
Dari kecil sampai dah berumah tangga, aku tak pernah rasa macam mana nikmat disayangi keluarga sendiri. Kat rumah sendiri diperlakukan macam orang luar, bila diuji dan ditimpa musibah pun tetap dihina dan dituduh macam-macam… Kadang-kadang penat sangat nak berlakon kuat depan orang, sedangkan dalam hati hanya Allah je tahu betapa hancurnya aku. Tapi aku tetap bertahan dan maafkan semua orang sebab aku tahu dunia ni sementara je. Harap satu hari nanti Allah gantikan kesakitan ni dengan ketenangan yang sebenar…
#Foto sekadar hiasan. Ok min. Aku ada cerita nak kongsi. Ni cerita pasal hidup aku sendiri. Aku bukan nak buka aib sesiapa, cuma aku dah terlalu lama simpan semua ni seorang diri. Kadang – kadang aku penat jadi kuat depan orang sedangkan dalam hati Allah je tahu macam mana h4ncurnya aku.
Aku ada 4 adik beradik dan aku selalu rasa aku ni macam tak pernah wujud dalam keluarga sendiri. Dari kecil lagi mak aku memang layan aku lain macam. Aku tak dibenarkan bercampur dengan orang luar. Tak ada kawan, tak boleh bermain macam budak lain.
Balik sekolah je terus kena kemas rumah, basuh pinggan bertimbun, buat segala kerja rumah. Selagi kerja tak siap, selagi tu aku tak boleh makan. Kalau aku s4kit pun mak aku tak pernah bawa pergi klinik atau hospital. Setakat mandi air batu je.
Muka aku pun tak sama macam adik beradik lain. Orang selalu cakap aku lebih mirip saud4ra sebelah jauh. Suara aku pula serak basah sejak kecil. Aku selalu dikurung dalam bilik dan mak aku memang tak suka saud4ra mara datang jumpa aku.
Sampai ramai yang tak pernah nampak aku membesar macam mana. Aku selalu kena maki, kena pukuI, kena herdik, tapi aku diam je. Aku tak pernah meIawan sebab aku takut derh4ka. Aku ni jenis yang sangat takut dengan d0sa. Aku jaga pergaulan, tak pernah sentuh benda bukan – bukan, tak pernah mer0kok atau keluar bebas macam orang lain.
Aku terlalu takut kalau Allah dah tak sayang aku lagi. Kadang – kadang sampai demam bila rasa hidup aku makin jauh dari rahmat Allah. Dekat rumah aku cuma macam orang gaji. Semua kerja aku buat termasuk angkat barang berat. Yang lain relaks je.
Mak aku tak bagi aku belajar memasak sebab dia takut aku ambil tempat dia. Tapi entah macam mana Allah bagi aku pandai memasak sendiri tanpa siapa ajar. Kalau mak aku nak keluar, dia akan bagi aku ubat tidur suruh tidur. Bila dia keluar rumah, aku tak boleh sentuh apa – apa. Kalau dia suruh duduk dekat kerusi, aku duduk situ berjam – jam. Kalau lapar, aku kena tahan. Duit sekolah pun selama 12 tahun aku tak pernah merasa.
Bila ayah aku kena str0k, aku yang jaga dia. Aku tukar lampin dia, urus makan minum dia, semua aku buat. Tapi dalam masa yang sama aku tak dibenarkan sambung belajar. Pernah ada orang suka dekat aku, tapi mak aku tolak mentah – mentah dengan cara yang sangat kasar.
Lepas tu aku terkena perbuatan orang sampai hampir tiga tahun aku merana zahir dan batin. Tapi aku masih cuba jaga diri aku sebaik mungkin. Disebabkan terlalu percaya pada orang luar dan ustaz tertentu, akhirnya aku dicabuI oleh seseorang. Dari situlah hidup aku makin h4ncur.
Aku mengandung anak luar nikah dan dipandang h1na oleh ramai orang termasuk keluarga sendiri. Mak aku siap cakap, “Bagus kau dah bukan anak d4ra. Baru tak ada gangguan dekat kau lagi.” Sedangkan waktu tu aku sebenarnya dah semakin pulih.
Mak aku suruh aku gugurkan kandungan tu, tapi aku pertahankan anak aku sampai m4ti. Aku besarkan anak tu sendiri tanpa nafkah, tanpa bantuan sesiapa selama 13 tahun. Aku kerja siang malam tapi hampir semua gaji aku mak aku ambil.
Dia minta duit dekat seribu kononnya untuk tumpang rumah, jaga anak, bil api air dan macam – macam lagi. Sampai duit tambang bas aku pun kadang – kadang tak ada. Aku pernah dibekalkan nasi basi untuk makan dekat tempat kerja sampai satu pejabat bau makanan basi tu.
