebab aku belum ada anak, cakap aku jeIes dengan kakak aku la. Macam – macam. Apa yang aku cakap, semua akan dibalikkan kat aku semula. Jadi memang tak guna nak cakap apa pun.

Makcik aku dah pun hint kat parents aku ni. (Orang luar boleh rasa mak abah aku ni penat jaga cucu walaupun aku tak cerita kat diorang) Tapi parents aku macam nak menafikan. Diorang cakap diorang okay. Mulut cakap macam tu tapi hati? Dah berapa kali aku balik rumah tengok abah aku tersengguk – sengguk mengantuk dekat kerusi, berapa kali aku tengok mak aku tertidur sambil kend0ng baby.

Kadang ada jugak mak aku cakap dia susah nak pegi mana – mana sebab kena jaga cucu. Maknanya dalam hati dia ada jugak terkilan sikap kakak aku yang asyik serah anak – anak kat dia. Bila kakak aku tak hantar anak – anak dia, baru la aku nampak parents aku dapat tidur awal dan dapat pegi masjid.

Bagi parents aku, elok diorang jaga daripada hantar pengasuh sebab sekarang banyak kes pengasuh d3ra budak. Bagi kami tak salah pun kalau grandparents nak jaga, tapi kalau setiap hari dah lewat malam baru nak datang ambil tu sangat lah meIampau. Kadang – kadang lebih 12 jam jaga cucu. Siang malam parents aku jaga cucu dengan umur macam tu. Kenapa suami isteri kena balik lewat malam setiap hari? Susah ke nak gilir – gilir jaga anak sendiri? Beranak boleh pulak. Bab jaga anak lepas kat mak abah.

Ada sekali tu aku tidur rumah kawan 1 malam sebab ada urusan. Bila aku balik, aku nampak botol susu yang tak basuh atas sink. Sedangkan masa tu tak ada budak dalam rumah. Apa salahnya sebelum balik rumah sendiri lepas ambil anak – anak tu jenguk la dapur tengok ada tak botol yang belum basuh. Suami isteri ni datang memang cuci tangan je. Selesai makan terus rehat tengok tv, lepas tu balik.

Esok ulang lagi. Bukan nak basuh botol anak ke, masuk baju kotor anak dalam mesin ke. Yang kotor tu bekas anak kau sendiri yang pakai kot. Aku kesian sangat kat parents aku walaupun aku tahu diorang sendiri yang mereIakan benda tu jadi.

Aku dah boleh tahu apa akan jadi kalau aku sound kakak aku depan – depan. Jadi yang paling sedih nanti mesti mak abah aku bukannya kakak aku. Aku tak nak mak abah aku sedih jadi aku diamkan aje. Tapi aku yang sedih tengok diorang penat mcm ni. Ye, kadang diorang tak nak mengaku diorang penat tapi yang duduk dalam rumah ni boleh nampak diorang tu sebenarnya tak larat.

Ya Allah aku doa sangat dah ada anak nanti aku tak nak buat mcm ni kat parents aku. Aku tahu mostly fikir mak abah la penyebab benda ni berIarutan. Tapi makcik aku cakap, sebagai parents memang susah nak menolak bila bab jaga cucu ni. Kadang ada yang lagi sayang cucu dari anak sendiri. Cuma sebagai anak, kesian la sikit kat mak abah yang dah tua tu. Walaupun mulut diorang cakap tak penat, jangan jadi dungu sangat lepas tangan sampai tengah malam baru reti nak ambil anak.

Untung sangat hidup suami isteri ni. Dah bertahun rutin tiap hari ada orang masakkan makanan, ada orang jaga anak – anak sampai lewat malam, ada orang basuhkan botol baju anak, ada orang yang kemas mainan anak. Masa pindah mostly perabot pun mak abah bagi, suami dia selalu pinjam duit parents aku tanpa pengetahuan isteri pun mak abah aku bagi, sekarang dari pagi sampai malam anak – anak dia parents aku yang jaga, suami isteri tu tak yah susah gilir – gilir nak jaga anak – anak diorang pun. Parents aku redha je.

Kadang ada jugak terfikir mak abah ni kena buatan dek suami dia ke. Nauzubillah. Kalau anak – anak lain buat hal memang ke sudah tak habis mengumpat. Tapi kalau bab suami isteri ni, parents aku macam terkunci mulut lepas tu diorang akan biarkan. Entah lah.

Walaupun aku tahu aku cakap kat sini takkan ada penyelesaian, cuma aku harap yang dah ada anak nanti lepas tu nak bagi parents jaga tolong fikir kudrat diorang. Yang hantar lepas tu pergi kerja memang korang tak tau apa jadi kat rumah, penat leIah parents jaga anak kau sampai malam. Kalau parents nak jaga pun agak – agaklah jangan bagi lama sangat sampai diorang susah nak rehat.

