Sebab saya tak bagi suami pergi ‘ride’ , suami halau saya keluar rumah

Saya faham dengan kemampuan suami jadi saya tak kisah bantu dia dari segi kewangan. Dah 2 bulan pampers dan susu anak saya yang tanggung. Nak pergi kerja pun dia minta duit dekat saya. Tapi semalam dia dapat duit advance terus nak pergi ‘ride’. Bila saya tak bagi dia meng4muk sampai teraj4ng dan c3kik sebab halang hobi dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya kongsikan kisah saya yang merupakan seorang isteri, baru berkawin 5 bulan yang lalu. Anak saya umur setahun (faham faham sendiri harap tak kecam).

Kisahnya saya banyak kecil hati dan makan hati dengan sikap suami. saya tak kisah hidup sederhana dengan suami walaupun saya dari keluarga yang berada, cukup segala – galanya. Bila dah ada suami jadinya kehidupan ikut kemampuan suami. Tapi dah 2 bulan ni pampers susu anak saya yang beli, suami nak pergi kerja tak ada duit saya yang bagi duit, saya pergi kerja tak guna duit tak apa.

Saya tak pernah bagi tahu yang saya tak ada duit dan suami pon memang tak pernah tanya. Bulan ni dia tak bagi duit untuk saya dan anak (saya faham dan saya tak minta sebab gaji dia tolak bayar kereta, motor, hidupkan roadtax dah tinggal RM 100). Memang saya tak berkira dan saya tak kisah. Tapi yang saya kisah dan kecil hati, semalam dapat advance RM300, RM100 bayar hutang kawan.

Malam tadi dia bawa saya dengan anak berjalan and makan semata – mata nak dapat ‘lesen’ pergi ride dengan kawan – kawan harini. Keputvsannya saya memang tak bagi pergi ride sebab saya kata, bila ada duit tu simpan simpanlah sikit buat duit pergi kerja tapi dia tak terima. Dia kata saya halang hobi dia apa bagai lah. Ye salah saya sebab tak bagi dia pergi ride tapi dia naik angin sampai teraj4ng c3kik saya Iempang saya. Sayu dah hati bila dah jadi isteri kena pukuI.

Dia halau suruh saya balik rumah ayah saya, saya balik lah tapi tinggal anak kat dia (biar dia rasa jaga anak tanpa saya) tapi tadi dia suruh saya ambik anak dia kata anak menyusahkan dia. Saya nak bagi dia berfikir yang dia dah berumah tangga, dahulukan dan bahagiakan anak bini dulu tapi entahlah saya tak tahu betul ke salah cara saya ni.

Komen Warganet :

Insan Malang : Kenapa tinggalkan anak? Hidup dia sendiri pun tak lepaskan?. Macam mana nak sara, nak ajar pun tak guna sebab dia dah melalukan perkara macam tu. Lepas ni mesti akan merasa pukuI lagi. Nak ride pun tak boleh nak halang sangat hobi dia tetapi kewangan sendiri pun tak cukup, masih tak sedar diri lagi tu. Biasa la orang muda katakan. Awak bekerja boleh je hidup sendiri, lagi baik.

Rosma Aini Kak Atie : Balik pergi ambik anak tu, jangan nanti menyesal. Laki awk tu jenis manusia tak fikir dan tak ada rasa tanggungjawab. Silap haribulan boleh m4ti anak dikerjakan. Ambik anak dan balik rumah mak ayah. Mulakan hIdup baru dengan anak. Tak payahlah pertahankan tumah tangga dengan laki macam tu. Bila dah mula naik tangan kat bini, nanti mesti buat lagi. Sampai bila nak tanggung siksa diri dengan orang macam tu. Sayang diri sendiri dan anak awak tu. Fikir perasaan sendiri..

