Mak nak hidup mewah sedangkan ayah kesempitan sebab PKP. Sepanjang PKP 4 kali mak lari dari rumah

Baru – baru ni ada kawan mak aku datang rumah, boleh plak mengh4sut mak aku suh beli beg, baju baru. Mak menjerit – jerit nak duit pencen, duit sewa rumah, duit brim. Dia nak pegang semua. Dah bermacam – macam m4kian dia Iemparkan kat ayah aku.

#Foto sekadar hiasan. Dulu kami agak berduit, kalau nak beli barang apa semua, mampu bayar. Boleh dik4takan agak Ioaded. Dijadikan cerita, sejak aku pindah ke kampung atas urusan yang tak boleh ditolak, ayah aku mengalami krisis kewangan.

Kerana kami dahulu ada perniagaan kecil – kecilan sebelum berpindah. Sejak dari itu, mak aku selalu berg4duh dengan ayah aku sebab duit. Paling teruk bagi aku, masa setahun PKP ni.

Aku student degree, balik PKP di rumah, class online di rumah. Jadi aku yang saksikan perg4duhan ini. Ayah aku seorang pesara kerajaan. Dan rumah kami yang lama, kami sewakan ke pemilik taska.

Jadi, pendapatan ayah hanyalah duit pencen dan sewa rumah tersebut. Jika ada rezeki, duit BRIM kerajaan. Satu masalah yang timbul adalah mak aku. Mak selalu beli barang macam agak mewah. Kalau nak beli barang basah.

Habis dibelinya ikan 3 jenis, udang, sotong, ayam. Adik aku seringkali berkata, buat masa ni, beli sahaja ayam. Tak perlu udang, sotong atau ikan yang mahal. Tapi entah kenapa mak keras kepala.

Kalau tak dibeli, makan bebeIan la seminggu, mengungkit kata ayah kedekut. Pernah sekali, ayah aku hanya meminta duit syiling dari mak aku, sebab nak isi air mineral. Kerana ketika itu, ayah cuma ada not duit besar.

Mak aku meIenting. Sebab meminta duit. Aku yang berada di situasi tu, pelik. Berapa sangatlah harga sesen tu, sampai nak meIenting bagai. Kebetulan masa tu, nenek beIah mak ada tinggal bersama kami.

Nenek bersuara, berkata, tak akan duit syiling pon nak minta bini. Aku baIas lah, “kan ayah minta duit syiling je. Kalau takde cakap sahaja takde. Tak perlu banyak s0ngeh. Nak membebeI bagai.”

Aku marah kerana masalah duit syiling yang bernilai mungkin RM1.50 tu pon boleh berg4duh. Ayah selalu bagi mak 100 atau 200 atau 50, setiap kali mak pergi beli barang. Aku tau berapa banyak sangat duit ayah pon.

Sebab ayah aku dah tua, aku la selalu yang pergi teman dia cek duit kat bank. Aku boleh agak berapa sangatlah ayah dapat. Dan berapa ayah habiskan.

Masa PKP, mak cuba nak meniaga, ayah bagi duit modal. Lepas jualan apa semua, ayah tak sentuh langsung duit jualan, malah, barang meniaga mak semua ayah yang bayarkan. Mak tak pernah bagi ayah duit untung jualan.

Padahal ayahlah yang menghantar barangnya, yang memasak, membungkus. Adik aku marah, kenapa nak tolong bayarkan modal dia meniaga. Setiap bulan ayah akan bagi RM400 untuk mak.

Setiap minggu pula, jika ada duit dari rumah sewa, brim atau duit pencen. Ayah akan bagi lagi kepada mak 300, atau 200. Dan jika nak ke pasar atau beli barang dapur, ayah tambah lagi 100 atau 50.

Duit ayah aku bukannya berjuta dalam bank tu. Bayangkan, dengan pencen yang 1400 yang tak seberapa, nak bayar umah sewa lagi, bil air bil api. Bagi aku semua duit yang ayah bagi terIampau mencukupi. Terlalu banyak.

Tapi entah kenapa, mak selalu marah kata, tak cukup, nak beli baju, handbag. Nak simpan dalam bank. Ayah selalu berkata, masa PKP ni berjimat la, jangan b0ros sangat masa membeli.

Sebab aku tau, duit ayah dalam bank selalu habis. Hujung – hujung bulan selalu tinggal seratus dua. Itu pun simpan kalau ada em3rgency. Ayah selalu suruh kami bersabar, berjimat masa PKP. Jangan b0ros sangat.

Sejak PKP ni, mak aku selalu berg4duh. Meng4muk tak tentu pasal. Isu yang dikaitkan duit, ayah tak pernah bagi duit nafkah dan macam – macam. Padahal ayah memang bagi selalu.