Waktu aku dalam pantang pun mak aku pernah halau aku keluar rumah. Aku keluar dengan anak kecil dan barang – barang sendiri cari rumah sewa. Berbulan – bulan dia tak datang tengok aku. Tapi bila aku dah ada kerja dan mula stabil sikit, dia datang balik.
Dia pukuI anak aku, tak bagi makan, lagakan aku dengan anak sendiri. Sampai aku rasa hilang kekuatan sebagai ibu. Mak aku memang suka mengumpat dan buat politik dalam keluarga. Dia suka cerita buruk pasal orang dekat orang lain supaya semua berg4duh dan akhirnya berg4ntung dekat dia. Selagi orang tak berg4duh, selagi tu dia tak puas hati.
Lepas 14 tahun hidup sendiri, hati aku terbuka nak kahwin semula. Tapi waktu bakal suami datang merisik, mak aku malukan aku depan semua orang. Dia cakap, “Mak doa sampai m4ti kau tak kahwin. Kau hidup sendiri lagi bagus. Boleh bagi mak duit.” Sedangkan adik beradik aku yang lain tak pernah pula dia layan macam tu.
Mak aku selalu kunci makanan dalam almari. Bila aku datang rumah dia, dia akan cakap tak ada duit dan tak ada makanan. Waktu majlis kahwin aku pun dia datang pakai baju buruk kononnya nak malukan aku. Makanan semua dia simpan dekat dapur sampai tetamu kebuluran.
Bila aku dah berkahwin, mak aku hasut suami aku supaya pukuI aku. Setiap kali dia nampak badan aku lebam, dia akan ketawa dan cakap aku padan muka sebab tak dengar cakap dia. Sepanjang 10 tahun perkahwinan, aku hidup kena pukuI hampir setiap hari.
Masa mengandung, masa berpantang, semua sama je. Aku tetap kena sep4k, kena tvmbuk, kena h1na. Tapi aku masih bertahan sebab aku fikir aku boleh ubah keadaan dengan sabar dan doa. Walaupun macam tu, aku tetap tanggung suami aku.
Aku bantu dia dalam segala hal sebab aku tak nak dia lalai dalam urusan agama. Aku terlalu fikir pasal orang lain sampai aku sendiri lupa macam mana nak sayang diri sendiri. Mak aku pula tak pernah berhenti aniaya aku. Dia pernah curi barang rumah aku, burukkan aku dekat orang, doakan benda tak baik untuk aku, cuba buat macam – macam supaya aku nampak b0doh dan giIa.
Dia juga pernah pujuk aku tukar rumah atas nama dia sebab takut kalau aku m4ti dipukuI suami, harta tu jatuh dekat suami aku. Pernah satu malam dia sengaja tukar kunci rumah sampai aku dan anak – anak tak ada tempat tidur. Dia juga burukkan aku dekat ipar duai sendiri.
Dia cerita macam – macam sampai orang fikir aku perempuan murahan, padahal aku sebenarnya m4ngsa cabuI. Ramai orang tanya kenapa aku masih bertahan selama ni. Jawapan aku cuma satu, kerana Allah SWT. Aku percaya hidup dekat dunia ni sementara je. Kalau aku bersabar, mungkin Allah simpan kebahagiaan sebenar dekat akhirat nanti.
Aku tak pernah simpan d3ndam dekat mak aku walaupun dia buat aku macam – macam. Aku tetap doakan dia setiap hari. Suami aku pun aku maafkan sebab aku tak nak dia jauh dari agama. Lama – lama dia mula berubah, tapi semuanya dah terlambat. Kami akhirnya bercerai juga.
Sekarang kami masih berhubung sebab ada anak bersama. Aku dengar dia nak kembali semula, tapi aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk hidup aku selepas semua yang jadi. Seumur hidup aku, aku cuma jaga orang lain. Dari kecil sampai besar, aku tak pernah rasa ada orang betul – betul jaga aku.
Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Aku tak pernah rasa ada keluarga yang benar – benar peIuk aku waktu aku jatuh. Tapi sampai hari ni aku masih berharap Allah hadirkan seseorang yang baik untuk aku. Seseorang yang boleh membimbing aku, sayang aku kerana Allah, beri aku nafkah dengan ikhlas dan terima kekurangan aku seadanya.
Aku cuma nak rasa macam mana rasanya disayangi dengan betul. Aku teringin sangat ada keluarga yang ramai, yang suka berkumpul, makan bersama dan saling menyayangi. Satu lagi impian aku yang masih belum tercapai, aku nak sangat khatam Al Quran suatu hari nanti.
Kalau nak cerita segala keburukan mak aku, memang terlalu panjang. Tapi aku masih percaya setiap manusia ada ujian masing – masing. Aku cuma berharap satu hari nanti Allah gantikan semua kes4kitan aku ni dengan ketenangan yang aku tak pernah rasa sepanjang hidup aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.