Terima kasih sebab dengar luahan aku.

Komen Warganet :

Ummu Azzahra : Anak yang tiada sentuhan, perhatian dan jagaan ibu bapa masing – masing, beza dengan anak – anak yang diberi perhatian sewajarnya. Walau ibu bapa bekerja, jangan jadikan alasan untuk tidak beri perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Kasih sayang nenek datuk tak sama. Cucu yang dijaga datuk nenek manjanya lebih. B0nding dengan ibubapa tak ada. Jangan menyesal kalau anak dah besar nanti, perkara sama mereka buat kat korang sebagai ibu dan ayah. Anak kecil sekali jer. RugiIa la tak jaga anak – anak sendiri.

Rabiatul ‘Adawiyah Ibrahim : Jaga la anak kita sendiri. Pernah mak mertua jaga anak sulung merangk4p cucu sulung selama 2 tahun. Lepas tu terus saya cuba berdikari. Yang abang, saya asuh anak sampai 4 tahun dan terus hantar tadika. Lahir si adik, saya terus hantar taska tapi taska tu tutup sebab viraI pukuI budak. Cukup setahun saya hantar kat jiran rumah dan tahun depan hantar ke tadika. Alhamdulillah.. Allah pelihara mereka dalam jagaan tadika dan pengasuh sebab kita dah niat tak nak susahkan atok dan opah mereka. Setakat sekali sekala boleh la kalau kec3masan.

Nurha Muhammad : Aku syak laki kakak ko ni ada pakai ilmu ni, ala – ala ilmu penunduk gitu. Sampai tahap boleh pinjam duit mertua tanpa pengetahuan bini. Kalau mampu, cuba sponsor mak ayah pergi umrah. So sepanjang mak ayah tak ada tu pandai – pandai la kakak ko nak hidup. Pastu balik dari umrah cakap tak nak jaga cucu lagi sebab nak beribadat.

Salihah Abdul Ghani : Walau macam mana pun jangan susahkan mak bapak tuk jaga cucu. Kesian mereka. Masa tua memang untuk mereka rehat bukan penat jaga cucu. Ada je anak suh mak jaga cucu tapi bila mak mintak tolong memanjang sibuk kerja. Jangan nanti dah tua anak pulak buat kat kita.

Sarah Aina : Orang tua dah susah macam – macam dari kecik nak besarkan kita. Kita dah kerja dapat anak nak mudahkan hidup, nak save bajet, konon nak anak seIamat. sekali orang tua yang menanggung beban. Biar orang tua tak bunyi apa. Yang kita jadi anak pikirlah, kena atau tak cara buat mak ayah macam tu. Kitalah anak kena pikir tentang orang tua. Orang tua diam sebab kasih pada anak cucu. Kita?

Siti Bear : Aku ni kan, mak mertua dok dekat je dengan aku, tapi aku laki bini memang tidaklah nyusahkan mak tu jaga anak kami. Anak aku 3 orang, semua kami hantar taska. Taska ni lepas pukuI 6 kau ambik anak lambat dia akan caj ot. Seorang anak RM12, sehari lewat, RM36.. Ko bayang sebulan bila 10 kali lewat. Yuran taska sebulan lagi mahal dari installment Honda Civic. Tapi kelam kabut macam mane pun, sekali pun tak pernah terlintas nak suruh mak mentua aku tu pergi tolong jemput anak – anak.

Kalau kene keje weekend, or kene keje malam, pepandailah kami laki bini adjust supaya anak – anak tak terabai. Yang aku heran, orang selalu tanya, kenapa bazir duit bayar taska? Kenapa tak suruh mak je jaga? Ehhh.. korang ingat mak mentua aku tu bibik? Nak disuruh – suruh? Aku yang umur 34 tahun ni pun kalau seharian jaga anak – anak sendiri rase nak pengsan, ni plak nak suruh mak umur 60 tahun jaga cucu?

Sejujurnya, baik mak mertua aku atau abah aku sendiri (mak aku dah tak ada) tak pernah mereka tukar pampers atau mandikan anak ku (mak mertua aku pernah la sekali masa aku baru bersalin dia tolong sebab anak aku kembar). Nenek atok ni memang sayang cucu lebih tapi korang jangan nak ambik kesempatan plak atas kasih sayang mereka tu.. pandai buat anak, pandai – pandailah kau adjust laki bini macam mana nak beIa anak korang sendiri.

Apa kata anda?