Aku sendiri yang pergi mesin ATM untuk keluarkan duit. Aku lah yang satu – satunya tau duit ayah tinggal berapa puluh je dalam wallet dia. Aku je yang tau dalam bank ada 150 je setiap bulan.

Ayah dah berapa puluh tahun tak beli baju. Tak beli barang dia. Seluar tracksuit, dia pakai seluar sekolah, matriks aku. Baju tshirt, dia pakai baju sukan matriks aku yang 3 warna tu. Aku tak over. Tapi ni la kenyataan.

Setiap pagi, ayah akan ajak mak makan warung kesukaan dia. Tapi, masih dia kata ayah kedekut, tak bagi nafkah. Dia kata tak perlu, baju lama tak k0yak lagi.

Setahun PKP ni dah 4 kali, mak aku berg4duh besar, lari rumah tanpa pengetahuan ayah aku. 4 kali weh. Masa bulan 1 baru – baru ni aku ada exam final. Bayangkan aku tengah exam VIVA, bukak google meet, bukak kamera.

Boleh dengar suara diaorang berg4duh masa tengah exam. PukuI 2 pagi aku study, diorang g4duh. PukuI 7 pagi aku nak ready untuk exam online. Diorang g4duh. Best kan? Aku dah la ada history depr3ssed anx1ety.

Entah la, gelap rasa. Baru – baru ni ada kawan mak aku datang rumah. Suami dia dah lama meninggaI. Dia selalu cerita, suami selalu beli baju, beg baru. Dia boleh plak mengh4sut mak aku suh beli beg, baju baru.

Aku tak faham la perempuan ni. Apa best sangat baju baru. Aku perempuan jugak, jangan risau, aku paham, nak beli beg baru, baju baru, tapi ni keadaan yang darur4t. Duit agak terhad, berjimat. Tu je aku nak bagitau kat mak aku.

Tapi dia kata apa, mak tau berjimat apa semua, tapi mak nak beli beg, baju baru. Mak nak rasa pegang duit banyak. Kau bila dengar camtu, apa kau rasa, dah la duit pon tengah kering time PKP ni.

Masa mak lari rumah bulan 10 tahun lepas, habis nenek dan adik mak datang ser4ng ayah aku, kata kedekut. Ayah aku bagi RM1000 untuk dia pegang. Sebab dia nak rasa sangat pegang duit.

Esok nya, dia balik. Dia kata, RM1000 tu hilang. Mak aku balik rumah lepas sebulan lari rumah. Menangis minta ampun ngan ayah, sebab duit hilang. Aku tak tau duit tu kat mana. Ayah aku pon tak tau.

Dalam bank pon cek takde. Tak ke serabut ayah aku. Dah la setiap kali berg4duh, ayah aku akan tidur di ruang tamu berlapikkan t0to. Entah la, aku sebagai anak ni rasa macam, boleh ke buat macam tu kat suami.

Selama aku hidup, aku tak pernah Nampak ayah aku tinggikan suara. Nak angkat tangan pon tak pernah. Minggu lepas, mak aku meng4muk, lepas tu dia panggil aku ceIaka, anak tak guna, gara – gara aku tegur per4ngai dia suh bersabar dan berjimat.

Terus dia tak nak ngaku anak. Dia menjerit – jerit nak duit pencen, duit sewa rumah, duit brim. Dia nak pegang semua. Dah bermacam – macam m4kian dia Iemparkan kat ayah aku. Dekat aku, tak usah dik4takan lagi.  Aku kan anak ceIaka.

Jadi, sekarang ni ayah dah hilang sabar. Ayah aku marah, kata,”awak ni tak habis – habis dengan duit. Duit. Duit. Tau tak duit habis, saya dah bagi kat awak beli modal meniaga tu.”

Mak aku dengan yakin, dia kata, ayah aku hanya bagi nafkah RM50 sebulan. Logik ke? Oh lupa nak cakap, selama sebulan ni, tanggungjawab dia sebagai isteri atau mak, tak pernah dia buat.

Basuh baju? Ayah basuh sendiri. Masak. Aku yang masak. Dia hanya duduk kat rumah. Meminta duit. Mengungkit kata kawan dia boleh beli beg baju baru. (Padahal baju dia yang paling banyak dalam rumah ni).

Ayah aku hilang sabar, dia kata. “Lepas ni saya bagi awak RM400 je sebulan. Dah bagi lebih tak reti bersyukur. Awak nak makan ke apa, awak buat sendiri. Hal saya awak jangan amik tau dah lepas ni.

Saya balik kerja, saya nak pergi masjid ke. Jangan cakap ngan saya. Lepas ni tak yah masak apa – apa. Saya takkan makan. Lepas ni saya balik, saya tak nak dengar suara awak.