Puteri Salju : Lelaki kalau dah start memukuI sampai bila – bila pon memang hobinya memukuI. Kau tak sayang anak ke tinggalkan anak dekat lelaki macam tu ? Tak payah la kau cakap nak bagi dia rasa la tanggungjawab la bagai – bagai. Mungkin kamu berdua belum mat4ng lagi, masih muda untuk pikuI semua tanggungjawab ni kan.. Orang macam tu susah la dik nak berubah. Balik je la rumah famili kau. Bina hidup yang baru dengan anak kau tu. Fikir la masak – masak. Buat pilihan yang terbaik untuk diri kau dan anak tu. Muhasabah diri. Perjalanan hidup masih jauh. Mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk kau lepasni. Move on.

Armah SB : Kak.. lelaki kalau sekali dah pernah jentik kita seumur hidup dia akan ulang semula perangai dia.. malah akan lebih teruk lagi berbanding hari ini.. setiap yang berumahtangga semua menginginkan hubungan yang kekal bahagia sampai ke syurga tapi jod0h ajaI m4ut rezeki semua Allah dah tentukan. Kita tak tahu jod0h yang kita ada sekarang ini kekal atau tidak hanya Allah lebih mengetahui. Sekali kita gagal dalam rumahtangga tak semestinya kita akan gagal untuk kesekian kalinya. Ada saja rumahtangga yang gagal kali pertama namun Allah Maha Baik, akan Allah gantikan dengan hadiah yang berbentuk seorang suami yang penuh kasih sayang, lembut dan bertanggungjawab. Cuma perlu BERSABAR…

Aznee Yusoff : 1. Mintak cerai. Laki macam ni ada masalah attitude. Perangai macam ni memang tak boleh diubati. Sebab dah jadi lekat dalam diri.

2. Ambik anak awak. Takut dia lepas geram dekat anak awak. “Anak menyusahkan” statement tu dah red flag awak kena ambik segera anak awak.

3. Terus buat report polis sebab dia cekik dan teraj4ng awak.

4. Jangan dok ulang statement “saya tak kisah” bila awak guna duit sendiri utk laki macam ni. Awak berk0rban wang ringgit utk dia. Dia dapat advanced ada dia simpan? Patut dia kena simpan supaya tak s4ngkut lagi. Sebaliknya dia guna untuk ride. Hobi katanya. Sebab apa hobi tu lagi penting dari beringat untuk simpan?? Sebab dia tau awak “tak kisah” hulur duit kat dia bila dia memerlukan, awak umpama banker untuk dia.

Memang pakej kurang ajar laki awak ni. Tak padan dengan tak berduit, hobi tak beragak – agak

Farah Ain : Saya nak ingatkan kepada golongan suami yang mempunyai hobi di luar sana. Tak salah nak ada hobi tapi lepaskan dulu keperluan isteri dan anak – anak. Lagi – lagi kalau isteri pun bekerja. Dahlah isteri kongsi sama – sama duit bayar apa segala komitmen, suami ada duit lebih sebab isteri sama tanggung keluar rumah pergi enjoy dengan hobi. Pernah tak rasa bersalah dengan bini? Dahla bini tu duduk rumah tinggal dengan anak – anak ko pulak suka – suka guna duit lebih ko belanja sakan dengan hobi kau. Sedar tak kalau bini kau tak kerja boleh ke? Pastu kau complain pulak bini ko tak kemas rumah, tak masak, tak jaga diri..tolonglah jangan buat perangai dayus macam ni.

Jadi apa – apa pun kau nak berhobi dan nak berenjoy ko fikirlah dulu tanggungjawab ko tu dah penuhi ke belum jangan syok sendiri konon nak ada masa ngan g3ng – g3ng. Apa bini ko yang dah berhemp4s pulas kerja siang, jaga rumah dengan anak – anak lagi, tak nak enjoy gak ke? Ramai laki yang macam ni sekarang. Kesian aku tengok bini – bini ni. Taubat taubatlah wahai suami yg ada hobi tapi abai tanggungjawab ni…