Saya nak makan, saya cari sendiri makan. Awak nak sangat duit brim. Amik semua. Tak habis – habis dengan duit.” Macam mana ek bagi korang? – Anak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, teruk jugak per4ngai mak tu. Tindakan akhir ayah untuk merajuk dan mengajar mak tu, rasanya ayah dah tahap hilang sabar tu. Kalau mak tak berubah juga, cadangan makcik gini, berpakat dengan ayah untuk kenakan mak.

Contoh, cakap dengan mak, kata ayah nak cari isteri baru atau mungkin ayah tak sihat dan sebagainya. Lihat rentak mak sama ada berubah, cemburu atau m4kin teruk. Jika mak m4kin teruk, makcik harap ayah confessor kuat dan tegas sebagai lelaki.

Perbuatan dia last sekali tu harap dah menjadikan mak sedar yang dia dah hilang fungsi sebagai isteri. Orang yang begitu tak boleh Iawan dengan berg4duh cakap cakap, tapi dengan perbuatan sehingga dia sedar, bila dia hilang ayah, barulah dia nak rasa pentingnya menghargai bila ada. Ceh… teringat kisah gelang makcik hilang pulak!

Aminah Siti : Orang perempuan ni salah faham, ingat nafkah tu dapat duit saku tiap – tiap bulan. rumah, bil api, bil air, baju, tu dah nafkah laa. Laki pulak harap, bila dah sedia semua, orang perempuan kena basuh baju, sedia makan, macam isteri tu orang gaji.

Mak suri rumahkan, dia dah lama pendam, ann0yed, pastu umur camtu ada join group reunion ke, jumpa kawan lama ke, dah rasa down bila bandingkan hidup dengan org lain. Dia nak rasa pegang duit sendiri.

Silapnya nak pegang duit, tapi mengharap duit suami. Carilah duit sendiri. Pesan kat ayah, sabar sikit mak nak men0paus tu, berpuluh tahun masing – masing boleh sabar..

Adlin Norhasran : Saya sungguh simpati dengan situasi keluarga adik. Terutama sekali si ayah. Tapi tu lah, kesenangan yang dinikm4ti tidak kekal dan Allah sedang memberi ujian kepada keluarga adik.

Ayah sebagai ketua keluarga kena bertegas lebih awal lagi. Si ibu masih lagi dengan per4ngainya cinta dunia walaupun dah tak semewah dulu. Ditambah pula nenek dan kawan ibu yang t0xic. Apapun adik jangan berhenti berdoa untuk kedua ibu ayah, lembutkan hati ibu.

Farhana Een : Pernah tengok perempuan yang per4ngai macam mak tt. Bukan sebab buatan orang ka apa. Per4ngai dia memang macam tu. Pakej dengan sentiasa rasa diri dia betul. Orang sekeIiling tegur, semua orang salah.

Sebagai anak, awak support la ayah. Nampak sendiri depan mata yang ayah dah usaha sehabis baik. Terpulang pada ayah apa dia nak buat. Nak stay ke, nak berpisah ke…ikut ayah la. Jaga ayah elok – elok.

Kalau ada duit, beli la baju baru kat ayah. Takat beli kat kedai pakaian biasa, tak mahal pun. T-shirt baru harga RM15 pun ada. Bahagiakan ayah selagi dia masih ada.

Lestari Ria : Saya takut satu hari nanti, bila ayah anda sudah hilang sabar dengan perbuatan mak anda, takut nanti diceraikan oleh ayah anda, Sepatutnya mak anda kena bersyukur sangat sangat kerana dapat seorang suami yang bertanggungjawab dan baik.

Hidup ni ala kadar saja, dan tak perlu menyusahkan suami. Lain lah, jika mak anda bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Bahagia bukan bererti berbelanja tanpa kawalan, bahagia terletak di hati.

Belanja lah secara berhemah, jika syarik4t paling berjaya pun, tanpa ada kawalan kewangan, boleh bankrap. Nasihatkan mak anda, sebelum terlambat. Hidup ni, kena ada check and balance.

Siti Faeza : Takde apa perlu tt buat selain buat baik je pada mak ayah semana mampu. Tindakan ayah tt last tu memang dah bagus. Kalau ada komen suruh nikah lain tu tolonglah jangan bagi idea merapu.

Nikah lain bukan mengurangkan beban tapi tambah lagi tanggungjawab. Tt fokus pada study, buat baik mana mampu, selebihnya doa baik – baik buat mak ayah tt. Hal mereka biarlah mereka selesaikan sendiri. Ayah tt tu pun dah mula tegas. Bagus.